Khamis malam Jumaat 14 Mac 2013, saya dan keluarga bertolak bersama seorang rakan ke Kelantan. Singgah makan malam seraya bertemu seorang rakan lain dan keluarganya berdekatan Lembah Bilut, Raub.
Agak lewat kami menyambung perjalanan lalu sampai ke tujuan iaitu Akademi Nik Rashiddin (ANR), Kandis, Bachok, Kelantan jam 5 pagi.
Kami tidak mahu mengganggu tuan rumah lalu pergi berehat di masjid berdekatan.
Di perkarangan masjid anak kecil saya, Johan pertama kali menjejakkan kaki ke tanah setelah 2 minggu pandai berjalan...
Selepas itu baru kami masuk ke ANR berjumpa pemilik premis, Puan Rosnawati untuk melihat persiapan bagi acara yang dipanggil HIKMAH IV.
Kami kemudian pergi ke rumah orang kampung untuk melihat kuda milik mereka. Saya rasa elok kalau kuda yang ada digunakan untuk memeriahkan majlis.
Saya dan isteri malah sanggup bergerak ke Pengkalan Chepa, Kota Bahru untuk melihat satu pertandingan kuda yang kami dapat tahu diadakan di sana.
Kami mahu meminta pihak penganjurnya agar dapat membawa sejumlah kuda memeriahkan HIKMAH IV.
Lewat petang saya membawa anak-anak bermain ke tepi pantai.
Sabtu 16 Mac majlis HIKMAH IV dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lihat artikel berikut :-
Sebahagian kertas kerja juga telah dikongsikan pada blogspot sana. Lihat :-
Kertas
kerja HIKMAH IV - Tentang Puteri Saadong
Kertas
kerja HIKMAH IV - Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni
Sekarang kita teruskan ke penceritaan selepas acara.
Ahad tengah hari 17 Mac kami ke Pasar Khadijah di tengah bandar raya Kota Bahru.
Selain berjumpa kembali satu keluarga yang datang dari Dungun, Terengganu (mereka menginap di homestay kami selepas tamat HIKMAH IV) kami mahu menikmati sejumlah juadah tempatan yang boleh diperolehi di situ.
Di sekitar pasar itu juga kami bertemu kembali satu keluarga dari Kuantan, Pahang yang turut menghadiri HIKMAH IV. Mereka teringin untuk bersama pergi ke Masjid Brunei, masjid penuh misteri di pendalaman daerah Pasir Mas.
Ketika mula-mula mengumumkan penganjuran acara hampir 3 bulan lalu memang saya ada memberitahu mahu ke masjid ini selepasnya dan mengajak sesiapa yang mahu pergi agar ikut sama. Rancangan asalnya mahu bermalam selepas HIKMAH IV tetapi kemudian didapati tidak sesuai kerana kami harus amat kepenatan selepas acara sedangkan lokasi masjid terletak agak jauh dari ANR. Hampir-hampir sahaja saya tidak jadi kalau tidak kerana ada 2 keluarga yang teringin sangat untuk ke sana. HIKMAHnya, ia menjadi lawatan peribadi saya yang ke 7 (kalau tak salah ingatan). Lihat
Bringing
some friends to the Brunei mosque - My 7th visit here?.
Selepas itu saya berkejar ke Jeli untuk mengambil jalan ke Dabong bersama keluarga dan kawan yang menumpang sama. Saya mahu sekurang-kurangnya melihat air terjung tinggi Jelawang di Gunung Stong sebelum meninggalkan Kelantan.
Dari situ kami ke Gua Musang lalu mengambil jalan mendaki pergunungan ke Cameron Highlands. Ini adalah salah satu laluan untuk kembali ke Lembah Kelang. Jadi apa salahnya jika kami singgah berjalan?