Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, April 22, 2021

Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008

Salam pagi buta Khamis 10 Ramadhan. Setelah beberapa lama memulakan usaha mengeluarkan cerita-cerita perjalanan lama demi melengkapkan isi senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa sampai masanya untuk mempersembahkan cerita terakhir bagi proses berkenaan. Seperti cerita-cerita yang disajikan melalui artikel Kenangan BKA Tour Run tahun 2007 semalam cerita-cerita ini juga sudah lama dipersembahkan di blogspot. Pautan-pautannya ada diabadikan pada bahagian tengah sidebar kiri blogspot iaitu di bawah tajuk yang kelihatan dalam gambar bawah. Cuma baru kali ini dikumpulkan dalam satu artikel kompilasi supaya mudah dicapai.



Namun tidak seperti Kenangan BKA Tour Run tahun 2007 yang mana saya ke sana ke mari membawa sepanduk dan buku pengembaraan yang ini tidak melibatkan apa-apa promosi. Walaupun tajuknya adalah pengembaraan setelah trilogi BKA keluar iaitu selepas terbit buku ke-3 dan terakhir dalam siri "Berpetualang ke Aceh" pada November 2007 ia lebih pada meraikan perkara kerana gembira sudah selesai satu fasa dalam hidup. Perjalanan yang meliputi hampir seluruh Semenanjung Malaysia ini dipecah tiga - Bahagian Selatan (Johor), Bahagian Utara ((Kedah dan Perak) dan Bahagian Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan tapi bermula di Negeri Sembilan). Perjalanan berlaku dalam tempoh 4 bulan lebih kerana ada rehat di Kuala Lumpur antara bahagian. Namun ia tetap dikira sebagai satu perjalanan kerana memang dilakukan untuk meraikan lengkapnya penerbitan buku lalu meliputi jarak keseluruhan sekitar 4,000 km. Disajikan di sini cerita-cerita berkenaan dan penerangan seperti mana telah diletakkan di sidebar kiri blogspot lebih 10 tahun lalu.


 Siri pengembaraan setelah trilogi siri BKA siap disajikan...   


Ini adalah beberapa pengembaraan agak lama dan jauh yang dilakukan sebagai 'pelengkap' kepada satu bab kehidupan... 'pelengkap' dengan tersajinya ketiga-tiga siri buku "Berpetualang ke Aceh", bermula dengan BKA I yang memiliki sub-title "Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006), BKA II atau "Membela Syiar yang Asal" (terbit Mei 2007) dan BKA III "Sirih Pulang ke Gagang?" (terbit Nov 2007). Pada mulanya saya fikir tidak mahu lagi mengembara sebegini kerana terasa umur semakin meningkat dan lebih cepat penat. Tetapi apa boleh buat? Gerak pengembaraan yang tidak dirancang memerlukan saya membuat satu lagi siri untuk meliputi seluruh Semenanjung.


Bahagian selatan (Johor
)

Perjalanan kembali untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha penghujung tahun 2007 dengan tidak disangka telah membuka satu siri pengembaraan baru. Ada kawan ingin berjumpa di Kluang tetapi sebaik sahaja saya sampai di Batu Pahat, dia pula menukar rancangan kerana katanya ada kerja di Kuala Lumpur. Alang-alang sudah melangkah, perjalanan diteruskan sehingga meliputi 8 daerah utama di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat. Turut diliputi adalah Tangkak yang baru diwartakan sebagai daerah sendiri, 'merdeka' daripada Muar... sempat pula menyambut tahun baru 2008 di Kluang!



Tentang Muar...

Tempat jatuh lagi dikenang...

Medan Ikan Bakar (Grilled fish food-court in) Sabak Awor, Muar...


Tentang Batu Pahat...

Cerita Batu Pahat...

Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat....


Tentang Pontian...

A quaint look at the town of Pontian


Tentang Johor Bahru...

And now, a quaint look at Johor Bahru!


Tentang Kota Tinggi...

Berbalik ke Kota Tinggi...


Tentang Mersing...

Salam daripada Mersing pula!



Tentang Kluang...

Tentang Segamat...

Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?

Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat...


Perjalanan kembali Segamat ke Muar...

From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang

Dari Segamat kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong...

Dari Segamat kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh?

Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar...

Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan...


Sempat berjalan lagi di Muar...

Sedikit lagi tentang Muar. Jalan Junid, Bukit Mor dan beberapa kenangan lama...

Views from on top of Muar town...


Sekitar Tangkak dan Gunung Ledang...

Salam daripada Tangkak/Ledang

Tangkak, the textile town!

A quick trip up Gunung Ledang...


Bahagian Utara (Kedah dan Perak)

Sekitar 2 minggu selepas selesai perjalanan di Johor, saya telah bertemu seorang rakan dari Ipoh yang harus menunaikan satu kerja di Kuala Lumpur. Rakan itu bercadang mahu bertemu rakan lain yang lebih tua di Yan, Kedah hujung minggu lalu mengajak saya ikut sama. Katanya dia mahu menginap 3 hari di sana kerana perlu melakukan kerja di Utara. Saya menurut sahaja. Peluang inipun digunakan untuk melawat pelbagai tempat termasuk makam-makam lama di sekitar Sungai Petani dan Alor Setar serta menaiki Gunung Jerai.

Dengan tidak disangka, perjalanan terus disambung apabila saya tergerak untuk turun di Taiping sementara rakan ini kembali ke Ipoh. Seterusnya saya ke Kuala Kangsar dan Sungai Siput dan perjalanan menjadi semakin panjang dengan satu episod pengembaraan mengelilingi Perak melalui Ipoh, Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Bota Kanan dan Beruas sebelum kembali ke Sungai Siput melalui Manong dan Kuala Kangsar. Lawatan terus panjang apabila timbul gerak untuk ke Pengkalan Baru, Pantai Remis dan Segari. Setelah itu barulah boleh berehat sedikit apabila ke Lumut melalui Damar Laut dan perjalanan pun ditutup di Teluk Intan, kampung kelahiran ayah...



Perjalanan di Kedah

Sekitar Sungai Petani

Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani...

A look at Pantai Merdeka, Kedah...

Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...


Sekitar Alor Setar

Jalan-jalan Kedah: Sekitar Alor Setar pula...

Views on top Alor Setar's telecommunication tower....

Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil


Di Gunung Jerai

Jalan-jalan Kedah: Menamatkan satu bab perjalanan ...

Views on top of Gunung Jerai... Enter Padang Tok Sheikh. Is it?



Perjalanan di Perak


Sekitar Taiping

The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim...

Taiping dan akibat Perjanjian Pangkor 1874...


Sekitar Kuala Kangsar

Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah...

In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin


Perjalanan yang dibuat dengan Sungai Siput sebagai "markas"

Salam dari Sungai Siput, Perak...

Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill...

Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua.

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1...

The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara!

Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput!

A quaint look at Sungai Siput...

Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban....

My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum...

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...

A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone...

Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar...


Sekitar Segari

Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan

A walk around Pasir Panjang...

The origin of the name Beruas.

Ah... Meet the Ninja Turtles in Perak!


Sekitar Lumut

Views from the ferry crossing Sungai (river of) Dinding...

Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!

Berehat sebentar di Lumut

And now a look around Lumut...


Sekitar Teluk Intan

Ke Teluk Intan untuk menutup segala yang patut dibuat di Perak...

Confluence of 3 rivers in Teluk Intan...

Walking in Teluk Intan...

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3...


Cerita ditutup dengan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur...

Finally. Back to KL... But with excursions to Tronoh, Kuala Kubu Baru and Rawang...



Bahagian Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan tapi bermula di Negeri Sembilan!)

Selesai perjalanan ke Utara saya disibukkan dengan banyak perkara termasuk harus menghadiri jemputan kahwin serta majlis pelancaran tabung buku di Dewan Bahasa dan Pustaka melibatkan beberapa orang penggerak utama dunia sastera negara. Apapun alhamdulillah, setelah sebulan tergendala, baru saya dapat membuat pengembaraan seterusnya iaitu pengembaraan ke Pantai Timur untuk menutup terus siri pengembaraan post-BKA atau pengembaraan selepas selesai menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" ini. Selepas pertengahan Mac 2008, bermulalah fasa pengembaraan yang bakal mengambil masa lagi 3 minggu ini. Singgah di tempat-tempat terpilih di negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan dengan menaiki kenderaan awam, banyak berjalan kaki atau hitchike menumpang kereta dan lori.

Adapun perjalanan ini dimulakan dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan, sebuah jalan purba yang pernah menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur melalui Sungai Muar seterusnya Sungai Jempol lalu dari situ boleh pula masuk ke Sungai Pahang. Seterusnya saya berlegar di beberapa tempat di negeri Pahang. Tetapi masa lebih banyak dihabiskan di negeri Terengganu kerana sudah setahun tidak ke sana...

Pahang


Dan perjalanan diteruskan ke Pekan...

A look at the Pahang river estuary and what's around... The southern part that is...

Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah?

From Pekan to Kuantan... The East Coast journey continues...

Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah?

Sudah ke Kuantan tapi kembali lagi ke Pekan kerana ada tempat-tempat yang tertinggal...


Terengganu

Salam daripada Kemaman, Terengganu! Malam ini kita mula berkongsi cerita bergambar perjalanan terbaru...

A look around Kemaman, Terengganu...

Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]

Salam daripada Dungun! Singgah sebentar sebelum ke Kuala Terengganu?

Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!

Salam daripada Kuala Terengganu... Selesai sudah apa yang patut dibuat di negeri ini!

Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu...

Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang...

Up on Bukit Puteri in Kuala Terengganu

Walking along the Terengganu river to Kampung Cina...

View of Kuala Terengganu from 14 floors up... Or is it 15 or 13? Never mind, just enjoy the view...

Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam...

Visiting old tombs in Kuala Berang...

Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana?

From Kuala Berang to Pulau Manis...

Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17...

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man?

Taman Tamadun Islam (The Islamic civilisation park) of Terengganu...

Masjid Kristal (The Crystal Mosque)... Built for genuine worship or just to impress?

A quick visit to the Terengganu state museum...

Semalam di Kuala Besut sebelum masuk ke Kelantan...

Views from the bridge at Kuala Besut


Kelantan

Apa ada di Tok Bali, Kelantan?

Views around the high bridge of Tok Bali, Kelantan

Around Pasir Puteh, Kelantan...

Pusing-pusing kerana Raja Abdullah, suami Puteri Saadong! Atas permintaan Nur kedua...

Menyusuri jejak Raja-raja Jembal...

Around the mythical Bukit Marak in Kelantan...

"Mematikan diri" di makam Tok Selehor...

Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?

The Brunei mosque at Danau Tok Uban, again...

Kelantan river around Kok Majid... Part 2 that is...

Menuruti jejak para wali juga raja-raja di Kota Bahru dan sekitarnya...

Latest pictures of the famous Masjid (mosque) of Kampung Laut in Kelantan...

Apa ada di Gunung Stong?

Tiada ulasan: