OK. Dalam 2-3 artikel kebelakangan ini saya ada memberitahu bagaimana akhir-akhir ini komputer
laptop saya terlalu kerap memberikan masalah sehingga menganggu kelancaran saya menulis dan membuat kerja. Masalah nyata bermula awal tahun. Sebelum itu komputer ada diserang virus yang menimbulkan kekacauan, akibat kesilapan masuk satu
link jahat yang disuakan dalam Facebook. Saya menyangkakan ia saranan dari seorang kawan lama walhal ia cuma daripada
hacker yang mencuri identiti kawan untuk
chatting. Mungkin susulan daripada itu kemudian timbul masalah komputer tiba-tiba boleh sangkut dan gambar pada skrin menjadi terpecah-pecah.
Apabila ini berlaku terlalu kerap isteri saya mencadangkan agar saya menghantar komputer untuk dibaik pulih seorang kenalannya. Sekitar 2 minggu lepas saya pun menghantar. Namun setelah segala isi komputer diformat kembali, setelah ditukar Windows Vista kepada Windows 7 Ultimate, setelah 2GB
on-board RAM ditukar baru masalah masih melanda malah semakin menjadi-jadi. Keadaan begitu teruk hinggakan artikel
Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang yang dimulakan selepas Isyaq Khamis malam Jumaat baru ini cuma dapat disiapkan hampir waktu Subuh dengan komputer
hang lalu terpaksa di
reboot kembali tidak kurang 20 kali, mungkin lebih 30!
Saya pun tak tahu apakah masalah sebenarnya. Kalau serangan virus sahaja, bagaimana teruk sekali pun keadaan seharusnya ia kembali pulih selepas segala isi komputer di
format kembali atau 'dicuci' bersih. Kawan-kawan menyebut kemungkinam besar ia masalah
hardware. Mungkin
graphic card rosak menyebabkan paparan jadi pecah. Selain itu mungkin ada masalah bahagian lain
hardware sehingga kadangkala komputer boleh sangkut atau
hang begitu sahaja (gambar pada skrin tidak terpecah-pecah). Ada masanya pula ia
reboot sendiri secara tiba-tiba.
Kesimpulan mudah, komputer tersebut dari jenis Acer Aspire 2920 sudah tamat jangka hayatnya. Ia dibeli pertengahan 2008 untuk menggantikan komputer terdahulu yang juga rosak dan menurut kawan-kawan memang biasa
laptop atau komputer riba dapat bertahan setakat 3 tahun sahaja. Komputer saya pula sudah nak masuk umur 4 tahun. Ia digunakan agak lasak, sudah mengikut saya mengembara masuk hutan, naik gunung, masuk pulau dan bermacam lagi ceruk rantau. Jadi adat le kalau masalah menimpa berganda-ganda. Nampaknya buang masa dan duit sahaja kalau terus cuba memperbaikinya.
Maka itu saya tiada pilihan. Komputer baru harus didapatkan. Petang Jumaat, setelah menghabiskan sejumlah masa melihat pelbagai model di Imbi Plaza dan Low Yatt, saya telah membeli komputer baru jenama ASUS yang harganya cukup murah tetapi kuasanya cukup tinggi untuk membenarkan saya bermain-main dengan
graphics, boleh membuat kerja-kerja menyunting video Full HD (
high definition). Kalau setakat untuk penulisan dan membuat buku sahaja saya boleh membeli komputer kecil jenis
notebook yang lebih murah. Tetapi saya juga sesekali perlu untuk bermain dengan
graphics berkualiti atau berdefinisi tinggi.
Dengan ini diumumkan persaraan komputer Acer yang sudah dipakai sejak 2008. Jika komputer sebelumnya dari jenama Twinhead yang dipakai mulai 2005 dapat digunakan untuk menghasilkan tiga buku terawal saya, "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006, lihat
Sinopsis BKA I), "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" (Mei 2007, lihat
Sinopsis BKA II) dan "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (Nov 2007, lihat
Sinopsis BKA III), komputer Acer itu pula menghasilkan sebuah DVD dan 4 lagi buku. DVD tersebut bertajuk "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" (Okt 2008, lihat
Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! ). Buku-buku ialah "Rumah Azan" (April 2009, lihat
Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC ), "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and the Malay rulers" (awal 2010, lihat
Buku Inggeris Ahlul Bait Raja-raja Melayu dan faktor 131 juga 313), "Kereta Api Menuju Destinasi" (awal 2011, lihat
Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi), dan "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" (Oktober 2011, lihat
Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia dan
Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
Semoga komputer baru yang lebih berkuasa ini dapat bertahan jauh lebih lama. Semoga lebih banyak karya lebih bermutu dapat dihasilkan dengan izin Qudrat dan Iradat pinjaman dari Allah Ta'ala, dengan huruf-huruf disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW dan para wali baginda, amin. Di sini biar diletakkan
links beberapa artikel berkaitan iaitu tentang komputer-komputer saya yang telah 'bersara' lebih awal. Biar juga diletakkan
links artikel tentang kamera-kamera lama kerana ia juga cukup berjasa, apalagi untuk menerbitkan beribu, mungkin berpuluh ribu gambar yang telah digunakan untuk membuat artikel-artikel di 3
blogspots saya (kini menghampiri 3,000 artikel!). Ini dia...
Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu!