Salam. Satu perkongsian khas untuk Jumaat malam Sabtu 3 Syawal. Apa yang hendak disuakan ini melibatkan segala macam perkongsian cerita-cerita perjalanan lama sejak hampir 6 bulan lalu. Permulaannya adalah seperti dinyatakan dalam artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Menggali kembali cerita lama hampir 23 tahun lalu pada 22 November 2020. Setelah melalui pelbagai proses berkenaan baru dapat disuakan cerita berserta satu senarai mengandungi 172 perjalanan lama saya sejak tahun 1989.
Merujuk pada artikel Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa yang dikeluarkan 23 April. Telah disebut dalam artikel Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisis 2 hari selepas itu bahawa walaupun senarai tersebut kelihatan agak ekstensif ia masih belum cukup untuk membuat analisis adil dan saksama tentang tren/corak perjalanan saya. Dengan itu proses berkenaan pun menyusul lalu keluar artikel Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis seminggu kemudian. Setelah dilakukan lagi sedikit proses susulan baru dapat dikeluarkan senarai yang terasa cukup adil dan saksama.
Untuk mengeluarkan senarai ini saya harus meneliti 112 perjalanan lagi selain apa yang ada dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Ini termasuk perjalanan terbaru pada penghujung bulan Ramadhan hujung minggu lalu. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021. Senarai 50 perjalanan terjauh ditambah menjadi 60, senarai 10 istimewa dikembangkan menjadi 30. Hasilnya adalah senarai mengandungi 172 perjalanan seperti berikut :-
3. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 - 237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.
9. Aceh Feb 2010 - 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...
1. Singapura 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....
2. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.
3. Perak Mei 2008 - tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).
6. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 - lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis
7. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.
8. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....
9. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.
10. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....
11. Lubuk Pusing ke hilir Perak Julai 2009 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....
12. Hulu Muar ke Pulau Besar Julai 2009 - lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.
13. Jalan-jalan anak beranak Disember 2009 - tidak kurang 700 km. Lihat Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak".
21. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012 - sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang.
22. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga.
24. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan .
54. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.
56. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.
60. Teluk Intan Apr 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.
63. Hol Gunung Jerai 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017.
67. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan...
68. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.
69. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.
70. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.
71. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan