Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, March 31, 2008

Salam daripada Kuala Terengganu... Selesai sudah apa yang patut dibuat di negeri ini!

Gambar aguk milik seorang anak cucu keturunan Raja Temenggung Salih yang pernah memerintah Muar... Katanya dibawa dari Aceh sebagai hadiah mas kahwin daripada seorang Sayyid keluarga Al-Idrus yang kemudian berkahwin dengan seorang anak cucu Bendahara Johor Tun Seri Lanang.
Untuk pengetahuan, daripada perkahwinan inilah muncul Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang menjadi moyang kepada Sultan-sultan Johor, Pahang dan Terengganu sekarang. Abang kepada Tun Habib iaitu Sayyid Jaafar dan keturunannya pula memegang wilayah Muar...
Entah kenapa, saya terasa mahu menggunakan gambar ini untuk menghiasi posting terbaru ini. Untuk pengetahuan, gambar ini pernah digunakan untuk cerita-cerita perjalanan di Johor, dalam sebuah posting bertajuk Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?

Assalamualaikum semua... Sukacita dimaklumkan, tadi saya baru sahaja berjaya menyiapkan artikel ke 118 untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , sebuah artikel bertajuk Kawasan pemakaman diraja di (the royal mausoleum at) Kuala Pahang... . Sejurus sebelum itu sebuah artikel lain bertajuk From Pekan to Kuantan... The East Coast journey continues... telah dibuat untuk menjadi posting ke 181 dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Sekitar jam 10 pagi pula saya telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan artikel bertajuk (The place known as...) Makam Chondong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang dimulakan malam tadi tetapi tidak sempat disiapkan kerana Cyber-Cafe mahu tutup. Artikel itu dibuat setelah berjaya menyiapkan cerita Dan perjalanan diteruskan ke Pekan... di blogspot ini disusuli artikel A look at the Pahang river estuary and what's around... The southern part that is... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan artikel Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah? kembali di blogspot ini...
Semua ini dibuat sebagai sambungan daripada penceritaan berkaitan Jalan Penarikan yang dimulakan di Kemaman tetapi cuma dapat disiapkan di Dungun hari Rabu minggu lepas... Menggunakan gambar-gambar pilihan daripada koleksi sekitar 280 buah gambar yang sudah dialihkan daripada kamera digital masuk ke pen-drive di pejabat pusat kumpulan akhbar The New Straits Times untuk seluruh Pahang sejurus sebelum meninggalkan Kuantan lalu boleh di upload ke Internet.
Kalau boleh, saya mahu menyiarkan segala cerita yang patut dalam pengembaraan kali ini secepat mungkin untuk tatapan semua, lebih cantik lagi secara live... Tetapi saya tidak ada alat untuk berbuat begitu dan bukan senang hendak menulis sambil mengembara kerana masing-masing memerlukan konsentrasi yang amat tinggi... Sekarang ini, setelah masuk 12 hari pengembaraan, saya sudah mengambil hampir 800 buah gambar sedangkan koleksi 280 gambar awal yang kini berada di dalam pen-drive pun belum dapat diceritakan sepenuhnya!
Apapun, saya cuba melepaskan apa yang tertunda apabila muncul peluang dan masa... Kalau ikutkan, saya sudah boleh meninggalkan Terengganu sejak semalam lagi kerana segala tempat yang patut diziarahi telah pun saya sampai... Tetapi saya rasa perkara ini tidak akan betul-betul selesai selagi sejumlah cerita bergambar belum disiarkan...
Setelah bertungkus-lumus sejak malam semalam membawa ke hari ini, 6 buah artikel pun berjaya disiapkan... Masuk artikel ini sendiri, jadilah ia artikel ke 7 dalam proses penceritaan kali ini dan jadilah ia juga artikel ke 272 di dalam blogspot ini!
OK... Saya telah mengikut gerak hati dan rasa untuk melepaskan apa yang patut di ketiga-tiga blogspot saya. Hasilnya adalah satu rangkaian cerita yang ada suatu turutan tertentu di mana gambar-gambar pilihan diagihkan dengan saksama mengikut rentak penceritaan dan konsep sesuatu blogspot itu sendiri...
Biar saya letak turutannya di bawah ya... Dengan selesainya bacaan mengikut turutan ini, barulah artikel "Salam daripada Kuala Terengganu" ini boleh dibaca dengan sempurna... Sila! :]


OK... Sekarang baru kita boleh bergerak ke masa kini.

Dalam artikel Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam... yang dibuat hari Jumaat malam Sabtu di sana, saya ada menyebut perlu ke sana untuk menyusuri sesuatu yang berkaitan dengan sebuah sulur-galur keturunan yang telah berperanan menyebarkan Islam di Nusantara lama dahulu. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan saya berjaya melawati semua tempat yang patut. Walaupun pada mulanya saya risau kerana di Kuala Berang tidak ada perkhidmatan bas untuk ke tempat-tempat ini... Yang ada cuma van yang bertindak seperti teksi sapu murah, ada pula tempat yang hendak dituju tetapi saya tidak ingat di mana letaknya...

Bayangkan, pergi ke 6 lokasi berlainan tempat, jauh antara satu sama lain seorang diri tanpa memiliki kenderaan... Oh... 7 lokasi jika dikira sekali tapak asal tempat dijumpai Batu Bersurat Terengganu yang pernah menjadi alas kaki di tempat mengambil wudhuk sebuah surau lama yang tidak lagi wujud... Dijadikan alas kaki kerana tiada siapa pun sedar akan hakikat sebenar batu itu sehingga ditemui seorang Sayyid pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III penghujung abad ke 19 Masihi!

Apapun, yang dimaksudkan 6 lokasi berlainan semuanya adalah makam... Di Kuala Berang, saya telah tidur di masjid baru Kampung Buluh. Keesokannya hari Sabtu saya memulakan perjalanan menghala ke Kampung Kuala Por (kalau tak salah ingatan) untuk menziarahi makam Tok Gajah, bapa kepada pahlawan Melayui terkenal Mat Kilau.

Dalam perjalanan itulah saya terserempak binaan monumen serta replika Batu Bersurat Terengganu yang menandakan kawasan tempat batu itu ditemui. Bukan tidak pernah sampai tetapi tidak ingat di mana... Selesai menziarahi makam Tok Gajah, saya telah berjalan kaki jauh untuk mencari sebuah makam yang tersembunyi di dalam dusun atas bukit, kawasan yang pernah ditunjuk oleh beberapa orang waris keluarga Tok Pulau Manis (nanti saya cerita tentang beliau sedikit) sekitar tahun 2004 dahulu. Masalahnya saya tidak ingat tempatnya di mana, sekadar mengharapkan mungkin saya dapat cam jalannya.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya dapat menemui kembali makam yang tersembunyi ini. Jaraknya sekitar 7-9km daripada Kuala Berang, di selatan aliran Sungai Terengganu. Selesai itu, saya menziarahi makam Tok Raja Ri yang menggunakan batu nesan Aceh. Makam ini tersenarai dalam buku-buku terbitan Jabatan Muzium sebagai salah satu makam yang ada menggunakan batu nesan Aceh tetapi baru kali ini saya sampai ke situ... Walaupun telah pergi ke Kuala Berang hampir 10 kali rasanya!

Kemudian saya kembali semula ke Kuala Berang untuk mendapatkan van @ teksi sapu ke Kampung Jenagor sekitar 11km ke timur, utara aliran Sungai Terengganu ke hulu. Di sana, sekali lagi syukur Alhamudillah... Dapat saya menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Terengganu masuk ke satu kawasan tertentu yang susah hendak dimasuki akibat hutan tebal yang katanya penuh harimau serta dijadikan kawasan larangan oleh pihak tertentu...

Kawasan itu mengandungi sebuah makam purba, diwartakan sebagai makam Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang menurut waris-waris keluarga Tok Pulau Manis adalah penulis Batu Bersurat Terengganu! Kali terakhir saya dapat masuk ke sana ialah pada satu malam tahun 2004...

Hujung tahun 2006, saya pernah sampai ke Kampung Jenagor tetapi tidak dapat menyeberang menaiki bot akibat air surut dan mendakan tanah yang menghalang perjalanan... Semasa ke Jenagor kali ini, saya ternampak tanda bertulis "Makam Tok Kawah" di Kampung Kuala Pueh... Teringat bahawa Tok Kawah adalah daripada keluarga Sharif Muhammad juga... Maka selesai menziarahi makam di seberang Jenagor, saya menumpang kereta orang lalu turun di Kuala Pueh.

Seterusnya saya pergi ke Kampung Pauh di mana terdapat sebuah lagi makam yang bermakna. Kemudian dengan kuasa Allah, petang itu juga saya dapat bergerak hampir 30km menghala ke Kuala Terengganu untuk pergi ke Kampung Pulau Manis... Dihantar oleh seorang hamba Allah dengan menaiki motosikal menyusuri jalan paling dekat dengan Sungai Terengganu tanpa memakai helmet...

Hmm... Kalau hendak diceritakan semuanya memang panjang. Cukuplah diberitahu, malam itu iaitu hari Sabtu malam Ahad, saya dapat bermalam di sebuah surau tinggal yang sesekali digunakan untuk aktiviti sosial setempat, di hadapan makam Tok Pulau Manis, seorang wali Allah terkenal abad ke 17 yang pernah menjadi guru serta bapa mertua kepada Sultan Zainal Abidin I.

Adapun tercatit dalam sirah Tok Pulau Manis, nama sebenarnya ialah Sharif Abdul Malik bin Sharif Abdullah bin Sharif Abdul Qahar bin Sharif Muhammad al-Baghdadi. Yang tertanam di Kampung Pauh adalah Sharif Abdullah juga dikenali sebagai Tok Pauh. Dan Kampung itu juga adalah tempat Tok Pulau Manis membesar dan telah menunjukkan sifat kekeramatan seorang wali besar sejak kecil lagi, katanya pada usia 12 tahun sudah mampu "melipat" bumi!

Seberang Jenagor pula tercatat sebagai tempat terletaknya makam Sharif Muhammad Al-Baghdadi. Lalu makam tersembunyi di dusun atas bukit yang disebut tadi dinyatakan sebagai makam anak baginda, Sharif Abdul Qahar. Tetapi pada tahun 2004, saya diberitahu sebenarnya ini terbalik... Makam Sharif Muhammad yang tersembunyi, makam Sharif Abdul Qahar pula yang di seberang Jenagor... Eloklah juga kerana makam di Jenagor itu telah "dipegang" oleh kumpulan tertentu yang sangat yakin bahawa makam itu adalah milik Sharif Muhammad Al-Baghdadi dan Sharif ini sering menjelma sebagai Tok Ayah dalam diri ketua tertinggi mereka!

Selesai menziarahi makam-makam watak utama ahli keluarga dengan bermalam berdekatan Makam Tok Pulau Manis, keesokannya iaitu hari Ahad (semalam), saya pergi pula ke Cabang Tiga untuk menziarahi makam-makam waris utama keluarga Sayyid Al-Idrus yang terkenal dengan kisah keramat Tokku Paloh di zaman Sultan Zainal Abidin III. Saya sempat pergi ke kawasan pemakaman ayahanda Tokku Paloh iaitu Tokku Tuan Besar di Masjid Tokku, juga makam moyangnya (lupa nama) di Jalan Makam Lama, Cabang Tiga seterusnya singgah sebentar ke Masjid Losong...

