Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, March 31, 2011

Mencari jejak Merong : Bukit Merah, Gunung Semanggol dan makam laksamana sebagai penutup

Assalamualaikum. Malam ini selepas hampir jam 1 pagi saya pun membuka Internet dan blogspots lalu mendapati nombor di atas tertera pada hits counter untuk blogspot ini. Malam ini sudah masuk 31 Mac 2011 atau 31/3/11, ada faktor 313 dan 131. Maka eloklah siri "Mencari jejak Merong" yang sudah menjangkau tempoh 3 bulan lama ditamatkan. Bersambung dari Mencari jejak Merong : Juru apa entah dan pulau yang aman.


Dari jeti ke Pulau Aman kami bergegas kembali keluar ke Batu Kawan...


Terus menuju ke Lebuhraya Utara Selatan...


Perjalanan kembali ke selatan pun disambung.


Tapi masih ada lagi tempat-tempat yang mahu disinggahi...


Mula-mula ke sini.


Selamat datang ke pusat peranginan Tasik Bukit Merah. Lihat artikel A visit to Bukit Merah Laketown Resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya kami ke Gunung Semanggol.


Di pekannya kelihatan orang telah mula menjual juadah untuk berbuka puasa...


Kami masuk ke kawasan kampung di mana terdapat madrasah terkenal Maahad Ehya Assharif...


Di kampung ini terdapat sebuah masjid dengan ukiran kayu menarik. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Gunung Semanggol di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kami masuk lebih dalam melihat kawasan...


Terdapat beberapa rumah kayu yang terukir indah. Selepas itu kami berehat dan berbuka puasa di masjid yang terletak di pekan. Lihat Revisiting the Gunung Semanggol mosque.


Masuk waktu Isyaq baru kami menyambung kembali ke perjalanan melalui jalan lama.


Masuk ke Taiping singgah ke masjid lama bandar. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Taiping.


Kemudian baru ke bandar diraja negeri Perak iaitu Kuala Kangsar.





Naik ke Bukit Chandan kereta diletakkan di hadapan Masjid Ubudiyah.


Tengok-tengok pintu kawasan pemakaman diraja sudah sedia terbuka seperti mahu menyambut tetamu.


Tanpa membuang masa kami anak-beranak terus menuju ke makam ini yang terletak di sudut berdekatan masjid.


Di sinilah perjalanan ke utara bulan Ramadhan tahun 2010 yang siri cerita tentangnya diberi nama "Mencari jejak Merong" ditamatkan secara rasmi. Al-Fatihah untuk nenda Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Semoga dengan selesainya siri yang sudah mencapai 15 artikel (tidak termasuk artikel-artikel sokongan di blogspots saya yang lain) akan terbuka beberapa hijab dan dilenyapkan apa-apa halangan untuk membenarkan kami anak-beranak maju lagi ke hadapan baik dari segi zahir mahupun bathin, rohani dan jasmani. Amin.



4 comments:

Azam said...

salam...

ko sedar tak ada sorg mamat tabligh tu, bsama dgn 2,3 org yang sama jek selalu bagi komen kat blog dia, dok kutuk & hina ko? dia cakap ko terlalu obses ngan nombor sampaikn dah macam org gila nombor ekor. then, dia kutuk2 pulak wife ko.

Aku dari dulu lagi memang meluat ngan budak tabligh. & bila tengok perangai dia, menambahkan lagi kebencian aku pada tabligh. typical tabligh, percaya hanya dia jek yg benar. lagi orang meluat, lagi dia suka. seolah2 pahala tu bertambah2 bila ada org benci dia.

anyway, yang kelakarnya, dia betul2 butthurt ngan ko & srikandi pasal hentam 'kepakaran' dia pasal fakta sejarah. tapi butthurt pun, hari2 dia ngan 2,3 komentar tetap dia tu dok baca artikel ko ngan MF. hahahaha!!!!

Silap2, komen aku ni pun nanti keluar kat blog dia... Kah kah kah!!! tapi penakut kalau org komen kat blog dia. dah takde idea lain nak putar apa, dok keluarkn surat karangan jelah... karangan yg penuh dgn mistake & typing error. FAIL!!! (^__^)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Biarlah diaorang meracau. Tak luak pun bukit disalak anjing walau seberapa banyak. Sebut pasal mereka yang mengaku raja atau waris mutlak apalagi kalau dah mengaku khalifah akhir zaman teringat perbincangan dengan beberapa orang kawan semalam. Hadis akhir zaman ada menyebut tentang Imam Mahdi sebagai orang yang dapat mengeluarkan harta dari perut bumi lalu memberi dan mengagih2kan pada orang ramai sampai orang ramai2 dah tak sanggup nak mintak, dah terlalu banyak.

Difahamkan antara kelebihan raja2 berdaulat dahulu adalah dapat membuka perbendaharaan ghaib apalagi kalau dia tu taraf khalifah. Dengan perbendaharaan itulah dia mampu menanggung rakyatnya dan segala keperluan. Kalau betul raja berdaulat atau waris mutlak bukalah perbendaharaan itu dan agihkan pada semua orang. Ini tak, buat sejarah realiti konon walhal bohong semata lepas tu berkokok nak tuntut itu ini buat pengakuan palsu nak dapatkan harta benda orang.

Kalau betul waris mutlak buka perbendaharaan itu dan selesaikan segala masalah negara baik dari segi kewangan mahupun politik, sosial dan sebagainya. Kalau anda mampu berbuat demikian nescaya orang akan ikut dan akur, sedia mengaku anda sebagai seorang raja yang berdaulat walaupun anda tidak pernah meminta2 untuk dinobatkan.

Bersama membela ISLAM said...

TERUSKAN USAHA MURNIMU TEMAN,SAYA PEMINAT SEJARAH TEGAR DARI TERENGGANU....NAIK BANGSA,BANGKIT AGAMA TIADA BANGSA,JATUH AGAMA.SEJARAH MEMBUKTIKAN KEMBAYAT NEGARA@CHAMPA,GRAHI DAN LANGKASUKA DAN SRIVIJAYA....MENJADI NOLTAGIA SEJARAH BANGSA MALA....

Bersama membela ISLAM said...

SEDIKIT KATA LAGI.....USAH DI PEDULIKAN MEREKA YANG TIDAK SEPENDAPAT HATTA SANGGUP MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT WALHAL UMUN MENGETAHUI AKAN KEBENARANNYA...HANYA BERTOPENGKAN SERBAN DAN JUBAH.

BLOG YANG WAJIB DIKUNJUNGI OLEH PECINTA SEJARAH MELAYU TUA SELAIN BLOG RIWAYAT MELAYU-SERIKANDI......