Perjalanan ke situ yang cuba dibuat lebih 5 tahun lalu akhirnya tergendala dan ini sudah pun diceritakan dalam siri buku atau novel "Berpetualang ke Aceh". Dahulu, perjalanan cuba dibuat dari Medan di selatan naik sekitar 120 km ke sempadan Aceh-wilayah Sumatera Utara di Temiang sebelum terus lagi ke utara sedangkan perjalanan kali ini dari Banda Aceh harus bergerak kira-kira 300 km ke tenggara.
Perjalanan baru ini dimulakan selepas jam 3 petang meninggalkan hotel di Banda Aceh dengan menaiki 2 buah MPV, sebuah Landcruiser dan sebuah Innova. Adapun tadi saya telah membuat beberapa artikel berkaitan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Seeloknya untuk memahami gerak perjalanan dan penceritaan, baca dahulu artikel-artikel ini mengikut turutan...
The journey to Pekan Saree, a hillside small town of Aceh...
From Pekan Saree down to Sumatra's east coast...
From Pidie on to Bireuen
Adapun setelah membuat artikel-artikel di atas ini dan meneliti gambar-gambar untuk digunakan seterusnya, baru saya mendapat ilham bagaimana mahu menyambung cerita di sini pula. Maka tanpa membuang masa, kita terus ke satu destinasi tak dirancang (tak dirancang oleh saya le) yang terdapat dalam perjalanan.
Hampir ke bandaraya Bireuen, lebih 200 km gitu dari Banda Aceh kelihatan bangunan ini di tepian jalan utama.
Kata Kak Ann, dia selalu berhenti dan singgah apabila lalu di sini. Kebetulan kami belum bersolat Zuhur dan Asar, maka kami membuat jamak di musolah yang ada.
Corak lantai yang ada nampaknya cuba melambangkan sesuatu...
Untuk pengetahuan, kawasan ini dipanggil Makam Lapan. Kenapa lapan? Tiba-tiba saya teringat Kampung Jambu Lapan berdekatan Bahau, Negeri Sembilan di mana terdapatnya pertemuan Sungai Jempol dengan Sungai Muar yang membawa kepada Jalan Penarikan. Sila lihat artikel-artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam? , juga Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Apapun, tempat ini diberi nama Makam Lapan kerana ia tempat bersemadinya lapan orang pahlawan Aceh yang mati syahid diserang musuh. Cerita yang ada menyebut, pada awal tahun 1902, ketika perang Aceh-Belanda sedang kuat bersemarak, lapan orang pahlawan yang banyak berjasa kepada orang ramai telah diserang hendap oleh Belanda lalu ditembak mati, kalau tak salah ketika mereka cuba menyelamatkan orang ramai yang terperangkap.
Sekarang mari kita masuk ke dalam bangunan makam. Untuk pengetahuan, sejak saya turun dari kereta untuk ke sini hinggalah ke pintu ini saya deja vu panjang. Segala yang berlaku, cara saya menatap kawasan sekeliling dan sebagainya sebijik seperti pernah saya lihat dalam mimpi beberapa tahun yang lalu.Rasanya pembaca yang sudah biasa mengikuti penulisan saya tentu tahu betapa saya seringkali mengalami deja vu. Yang istimewanya, sepanjang perjalanan terbaru ke Aceh, baru di sini saya deja vu. Lalu baru saya tahu tempat apa sebenarnya yang saya lihat dalam mimpi lama itu...
------------------
Pernah dengar tak perkataan deja vu? Maksudnya, satu perasaan yang kita pernah melihat atau mengalami sesuatu peristiwa, misalnya rasa seperti pernah sampai ke suatu tempat walaupun itulah kali pertama kita ke sana. Kata orang, itu maknanya roh kita pernah ke situ sebelum jasad ini menyusul kemudiannya. Kerana tidak seperti jasad, roh boleh melangkaui ruang dan waktu...
OK. Dalam bangunan makam inilah terletak sebidang tanah kecil di mana jenazah lapan orang pahlawan itu telah disemadikan di dalam satu liang lahad.
Turut terdapat di dalam adalah himpunan kain-kain putih yang digantung dengan tulisan tangan ayat-ayat Al-Quran. Dari orang-orang di sekitar makam, saya dapat tahu bahawa kain-kain bertulisan ini ditinggalkan oleh para pelawat, tak tahulah untuk membayar nazar, memperingati pahlawan yang mati syahid atau untuk mahu berkongsi semangat.Alhamdulillah, dengan selesainya penulisan ini saya juga mendapat ilham bagaimana untuk menamatkan sesi penulisan kali ini untuk malam ini. Untuk pengetahuan, saya harus meneruskan cerita sampai ke satu peringkat kerana seperti minggu lepas, minggu ini juga saya harus berjauhan daripada Internet kerana perlu berjalan jauh, bermula esok...
Apapun sebelum menamatkan sesi bercerita kali ini, biar saya mengaji Quran dahulu ya. Alhamdulillah, tidak pernah lagi seumur hidup saya begitu bersemangat mahu cuba mengkhatamkan Quran dalam bulan Ramadhan... saya cuma pernah khatam Quran sekali sahaja iaitu ketika berumur 12 tahun gitu, itupun sebab dipaksa pergi mengaji dengan seorang makcik oleh ibu bapa. Sebaliknya semalam saya berjaya menamatkan sehingga habis Surah An-Nisa. Tunggu nak masuk Surah Al-Maidah aje ni tapi disebabkan banyak hal lain, hari ini saya masih belum mengaji lagi.
Berjumpa lagi kita, Insyaallah sebentar nanti! :]




4 ulasan:
salam...
saya srg berkunjung ke blog anda.. dan saya sangat menyukai smua isi blog anda yg membahas ttg sejarah.. sedianya anda klo berkunjng lagi ke aceh.. untuk berziarah ke Makam tgk. di bitai ulama besar yg mebawa syariat dari turki.. pada masa sultan saidil mukammil.. di sekitar banda aceh.. beliau adalh guru sultan iskandar muda yang termasyhur itu... Karena kecerdasan, ketekunan, kemuliaan sikap dan tingkah laku sultan sikandar muda suatu hari tgk chik di bitai diilhami untuk memberikan satu nama kebesaran kepada sultan iskandar muda dengan gelar "Tun Pangkat Peurkasa Syah" dan di bitai itu tempat sikandar muda belajar dulu.. disitu dulu jg ada sekolah militer dan tpmt buat senjata yg pengajarnya smua dari turki,
meski di terjang tsunami tp bangunan tmpt makam beliau ttp utuh..bangunan tersebut udh berusia 5 abad.. dan dulu sebelun tsunami ada mesjid di sekitar maqam.. yg bentuknya persis seperti masjid indrapuri.. kata org tua dulu banguan temboknya terbuat dari tanah di campur telur.. di sebelah kiri masjid itu tempat tgk chik di bitai dan ulama2 keramat dulu melakukan khalut.. tp sayangnya msjid tersebut luluh lantak oleh tsunami.. yg tersisa hanya temboknya saja.. dan skrg udh di gantikan oleh pemerintah turki menjadi sebuah masjid modern..
klo ke aceh lagi sempatkan ke makam tgk chik di bitai ya.. letaknya di desa bitai kecamatan jayabaru banda aceh..
Wassalam. Terima kasih atas maklumat ini. Insyaallah kalau dilorongkan jalan saya akan ke sana lagi. Selamat hari raya! :]
siapa yang tahu silsilah sultan malikus saleh sampai kerasulloh.siapa nama sebenarnya nahkoda ismail
Asalamualaikum syedara loen... apakah anda bs membantu sya mencari asal usul sejarah panglima prang malem dagang yg hilang dimalaysia.... yg dulu pernah menjadi panglima perang sewaktu pemerintahan sulthan iskandar muda..Alhamdulillah saya adalah keturunan ke 14 dr silsilah keturunan beliu.... harap bantuannya ntuk memperkuat cerita dalam saya mencari jejak2 keturunan beliua yg banyak hilang karena perang hulubalang/keuceuboeng.... terrimakasi ,, semoga Allah dapat membalas kebaikan Anda,,, Amin. Wasalam
Catat Ulasan