Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 14, 2024

Musafir ilmu dan buku

Salam semua. Mengambil keberkatan hari ini adalah Jumaat  pertama bagi bulan Zulhijjah kali ini, 7 Zulhijjah  1445 Hijriah, dipersembahkan artikel kompilasi permusafiran 6 hari 6 malam baru ini.


Perjalanan berlaku dari siang Khamis 30 Mei hingga Selasa malam Rabu 4 Jun 2024 atas asbab mahu mengikuti majlis-majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, juga Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKAL) 2024, di WTC (World Trade Centre, dahulu PWTC iaitu Putra World Trade Centre) sekerap mungkin. Majlis ilmu atas topik-topik berlainan berlaku di ISTAC pada petang 30 Mei juga 31 Mei. Kemudian sehari penuh pada 4 Jun. PBKAL 2024 pula mula berlangsung Jumaat 24 Mei dan tamat Ahad malam Isnin 2 Jun. Disebabkan buku terbaru saya, buku ke-15, bertajuk "Adam (a.s.) and the Origin of Man : Reconciling the Conflict between Religious and Scientifi Narratives" baru keluar 27 Mei saya berusaha untuk mempromosi di pesta buku lalu hadir setiap hari sejak 30 Mei termasuk untuk membuat diskusi buku di 2 reruai berlainan pada hari Sabtu 1 Jun. 

Di celah-celah itu juga melakukan pelbagai urusan termasuk mengambil anak yang belajar di tahfiz di Janda Baik keluar bercuti pada pagi Sabtu itu sebelum dihantar kembali esoknya Ahad malam Isnin. Dalam tempoh waktu tersebut turut membawa keluarga kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk majlis perkahwinan anak buah. Agar tidak perlu pergi dan balik ke rumah banyak kali, perjalanan yang meliputi tempoh masa 6 hari 6 malam ini menyaksikan saya menginap di masjid dan surau pada 4 malam. Selain melakukan pelbagai aktiviti didapati saya telah berjalan dengan kereta sejauh 683.9 km. Semua ini dilakukan dalam keadaan kurang sihat demam-demam batuk-batuk bisa badan, ada masanya sakit tekak teruk tangkap ke telinga, sehingga hendak menelan air liur pun terasa sakit amat. Alhamdulillah, dapat juga menyelesaikan urusan yang patut.

Oh. Sebelum berlaku musafir 6 hari 6 malam itu saya sudah hadir ke pesta buku pada hari Sabtu 25 Mei, kemudian Isnin 27 Mei. Malah untuk Isnin 27 Mei itu saya juga hadir ke satu majlis ilmu di ISTAC. Disebabkan muncuk suatu hal saya ada bermalam di luar kawasan lalu melakukan permusafiran sebelum ke ISTAC kemudian pesta buku. Dengan itu elok juga semua artikel berkaitan dimasukkan sekali atas nama kompilasi "Musafir ilmu dan buku". Kerana memang melibatkan permusafiran ilmu dan buku. Cuma biar dipecahkan begini...


'Permusafiran awal' - 27 Mei sehingga sebelum 30 Mei :-


1. Sedikit rasa awal Pesta Buku KL 2024

2. Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024

3. Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024

4.  Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"

5. Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"


Permusafiran 6 hari 6 malam 30 Mei hingga 4 jun :-


1. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL

2. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus

3. Musafir ilmu dan buku - Dari Janda Baik ke Bandar Saujana Putra ke perbincangan ekonomi Islam di ISTAC


Selasa, Jun 11, 2024

Musafir ilmu dan buku - Dari Janda Baik ke Bandar Saujana Putra ke perbincangan ekonomi Islam di ISTAC

Salam petang Selasa 4 Zulhijjah 2024. Sampai masanya untuk menamatkan cerita permusafiran 6 hari 6 malam yang berakhir seminggu lalu. Bersambung daripada artikel Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus.



Pagi Isnin 3 Jun 2024. Sekali lagi saya telah menginap di surau tertentu di Janda Baik. Pemandangan dari luar surau.




Seperti dinyatakan dalam Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus saya ke Janda Baik kerana harus menghantar anak kembali masuk ke asrama tahfiz. Sudah menjadi kebiasaan sejak beliau belajar di sana awal tahun 2022 saya akan menginap satu malam sebelum mengambil pagi Sabtu untuk bercuti awal hujung bulan kemudian menginap lagi setelah menghantar petang Ahad atau malamnya. Ini supaya saya tidak perlu terkejar-kerja hendak ke Janda Baik mahupun kembali apatah lagi selalunya laluan di Lebuh Raya Karak biasa sesak teruk Ahad malam Isnin.



Sebetulnya Isnin itu cuti am kerana Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Tetapi tidak bagi tahfiz yang mengikut jadual pengasasnya dari Indonesia.



Kalau ikut rancangan asal selewatnya tengah hari Isnin telah mengorak langkah kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya ke utara Lembah Klang. Sebaliknya isteri mengajak ke Bandar Saujana Putra jauh ke selatan, setelah mendapat tahu seorang tokoh Sufi ada kelapangan untuk bertemu dalam tempoh masa itu.

Lalu bertemulah kami di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) seperti dilakukan sejak beberapa hari itu. Dari situ naik satu kereta ke Saujana Putra. Makan di sebuah restoran sementara menunggu waktu yang dijadualkan untuk bertemu tokoh tersebut.




Singgah juga di masjid sana yang katanya baru dibuka. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bandar Saujana Putra  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Baru teringat. Dari ISTAC kami singgah terlebih dahulu ke Bukit Damansara untuk menghadiahkan senaskah buku baru saya kepada kawan yang bertindak menjadi pewawancara semasa diskusi buku hari Sabtu. Hari tu tak sempat. Rujuk kembali Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus.




Ini pula di kompleks bangunan ISTAC pagi Selasa 4 Jun. Saya telah bermalam di masjid situ setelah lebih setahun rasanya tidak berbuat begitu.



Naik sahaja matahari timbul rasa untuk berjalan melihat kompleks daripada beberapa sudut. Lihat artikel ISTAC, Bukit Tunku. Dilihat juga persekitaran daripada beberapa kawasan yang ternyata tidak pernah dijejaki sebelum ini di ISTAC. Lihat artikel Views from ISTAC in Bukit Tunku di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Saya bermalam di ISTAC supaya dapat mengikuti satu acara menarik sepenuh hari pada siang Selasa.




Ia adalah satu persidangan meja bulat bagi menentukan hala tuju kajian ekonomi Islam. Berdasarkan apa ia harus dikembangkan? Takkan semata-mata sekadar reaksi kepada perkembangan dan segala macam teori ekonomi Barat?




Sebetulnya saya cuma mendapat tahu tentang acara kurang 2 hari sebelum itu iaitu pada hari Ahad malam Isnin 2 Jun. Ketika itu kalau tak salah ingatan saya sedang singgah di pesta buku sebelum menghantar anak kembali ke tahfiz. Rujuk kembali artikel Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus.



Ketika itu, apabila melihat jadual perkongsian ilmu dan tajuk-tajuk memang terasa menarik hendak pergi. Tapi tu le, kan dah beberapa hari keluar bermusafir sejak meninggalkan rumah tengah hari Khamis 30 Mei? Lihat artikel pembuka siri kecil ini, Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL.



Seperti disebut pada awal artikel ini. Sepatutnya selewatnya tengah hari Isnin 2 Jun saya sudah mengorak langkah kembali ke rumah. Tetapi disebabkan isteri mengajak ke Bandar Saujana Putra permusafiran pun dipanjangkan lagi.



Disebabkan itu juga isteri tiada masalah saya mahu menginap di luar satu malam lagi, supaya dapat mengikuti acara ekonomi Islam di ISTAC sepanjang siang Selasa 3 Jun. Isteri memberitahu, hari itu boleh bekerja di pejabat syarikatnya yang dekat dengan rumah lalu boleh menguruskan seorang lagi anak pergi balik sekolah rendah dan sekolah agama.




Sungguh, perbincangan ekonomi Islam ini sangat menarik dan memberikan harapan tentang nasib ummah pada masa hadapan. Cuma nak komen sedikit. Ketika sesi dibuka untuk perbincangan ramai saya ada menyatakan kita harus mengambil kira hal-hal 'luar akal' seperti Barakah, seperti sedekah dibalas 10 kali ganda (di muka bumi, bukan di akhirat), seperti janji Allah SWT bahawa setiap anak telah ditulis dan dijanjikan rezekinya. Kalau tidak kita akan sentiasa terikat dengan pemikiran ekonomi Barat yang merupakan "zero sum game" yang mana setiap yang dibelanjakan harus ada setimpal banyak duitnya datang daripada mana. Pemikiran logik sebeginilah yang menyebabkan orang jadi takut hendak beranak lebih. Kerana gaji tak cukup sedangkan kos sara hidup semakin meningkat. Pemikiran sebeginilah yang menyebabkan ramai terlibat dengan rasuah. Sekali lagi, kerana melihat pendapatan halal sedia ada tidak cukup. Langsung tidak difikirkan hal keberkatan rezeki.

Tetapi ada yang menolak dengan alasan ini cuma pemikiran idealistik berbunga-bunga sahaja. Lebih kurang begitulah kata-katanya. Walhal ekonomi Islam tidak sepatutnya lari daripada unsur-unsur di luar logik kebiasaan akal. Kalau tidak, kita sebenarnya masih berfikir dalam kerangka 'realistik' ekonomi Barat tetapi cuma mahu diberikan solekan kosmetik Islam. Supaya terasa kita telah membuat kerja sepatutnya demi kepentingan ummah. Walhal kerangka pemikiran kita sebenarnya telah tersasar jauh daripada ekonomi sebenar Islam yang sepatutnya percaya ada bantuan Tuhan di luar kira-kira akaun untung rugi kebiasaan.



Apapun saya mengikut acara sehingga tamat sekitar jam 5 gitu. Kemudian pergi ke KLCC untuk satu urusan.






Makan malam mee Aceh pula di Chow Kit.



Apabila sampai ke rumah lewat malam meter kereta menunjukkan saya telah memandu sejauh 475.9 sejak memulakan permusafiran tengah hari Khamis 30 Mei. Tetapi itu dengan kereta yang ini. Dengan kereta lagi satu (rujuk Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus) saya telah berjalan sejauh 208 km. Cuma ada dalam 35 km itu isteri memandu kerana saya dah tahan penat.

Secara rata permusafiran ini telah menyaksikan saya berjalan dengan kereta sejauh jumlah 683.9 km. Banyak aktiviti dapat dilakukan walaupun dalam keadaan ada batuk-batuk sakit tekak sehingga tangkap ke telinga kiri dan demam. Insyaallah selagi hayat dikandung badan saya sedia untuk melakukan lagi dan lagi perjalanan-perjalanan sebegini. Pada saya inilah perjuangan demi menambah ilmu juga meningkat jati diri supaya dapat berbangsa kepada agama, bangsa dan negara insyaallah, bukan sekadar kata-kata slogan supaya kelihatan seperti jaguh pembela tetapi sebenarnya cuma mahu disanjung dan diangkat tinggi kemudian dapat hidup selesa dengan gaji atau pendapatan tinggi.

Perjalanan bermula siang Khamis 30 Mei lalu pada siang Selasa 4 Jun sudah masuk 6 hari 5 malam. Namun ia cuma berakhir Selasa malam Rabu. Maka jadilah keseluruhannya 6 hari 6 malam.


Ahad, Jun 09, 2024

Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus

Meneruskan cerita permusafiran 6 hari 6 malam baru ini. Bersambung daripada artikel Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL.



Pagi Sabtu 1 Jun 2024. Saya telah beriktikaf dan bermalam di surau yang kelihatan di tengah gambar, di suatu bahagian kampung Janda Baik, Pahang.




