Sebagai melengkapkan perkongsian biar dibuat kompilasi bagi artikel-artikel yang membentuk penceritaan perjalanan utara.
Perjalanan bermula pagi Selasa 30 September 2025 untuk menghantar isteri menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang. Isteri terlibat dengan kesatuan sekerja syarikat-syarikat telekomunasi dan datang sebagai salah seorang wakil dari zon Selangor Barat. Mesyuarat berlangsung sehingga tengah hari Jumaat 3 Oktober. Sementara itu saya keluar berjalan-jalan membuat hal sendiri.
Sempatlah pusing pulau, singgah di beberapa tempat di Kedah, mendaki Bukit Meriam tempat Sultan pertama Kedah bersemayam 900 tahun lalu, naik Gunung Jerai dan mendaki Bukit Mertajam walaupun mengalami kereta rosak di Parit Buntar malam Jumaat lalu harus menunggu bengkel dibuka pagi Jumaat untuk membaiki kerosakan. Selepas kereta dapat berjalan kembali sempat mendaki Gunung Semanggol sebelum bertemu lalu mengambil isteri di Taiping. Perjalanan diteruskan singgah lagi beberapa tempat termasuk ke majlis Maulidur Rasul tahfiz anak di selatan Cheras pagi Ahad 5 Oktober. Apabila kembali ke rumah 10.30 malam didapati kereta telah dipandu sejauh 1,226.7 km. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Masjid Lama (Old Mosque of) Tanjong Huma, Batu Ferringhi
4. A viewing point between Teluk Bahang and Sungai Pinang
5. The recreational area of Sungai Pinang
6. Sunset from Balik Pulau viewing point
7. Masjid Jamek Benggali (Main Benggali Mosque), Pulau Pinang
8. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel
10. Lawatan baru (New visit to) masjid (mosque of) Batu Uban
11. Tanah perkuburan (Cemetery at) masjid (mosque of) Batu Uban
12. The seafront at Kuala Muda
20. Pantai Merdeka after many years
21. Masjid (Mosque of) Tuan Husein, Pantai Merdeka
22. Views from a prawn noodle shop in Pulau Sayak
64. Lawatan terbaru ke (Latest visit to) makam (tomb of) Sheikh Ahmad Marzuki
65. Taman Tebu Aidil, Sungai Besar
67. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Bersama ipar duai di Sungai Besar dan Sekinchan
68. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Majlis Maulidur Rasul bersama anak-anak