Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan!
Poster terdahulu sebelum keluarnya BKA III

Poster pertama dibuat untuk promosi siri buku Jun 2007

-----------------------

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, terbit Jun 2006

Sila lihat Sinopsis BKA I

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, terbit Mei 2007

Sila lihat Sinopsis BKA II

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, terbit November 2007

Sila lihat Sinopsis BKA III

Siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini mendapat perhatian golongan pembaca yang serius dan suka berfikir sehingga ia turut disimpan di Library of Congress America dan National Library of Australia! Semak sendiri kenyataan ini di http://www2.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html dan http://catalogue.nla.gov.au/Record/4535157

Sebuah DVD perjalanan mencari sejarah menurut gerak hati bertajuk "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" telah diterbitkan Oktober 2008. Sila baca artikel pengenalan Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!. Atau lihat penerangan dengan klip video khas di artikel Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!

----------------------------

Buku-buku di atas, juga DVD boleh dibeli. Sila masuk ke sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... Untuk mereka yang berada di selatan terutama sekitar Muar, boleh hubungi Khairi Sapiee (016-6849248) atau pergi ke kedai buku City Star yang beralamat di 88, Jalan Abdullah, sebelah Maybank di tengah bandar. Untuk mereka di sekitar Pahang terutama di Raub sila hubungi Puan Rohani Arshad (017-9508549) atau Nasrizal Hamid (019-9581195, 012-9215725). Buku "Berpetualang ke Aceh" juga boleh didapati di MBO Book Centre, Kompleks PKNS Shah Alam. Sementara itu masih ada stok di sesetengah kedai buku MPH dan Popular Bookstores di seluruh Malaysia.

Ini pula adalah buku ke-empat dan terbaru saya, bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia namun saya sendiri tidak menjualnya. Sila baca artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk penerangan dan lihat side-bar kanan untuk kumpulan artikel-artikel lama yang menceritakan perjalanan serta pengalaman sebenar semasa membuat buku ini.

--------------------------------------------------

Jangan lupa... Sila lihat juga cerita-cerita terkini di blogspot-blogspot saya yang lain iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Untuk tahu apa ceritanya di atas ini, sila masuk ke sini - Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam?

Setelah membuat artikel Baru sampai ke makam Syiah Kuala yang amat terkenal itu! pada pagi Selasa 7 Julai 2009 bersamaan 14 Rejab 1430 Hijrah, terasa nak letak gambar ini pula, katanya gambar Sheikh Abdul Rauf...

Tuesday, June 19, 2007

Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD...

Gambar daun kering berlatar-belakangkan jubin yang diambil di Janda Baik... Saja je seronok buat hiasan cerita!



Assalamualaikum. Oleh kerana ramai telah bertanyakan soalan yang sama iaitu bagaimana mahu membeli buku "Berpetualang ke Aceh" secara pos, biarlah saya beritahu caranya. Siapa yang berminat membeli secara pos, boleh menghantar wang pos sebanyak RM30 untuk setiap buku (harga buku + kos pos ekspress) kepada:




Radzi Sapiee,
No 17, Jalan Hijau 1/1,
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor




Sila nyatakan buku mana yang hendak dibeli, BKA I ("Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", BKA II ("Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal") atau kedua-duanya sekali. Harga BKA I dan BKA II adalah sama iaitu RM24.90. Kedua-dua mengandungi 304 mukasurat. BKA III ("Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?) pula mempunyai 320 mukasurat dan berharga RM27.90. Tetapi saya telah membuat keputusan, wang pos yang perlu dihantar untuk buku ini adalah RM30 juga!

Ramai juga telah menyatakan minat untuk mendapatkan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Untuk makluman, DVD sepanjang 2 jam yang mengandungi lawatan menyusur sejarah di lebih 44 lokasi seluruh Perak ini dijual pada harga RM15 sekeping... dan saya telah membuat keputusan untuk menjual pada harga yang sama melalui pos. Tetapi sebagai tawaran (selagi stok masih ada), peminat sejarah boleh membeli ketiga-tiga buku dalam siri BKA bersama DVD sekali dengan harga RM100 sahaja!