Sempat juga berjalan kaki melepasi Muzium Negeri lalu berpusing di jalan baru belakang yang dibuat untuk ke Taman Tamadhun Islam serta Masjid Kristal di Pulau Wan Man... Di sana, ada seuatu yang saya rasa kuat akan permainan Yahudi Zionis untuk mengaburi mata umat Islam tetapi biarlah diceritakan lain kali ya... Cukuplah dibertahu, selepas berehat sebentar di Masjid Kristal, saya sempat bersolat Zuhur di Masjid Tokku Paloh, pergi menziarahi kawasan kuburannya seterusnya tidur sebentar melepaskan penat-lelah di masjid sehingga waktu Asar sebelum masuk sebentar melihat pameran terbaru di muzium.

Petang itu, saya singgah sebentar di sebuah masjid lama berdekatan Cabang Tiga, kalau tak salah ingatan namanya Masjid Hiliran... Sempat juga menziarahu satu kawasan makam tertutup di situ sebelum memulakan proses penceritaan terbaru untuk blogspot-blogspot saya di sebuah Cyber-Cafe berdekatan. Proses penceritaan disambung kembali malam sedikit di tengah bandar Kuala Terengganu, di sebuah Cyber-Cafe berdekatan Masjid Abidin. Dan kini penceritaan pun ditamatkan di sini, pada waktu ini selepas jam 3 petang.

Allah dan Alhamdulillah! Dapat juga saya menyudahkan proses penceritaan ini... Selepas ini harus disemak kembali, kemudian bolehlah saya meninggalkan Kuala Terengganu untuk menghala ke Kelantan pula.

Cukuplah... Ucapan selamat sejahtera daripada saya untuk semua... Sekian! :]

9 comments:

Anonymous said...

salam...
maaf komen nie xda kna mengena ngan artikel abg tue..cuma sy nak luahkan perasaan yang meronta2 nie sikit.sya tringin sngat nak blaja ilmu tasawuf@tarekat,lepas mengikuti tulisan n cerita hidup abg radzi...dulu keinginan tue xdala hebat sgt.tp setiap kali membaca dalam blog nie.semangat tue semakin kuat.tp masalahnya,sy x tahu mcm ner nak cri guru yg dpat mengajar sy yg jahil nie.sy xda tempat nak luahkan nie suma.mana bleh sy dpat blaja?abg radzi ada amik anank murid ke?bleh berguru ngan abg x?

Tengku Haadi said...

saya rasalah ayah Tun Habib Abd Majid iaitu sayyid zainal abidin al-aidarus yg dimaksudkan bukanlah sayyid zainal abidin bin sayyid abdullah aidarus, tapi tapi nama sama tapi orang lain. Tapi berbinkan siapa? Lagipun menurut rekod Asyraaf, beliau ni x pernah jejak kaki kat Aceh mahupun Johor n tinggal kat Hadramaut. Betul ke ayahnya ada berkahwin ngan puteri sultan Aceh?

Radzi Sapiee said...

