Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 22, 2026

Membuka kalendar webinar 2026 Kursi Institut Raja-raja Melayu dengan menilai kembali Perjanjian Pangkor

Salam. Dalam artikel "Merah Silu Live" dan Perjanjian Pangkor yang dipersembahkan petang Rabu 21 Januari juga artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 seminggu lebih awal telah dinyatakan bahawa satu webinar bertajuk "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" akan dianjurkan oleh Kursi Institut Raja-raja Melayu di UiTM (Universiti Teknologi MARA) pada pagi Khamis 22 Disember 2026. Ini adalah tepat sebulan selepas tajuk sama dibentangkan secara fizikal di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) berserta siaran langsung. Lihat Akhirnya - "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dilaksanakan di ISTAC. Kurang seminggu sebelum ia dibentangkandi Pulau Pangkor. Lihat Asbab Perjanjian Pangkor - Membuka langkah di Simposium Seni Pangkor

Sekarang sukacita dimaklumkan webinar atas nama KIRMM telah selamat berlangsung dengan jayanya. Walaupun muncul masalah  paparan slaid terhenti akibat sistem menjadi berat ia masih dapat berjalan lancar. Nasib baik sejumlah perkara penting dalam slaid telah selamat dipaparkan lalu diterangkan. Maka penerangan seterusnya mampu dibuat tanpa bantuan slaid. Lihat rakaman di bawah.



Satu perkara menarik. Ketika webinar sepanjang hampir sejam setengah ini hampir selesai jumlah penonton siaran langsung di Youtube sudah mencapai lebih 850 orang. Di Facebook sekitar 300. Ketika ayat ini ditulis iaitu pada jam 12.36 jumlah penonton (bukan lagi siaran langsung tapi sudah jadi rakaman) di Youtube bertambah menjadi hampir 1,597. Di FB sudah 386.



Ini adalah satu permulaan yang baik. Apalagi ia adalah webinar pertama KIRRM merangkap pembuka bagi tahun 2026.



Paparan komputer riba ini pula dikongsikan oleh seorang peminat sejarah melalui WhatsApp, selepas acara selesai.










Paparan telefon bimbit yang sempat ditangkap layar oleh isteri.



Kami turut membuat siaran langsung sendiri melalui Tiktok.



Yang ini dimulakan lebih awal dari Webinar. Semasa hendak bersedia sebelum acara bermula. Malah dipanjangkan selepas Webinar tamat untuk memberi ruang bagi soalan-soalan tambahan melalui Tiktok. Lihat rakaman di bawah.






Rabu, Januari 21, 2026

"Merah Silu Live" dan Perjanjian Pangkor

Merujuk pada artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 yang dipersembahkan seminggu lalu. Ada dinyatakan bagaimana edisi ke-19 bagi siaran langsung mingguan "Merah Silu Live" melalui Tiktok sepatutnya diadakan pada hari Selasa malam Rabu 6 Januari. Tetapi entah kenapa terlupa langsung. Hikmahnya... ia dilaksanakan pada tarikh cantik 13/1 (13 Jan) lalu menjadi yang pertama bagi tahun 2006. Ini juga menyebabkan edisi seterusnya iaitu yang ke-20 diadakan pada 20 Januari 2026 iaitu malam tadi. Perjalanan lama yang mahu diangkat menurut giliran. dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021, adalah seperti berikut :-


27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.


Untuk makluman tarikh 20 Januari 2026 adalah tepat 152 tahun perjanjian ditandatangani, atau diturunkan cap, pada 20 Januari 1874.  Lihat rakaman di bawah...



Artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 turut menyebut tentang satu acara Webinar tentang Perjanjian Pangkor mahu diadakan atas nama Kursi Institusi Raja-raja Melayu pada pagi Khamis 22 Jan iaitu sepeti berikut.



Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan 

JEMPUTAN MENYERTAI SIRI WEBINAR KALAM ILMU BIL.1 2026

"PERJANJIAN PANGKOR SETELAH 151 TAHUN: SATU PENILAIAN SEMULA"

Tarikh: 22 Jan. 2026 (Khamis)
Masa: 09.00 - 10.00 pagi

Youtube:
https://www.youtube.com/live/b8EFv6VZ21k?si=n4DC_sKRtXGIkmua

Facebook:
https://www.facebook.com/share/171mheGTJB/

📌 Jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM sahaja
📌 E-sijil penyertaan akan diberikan selepas tamat program
📌 Pautan pendaftaran kehadiran dan penilaian program akan dikongsikan di akhir program

Terima kasih



Sukacita dimaklumkan tadi telah dibuat test run untuk memastikan apa-apa isu teknikal dapat diatasi demi pembentangan yang lancar. Jangan lupa untuk mengikuti siaran langsung. Boleh masuk Youtube mahupun Facebook melalui alamat seperti diberikan di atas.


Isnin, Januari 19, 2026

Tulisan Jawi tertua pada Batu Bersurat Terengganu (1303 M)

Beralih pada majlis ilmu.



Poster bagi majlis. Maklumat yang tertera cukup jelas untuk memberikan gambaran tentangnya. Batu Bersurat Terengganu yang dipercayai ditulis pada tahun 1303 Masihi pula sangat terkenal dalam kalangan peminat apatah lagi pengkaji sejarah Alam Melayu dan Islam. Boleh Google untuk mendapatkan latar belakang.

