Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, November 04, 2014

Menghidupkan Bukit Treh di Muar sebagai tempat pelancongan legenda bersejarah

OK. Saya ada cerita perjalanan yang boleh disambung dengan artikel Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian (dibuat awal pagi tadi). Tetapi sebelum itu biar dibuat cerita ini untuk menyokong cerita perjalanan yang akan dibuat kemudian...


Petang Ahad 2 hari lalu saya pergi ke Bukit Treh di Muar, masuk melalui kawasan kuarters pekerja jabatan air atau lebih tepat Syarikat Air Johor.



Rasanya sudah lebih 3 bulan saya tidak masuk ke sini. Ada perkembangan baru mahu disaksikan dengan mata kepala sendiri.


Saya diberitahu sejumlah tempat.objek yang memiliki nilai sejarah di sini telah diberikan perhatian sewajarnya agar boleh dijadikan tarikan untuk pelancong datang. Bukit Treh memiliki cerita legenda serupa dengan kisah Si Tanggang yang disumpah ibunya menjadi batu - objek dan tempat-tempat ini menyokong cerita legenda memberikan ia nilai sejarah yang boleh dikaji lebih teliti. Kebetulan cerita tersebut ada dipaparkan dalam buku ke-7 saya, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah" (terbit Oktober 2011). Saya paparkan muka surat berkenaan ya. Untuk bacaan dengan lebih terang sila klik pada gambar atau buka dalam windows baru...















Sekarang biar kita lihat objek atau tempat-tempat yang ditonjolkan.



Nampaknya usaha menaikkan Bukit Treh sebagai tempat pelancongan legenda bersejarah ini baru mendapat rupa kurang 3 bulan lalu.



Batu yang boleh dijadikan bukti bahawa satu masa dahulu kawasan ini terletak di dalam laut. Disebut dalam cerita Lagenda Helang Makku yang serupa kisah Si Tanggang itu bahawa selepas berlaku sumpahan kapal menjadi batu, laut di sekelilingnya berubah menjadi daratan. Lihat artikel Batu laut di Bukit Treh (Sea rock at Bukit Treh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kubur di bahagian selatan kaki bukit. Ada yang kata ini makam ibu si Tanggang atau watak serupa Tanggang, ada pula kata makam seorang isterinya. Lihat Makam ibu Si Tanggang? (Tomb of mother to Si Tanggang?).


Di barat kaki bukit pula terdapat sebuah pintu gua. Bukit Treh itu sendiri dikatakan kapal terlungkup/terbalik yang bertukar menjadi batu. Menurut ceritanya gua ini dahulu tempat orang kampung meminjam pinggan mangkuk untuk kenduri kendara. Lihat Gua di Bukit Treh (Cave at Bukit Treh).



Saya kembali ke bahagian selatan untuk memanjat ke puncak melalui tulang bukit di mana terdapat laluan paip sejak zaman penjajahan British.



Ketika itulah tersedar satu bahagian yang boleh digunakan untuk menunjukkan pernah wujud satu binaan purba, mungkin istana kerajaan lama juga telah ditonjolkan untuk pengunjung. Lihat Tembok purba batu karang di Bukit Treh (An olden coral reef wall at Bukit Treh). Objek dan tempat-tempat ini pernah saya ketengahkan dengan terang dalam buku "Jejak Keluarga Yakin" 3 tahun lalu. Seronok saya melihat ia telah diangkat menjadi tarikan...







Saya pun meneruskan pendakian ke puncak...











Ini tembok lebih moden, kalau tak salah dari zaman British, tidak seperti tembok bawah tadi yang harus lebih tua dan lama kerana dibuat daripada batu karang...



Pemandangan bawah ke loji air. Loji air zaman British atau lebih tepat tangki terletak di puncak bukit.



Ah. Tiba-tiba kelihatan jalan mati.



Oh. Terlupa. Harus belok ke kiri...



Jumpalah tangga sampai ke puncak.






Pintu gerbang menandakan sudah sampai...



Tangki air zaman British yang sudah lama tidak digunakan sudah diliputi tumbuhan-tumbuhan.



Namun ada bahagian-bahagian yang masih menonjol terang.









Nampaknya bahagian atas bukit tidak diletakkan apa-apa penanda/papan maklumat menggalakkan pelancong naik ke atas. Mungkin kerana tidak mahu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa, maklumlah di atas itu adalah tangki air lama zaman British. Kalau orang ramai naik takut terjatuh lubang atau bolos lantai, siapa nak jawab? :]















No comments: