Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 13, 2008

"Mematikan diri" di makam Tok Selehor...

Semasa masih berada di sekitar negeri Terengganu, ada seorang pembaca telah menghantar SMS meminta saya agar pergi ke kawasan madrasah Tok Selehor apabila sampai di Kelantan nanti. Katanya dia baru mendapat tahu, di sana ada sebuah lubang kubur di tengah-tengah tanah perkuburan yang dijadikan tempat bersuluk atau berkhalwat, iaitu bersendirian sambil beramal mengingati Allah bagi anak-anak murid Tok Selehor suatu masa dahulu.

Alhamdulillah, pada 3 haribulan April 2008, saya akhirnya sampai ke tempat ini lalu sempat "mematikan diri" sejenak di dalam lubang kubur tersebut. Yang menariknya, sebaik sahaja saya keluar daripada lubang itu, kelihatan ramai budak sekolah sedang melawat tempat ini pula... Sekian! :]

























15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang kantol ke dengan bebudak sekolah masa mematikan diri tu?

Radzi Sapiee berkata...

Hehe... Diaorang cuma perasan tiba-tiba je ada orang keluar daripada pintu bilik utama... Pintu bilik khalwat dalam kubur tu kat bawah, jadi mungkin diaorang tak berapa perasan kot yang saya sebenarnya baru keluar daripada situ? Tahu-tahu je orang keluar tapi tak pasti keluar daripada mana...

p/s: Hmm... Kantol tu kalau buat salah kan? Saya masuk situ pun lepas pegi mintak kebenaran dengan penjaga kunci, kena pegi rumah dia 300 meter daripada situ. Rasanya dia takkan nak bagi kunci masuk tu kalau tak da go ahead daripada pihak tertentu kan?

PerpatihTulus berkata...

kalau ngam-ngam keluar lubang kubur tu, jumpa budak sekolah tu kan best.. hehehe, lepas tu buat macam aziz sattar keluar dari perigi buta tu.. hheheh..

dah lama tak masuk sini, tak berkesempatan.. tertinggal banyak cerita daaaa..

Tanpa Nama berkata...

salam..

Story sikit ttg keistimewaan Tok Selehor boleh? :)

1st time dgr ttg KOK MAJID dr seorg kwn lama..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Tok Selehor ni pun taraf wali gak dan khalifah tariqat. Ala... Google je nama "Tok Selehor" ni, byk informasi boleh dapat! :]

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Baru perasan. Setahun dulu dah buat dah cerita pasal Tok Selehor kat sini tapi takda gambar.
Sila masuk kat sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/05/tok-selehor.html

Tanpa Nama berkata...

Saya bermimpi meziarahi kubur wali yg ada tempat suluk kira2 2 bulan yg lepas...seingat saya di kawasan negeri utara dan selepas tu ada juga saya mencari-cari gambar dilaman blogspot Tuan Merahsilu...dan saya terkejut bila terbaca mengenai kubur Tok selehor ni...Entahlah saya pun tak faham apa maksud mimpi tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Kepada cik/encik anonymous...sy pun mengalami mimpi yang sama..tp bukan makam Tok Selehor . Ianya di kawasan Utara..cuma saya perlu ke sana setelah beberapa hal tentang diri saya selesai. Moga Allah merahmatiNya..kerana apa yang dipesankan, saya perlu bermalam 3 malam untuk bersuluk..

Radzi Sapiee berkata...

Salam... Untuk yang utara tu cuba masuk kat sini... http://merahsilu.blogspot.com/2008/02/makam-datuk-maharaja-khadi-sheikh-abdul.html

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Tuan Merahsilu..blog Tuan benar-benar menarik dan berinfo.

p/s : Cik anggun, gambaran mimpi saya menyerupai suasana di makam Tok Selehor tetapi didlm mimpi tersebut seolah-olah menyatakan lokasinya berada dikedah utara atau kawasan sempadan kedah/perlis. add info masjid beratapkan unsur2 seni bina acheh. wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Yea..

Tuan anonymous..dlm mimpi saya itu juga ada beberapa makam para Wali.Kawasan makam tersebut mmg ada tempat bersuluk mcm di Tok Selehor ni.Tetapi hanya ada beberapa makam dan kesemua makam tersebut berketurunan dari Saidina Hassan..Tapi dlm mimpi tu temapt tu di Kedah Mmm..kat Utara samada Kedah or sempadan Perlis..itu saya tak pasti..

Moga diberi pencerahan lagi ttg ini..

nash berkata...

salamullah..
saya bercadang untuk mngadakan lawatan ke pondok tok selehor.

dengan siapa perlu saya berurusan?
harap saudara b0le tolong..
kirimkan n0 fon atau fax ke email saya

sipot_crew@yahoo.com
nash_651@yahoo.com

thnxx

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya tak tahu perlu berurusan dengan siapa. Dahulu saya pergi terus ke sana... masuk ke kawasan pondok kemudian bertanyakan orang pada siapa boleh dapatkan kunci makam.

Saya rasa tiada masalah jika rombongan saudara terus masuk secara ad hoc ke sana... cuma takut takda orang yang dapat melayan sahaja. Mungkin juga saudara harus menghantar wakil dahulu. Pergi sahaja ke pondok atau ke masjid dan bertanya pada orang. Mungkin boleh ditetapkan tarikh di mana ada orang di pondok yang sudi memandu arah dan menjawab pertanyaan.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Assalam.
bila sampai di lokasi.
pergila cari seorang yg bernama
abe soh..
salah seorang keturunannya.
sebelum balik
berborakla dgn beliau.ada bekalnya