Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 22, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli

OK. Setelah masuk 5 hari bercerita hal lain baru kita kembali kepada penceritaan tentang perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung tahun lepas. Masuklah kita ke hari kedua perjalanan. Bersambung dari artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing-pusing di Gua Musang sebelum ke Dabong.


Pagi Ahad 26 Disember 2010. Bangun tidur dan selesai solat saya pun keluar dari rumah homestay tempat kami menginap di Jelawang, dalam daerah Dabong, Kelantan.


Saya mahu berjalan kaki melihat persekitaran. Sepatutnya boleh kelihatan air terjun tinggi Jelwang di lereng Gunung Stong dari sini tetapi kabus sedang menebal. Lihat artikel A foggy morning at Jelawang, Dabong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Saya membuat satu pusingan keliling kampung. Sempat singgah sebentar di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Jelawang, Dabong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Oh. Semasa berjalan tadi saya ada melihat 2-3 rumah yang ada membela beruk, jenis yang biasa digunakan untuk memetik kelapa. Saya pun mengajak isteri untuk membawa anak melihat. Tuan rumah mahu turut sama. Sampai di satu rumah kelihatan seekor anak beruk yang comel. Saya pun membawa Al-Rasyid untuk bermain. Lihat klip video di bawah...





Beruk ini beberapa kali cuba memanjat kepala Rasyid tetapi anak saya rimas...


Puas bermain dengan beruk kami kembali ke rumah untuk bersiap. Hampir jam 9.30 baru sedia untuk keluar.


Ketika itu kabus sudah hilang tetapi masih menebal di kawasan gunung...



Kami pun menghala ke Dabong.




Singgah sebentar di jambatan menyeberangi Sungai Galas. Lihat Sungai (river of) Galas from the Jelawang to Dabong town bridge.



Perjalanan diteruskan ke Dabong.


Gerak hati saya menyuruh menuju terus ke stesyen keretapi. Tengok-tengok ada keretapi baru sampai lalu menurunkan penumpang.


Sebenarnya saya memang suka melihat suasana di stesyen keretapi seperti ini.


Mana saya tahu akan sampai ketika keretapi berhenti sebentar, terserempak pula penumpang yang merupakan kawan lama kepada rakan isteri saya yang kami panggil Kak Pah. Dan mereka sudah bertahun tidak berjumpa...


Seterusnya kami melihat pekan kecil Dabong. Lihat Going around the small town of Dabong.


Saya juga sempat menunjukkan masjid di mana saya pernah bermalam lalu mengalami cirit-birit teruk. Lihat Masjid (Mosque of) Dabong juga artikel lama Gunung Stong, air terjun tinggi, sakit perut yang amat sangat dan Chik Siti Wan Kembang....


Seterusnya kami mengambil jalan ke Kuala Krai.


Tetapi destinasi kami bukanlah sejauh itu. Kami mahu melihat tempat yang dipanggil Gua Ikan. Lihat klip-klip video berikut.








Ini pula Rasyid bersama anak bongsu Kak Pah. Untuk gambar-gambar dalam gua lihat The cave called Gua Ikan.


Puas melihat gua kami kembali ke Jelawang. Sampai di jambatan saya berhenti lagi lalu mendapati kabus dan awan yang menyelubungi pemandangan gunung mula beredar. Tergerak pula mengambil video. Lihat klip di bawah...





Di Jelawang kami singgah minum di sebuah warung. Suami Kak Pah yang datang dari Gua Musang baru sahaja sampai bersama anak lelaki mereka.


Kami kemudian sama-sama menuju ke air terjun Jelawang. Lihat The Jelawang waterfall at Gunung (mount) Stong from many angles.


Seterusnya kami menghala ke satu tempat kira-kira 15 km mengarah kembali ke Gua Musang.


Kak Pah mahu menunjukkan kebun miliknya.


Kemudian kami mandi di air terjun berdekatan. Tuan rumah tempat kami bermalam di Jelawang juga datang bersama keluarganya. Lihat The waters at Lata Kertas.


