Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 15, 2021

Setakat 179,389 km apa barang kan?

Salam hari Sabtu malam Ahad 4 Syawal. Sejumlah masa telah dihabiskan untuk membetulkan satu kesilapan seperti dinyatakan dalam artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan. Lalu terbitlah artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain siang tadi sebagai usaha pembetulan demi mendapatkan ketepatan. Sekarang biar dinyatakan satu luahan melibatkan perjalanan-perjalanan lama. 



Ini adalah gambar meter kereta Kia Carens first generation (tahun 2001) saya. Kereta yang dibeli secara second-hand selepas separuh kedua tahun 2014 ini telah digunakan untuk kebanyakan perjalanan jauh selepas itu termasuk 4,167 km pusing Thailand bersama keluarga dan dua orang kawan pada penghujung tahun 2017. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation . Sudah lupa berapakah mileage yang tercatat pada meter ketika dibeli. Yang pasti lebih 100,000. Hmm. Mungkin boleh dibuat kira-kira begini...

Tidak lama selepas kereta dimiliki, dalam tempoh sebulan dua gitu saya ada menukar timing belt kerana tidak tahu bilakah kali terakhir pemilik sebelum itu menukarnya. Selepas itu ada ditukar sekali lagi sejurus sebelum membuat perjalanan ke Krabi bersama keluarga penghujung tahun 2019. Tetapi berlaku pula kerosakan teruk pada kereta selepas 100 km lebih meninggalkan rumah. Pada hal baru seminggu sahaja membelanjakan lebih RM1,600 untuk membetulkan beberapa hal termasuk menukar timing belt

Namun perjalanan diteruskan juga dengan pengangkutan awam lalu memakan jarak keseluruhan lebih 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019. Kerosakan teruk menyebabkan perlu ditukar enjin lalu ditukar lagi timing belt. Ketika ditukar bersama enjin baru mileage kereta adalah sekitar 251,000 km. Maka boleh dibuat anggaran mudah begini.... ketika pertama kali membuat pertukaran timing belt iaitu selepas membelinya tahun 2014 mileage harus adalah sekitar 171,000 km. Ini adalah berdasarkan 251,000 km tolak jarak timing belt biasa ditukar iaitu selepas 80,000 km. Hmm. Macam kena pula nombor 171 pada mileage dengan jumlah 171 perjalanan dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain.

Kenapa ditunjuk kira-kira ini? Kerana mahu menunjukkan orang biasa yang bukan kaki mengembara pun boleh berjalan 171,000 km dengan mudah tanpa menyedarinya. Difahamkan pemilik kereta terdahulu (ia didaftarkan atas nama seorang perempuan Melayu) setakat menggunakannya untuk keluarga balik kampung dan sebagainya. Jadi apa barang jumlah perjalanan saya 179,389 km melalui 171 perjalanan seperti disebut dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain bukan?



Ya. Apa barang setakat mengembara 179,389 km? Apa barang mengatakan ia bersamaan hampir 4.5 kali pusing keliling bumi padahal ramai orang telah melakukannya sama ada disedari ataupun tidak? Secara umum kita boleh buat kira-kira begini. Seorang yang menetap di Taman Sungai Jelok, Kajang tetapi bekerja di Pusat Bandar Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur perlu berulang-alik sejauh 66.6 km setiap hari (33.3 km x 2 seperti ditunjukkan dalam Google Map). Satu minggu 5 kali ulang alik pergi kerja (jika Sabtu Ahad tidak bekerja). Dah jadi 333 km seminggu. 

Setahun ada 52 minggu. Jadi 17,316 km setahun. Dalam tempoh 10 tahun berganda pula menjadi 173,160 km. Tambah lagi 19 minggu bersamaan 4 bulan lebih jadi 179,487 km. 'Kalah' dah jumlah perjalanan saya sejauh 'cuma' 179,389 km itu bagi 171 perjalanan sejak tahun 1989.

Bapa saya dahulu pernah menetap di Taman Sungai Jelok dan bekerja di Pusat Bandar Damansara, kalau tak salah ingatan sejak tahun 1982 hinggalah pencen tahun 1997. Itupun tambah lagi kerja secara kontrak selama beberapa tahun. Dalam beberapa tahun awal 80an kena bekerja separuh hari pada hari Sabtu. 

Tapi untuk kira-kira perbandingan biar diambil tempoh 1982 hingga 1997 bersamaan 15 tahun (sebenarnya boleh jadi 16 tahun kalau bermula 1 Januari 1982 dan berakhir 31 Disember 1997) dengan anggapan semua itu adalah untuk bekerja 5 hari seminggu Nah. Jumlah pemanduan 17,3116 setahun x 15 tahun jadi 259,740 km. Hampir nak sama dengan mileage kereta saya sekarang yang sudah berusia 20 tahun. 

Ini belum dicampur fakta bahawa tiap hujung minggu bapa akan memandu lebih 170 km untuk bersama ibu dan kami adik beradik di Muar. Pergi balik jadi lebih 340 km seminggu. Belum campur lagi jarak dihantar bertugas jauh di luar kawasan. Yang saya ingat antaranya ke Thailand, Filipina, Perancis dan Amerika Syarikat.


Pendek kata sesiapa pun boleh membuat perjalanan lebih 179,389 km setakat dengan berulang alik pergi ke pejabat dalam tempoh masa 10 tahun lebih bekerja. Apa barang dibuat jumlah itu 'sekadar' untuk 171 perjalanan sejak tahun 1989 ya kan? Sekarang ini jawaban saya. 179,389 km itu bukan sekadar berulang alik dalam satu kawasan. Ia meliputi banyak tempat dan banyak perkara. 

Apakah sama perjalanan berjumlah 300,000 km misalnya kalau ia setakat meliputi jarak pergi balik kerja dari Taman Tun Dr Ismail ke Segi Tiga Emas KL? Mungkin kita akan jadi lebih berpengetahuan tentang selok belok jalan. Tahu short cut mana hendak diambil bila ada traffic jam, road block dan sebagainya, tahu di manakah kedai roti canai terbaik. Kita juga mungkin  tahu segala macam perubahan - dahulu ada bangunan ini di situ, 10 tahun kemudian langsung berubah jadi itu ini lalu boleh bercerita tentang sejarah tempat. Tetapi setakat mana berguna pengetahuan ini berbanding segala macam penggalian melibatkan kajian sejarah yang dapat saya buat antara banyak lagi perkara dalam perjalanan yang berjumlah 179,389 km itu? Perjalanan yang semuanya ada direkodkan siap dengan peta dan lakaran laluan lalu boleh dicapai melalui Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain?

Dalam pada itu memang ada yang telah mengembara jauh ke sana ke mari dengan pelbagai cara. Memang mengalahkan segala yang pernah dibuat saya. Ada yang dah pergi ke Kutub Utara, ada sudah mendaki Gunung Everest. Jangankan itu. Ramai termasuk sejumlah anak Melayu sendiri telah membuat perjalanan kereta api rentas benua Trans Siberia sejauh hampir 10,000 km itu. Saya sendiri masih menyimpan angan-angan untuk melakukannya kerana ia memerlukan banyak belanja selain kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan.

Tapi itu kalau difikir daripada segi jarak dan tarikan tempat-tempat yang disinggahi sahaja. Daripada segi pengalaman yang boleh membentuk jati diri, kekuatan dalaman dan pandangan sarwa jagat hidup saya percaya apa yang telah dilalui tidak kalah hebat.


Teringat ketika berbuka puasa di Masjid Sheikh Ismail di Hulu Bernam 8 hari lalu (rujuk cerita perjalanan terbaru Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021). Selepas menghadiahkan senaskah buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" kepada masjid seorang ahli qariah memberitahu ada kenalan baik dalam Facebook dan WhatsApp grup selalu naik motosikal besar ke Mekah. Katanya hampir tiap tahun buat. Sekali bawa dalam 20 orang secara berkonvoi.

Saya tanya bagaimana tentang surat menyurat masuk sempadan juga visa untuk menunaikan haji/umrah?. Jawab beliau semua settle, dia boleh atur. Oh... orang berduit ni kata saya lalu memberitahu perjalanan pusing Eropah tahun 1995 itu memakan masa 33 hari dengan belanja kurang RM1,000. Tidur tepi jalan dalam sleeping bag, hitchhike menumpang kereta orang bagai, menanggung pelbagai risiko seperti orang menggugut kata ada pistol Colt .45 dan kena masuk lokap di Perancis kerana dituduh sebagai pengganas Islam. 

Ya. Kalau orang banyak duit merata boleh pergi di dunia ini. Memang saya kalah. Tapi daripada segi nilai pengalaman disebabkan susah payah? Itu yang boleh menerbitkan pelbagai ilham lalu dapat berkongsi bermacam ilmu yang sebelum itu belum pernah diwar-warkan orang lain.

Sebagai nota untuk difikirkan. Perjalanan paling pendek termasuk dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain cuma meliputi jarak 120 km sahaja. Apa barang hendak diceritakan sedangkan banyak lagi perjalanan lain boleh mengambil tempat kalau dilihat pada jarak? Kalau setakat dari rumah pergi balik ke Seremban ke, ke Putrajaya ke, ke Bukit Tinggi saya tak disebut langsung kerana terlalu banyak. Pergi balik kampung ke Muar yang memakan jarak 500 km pun banyak tidak dikongsikan kerana terlalu kerap. 

Keistimewaan dalam hal ini bukan terletak pada jarak tetapi apa yang dilakukan. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid.... Cuma orang buta hati, jahil muraqqab dan/atau bodoh sombong sahaja tidak nampak bagaimana ia boleh jadi istimewa.


Hal inilah yang menjadi perkara utama untuk diluahkan. Saya telah mengembara lama ke sana ke mari dengan penuh penat lelah setelah meninggalkan segala macam kesenangan dunia yang mampu diperolehi melalui kelulusan tinggi berserta jaringan kenalan daripada zaman sekolah dan kolej juga jaringan yang diperolehi termasuk kenalan dalam kalangan menteri kabinet juga bakal raja (sekarang dah jadi raja) semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996-2001. Malah jaringan dalam keluarga terdekat pun banyak yang sudah lama bergelar VIP. Cuma saya memang bukan jenis orang yang suka gunakan contact

Namun imbal baliknya lebih berharga buat saya. Saya diberikan sedikit pengetahuan berguna termasuk daripada sumber yang selalu disebut orang sebagai ilmu laduni. Ada cebisan-cebisan ilmu mula dikongsikan kepada umum apabila buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" terbit Jun 2006. Pada penghujung tahun sama blogspot CATATAN SI MERAH SILU ini dibuka lalu lebih banyak pengetahuan dikongsikan secara percuma. 

Sampai sekarang, walau telah menulis lebih 6,000 artikel, 2,000 lebih di blogspot ini, selebihnya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), saya tidak pernah monetise atau menjadikan blogspot-blogspot ini sebagai sumber pendapatan melalui siaran iklan seperti dilakukan sesetengah orang. Ramai pula telah mengambil faedah daripada penulisan-penulisan saya. Cuma sedar atau tidak sahaja, mengaku atau hendak berlaku sombong kononnya dapat ilmu dengan 'kehebatan diri sendiri'. Antara yang tidak mahu mengaku ini adalah orang-orang yang ditegur kerana cerita banyak je lebih. Sedangkan tempat-tempat yang diceritakan itu mereka tak pernah sampai pun walaupun ditegur lagi beberapa tahun kemudian. Mereka-mereka inilah yang kemudian berkempen agar jangan mengambil ilmu pengetahuan sejarah daripada saya. Sehingga apabila ditunjukkan gambar saya sampai ke suatu tempat yang seseorang itu rajin bercerita tapi rupanya memang tak pernah sampai dikatakan pula monyet pun boleh bergambar sebelah artifak. 

Bersungguh-sungguh mereka-mereka ini hendak menafikan sumbangan ilmu pengetahuan yang saya didapati bukan sekadar daripada wacana dan kertas kerja akademik, buku-buku, pengalaman mengembara menjejak suatu tempat dan sebagainya. Ada yang didapati daripada orang tua-tua yang disebut orang lain sebagai wali selain diberi petunjuk melalui mimpi, bayangan dan gerak hati. Sedangkan mereka ini rata-rata cuma mendapat ilmu daripada Intenet dan buku, paling hebat pun kertas-kertas kerja akademik dalaman universiti yang cuma boleh dicapai segelintir orang. Mereka tidak memiliki apa-apa pengalaman sebenar di lapangan sedangkan itulah yang membentuk isi segala macam bacaan mereka. Tapi punyalah poyo muka tak tahu malu siap boleh keluar 'kitab sejarah' seolah-olah itulah rujukan besar bagi semua anak Melayu.