Tujuan bermalam adalah supaya mudah mengambil anak yang belajar di tahfiz berdekatan keluar bercuti hujung minggu. Beliau boleh mula keluar jam 9 pagi.




Selepas bersarapan bersama dibawalah anak ke ISTAC (Institut Antabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di mana isteri datang dengan kereta lain bersama seorang lagi anak. Berehat sebentar di masjid sana. Oh. Sebelum itu ada menghantar kawan anak yang menumpang dari Janda Baik turun di LRT Gombak, Taman Melati. Kemudian dicari Poslaju berdekatan untuk mengepos sejumlah buku baru.




Di masjid kami berehat sebentar sebelum bersiap ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. Saya dijadualkan untuk berkongsi cerita tentang buku baru. Rujuk artikel Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024 yang dipersembahkan 28 Mei.




Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...




Pada mulanya ada kerisauan disebabkan saya dilanda sakit tekak dan batuk-batuk sejak seminggu sebelum itu.




Ada masa itu sehingga 3 hari suara tak dapat keluar. Malah sakit tekak jadi sampai berjangkit ke telinga kiri. Sehingga hendak menelan air liur pun begitu perit rasa.




Namun alhamdulillah ada cukup suara semasa diskusi. Cuma ada serak-serak sedikit dan tekak masih sakit. Suara dapat ditinggikan tak sampai setengah kemampuan biasa. Dalam keadaan sihat suara saya boleh jadi cukup kuat untuk didengari dalam dewan sederhana besar tanpa bantuan pembesar suara.




Rakaman video sesi pertama diskusi di reruai Akademi Jawi/Taman Pustaka. Banyak perkara terkeluar secara spontan dalam membincangkan isi buku, sebab dan hala tuju...




Rakaman video sesi kedua diskusi di reruai Everbest Media. Yang ini dibuat pendek sahaja kerana tidak dapat bersaing dengan bunyi daripada pembesar suara di pentas utama yang terletak berdekatan. Kami ambil rakaman pun apabila aktiviti di pentas utama berhenti beberapa minit kerana bertukar pengguna.




Dari pesta buku kami anak beranak bergerak ke sebuah madrasah di Kanchong Barat, berdekatan bandar Banting, Selangor.




Ini adalah untuk menyertai majlis tahlil anjuran madrasah dengan satu kumpulan persilatan yang berpengkalan di Kuala Langat.




Sudah agak lama juga tidak menghadiri majlis sebegini. Lalu saya diminta memberikan sepatah dua kata.



Ada makan-makan diikuti persembahan silat...




Gambar ini pula diambil tengah hari Ahad 2 Jun di rumah abang kepada isteri di Tanjung Sepat. Ada majlis perkahwinan dua orang anak abang ipar itu diadakan serentak.




Inilah sebenarnya tujuan utama kami bergerak jauh anak beranak selepas diskusi buku di PBAKL.




 Persinggahan ke majlis kawan-kawan silat di Kanchong berlaku kerana ia terletak dalam perjalanan.




Jam 4 petang bergerak kembali ke ISTAC.




Di situ isteri mengambil kereta lagi satu untuk kembali ke rumah bersama anak bongsu. Saya dan anak yang lebih tua bergerak lagi ke pesta buku.




Sebetulnya agak seronok melihat suasana beberapa jam terakhir pesta buku. Ahad 2 Jun adalah hari terakhirnya, jam 10 malam habislah ia. Cuma kami tidak boleh menunggu lama kerana anak harus dihantar kembali masuk ke asrama tahfiz di Janda Baik malam itu juga. Beliau tidak dapat memanjangkan cuti walaupun Isnin 3 Jun adalah cuti am seluruh Malaysia, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Ini kerana tahfiz itu mengikut sistem di Indonesia. Pengasasnya Sheikh Nuruddin al-Banjari berasal dari sana dan turut menjalankan berapa buah lagi madrasah/tahfiz di negara itu. Anak cuma dibenarkan kembali sedikit lambat. Kalau tidak, sebelum Maghrib sudah kena masuk balik ke asrama.