Majlis diadakan sepenuhnya atas talian tadi pagi Isnin 19 Januari 2026. Saya masuk sedikit lambat melalui Youtube di televisyen lalu mendapati pensyarah iaitu Dr Wan Ali sedang membandingkan penggunaan huruf vokal "alif" dalam Batu Bersurat (paling kiri) dengan dalam manuskrip Jawi lama (abad ke-14 hingga 17 Masihi, barisan tengah) dan Jawi moden (tempoh masa kemudian tetapi lebih pada abad ke-19 hingga sekarang).



Dibanding juga penggunaan vokal "waw" kemudian "ya".




Didapati tulisan Jawi pada Batu Bersurat banyak menggunakan huruf vokal (kerana umumnya masih dalam tempoh peralihan yang mana dahulu penggunaan bahasa Sanskrit dalam tulisan Melayu lebih meluas), tulisan Jawi kemudian (setelah pengaruh Arab menguat) dikurangkan kerana sudah sedia boleh difahami ramai.



Kembali pada slaid ini yang harus adalah slaid terawal.




Apa yang tertulis pada harus cukup jelas. Tak perlu mengulas sangat.










Selepas beberapa lama asyik berlaku gangguan siaran paparan jadi beku. Saya pun beralih ke Zoom dalam komputer riba. Kelihatan saluran tersebut tidak terganggu.




Sampai pada rumusan sekitar jam 11.07 lalu masuk sesi soal jawab. Ketika itulah disedari ada kesalahan typo pada perenggan akhir. Yang dirujuk sebenarnya adalah abad ke-14 Masihi, bukan ke-4.

Dipanjangkan tentang hal penggunaan huruf vokal semakin mengurang. Wan Ali memetik pujangga Melayu terkenal abad ke-19, Raja Ali Haji sebagai mengatakan, orang bijak pandai itu kurang menggunakan vokal dalam tulisan (kerana boleh menangkap dengan jelas apakah bunyi vokal yang mahu disuarakan tanpa perlu dinyatakan melalui tulisan).

Oh. Kebiasaannya. Sebaik sahaja selesai suatu majlis ilmu anjuran ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang ada dipancarkan melalui Youtube boleh mencapai rakaman dalam halaman ISTAC TV. Kali ini tak jumpa. Mungkin kerana perlu disunting disebabkan gangguan siaran. Nanti bila dah ada akan dipautkan di bawah ya.

 

Ahad, Januari 18, 2026

Dari Batu Belah ke Ampang ke Kuala Kubu

Salam semua. Meneruskan gerak penceritaan berkaitan.



Adapun apa yang diceritakan dalam artikel Bersama Sultan, Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota Pahang di ISTAC diikuti Antara LGBT, babi dan 4B sebenarnya adalah satu kesinambungan. Selepas ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku pagi Khamis 15 Januari saya dan isteri bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya. Esoknya pagi Jumaat 16 Januari ke Shah Alam sebelum ke Batu Belah, Klang lalu bermalam di hotel sana. Ini supaya mudah ke majlis perkahwinan anak seorang saudara pagi Sabtu 17 Januari 2026. Letak dewan majlis cuma sekitar 1 km sahaja dari hotel.












Dari dewan  kelihatan bukit yang harus memberikan nama pada Bukit Raja di Klang.



Teringin untuk melihat puncak tertinggi bukit. Tetapi rupanya tak boleh masuk kerana terletak di dalam kawasan kilang yang dikawal ketat.



Perjalanan diteruskan ke pejabat Habib Jewel di Ampang.



Kami telah diundang untuk menghadiri satu acara seni di galeri atas pejabat.






Untuk melihat apa yang ada sila ke artikel The art gallery and museum at Habib Jewel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Malam itu ibu saudara yang rumahnya di Petaling Jaya biasa menjadi tempat kami bermalam datang bersama sepupu dari Ampang, Kuala Lumpur. Makan di restoran dalam kawasan rumah kami di Bandar Sungai Buaya. Sebetulnya setelah menghadiri majlis di galeri milik Habib Jewel saya dan isteri hendak bermalam di rumah sepupu kerana sudah sangat dekat. Tengok-tengok sepupu pula yang bercadang untuk bermalam di rumah kami, selepas ke Country Homes di Rawang. Maka kami pun kembali ke untuk menyambut mereka.
 


Selepas makan malam membawa mereka berjalan-jalan di sekitar. Esoknya pagi Ahad 18 Januari bawa berjalan lagi melihat suasana siang. Tergerak untuk meneruskan hingga ke Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Dah alang-alang keluar terus dibawa ke Kuala Kubu.






Sedikit perkongsian telah dibuat dalam artikel-artikel berikut :-








Singgah ke beberapa lagi tempat.






Ini termasuk di Serendah di mana saya tidak dapat menahan untuk mandi air terjun walaupun tidak membawa pakaian bersesuaian...






Penutupnya 'mengeteh' berdekatan pejabat dan kilang Perodua.


Apabila kembali ke rumah selepas Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 366 km sejak pagi Khamis. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,777 di CATATAN SI MERAH SILU.



Sedikit tambahan. Adapun selepas mempersembahkan artikel jam 9.39 hendak menyambung bacaan buku Major Themes of the Quran tulisan Fazlur Rahman. Ini adalah atas saranan penyelia tesis PhD saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Menurut beliau boleh membantu memperkemaskan lagi thesis proposal atau cadangan tesis saya. Sudah terlupa di mana disimpan fail berkenaan dalam komputer riba lalu mencari menggunakan kata kunci "the". Lalu tersedar saiz fail adalah 777 kb. Seperti hendak menyambung hal selepas mempersembahkan artikel ke-2,777.