Saya bukan pontianak sejarah yang menipu orang ramai kononnya hari ini berada di Sepanyol, besok di Amerika Selatan lalu anak-anak muda yang kurang pengalaman hidup boleh bulat-bulat percaya. Saya bukan orang yang menghantar wakil untuk meminta kepada seorang penjual buku dalam pesta buku agar buku tulisannya diletak sama dengan buku-buku tulisan pengkaji sejarah lain atas satu rak. Tetapi kemudian mewar-warkan di Facebook dan blogspot bahawa penjual buku itulah yang mencari buku-bukunya kerana sangat 'laku keras' konon. Saya bukan orang yang meminta senaskah dua buku tulisan orang kemudian membuat ulasan tetapi memberitahu orang lain bahawa penulis buku itulah yang sanggup menghantar bukunya untuk diulas walhal dia sebenarnya yang meminta. Saya bukan jenis orang yang apabila dikongsikan sedikit rahsia peribadi seseorang diwar-warkan pula dalam FB kononnya rahsia orang itu semua berada di dalam tangannya. Bila-bila masa boleh dibocorkan seolah-olah jatuh bangun orang tersebut berada di dalam genggamannya.

Saya bukan jenis manusia  yang meremehkan orang lain dengan mengatakan seseorang itu cuma memiliki 'sijil' sahaja daripada luar negara sedangkan ia adalah ijazah daripada salah satu universiti paling terkemuka di dunia. Saya bukan jenis memerli orang yang tidur di makam-makam lama sedangkan di tempat-tempat begitulah iman seorang boleh jadi teruji selain mendapat pengetahuan yang tidak boleh diperolehi secara biasa. Saya juga bukan jenis orang yang baru kenal seorang dua ahli kongsi gelap tapi mengaku seluruh operasi kongsi berada dalam pengetahuannya, maka sebab itu kongsi akan melindunginya. Walaupun telah menulis lebih 6,000 artikel menggunakan berpuluh ribu malah mungkin dah lebih 100,000 gambar yang diambil sendiri tidak pernah saya mendabik dada mengaku memiliki empayar data. 

Tidak. Saya tidak suka menipu orang ramai dengan pelbagai ayat-ayat marketing kerana saya menulis semuanya atas gerak rasa yang mana kalau tidak dikongsikan suatu perkara itu saya tidak senang duduk tak boleh tidur. Bukan untuk menjual buku walaupun benar telah menghasilkan 13 buah buku. Kalau hendak main jahat saya boleh sahaja mendedahkan rekod chat yang menunjukkan orang yang mengutuk itu bagaimanakah diri sebenarnya. Tapi tak mengapalah. Saya lepaskan luahan ini supaya dapat meneruskan proses seterusnya tentang perjalanan-perjalanan lama dengan hati yang lapang. Sebagai mengakhiri artikel biar dikongsikan sedikit tentang jarak perjalanan-perjalanan lama jika dimasukkan sekali jarak penerbangan berkenaan.



Setelah dibuat semakan tentang penerbangan-penerbangan yang telah dilakukan setakat dapat diingati dapatlah dibuat senarai seperti berikut. Ini semua melibatkan perjalanan yang ada dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain. Penerbangan lain tidak disebut jika tidak melibatkan perjalanan dalam senarai perjalanan :-

1. Dua kali pergi balik ke London = Sehala 10,611 km. Pergi balik 21,222. km. Dua kali pergi balik 42,444 km.

2. Sekali pergi balik ke Paris = Sehala 10,447 km. Pergi balik 20, 894 km.

3. Dua kali pergi balik Jeddah = Sehala 7,071 km. Pergi balik 14,142 km. Dua kali pergi balik 28,284 km.

4. Tujuh kali pergi balik Aceh = Sehala 763 km. Pergi balik 1,526 km. Tujuh kali = 10,682 km.

5. Dua kali pergi balik Surabaya = Sehala 1,664 km. Pergi balik 3,328 km. Dua kali = 6,656 km.

6. Sekali pergi balik Brunei = Sehala 1,488 km. Pergi balik 2,976 km.

7. Sekali pergi balik Makassar = Sehala 2,164 km. Pergi balik 4,328 km.

8. Sekali pergi balik Kota Kinabalu = Sehala 1,630 km. Pergi balik 3,260 km.

9. Sekali pergi balik Phuket = Sehala 703 km. Pergi balik 1,403 km.

10. Sekali pergi balik Kota Bahru, Kelantan = Sehala 346 km. Pergi balik 692 km.

11. Sekali pergi balik Pontianak (Kalimantan) = Sehala 914 km. Pergi balik 1,814 km.

12. Sekali pergi balik Jogjakarta = Sehala 1,515 km. Pergi balik 3,030 km.

13. Sekali pergi Medan balik lalu Aceh = Ke Medan 329 km, kembali dari Aceh 763 km jadi 1,092 km.

14. Sekali pergi Padang (Minangkabau) balik lalu Pekan Baru = Ke Padang 422 km, kembali dari Pekan Baru 254 km jadi 676 km.

15. Sekali ke Siem Reap (balik lalu darat) = 1,202 km.

Jumlahnya = (42,444 + 20,894 + 28,284 + 10,682 +6,656 + 2,976 + 4,328 + 3,260 + 1,403 + 692 + 1,814 + 3,030 + 1,092 + 676 + 1,202) km = 129,433 km

Kalau campur 179,389 km perjalanan atas permukaan bumi seperti dikira bagi 171 perjalanan dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain jadi 308,822 km. Ini adalah lebih 7.7 kali pusing bumi. Namun ia tetap tidak meliputi semua perjalanan saya. Ada banyak lagi tetapi diabaikan kerana dianggap terlalu biasa. 

Ini sama halnya seperti cerita berulang-alik ke tempat kerja yang dikongsikan awal tadi. Seperti orang lain saya juga ada melakukan hal serupa selama beberapa tahun malah pergi lebih jauh dari itu kerana sebagai wartawan berulang-alik ke tempat kerja itu cuma basic sahaja. Apabila sampai ke pejabat diutus pula keluar meliputi majlis-majlis sehingga lebih 70 km jauh dari pejabat. Dan ini berlaku pada sebahagian besar tempoh lebih 5 tahun menjadi wartawan. Agak-agak berapakah jumlah mileage itu?

Apapun jarak penerbangan seperti telah disenaraikan boleh dikira melalui perisian berkenaan di sini. Kepada mereka yang tetap mempersoalkan nilai pengalaman dan perjalanan-perjalanan saya. Soalan saya mudah je. Kamu sendiri dah buat ke perjalanan-perjalanan sebegini? Ke terus hendak berangan menipu orang di hadapan komputer sambil menafikan sumbangan saya? Cara mudah bandingkan pencapaian saya dengan orang lain pula.

Dengan jumlah yang telah ditambah penerbangan menjadi 308,822 km tu mungkin ada yang akan menjawab... hek eleh ada orang pergi balik bulan le - jaraknya 384,400 km x 2 dah jadi 768,000 km. Abang pernah buat ke? Persoalan sebenarnya bukan apakah Abang pernah buat. Memang Abang tak pernah buat dan takkan buat. Persoalannya kamu sendiri dah buat ke belum dik? Ke nak pergi Chaiya yang dikaitkan oleh sesetengah pihak sebagai pusat awal Srivijaya pun masih tak sampai-sampai lagi lalu terus berbohong walaupun letaknya tak sampai 1,000 km pun dari Kuala Lumpur?

Mentang-mentanglah orang lain pun rata-rata tak sampai. Dan berdasarkan tabiat bodoh sombong masih mengaku sebagai pencetus tapi sebenarnya semua ciduk ilmu orang memang takkan jejak kaki sampai bila-bila. Maka dibuatlah cerita seperti kononnya sami Buddha sana ada membaca mentera berbunyi  "Om Sriwitchai" bagai lalu orang pun percaya. Kononnya itulah bukti kenangan dan pandangan tinggi mereka terhadap empayar Melayu Srivijaya.

Mana ada orang baca mentera macam tu cik adik ooii? Ia ibarat menambah "Melaka" dalam dua kalimah syahadah. Ibarat tak cukup nak kata "Tiada yang disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah" ditambah lagi kalimat "Tiada kerajaan seperti Melaka" kerana kononnya hendak menaikkan semangat anak Melayu. Silap-silap dikatakannya Surah Al-Mulk dalam Al-Quran pun merujuk pada Melaka. Saya tak hairan kalau ini berlaku kerana ada sahaja puak-puak sebegini yang suka membuat tafsiran berdasarkan hampir kesamaan bunyi. Puak-puak sebeginilah yang termasuk antara yang selalu saya tegur dahulu.  Lalu berkempenlah sesama mereka untuk memboikot saya.

Saya, isteri dan anak-anak kecil kami dah sampai ke kuil yang dimaksudkan. Siap dibawa lagi berjalan ke sana ke mari melihat kesan-kesan sejarah yang dikatakan peninggalan Srivijaya oleh seorang sami. Lihat  Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?. Tapi umum tetap lebih suka dengan penipu kerana ayat-ayat marketingnya. Maka teruslah kamu boleh ditipu dengan permainan media, pujuk rayu politikus dan sebagaimana tapi ada hati hendak mengaku sebagai pejuang akhir zaman membela Melayu dan Islam. Alahai. Dunia, dunia. Cukuplah. Selamat malam... :]


Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain

Merujuk kembali pada artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan yang dipersembahkan jam 3.08 petang tadi. Pembetulan-pembetulan berkenaan telah dibuat pada artikel-artikel  yang terjejas akibat ralat tersebut. Sekarang biar dirangkumkan kembali kesemua artikel berkenaan seperti halnya telah dilakukan dalam artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain jam 9.19  malam semalam. Kiranya ini pembetulan menyeluruh setelah jumlah perjalanan  saya sejak tahun 1989 yang ada dikongsikan cerita didapati sebenarnya adalah 171, bukan 172. Biar dibuat tanpa memakai perkataan "pembetulan" pada artikel-artikel berkenaan.




Enam puluh perjalanan terjauh


1. Kembara solo Eropah tahun 1995 mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.

2. Projek Daulah Melayu 2015-2016 - 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016

3. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation .

4. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.

5. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) -  sekitar 4,000 km. Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.

6. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung.

7. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi

8. Cambodia penghujung tahun 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

9. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.



12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

13. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

14. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"

15. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.

16. Sekitar raya 2011- 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.

17. Krabi 16 - 26 Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.

18. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000 - dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000.

19. Ke Terengganu selepas Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.

20. Berpetualang ke Aceh 2004 sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004

21. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.

22. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.

23. BKA Tour Run 2007 - lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.

24. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

25. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.

26. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

27. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

28. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014 - 1,580 km. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.

29. Pantai Timur Ramadhan 2009 sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".

30. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 - mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

31. Ke Patani Januari 2017 -  lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

32. Bermotosikal ke Pantai Timur 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.

33. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (tahun 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.

34. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.

35. Jejak Merong 2010 -  sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

36. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.

37. Pantai Timur bersama isteri 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.


39. Kelantan pertengahan 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.

40. Aceh 2014 Aceh 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

41. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.  

42. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003 - sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003

43. Misi HIKMAH Beruas Ogos 2015 - 1,170 km. Lihat Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015.

46. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.

47. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".

48. Umrah ziarah 2005 - lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....

49. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.

50. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.

51. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura penghujung 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....

52. Umrah ziarah 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

53. Kuala Muar ke Kuala Pahang 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".

54. Hol Tok Pulau Manis 2019 - hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.

55. Ke Utara menutup kalender 2014 - menghampiri 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.

56. Trip anak beranak ke Desaru Dis 2014 - hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.

57. Linggi hampir penghujung 2009 - lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.

58.  Aceh Jan 2010 - 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.

59. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.

60. Hol Gunung Jerai 2017 sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017



Tiga puluh perjalanan istimewa


1. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.

2. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.

3. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 -  237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.

4. 4 x 4 Challenge Sept 1997 -  lebih 750 km. Lihat Kenangan 4x4 tahun 1997.

5. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - sekitar  950 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.

6. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000 - lebih 300 km. Meliputi Asian X-Games di Phuket tahun 2000.

7. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 - sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.

8. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

9. Aceh Feb 2010 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...


11Naik Gunung Ledang Okt 2011 - menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.

12. Sulawesi Selatan 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation

13. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.

14. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

15. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 -  lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.


17. Perjalanan ke-7 di Aceh Feb 2015 -  540 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh

18. Kalimantan Barat Jun 2015 -  kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled.

19. Berbusana tradisional 1 Syawal (Julai 2015) - lebih 500 km. Lihat Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.