Selepas mandi dan makan-makan saya , isteri dan anak meninggalkan mereka untuk menghala ke Jeli. Sebelum sampai Jelawang boleh kelihatan puncak gunung ini.


Zoom in untuk melihat lebih dekat lalu ternyata bentuknya seperti taji. Rasanya inilah Gunung Ayam. Saya tergerak untuk masuk ke surau berdekatan. Lihat Sebuah surau berdekatan Jelawang (A small praying hall nearby Jelawang).


Ke hadapan sedikit kelihatan bagaimana gunung 'bertaji' itu bersambung dengan Gunung Stong di mana terdapat air terjun Jelawang (nampak di belah kanan). Untuk pengetahuan dalam kelompok ini juga terdapat Gunung Chintawangsa di mana Chik Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam. Memang ada rasa atau feel di sekitar ini...


Oh. Sebenarnya seorang anak perempuan Kak Pah ikut kami untuk diturunkan di Jelawang. Kami kemudian meneruskan perjalanan menghala ke Jeli.


Sampai di jambatan Sungai Balah saya turun mengambil gambar. Lihat Bridge over Sungai Balah. Begitu juga di jambatan Sungai Pergau. Lihat Bridge over Sungai Pergau. Untuk pengetahuan Sungai Balah mengalir masuk ke Sungai Pergau yang kemudian masuk ke Sungai Galas. Sungai Galas pula membentuk Sungai Kelantan yang mengalir melepasi Kota Bahru hingga ke Laut Cina Selatan.


Tidak lama kemudian sampailah kami ke pekan Jeli. Lihat A quick look at the small town of Jeli.


Saya pun singgah di masjid jameknya. Sampai di bahagian mihrab kelihatan waktu sudah masuk 3:13 petang. Terasa ia seperti petunjuk yang baik... 313 Rasul, 313 angkatan perang Thalut, 313 ahli Badar. Hmm. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Jeli.


Ini pula adalah apa yang tinggal dari sebuah rumah rehat di pinggir pekan. Dahulu ada tasik (buatan kalau tak salah) yang menjadikan ia kelihatan terapung. Saya pernah bermalam sekali dalam satu perjalanan, tahun 2007 kalau tak salah ingatan.


Perjalanan diteruskan meninggalkan Jeli. Memandangkan ini perjalanan ke Pantai Timur tentu anda boleh mengagak saya mahu belok ke mana. Ah leganya saya apabila sudah siap cerita ini berserta semakan dan suntingan. Bayangkan. Untuk menerbitkan artikel yang merupakan ketiga dalam siri ini saya perlu menyiapkan dahulu 13 artikel sokongan di blogspots saya yang lain. Saya mula menulis sekitar jam 4 petang, masuk 2 pagi baru artikel ini boleh dimulakan!

Untuk artikel ini sendiri saya perlu menggunakan 33 keping gambar dan 4 klip video. Secara keseluruhan pula 138 buah gambar harus digunakan di mana setiap gambar harus dikecilkan saiz menggunakan program Paint untuk menjimatkan ruang dan memory selain mempercepatkan upload atau muat naik ke blogspots. Muat naik klip video juga memakan masa. Kemudian saya dapati sejak 2 minggu ini kalau tak salah ingatan ada sedikit masalah dengan kemudahan membuat artikel di setiap blogspot. Saya dapati sangat sukar menambah atau mengatur barisan baru untuk menjarakkan perenggan juga gambar-gambar dalam kadar yang memuaskan.

Sekitar 2-3 hari lepas pula masalah berubah. Entah kenapa secara automatik barisan kosong ditambah apabila bertukar mood penulisan dari compose kepada edit Html dan sebaliknya. Makin banyak gambar makan banyak barisan kosong ditambah secara automatik. Untuk artikel ini yang memiliki 33 buah gambar saya dapati sekitar 25 barisan kosong telah diterbitkan secara automatik antara setiap gambar. Maka bayangkan penat-lelah... setelah lama mengatur gambar dan kata-kata perlu pula memperbetulkan masalah ini. Nah. Ketahuilah artikel ini sebenarnya cuma siap selepas jam 4 pagi. Sedangkan ia baru memaparkan separuh aktiviti untuk hari kedua perjalanan ke Pantai Timur yang memakan masa keseluruhan 11 hari. Adus...

Pada mereka yang sudah merasa penat-lelah sebegini tentu anda faham kenapa kadangkala saya terasa marah dan menyampah apabila orang membuat rungutan bukan-bukan tentang blogspots saya. Inilah salah satu penat-lelah apabila membuat penulisan. Belum dicampur penat-lelah dan belanja besar serta risiko menghadapi bahaya yang kadangkala boleh mencapai peringkat hidup mati ketika membuat perjalanan sehingga boleh muncul bahan-bahan untuk dijadikan penulisan Maka faham-fahamlah. Ia bukan perkara senang. Tetapi cukup senang untuk mereka yang biasa copy paste hasil kerja orang untuk menuduh yang bukan-bukan. Selamat malam... eh selamat pagi... :]



Rabu, April 20, 2011

Penemuan-penemuan menarik pada polemik sejarah di Arkib Negara 19 April 2011

Hmm. Sebelum disambung balik siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" biar dilepaskan satu lagi artikel selingan...



Semalam pagi Selasa saya dan isteri pergi ke Wisma Warisan di Arkib Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Mula-mula makan pagi...


Sambil itu saya seronok memerhatikan beberapa arca yang ada di ruang rehat luar terutama arca berbentuk hulu keris yang kalau tak salah ingatan dipanggil Tajong, juga dikenali sebagai Hulu Pekaka.


Seterusnya kami masuk ke auditorium.


Sebenarnya kami mahu menghadiri satu majlis polemik sejarah.


Melihatkan acara belum bermula kami pergi sebentar ke bilik VIP. Bukan apa, mahu menunjukkan gambar batu nesan Aceh yang baru ditemui di kawasan Sentul terutama kepada VIP utama dan pengerusi majlis Profesor Datuk Dr. Othman Yatim. Untuk makluman hasil kajian beliau seperti dipaparkan pada buku "Batu Aceh : Early Islamic gravestones in Peninsular Malaysia" menjadi rujukan para sarjana seluruh dunia. Saya sendiri mula mengenali batu nesan Aceh apabila terjumpa senaskah buku tersebut di perpustakaan daerah Raub, Pahang kira-kira 7 tahun lalu.

Pagi semasa bersarapan Profesor Othman telah menalifon saya memberitahu dia sudah balik dari Aceh dan berada di Arkib Negara. Rupa-rupanya dia telah melihat artikel-artikel dan blogspots saya tentang batu nesan yang dimaksudkan. Lihat Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! dan Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Atau terus ke Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Saya berharap agar beliau yang memiliki pengaruh dan memang minat batu Aceh agar dapat berbuat sesuatu untuk memastikan makam tidak dirobohkan atau dipindahkan. Ini kerana ia satu simbol kewujudan awal penempatan Islam di Kuala Lumpur...

Sejurus kemudian para VIP pun masuk. Kelihatan di barisan hadapan orang-orang lama yang merupakan ahli Persatuan Sejarah Malaysia.


Hadirin berdiri hormat menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku. Turut hadir ahli-ahli persatuan sejarah beberapa buah negeri, pensyarah dan pelajar beberapa buah universiti dan kakitangan arkib sendiri.


Ketua pengarah Arkib Negara Dr Samsiah Muhamad memberikan kata-kata aluan. Rupa-rupanya ini adalah acara polemik yang ke 24 telah diadakan di sini sejak 2-3 dekad!


Naik ke pentas untuk mengambil tempat duduk adalah para pembentang kertas kerja, Profesor Dr Mokhtar Saidin, Profesor Datuk Dr Nik Hassan dan Dr Mohd. Supian berserta pengerusi majlis Profesor Othman.


Oh. Polemik atau pembentangan dan perbincangan berkisar di sekitar topik kerajaan dan penempatan awal di Semenanjung Malaysia sebelum tahun 1400 Masihi. Kiranya kita mahu mencari jatidiri Melayu sebelum muncul keSultanan Melaka yang dikatakan mula berdiri sekitar tahun itu. Profesor Mokhtar membuka pembentangan dengan tajuk "Penempatan awal Semenanjung Malaysia sebelum 1400 M".


Menariknya beliau membawa kita untuk menyorot penemuan arkeologi yang menurut perkiraan saintis berlaku berjuta tahun lalu. Satu penemuan yang dibuat kira-kira 3 tahun lalu dimaklumkan kembali kepada khalayak di mana di Bukit Bunuh, Perak telah dijumpai bukti sudah ada penempatan awal manusia yang boleh membuat kapak batu 1.83 juta tahu lalu, mengalahkan penemuan terawal sebelum ini iaitu 1.5 juta tahun di Afrika!

Saya turut tertarik dengan peta Sundaland yang dibentangkan (lihat di atas). Untuk makluman Sundaland adalah satu terma merujuk pada bentuk mukabumi yang dipercayai adalah bumi Asia Tenggara beribu tahun dahulu (saya terlupa jika Profesor Mokhtar ada menyebut tahun, saya tidak mengambil apa-apa catatan sebaliknya menulis berdasarkan ingatan semata-mata). Berdasarkan pembacaan lalu saya rasa peta ini merujuk pada keadaan mukabumi 70,000 ribu tahun lalu. Kalau tak salah ingatan pemetaan dibuat berdasarkan kedalaman Pentas Sunda (bahagian yang ditenggelami air kini termasuk Laut China Selatan) yang purata 600 kaki dalam.

Dipercayai pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akibat perubahan cuaca mendadak telah menyebabkan paras air meningkat sehingga 600 kaki lalu muncul bentuk mukabumi sekarang. Tetapi saya ada pendapat lain tentang ini. Saya percaya bentuk mukabumi zaman itu lain sedikit dari yang dibentangkan kerana perubahan bukan berlaku semata-mata kerana peningkatan paras air sebaliknya diiringi banyak faktor lain seperti pergerakan plet benua, gempa bumi, letusan gununng berapi, mendapan tanah dan sebagainya. Ini belum bercampur lagi faktor-faktor lain yang bersifat mistik lalu tidak boleh diterima sains seperti peperangan juga penglibatan makhluk jin dan manusia-manusia sakti yang diberi ilmu oleh Allah sehingga boleh mengubah mukabumi dengan kekuatan zahir dan batin sepertimana orang zaman sekarang boleh meruntuhkan bukit dan membuat tasik serta aliran sungai baru melalui penggunaan jentera berat. Dan lagi kalau berdasarkan kajian Al-Quran bumi pernah ditenggelami air ketika berlaku banjir Nuh. Tetapi ia surut pada paras tertentu untuk menerbitkan bentuk mukabumi baru.

Apapun saya telah banyak kali melihat peta Sundaland ini dikemukakan dalam beberapa bacaan. Cuma kali ini saya lebih tertarik kerana ia menyertakan aliran sungai purba yang dipercayai sebegitu rupa zaman itu dan ia memang boleh dianggarkan jika kita dapat memeta segala ceruk mukabumi, tinggi dan dalam seperti boleh dilakukan melalui teknologi satelit masa kini...


Profesor Mokhtar menunjukkan peta Sundaland untuk menyokong teori mengapa boleh muncul penempatan awal di Bukit Bunuh, mengapa tidak di tempat lain. Peta Sundaland menunjukkan kewujudan kuala sungai utama berhampiran Aceh untuk menggantikan kedudukan Selat Melaka yang belum lagi wujud ketika itu dan salah satu cabang merupakan Sungai Perak dengan puncanya di selatan Thailand berdekat kawasan Grik dan Lenggong.

Menurutnya kajian menunjukkan Sungai Perak telah beralih aliran di hulu sebanyak 5 kali. Ini menyebabkan wujud bekalan batu-batu sungai yang banyak boleh dijadikan kapak dan berbagai alatan lain oleh manusia awal lalu mereka pun bertumpu ke situ.


Profesor Mokhtar turut menunjukkan satu penemuan paling baru. Katanya inilah fosil tulang manusia yang baru ditemui di Bukit Bunuh 3 hari lalu (4 hari kalau campur hari ini) dan gambar ini belum lagi ditunjukkan di mana-mana. Kiranya kami yang hadir adalah orang pertama melihatnya selain pasukan arkeologi yang diketuainya.


Katanya lagi manusia awal di Bukit Bunuh itu akhirnya terbunuh apabila gunung berapi besar di Sumatera meletus lalu membentuk Danau Toba 70,000 tahun lalu. Letusan itu dipercayai menyebabkan asap debu yang merupakan gumpalan tanah dan isi bumi yang dimuntahkan menutup atmosfera di separuh bumi selama lebih seminggu. Asap debu yang turun membentuk lapisan lumpur sedalam 12 meter! Penemuan tinggalan dan bukti penempatan awal dapat dibuat apabila kawasan yang terlibat dikorek dengan teliti.


Rasanya ramai sudah tahu tentang penemuan tapak ketamadunan seawal 1 Masihi berserta kilang-kilang melebur besi di sekitar Sungai Batu, Kedah, penemuan yang dibuat tahun lepas dan dihebahkan di serata media. Profesor Mokhtar mendedahkan betapa banyaknya kesan tamadun berteknologi tinggi (untuk zaman itu) yang ada. Dan ia bersambung sehingga jarak 40 km ke Jeniang, Kedah (saya pun tak tahu kat mana sebenarnya).


Pembentang seterusnya ialah orang lama dalam dunia arkeologi negara, Profesor Nik Hassan.


Namun saya rasa agak canggung mendengar pembentangan awalnya. Walaupun tanpa menyebut kes tertentu dan nama, kenyataan Profesor Nik Hassan kelihatan menidakkan dan memperkecilkan hasil-hasil penemuan yang dibuat Profesor Mokhtar. Antaranya tentang apakah betul yang ditemui berjuta tahun itu manusia sedangkan menurut Al-Quran Nabi Adam tidaklah turun seawal itu...

Saya malas hendak memanjangkan tentang definisi manusia atau makhluk seperti manusia dengan terma-terma antropologi seperi homo erectus, neanderthal man, cro-magnon dan homo sapiean sapiean kerana nanti perlu bercerita panjang lebar tentang kewujudan "Adam-adam sebelum Nabi Adam". Kalau mahu diselarikan penemuan sains dengan pemahaman Al-Quran kelak saya perlu membuat rujukan kepada salah satu kitab Ibnul Arabi yang boleh mengelirukan pemahaman orang awam. Secara rata kelihatan pada saya seolah adalah pertarungan intelektual antara senior seperti Nik Hassan dengan junior atau orang baru seperti Mokhtar. Selain beberapa kali menyatakan agar berhati-hati dengan kesahihan penemuan baru beliau ada menyebut malah tertulis dalam slide pembentangan beliau kata-kata yang membawa makna (maaf, saya terlupa perkataan sebenar kerana menulis berdasarkan ingatan) begini : "Hormatilah orang lama. Ambil rujukan dari mereka."

Profesor Nik Hassan kemudian menyentuh keberadaan kerajaan-kerajaan awal seperti Langkasuka, Funan dan Champa. Kelihatan pada saya beliau menyokong kuat teks-teks sedia seperti yang sudah dipakai, kalau tak salah saya sejak dua dekad lalu. Maaf Prof... apakah profesor rasa tergugat dengan penemuan-penemuan baru juga teori-teori dan pendapat yang boleh dilihat diperbincangkan melalui Internet oleh pelbagai pihak kebelakangan ini? Tak mengapa Prof. Saya rasa walau apapun terjadi orang baru tetap akan menghormati orang lama seperti Prof. Kan sudah menjadi kebiasaan dalam dunia akademik apabila penemuan baru menidakkan teori lama? Ini tidak sekali-kali memperkecilkan penemuan orang lama. Bahkan orang baru dapat menjana ilmu terkini pun disebabkan pengorbanan orang lama lalu mereka mendapat faedah dari penemuan orang lama selain ditolong alatan teknologi baru yang lebih canggih.

Kalau tak salah ingatan Profesor Albert Enstein yang cukup terkenal dengan General dan Special Theory of Relativity (ingat formula E=mc2?) pernah menyebut begini (saya lupa pepatah sebenarnya, saya ambil maksud yang difahami dari pengajian dan pembacaan lama dahulu) : "I got here because I'm standing on the shoulder of giants" . Maknanya : "Saya sampai ke peringkat ini kerana berdiri di atas bahu gergasi." Ini kerana walaupun banyak penemuan Albert Enstein telah menulis semula malah boleh membatalkan kajian Albert Newton yang dibuat 400 tahun lebih awal, semua itu hanya dapat dibuat kerana wujudnya kajian Newton sebagai asas untuk melonjak lebih maju jauh ke hadapan, ibarat bahu gergasi menjadi tempat pijak agar dapat berdiri untuk melihat lebih tinggi....


Pembentang seterusnya adalah Dr. Supian yang terus menumpukan perhatian pada kerajaan Kedah. Melalui pemerhatian amatur saya, walaupun terlibat sendiri dalam kerja-kerja arkeologi beliau mengambil pendekatan yang lebih berkonsepkan senibina atau arkesiktur (architecture, saya masih janggal dengan penggunaan sesetengah perkataan Inggeris yang diMelayukan).


Apapun, ia adalah satu majlis yang mengujakan. Kelihatan isteri saya meminta Profesor Othman menandatangani buku "Batu Aceh" yang saya beli dari sebuah muzium di Labuan tahun lepas. Lihat artikel lama Lawatan tak dijangka ke Brunei - Pusing satu pulau... kaitan Labuan dengan Dinasti Al-Kamil?.


Sebenarnya selepas tamat sesi pembentangan oleh 3 jemputan ada sesi soal-jawab. Setiap hadirin boleh mengemukakan soalan pada kertas yang diberi semasa awal majlis lalu disampaikan kepada pengerusi pada penghujung majlis. Saya sendiri ada beberapa soalan tetapi ingin menyuarakannya secara terus. Sayangnya majlis harus ditamatkan jam 12.30 dan masa yang ada hanya cukup untuk menjawab soalan di kertas.

Antara yang mahu ditanya adalah...

1. Apakah terjadi pada kajian yang dibiayai kerajaan Melaka dan diumumkan tahun lepas bahawa kerajaan Melaka bermula dari 1262 Masihi bukan sekitar 1400 M seperti dipakai sekarang? Kenapa senyap... kenapa tidak kelihatan tindakan susulan?

2. Apakah pendapat tuan-tuan tentang kajian seperti yang dibuat Profesor Arysio Santos bahawa Atlantis terletak di Asia Tenggara? Bagaimana pula tentang Lemuria...

Hmm. Rasanya saya juga mahu bertanya sesuatu tentang Langkasuka juga kewujudan kerajaan awal melalui perspektif Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi lupa dah camana rupa pertanyaan. Biasa le saya... menulis terus dari ingatan dan gerak rasa. Kalau terlupa dan terlepas tu saya anggap takda rezeki le. Cukuplah menulis artikel ini ya. Yang penting saya seronok semalam sehingga walaupun tak cukup tidur, walaupun lebih 3 jam cuba mencernakan pelbagai maklumat yang agak berat saya mampu pula berjalan kaki lebih 6 km kemudian walhal sudah lama tidak bersenam dan berjalan apalagi berlari sejauh itu. Lihat artikel My first long walk in KL after a while di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. :]