Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 07, 2008

Salam daripada Tangkak/Ledang

Ini gambar Gunung Ledang aku curik daripada Internet. Gambo yang aku ambik sendiri nanti le aku tunjuk yek... Ikut turn cerita yang bakal keluo nanti...

Assalamualaikum... Terlebih dahulu izinkan aku lepaskan dulu rasa geram... Geram sebab menapak berbatu tadi nak cari Internet Cafe kat Tangkak untuk melepaskan sedikit gerak bercerita... Penat-penat menapak tak jumpa gak Internet.
Nasib baik tadi ada akak ngan family dia tolong hantar aku naik kereta sampai ke Kampung Padang Lerek kat jalan pergi Jasin... Rupa-rupanya ada Internet Cafe kecik dalam kawasan surau kampung dan boleh pakai pula sebab orang yang jaga rumahnya ada kat sebelah je. Tapi karang jenuh le aku kena menapak malam-malam sorang-sorang balik hotel kat tengah bandar sebab tempat ni letaknya jauh gak... Dan penulisan aku terasa sedikit tergencat sebab keyboard komputer ni ada problem sikit.
Tak apa. yang penting aku luahkan ikut gerak yang patut, biar settle...

--------------------

OK... Setelah melepaskan perasaan geram tadi, baru rasanya boleh saya bercerita dengan nada yang lebih teratur... Sukacita dimaklumkan petang tadi saya sempat berehat, mandi-manda dan makan angin di Gunung Ledang seorang diri tanpa gangguan (sebab petang hari minggu) setelah lama tidak ke sana. Rasanya kali terakhir saya ke gunung penuh legenda ini adalah pada tahun 2005. Lega sungguh rasanya kerana setelah membuat perjalanan meliputi 8 daerah utama di Johor, saya rasa perlu melawat Gunung Ledang sebelum dapat kembali semula ke Kuala Lumpur dan kini ia telah selesai.
Allah! Masalah keyboard betul-betul mengganggu gerak penulisan. Kalau tidak, mungkin saya boleh bercerita lebih panjang lebar akan apa yang berlaku hari ini terutama di Gunung Ledang... Mungkin juga disertai pengalaman di sana dalam lawatan-lawatan yang sudah lepas.
Oleh itu cukuplah saya ingin berpesan. Adapun blogspot ini didirikan supaya dapat berkongsi pemikiran saya dengan orang-ramai. Dalam pada itu, saya meletakkan c-box supaya proses bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman dapat berjalan dengan lebih rancak, bukannya statik.
Oleh itu saya meminta para pembaca dan semua yang terlibat, tolong JANGAN MEMBUAT ONAR di sini... Tolong jangan gunakan bahasa kesat dan kasar. Jangan suka menghukum, merendahkan atau mengkafirkan orang dan tolong JANGAN BAHAWA FAHAMAN POLITIK di sini. Di sini, kita mahu berfikiran lebih tinggi dan adil supaya tidak terbawa-bawa arus demokrasi ciptaan Yahudi Zionis walaupun yang ingin diperjuangkan itu adalah agama Islam yang syumul. Kerana sistem demokrasi itu sendiri dicipta untuk melaga-lagakan setiap pihak dan mengajar kita jadi berpuak-puak... Sehingga kita tetap mencari salah orang yang bukan berpihak pada kita dan pada masa yang sama cuma menutup kelemahan mereka yang kita anggap sealiran. Lalu jadilah kita seperti peribahasa Melayu, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan pula...
Terus-terang saya cakap, pihak saya lebih suka bersifat non-partisan iaitu tidak memihak pada mana-mana parti... Ibarat raja-raja yang harus bertindak sebagai pengadil atau sekurang-kurangnya pemerhati berkecuali. Walaupun kami tidak terlibat dengan politik secara langsung, tetap ada sumbangan yang dibuat untuk memperkasakan makna beragama dan menjadi Islam tanpa perlu diwar-warkan kepada khalayak ramai.