Pada wang pos itu, sila nyatakan nama penerima sebagai Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee (nama saya mengikut IC), atau Mohd. Fahrulradzi saja pun boleh. Ini kerana pejabat pos kini cuma menerima wang pos menurut nama dalam IC sahaja. Harap maklum...




Ada juga pihak yang bertanya jika mereka boleh membayar secara bank-in-account. Alhamdulillah, ada yang telah mencuba membuat transfer duit terus masuk ke account saya di Islamik Affin Bank dan ternyata ia berjaya. Maka pembaca juga boleh berbuat begitu melalui nombor akaun di bawah...





Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1


Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Maklumkan anda telah membuat transaksi dengan menghantar SMS berserta alamat rumah dan buku yang hendak dibeli ke telefon nombor 013-3082131. Selepas terbukti transaksi telah berjaya, saya akan poskan buku ke alamat rumah anda secepat mungkin.

Ada juga yang mencadangkan agar saya membuka akaun Maybank dan menggunakan perkhidmatan Maybank-2-U. Untuk makluman, dahulu saya memang ada menggunakan akaun Maybank tetapi ia telah lupus setelah saya meninggalkan alam pekerjaan dan dunia harian biasa untuk merantau ke sana ke mari mencari jawaban kepada segala persoalan yang membelenggu jiwa. Banyak belanja telah dihabiskan sehingga kering segala duit simpanan. Hasil pengalaman dan pengamatan dalam pengembaraan itulah yang membentuk isi siri buku "Berpetualang ke Aceh".

Apapun, anda boleh menggunakan nombor akaun isteri saya.


Maybank - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof


Adapun siri buku "Berpetualang ke Aceh" ada dijual di tokoh-tokoh terpilih MPH dan Popular Bookstores seluruh Malaysia... di tokoh buku Books Kinokuniya di KLCC juga ada begitu juga Borders di Berjaya Megamall.

Saya diberitahu, ada juga yang telah dibawa masuk ke Brunei oleh individu yang berminat lalu menjualnya di sana atas inisiatif sendiri... begitu juga buku ini ada dijual di kedai buku lapangan terbang di sesetengah bandar di Malaysia Timur. Soalnya samada stok masih ada atau tidak di kedai-kedai tersebut. Yang pasti, saya masih menyimpan sedikit stok untuk jualan langsung, juga untuk jualan secara pos...

Kalau sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, cari di kedai buku Minerva, di Masjid India ia ada di Pustaka Rezeki Harapan, tingkat bawah Wisma Yakin. Kalau area Central Market, pergi annexe building yang menempatkan ruangan pelukis, cari pelukis nama Iedet. Maklumat dan petunjuk arah ada di sini... Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang" .



Saya juga telah meletakkan beberapa naskah di kampung ibu di Muar juga kampung ayah di Raub (selepas almarhum nenda saya berpindah dari Teluk Intan ke Pahang). Maka sukacita dimaklumkan, pembaca di Muar boleh membeli buku melalui adik saya Khairi Sapiee (016-6849248) juga di kedai buku City Star yang beralamat di 88, Jalan Abdullah, sebelah Maybank di tengah bandar. Pembaca di Raub dan sekitarnya pula boleh menghubungi ibu saudara saya Puan Rohani Arshad (017-9508549) atau sepupu saya Nasrizal Hamid (019-9581195 , 012-9215725).

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 013-3082131 atau e-mail merahsilu@hotmail.com

13 comments:

BAGAK said...

Buku anda telah saya jumpai di kedai buku Popular IOI Puchong

tapi belum beli lagi :)

awanbadai said...

MerahSilu,

Saya telah dapatkan BKA2 di IOI Puchong, atas info saudara Bagak.
Saya cari BKA1, tak jumpa pulak.

So saya ke MPH Giant Shah Alam, disana pun BKA1, takde, BKA2 shj yg ada. Nasib baik MPH sudah centralised database buku2 cawangan yg lain. Diberitahu BKA1 ada di MPH Subang Parade, dan Mid Valley. Khatam saja BKA2, terus saya terkam BKA1 di Subang Parade.

Alhamdulillah, orang tua saya pun suka dengan isi penulisannya. Teruskan juang mu MS, ada gerak kita ketemu. -awanbadai-

rem said...

buku ni saya tak jumpa lagi di Popular Sg Petani..masih mencari BKA3

Tuah said...

Salam.
Alhamdulillah, saya telah berpeluang membeli dan berjaya memiliki ketiga-tiga buah buku Saudara Radzi "Berpetualang ke Aceh" semasa berkunjung ke kawasan Jalan Masjid India. Tanhniah buat saudara - teruskan usahamu mudah2an bertemu apa yang dicari. Amin

Tuah (Brunei Darussalam)

Radzi Sapiee said...

Hmm... Dah lama baru nak jawab... Terimakasih semua kerana menyokong siri buku "Berpetualang ke Aceh". Majulah sukan untuk negara! Ahaks...

bobby said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...bro!!!

setiap pertemuan itu ditakdir kan..dan ditakdirkan juga saya terdengar IKIM.FM tadi...subhanallah...terbukti keindahan ciptaan Allah itu manusia..dan salah seorang yang menzahirkan keindahan itu mungkin melalui penulisan kamu (istighfar kita ramai1 agar terhindar rasa riak)....anyway aku dah teruja...maaf lambat mengetahui tentang buku dan kerja kamu berpetualang...no 013 tu masih valid ke? coz aku nak beli buku itu secara online...dan nak beli siri pertama dahulu :D hehehe boleh kan? anyway ini email aku juraimi@gmail.com ....kalau 013 tu masih valid...dah siap bank in ke Maybank isterimu nanti aku sms....tak sabar nak baca nih!!!! :D

natie said...

Salam,kerja yang saudara lakukan memang tidak dapat dilakukan oleh oranglain.Teruskan berusaha, bersabarlah...semoga saudara terus tabah.. kuat semangat..semoga Allah memberikan sesuatu yang setimpal dengan apa yang saudara lakukan.Selamat berjaya..insyallah saya akan membeli buku saudara sebagai sokongan untuk saudara.

Anonymous said...

Kembali kpd kesedaran
Insan Zilullah Fil'alam
Yang suci & mulia
Tuhan memelihara
Disucikan dengan fitnah
Yang tersembunyi bukan satu
Banyak dalam satu
313 semuanya
3 telah ditemui
299..

Anonymous said...

Ya Fattah!
Fattah alaina fathum mubina
Salam yang disampaikan
Wilayah Qurbah
Untuk tiga-tiga arah
Tanah Jawi si Nusantara
Dari negeri jauh
Dibalik sebatang sungai
Perlak ke Samudera Pasai
Jawa ke Sulawesi
Melaka Perak ke Johor-Riau
Dikirim angin lalu
Bertandang ke utara
Kedah, Pattani ke Champa
Lantas dititip jauh
Ke negeri dibawah bayu
Bertaut tiga laut
Brunei Mindanao ke Sulu

Juana said...

Dah baca BKA 1 dan insyaAllah akan beli BKA 2. Berasal dr Kuala Kangsar tetapi sekarang menetap di Shah Alam. Kita serumpun rupanya....

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan alhamdulillah serta terima kasih semua. Lama saya tak menjenguk di artikel ini, tak sangka dah ada beberapa komen baru.
Untuk bobby, 013 masih valid.
Untuk natie, terima kasih. Tak tau nak kata apa...
Untuk Juana, salasilah ada kena-mengena ke?
Untuk sesiapa yang nak beli buku, Insyaallah stok saya masih ada. Untuk yang nak beli DVD pun ada tapi kena bagi tahu. Stok dahulu semua dah habis. Kena burn stok baru, maklumlah buat sendiri.
Salams! :]

nory izecson said...

salam..
erm,sayang,bru hr ni ku jmp blog ni:(.erm,sy rsa sblm ni sy pnh jmp tjuk buku BKA ni.time tu tgh belek2 buku kt kedai buku but sori to say time tu memg xberminat nk beli buku ni apatah lg nk belek2 isi dlm tu.tp ble dh buka blog ni bru la rsa teruja nk memiliki buku2 BKA ni..nnt sy try cari kt mph.erm,dvd tu ada jual gak ke kt kedai buku?atau kena order?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. DVD tu takda kat kedai, kena order dari saya!