20. Menyusur Sungai Johor 2015 - sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015.

21. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang tahun 2016 - mendekati 700 km.  Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016.

22. Malam Tujuh Likur Julai 2016 - sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....

23. Tengah Sumatera awal 2017 lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.

24. Muar lagi Mac 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.

25. Aceh Mac 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.


27. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018 - lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.

28. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019) - lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.

29. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019) - 540 kmLihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.

30. Iktikaf masjid penghujung Ramadhan 2021 - 658 km. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.


Lain-lain perjalanan yang tidak boleh diabaikan

1. Singapura 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....

2. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat  Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.

3. Perak Mei 2008  tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).

4. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008 - lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.

5. Ke selatan hujung 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

6. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

7. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

8. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

9. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.

10. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....

11. Lubuk Pusing ke hilir Perak Julai 2009 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

12.  Hulu Muar ke Pulau Besar Julai 2009 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.

13. Jalan-jalan anak beranak Disember 2009 - tidak kurang 700 km. Lihat  Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak".

14. Tempat-tempat di Selangor tahun 2010 -  1,030 km. Lihat Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham....

15. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

16. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.

17. Jejak Dinasti Al-Kamil Ogos 2010 - lebih 850 km. Lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula....

18. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010 - sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.

19. Pusing Perak Okt 2011 - lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.

20. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011 - lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

21. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012 - sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang

22. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

23. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

24. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan .

25. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

26. Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

27. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.


29. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

30. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

31. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

32. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

33. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

34. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

35. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.

36. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

37. Misi kenangan masjid Ogos 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Ogos 2014.

38. Beting Beras Basah Okt 2014 - lebih 370 km. Lihat Beting Beras Basah selepas 4 tahun - menyahut panggilan Tok Putih dan Tasik Pauh Janggi.

39. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.

40. Muar dan Batu Pahat Nov 2014 - sekitar 700 km. Lihat Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat.


42. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015 - lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.

43. HIKMAH Seri Menanti Mac 2015 - lebih 320 km. Lihat Sekitar HIKMAH Seri Menanti.

44. Misi HIKMAH Chenor Mei 2015 - lebih 850 km. Lihat Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.

45. WB River Fest Mei 2015 - lebih 350 km. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015.

46. Pulau Pinang dan Perak pertengahan 2015 - lebih 1,000 km. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.

47. Festival Pasir Salak Sept 2015 - sekitar 330 km. Lihat Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut.

48. 'Hutang' Raub Okt 2015 - sekitar 270 km. Lihat Melangsaikan 'hutang' Raub demi kelangsungan buku.

49. Panggilan pulau Nov 2015 - lebih 500 km. Lihat Menyahut panggilan pulau.

50. Sekitar Banting Dis 2015 - lebih 270 km. Lihat Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars.

51. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor Disember 2015 - sekitar 575 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

52. Pulau Besar Mei 2016 - sekitar 500 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

53. Bentong-Lanchang Mei 2016 - sekitar 320 km. Lihat Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang.

54. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.

55. Busana tradisonal raya Julai 2016 - menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.

56. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.

57. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016 - lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.

58. PD Disember 2016 - hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.

60. Teluk Intan Apr 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.

61. Pahang Apr 2017 - sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.

62. Parit Betak Jun 2017 - hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.

63. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017 - lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.

64. Cameron Highlands Ogos 2017 -  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.

65. Aktiviti kecil Okt 2017 - lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....

66. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 

67. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.

68. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.

69. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.

70. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.


72. Putrajaya Jun 2019 - sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...

73. Jelai Jul 2019 - sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.

74. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019 - lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan

75. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019 - lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".

76. Kuala Selangor Feb 2020 - sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.

77. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020 - lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.

78. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020 - lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

79. Road trip ke Melaka Ogos 2020 - sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.

80. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020 - 861 km. Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".

