Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, July 03, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Kita buka cerita seiring dengan munculnya bulan Rejab ya!

Ya, assalamualaikum! Bulan Rejab untuk tahun 1429 Hijriah sudah pun menjelma bersama masuknya waktu Maghrib tadi. Sempena bulan mulia yang dikatakan bulan Allah ini (Syaaban dikatakan bulan Nabi, Ramadhan bulan umat) maka saya rasa elok cerita sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan mula dipaparkan...

Adapun sambungan perjalanan ini dibuat Sabtu baru-baru ini setelah sebulan 'terlopong', iaitu setelah sebulan lalu dibuat perjalanan pembukaan melalui Ampang ke Hulu Langat lalu masuk ke Negeri Sembilan menyusuri sejarah lama melalui daerah Jelebu iaitu ke bandar Kuala Klawang sebelum ke Seremban kemudian ke Astana di Rembau. Rasanya butir-butir untuk perjalanan sambungan ini tak perlulah ditulis di sini. Saksikan sahaja video-video klip di bawah. Sila! :]




Perjalanan dimulakan melalui jalan lama masuk ke Salak...



Sungai Sepang Besar sebagai sempadan...

5 comments:

PerpatihTulus said...

ada video klip yg baru.. resolution kecik. kualiti tak bagus sangat. internet connection terlalu slow lah , penat gileer nak upload..

entahlah..

kerja video ni pun satu hal jugak. diorang jual handy cam, guna format besar-besar semua. dalam internet aku dah carik. beribu orang yang ada masalah dengan file avi ni..

yang pasti kena ada banyak duit. untuk beli macam-macam benda lagi, baru boleh settlekan..

nak kena mintak sponsor dengan sultan negeri Dubai ni..

heheheheh....

hentamsajalah

PerpatihTulus said...

http://www.youtube.com/watch?v=DP2nnu6ZAFI&feature=related

ni link dia kot untuk sebijik lagi klip.. insyaAllah. malam ni (pagi nanti kol 1.00 or 2.oo) upload lagi 2 3 klip.. dan nak buat converting yang ok sikit. kalau tak tulisan pun tak nampak.

Radzi Sapiee said...

Hehe... Tu le. Ingatkan pakai video camera canggih kerja lagi senang rupanya jadi bertambah plak. Adus... Kalau dulu boleh gak upload direct dan aku sendiri boleh tengok dan adjust mana yang patut, ini dah le kena pakai driver yang tak compatible kat komputer aku, kena plak tonton klip satu persatu sambil convert... Aduhai!
Kalau cam ni le, nampaknya kena standby gak video camera lama kot? Ataupun mungkin nanti engkau dah tau setting yang sesuai,maka baru le berguna betul2 video cam baru tu.
Takpa... Sementara ada sebulan setengah sebelum pegi Perak ni, insyaallah, engkau kena le buat apa yang patut jaga orang rumah bagi hati dia lembut untuk next projek, hehe! :]

Anonymous said...

Salam Bros...

Cuba carik kat link ni untuk apa apa software atau issues atau problem yang korang hadapi semasa buat editing. Aku dah guna link ni lama dulu..ingat ingat 4 tahun kot....sebab dulu aku mmg minat benda ni...hehehe (kamera lama daaaa...Sony DV 2100..Sekarang orang rumah aku buat cari duit poket hujung minggu...ambik video orang kawen).

http://www.videohelp.com/

Kat ruangan forum pun ada banyak tips dan solutions.

Link ni banyak membantu untuk solve semua technical problem. Selamat mencuba.

Merbawi

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Trimas weh! :]