Wassalam dik anonymous. Abg bukan guru... Sori le tak dapat mengajar. Tapi Insyaallah adik boleh belajar daripada apa yang abang tulis sebab ada makna tersurat dan tersirat di sebalik setiap kata.
Untuk Tengku Haadi, kalau ikut rekod Asyraaf, jangan kata Sayyid Zainal Abidin ni... Seluruh cerita pasal Sayyid Jamaluddin Kubro yang ada anak cucu ramai termasuk Sayyid Ali Nurul Alam yang membawa kepada nasab Raja Patani dan Kelantan pun boleh dipersoalkan... Istana Kelantan pun mengaku diaorang keturunan Ahlul Bait tapi apakah ini bohong jika rekod salasilah keluarga mereka tak ada dalam rekod Asyraaf dan rujukan keluarga Ba' Alawi?
Bab Sayyid Zainal Abidin dari Aceh ni pula, sumbernya adalah salasilah keluarga Raja Temenggung Muar... Boleh cari waris depa kat area Lubuk Batu, Segamat, memang tertulis dalam salasilah lama. Kalau bohong salasilah, maka bohonglah seluruh keturunan depa dan dilaknat kerana mengaku Ahlul Bait.
Saya cerita apa yang saya percaya... Kalau bohong saya, laknatlah juga saya kerana sibuk menceritakan dan memakai sumber2 "bohong"... Sedangkan setahu saya, sampai kini saya masih boleh melepak malam2 seorang diri kat makam-makam diraja lama juga masjid lama2, termasuk juga Masjid dan Makam Tokku Paloh dan keluarga yang saya rasa tak boleh dipersoalkan kesahihan nasabnya lagi... Dan setakat ni takda apa2 ketulahan, laknat dan sebagainya... Bukan nak menyombong tapi percaya atau tidak, ini juga boleh dijadikan sebagai ukuran penerimaan apakah kita ini kerabat atrau tidak... Kalau bukan, ada le akibatnya yang akan berlaku. Kalau tak percaya, cuba le... Sebab tu saya selalu ajak orang buat "praktikal", jangan setakat berbincang ilmu tinggi kat forum dan Internet aje...
Sebenarnya bab tido makam ni saya nak bagi contoh makam Tok Pulau Manis sebab saya lagi "akrab" dengan sebelah sana dan lagi suka tido kat situ tapi takut orang tak iktiraf Tok Pulau Manis ni sebagai Ahlul Bait... Sebab namanya takda dalam rekod orang-orang yang diiktiraf...
Macam gak saya pernah dengar cerita ada satu Sayyid pegi Pulau Besar lepas tu siap boleh kutuk Sheikh Ismail Sultanul Ariffin kononnya "pangkat" beliau setakat Sheikh sahaja... Sedangkan taraf dan nasab beliau jauh lebih tinggi daripada kebanyakan jurai keturunan yang ternyata terang dalam kitab2 nasab sebagai Ahlul Bait.
Kadang2 kita lupa nasab Tok Pulau Manis mai Nusantara ni abad ke 14 Masihi, begitu juga Sheikh Ismail... Jadi susah le nak expect nama diaorang ada dalam buku nasab belah Hadramaut yang kebanyakannya datang ke Nusantara abad ke 18 ke atas iaitu lebih 400 tahun kemudian...
Itu sahaja jawaban saya... Sekian :]

Anonymous said...

bang MS, posting yg atas ni mungkin virus(kijar), web syahir pun ada benda ni...

Radzi Sapiee said...

K... Dah delete dah... Diaorang ni memang le... Tak habis2 dok promote taik kat tempat orang. Chis!

Anonymous said...

ya sdr radzi, nama saya din,
dulu akhir thn 1999-2000,saya pun macam awak ,selalu g makam2 ni ,terutama di jenagor -tok ayah ,jumaat mlm , pas tu pagi jumaat g makam tok pauh ,tok pulau manis, tok ku paloh ,selalu beramal di makam sampai tidur sana lah ,biasa saya bersama cucu tok ku pauh iaitu syed omar,

kira kita sama lah jiwa nya kot ,akhirnya saya masa tidor kat makam tok pauh selepas beramal ,ade hal pelik berlaku ,klu tidur di mkm tok pulau manis ,tidur kat surau tu lah. cuma makam tok pauh agak keras sikit.

itulah wali2 nak gambar2 ade, tapi skrg saya dah tinggal di england ,isteri buat Phd dan saya belajar part time dan kerja di sini.
nanti bila free boleh jumpa atau sms saya 0044-07846273283 ok.klu nak dtg london call dulu ok asalamulaikum

Radzi Sapiee said...

Hmm... Waalaikumussalam.

tengku said...

klu nk belajar tasawuf mai k.trg byk tempat belajar, tau o xtau shj, atau nak o xnak shj

tengku said...

sebenarnya kita xperlu bgtau org kita sayyid o x, klu seseorg itu mempunyai martabat yg tinggi disisi allah dia akan nampak darah keturunan rasulullah s.a.w yg sebenar2 nya.... xkira lh, org yg syed itu ada nama syed ke o xsyed ke.... percaya lh adakalanya yg tersembunyi itu lg tinggi ilmu n maqamnya dr yg masyur itu...fikir2 kan lah.