81. Misi Teluk Intan-Beruas Dis 2020 - tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.



Untuk melihat peta lalu meneliti sendiri laluan setiap perjalanan boleh masuk sini :-










Perjalanan yang telah dibahagikan kepada 8 set ini masing-masing mengandungi aturan seperti berikut :-

1. Mengandungi 20 perjalanan. Jumlah jarak 60,514 km. Julat jarak 1,900 km - 5,900 km.

2. Mengandungi 20 perjalanan. Jumlah jarak 30,133 km. Julat jarak 1,280 km - 1,830 km.

3. Mengandungi 20 perjalanan. Jumlah jarak 22,190 km. Julat jarak 1,030 km - 1,250 km.

4. Mengandungi 30 perjalanan. Jumlah jarak  19,296 km. Julat jarak 120 km - 1,030 km.

5. Mengandungi 20 perjalanan. Jumlah jarak 13,640 km. Julat jarak 500 km - 1,030 km.

6. Mengandungi 21 perjalanan. Jumlah jarak 12,310 km. Julat jarak 190 km - 1,000 km.

7. Mengandungi 18 perjalanan. Jumlah jarak 9,395 km. Julat jarak 320 km - 1,000 km.

8. Mengandungi 23 perjalanan. Jumlah jarak  11,911km. Julat jarak 135  km - 1,030 km.


Sekarang campurkan semua jarak ini dapatlah jumlah 179,389 km. Ini memberikan purata 1,049 km bagi setiap perjalanan. Menurut Wikipedia ukurlilit bumi adalah 40,075.017 km di garisan khatulistiwa dan 40,007.86 km kalau membujur mengikut kutub utara dan selatan. 

Dengan itu jarak 170,389 km itu adalah bersamaan hampir empat setengah  kali pusing bumi (4.476 di garisan khatulistiwa, 4.484 melalui khutub utara). Dan ini tanpa mengambil kira langsung apa-apa jarak perjalanan dengan menaiki kapal terbang. Yang dikira cuma jarak perjalanan di air dan darat.

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2017 hingga 2020 (pembetulan)

Menyambung proses pembetulan daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60 (pembetulan). Didapati pembetulan yang perlu dibuat seperti dinyatakan dalam artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan tidak mempengaruhi set-set perjalanan seperti berikut :-


1. Tiga puluh perjalanan istimewa

2. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2006 hingga 2011

3. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2012 hingga 2014

4. Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2015 hingga 2016


Namun ia mempengerahui set terakhir iaitu Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2017 hingga 2020. Ini disebabkan satu perjalanan daripada situ telah diangkat masuk ke dalam Senarai perjalanan terjauh - 21 hingga 40 (pembetulan). Dengan itu harus dikemaskinikan senarainya seperti berikut berserta kira-kira jumlah jarak...



60. Teluk Intan Apr 2017


Lakaran mudah 282 km.  Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.


61. Pahang Apr 2017


Lakaran mudah 709 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.


62. Parit Betak Jun 2017

Lakaran mudah 758 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.


63. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017



Lakaran mudah 557 km. 
Lihat sini. Jarak sebenar lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.



64. Cameron Highlands Ogos 2017


Lakaran mudah 565 km. Lihat sini. Jarak sebenar  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


65. Aktiviti kecil Okt 2017

Lakaran mudah 468 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....


66. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017

Lakaran mudah 471 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 


 67. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018

Lakaran mudah 304 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.


68. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018

Lakaran mudah 635 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.


69. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018

Lakaran mudah 271 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.


70. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 


Lakaran mudah 936 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.



71. Awal Syawal Jun 2019


Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 550 km. Lihat Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu.



72. Putrajaya Jun 2019


Lakaran mudah 300 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...



73. Jelai Jul 2019


Lakaran mudah 447 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.



74. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019


Lakaran mudah 616 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan



75. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019


Lakaran mudah 748 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".



76. Kuala Selangor Feb 2020


Lakaran mudah 130 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.



77. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020


Lakaran mudah 286 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.


78. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020


Lakaran mudah 663 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.


79. Road trip ke Melaka Ogos 2020


Lakaran mudah 408 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.



80. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020


Lakaran mudah 816 km. Lihat sini. Jarak sebenar 861 km (ditunjukkan meter kereta). Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".


81. Misi Teluk Intan-Beruas (Dis 2020)


Lakaran mudah 488 km. Lihat sini. Jarak sebenar tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.


Dua puluh dua perjalanan ini membentuk jumlah jarak  11,911  km (285 + 750 + 800 + 570 + 600 + 480 + 490 + 320 + 660 +  280 +  1,000 + 550 +  310 + 470 + 630 + 800 + 135 + 300 + 700 + 420 + 861 +500). Julat jarak perjalanan adalah 135 km hingga 1,000 km.