Kepada pihak yang lain pula, jangan senang-senang bercerita bab-bab sulit tentang para wali secara terang. Terus-terang saya cakap, saya telah berjumpa dan bersua serta berurusan secara peribadi dengan ramai ketua-ketua tertinggi pelbagai pengajian bersifat kebatinan dan tariqat termasuk mereka yang suka mengaku boleh bertemu itu dan ini... Dan saya sendiri selalu melalui pengalaman yang berbentuk ghaib dan susah untuk diterangkan, apalagi diterima ramai.
Walaupun saya tidak sepengajian dan tidak setuju dengan orang yang senang-senang mengaku jumpa wali, selama ini saya membiarkan sahaja hal ini atas dasar ilmu Allah itu luas... Saya beranggapan saya berada di pihak yang lemah, mungkin sahaja saya yang tersilap tafsir dan perkiraan walaupun pengalaman saya boleh tahan lah juga... Lalu saya memberi laluan untuk orang menceritakan pengalaman mereka sendiri walaupun ia berbalah dengan pengajian saya, walaupun melalui pengamatan mata batin saya sendiri, apa yang dilihat oleh orang itu bukanlah apa yang disangka mereka tetapi sebenarnya makhluk lain yang suka membuat pengakuan. Malangnya perkara sebegini yang sememangnya boleh menimbulkan fitnah telah disebut sewenang-wenangnya oleh sesetengah orang sehingga mula menimbulkan perbalahan dan buruk sangka orang.
Sekali lagi saya mengingatkan, JANGAN BUAT ONAR di sini. Saya bukannya orang yang suka bersumpah-sumpah atau membuat dakwaan apa-apa dan saya tidak suka membuat ancaman walaupun atas nama Allah, walaupun saya yakin ketika berada di pihak yang benar. Tetapi saya harus memberi peringatan demi kesejahteraan dan keharmonian semua. Rasanya bahasanya cukup terang... JANGAN BUAT ONAR di sini...
Tidak perlu saya memberi apa-apa peringatan tambahan, apalagi amaran dan tindakbalas. Cuma elok diberitahu, setelah saya memberi peringatan ini, akan ada pihak lain yang akan memantau dan bertindak jika ada sesiapa melanggar batasan. Bertindak yang bagaimana, saya biarkan para pembaca menggunakan imaginasi sendiri... Jangan nanti ada yang tak pasal-pasal terkehel... Angin takda, ribut takda, tiba-tiba tumbang je...
Cukup... Orang-orang Islam itu bersaudara. Selagi tidak ada bukti terang seseorang itu menyesatkan maka eloklah kita bersangka baik dan meraikan saudara kita. Kalau betul pun orang itu salah dan sudah 'terseliuh' akidah, gunakanlah hikmah untuk menegur dengan baik dan berhemah... Bukan kata-kata kesat dan maki-hamun.
Jika kita di pihak yang benar dan lebih matang dalam beragama, seharusnya kita melihat mereka yang kita rasa jahil sebagai budak-budak yang perlu diberi tunjuk-ajar dengan hikmah... Tak perlu budak itu ditempeleng sehingga terduduk walaupun kita ada qudrat yang mampu mencincang 1,000 musuh.
Sesungguhnya orang Islam lagi Mukmin itu sangat penyayang. Maka berilah peringatan dengan kasih sayang yang mampu mencairkan musuh, bukan kata-kata kebudakan yang menunjukkan seseorang itu sebenarnya masih penuh dengan sifat-sifat Mazmumah. Sekian...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamuaalaikum buat semua sahabat diluar sana....
Harap kehadiran saya dapat di terima semua.
Saudara Radzie,macamana agaknya nak dapatkan buku yang pertama? Yang ke-2 dan 3 dah pun ada.Tapi yg pertama ni memang payah laa.... coz saya betul2 tertarik dengan kisah saudara didalam buku-buku ni...
lagi satu...boleh minta e-mail address saudara Radzie tak?ada beberapa soalan yang nak diajukan.kalau tanya sekarang...takut panjang berjela.hehhehehe...
Oklah,semoga usaha kita semua diberkati Allah S.W.T hendaknya.Amin...
Wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kembali...

Minta maaf,tak perasan kat atas blog tadi ada tertulis "cara2 mendapatkan buku2 BKA".
Cuma masih mengharapkan e-mail address dari saudara Radzie.Terima kasih...
Wassalam...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... E-mail senang je...

merahsilu@hotmail.com

p/s: Suka saya mendengar orang bertanya dengan beradab, Harap begitulah cara kita semua terus berinteraksi di sini ya.
Sesungguhnya kebenaran jika ditutur dengan kasar akan memalingkan orang... Tiada tabhligh atau apa bentuk dakwah tanpa fathanah atau kebijaksanaan.
Sebaliknya jika kita terus berbudi-bahasa sepertimana yang dibawa oleh para da'ei dahulukala ketika menyebarkan Islam, Insyaallah orang ramai akan terpanggil untuk menyelami makna Islam yang sebenar.
Sesungguhnya para pendakwah dahulukala datang ke Bumi Melayu ini buat dengan dakwa dakwi dan hukum hakam tetapi dengan akhlak mulia yang ternyata daripada senyuman ikhlas yng berisi serta kerelaan untuk menghulurkan tangan menolong menyelesaikan masalah masyarakat setempat selagi dapat. Dari situlah masyarakat akan tertarik untuk bertanya... Apakah rahsia tuan-tuan semua sehingga kami nampak kesejahteraan sentiasa terpancar daripada diri tuan-tuan. Barulah para pendakwah ini menyatakan bahawa peribadi mereka yang terserlah itu datang daripada Islam, dan di situlah permulaan dakwah... Kerana Islam itu buktinya membawa kesejahteraan dan menyelesaikan permasalahan, bukan membawa kecelaruan fikiran yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasa kasar orang-orang yang kurang sabar. Sekian... :]

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas e-mail saudara radzi...akan hantar e-mail kemudiannya.Insyaallah...
Assalamualaikum...

Radzi Sapiee berkata...

Waalaikumussalam! :]

Tanpa Nama berkata...

Salam MS,

Saya setuju dengan saudara.
Penyampaian kebenaran mesti/perlu
dengan hikmah fathonah. Batu yg keras, air juga pelekuknya.

Salam Ma'al Hijrah.

-awanbadai-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.
Lambat jawab plak. Salam Maal Hijrah juga untuk semua. Biar lambat asalkan selamat.

p/s: Beritahu kepada rakan-rakan seperjuangan, berhati-hati meniti tahun 2008. Kemungkinan peristiwa besar yang menyeret satu dunia menjadi huru-hara semakin hampir...
Jangan panik. Cuma bersedia sahaja menghadapi segala kemungkinan. Itu sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Salam MS,

Tegak bulu roma dapat pesanan ini.
InsyaAllah, mudah2an kita semua dapat melalui peristiwa2 pahit manis dihadapan dlm keadaan penuh penyerahan diri.

awanbadai

Tanpa Nama berkata...

Iran kena serang?
Hillary clinton jadi presiden,pastu dia perintah dengan huru-hara....kacau satu dunia?
minyak naik melampau-lampau, buatkan huru-hara jgk kot?
US dollar jatuh "gedebuk"...pastu US cari pasal hingga macam-macamlah yg dia buat...boleh jadi jugak tu....?
bencana alam yang tak disangka-sangka berlaku?
Isshh....nauzubillah,minta jauh semua tu.
maaf ya ni cakap2 sahaja bukan nujum pak belalang.
Minta ALLAH lindung kita semua umat Islam dari perkara-perkara yang buruk....Amin...

HM