Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 23, 2009

Satu Jumaat dan projek buku masjid

Salam Jumaat semua! Setelah selesai meluahkan siri cerita tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur dengan artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - baru betul-betul kembali ke Kuala Lumpur... setelah bermalam di Raub dan Janda Baik! yang dibuat sebelum solat Jumaat tadi, baru saya dapat melepaskan satu cetusan rasa melalui cerita ini pula. Mari... :]


Ini adalah gambar Masjid Jamek Kuala Lumpur yang diambil sejurus sebelum solat Jumaat minggu lepas...


Pagi itu, saya telah menghantar sejumlah siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang diminta kedai buku Pustaka Rezeki Harapan, tingkat bawah Wisma Yakin berhadapan Masjid India. Kemudian saya berjalan kaki ke Central Market untuk meletakkan beberapa naskah buku ketiga dengan sub-title "Sirih Pulang ke Gagang?" di tempat pelukis Iedet. Sila lihat artikel Central Market, sahabatku Iedet dan siri buku "Berpetualang ke Aceh"... yang dibuat minggu lepas.


Saya menghala kembali ke Masjid India waktu tengahari ketika orang ramai sedang sibuk bersedia untuk bersolat Jumaat.


Selalunya kalau berada di sekitar ini, saya akan bersolat Jumaat juga solat harian biasa samada di masjid jamek atau Masjid India. Kali ini saya memilih Masjid India kerana satu, kereta saya ditinggalkan di sekitar itu, kedua dalam keadaan orang ramai mula memenuhi ruang, solat Jumaat di sana lebih senang kerana saya boleh mengambil wudhuk di bilik air Wisma Yakin kemudian turun untuk menggunakan tikar-tikar yang sedia terbentang di satu bahagian.



Ketika imam sedang membaca khutbah (dalam bahasa Urdhu ke hapa, sepatah haram aku tak faham!) saya tergerak mengambil gambar masjid dengan orang ramai di luar. Saya sedang duduk di tepian Wisma Yakin jadi ada orang lalu-lalang di hadapan.

Gambar pertama saya padamkan kerana ketika menekan punat kamera, ketika itu juga ada orang muncul lalu di hadapan sehingga menutup sedikit ruangan. Pada gambar kedua pula tiba-tiba muncul orang tua Benghali ini... ish, bai...

Nampaknya ini tidak boleh dielakkan. Kalau saya padam dan ambil gambar lain, kemungkinan besar akan ada orang lain yang sedang berjalan turut terselit dalam gambar. Jadi saya biarkan.

Apabila melihat balik gambar ini, teringat pula kes Masjid Babri di utara India. Eh... tapi kes itu melibatkan orang Hindu dengan orang Islam, bukan Benghali yang cara berpakaiannya kalau dilihat secara teliti hampir menyamai orang Islam! Hmm...






Ini pula gambar selepas tamat solat Jumaat, ketika orang sedang bersurai. Tiba-tiba terfikir, kedudukan Masjid India yang berhampiran dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur agak serupa berbanding Masjid Kapitan Keling dengan Masjid Lebuh Aceh di Pulau Pinang dan Masjid Kampung Keling dengan Masjid Kampung Hulu di Melaka. Ketiga-tiga pasangan masjid terletak sekitar 300 meter antara satu sama lain, kalau ikut pendapat sesetengah orang tak patut ada dua masjid begitu dekat untuk solat Jumaat, salah satu mesti mengalah.

Menurut ceritanya, Masjid Kampung Keling diwujudkan hampir 300 tahun lalu di Melaka untuk dijadikan tempat tumpuan orang India Muslim yang ketika itu ada sedikit perselisihan dengan orang Melayu. Kalau tidak, semuanya tertumpu di Masjid Kampung Hulu yang sudah dibina lebih awal. Kini Masjid Kampung Keling lebih terkenal di kalangan pelancung luar sedangkan Masjid Kampung Hulu terus didatangi mereka yang mengharapkan berkat hasil karamah seorang wali!

Dari segi fungsi kini, solat Jumaat diadakan bergilir antara kedua masjid. Malah keduanya menggunakan khidmat tok siak yang sama untuk menjaga masjid. Jadi tiada masalah tentang patut atau tidak kedua-dua masjid digunakan untuk solat Jumaat sedangkan ia terletak begitu dekat.

Di Pulau Pinang pula, setahu saya Masjid Lebuh Aceh sudah lama tidak digunakan untuk solat Jumaat walhal satu masa dahulu ia adalah pusat untuk orang Islam berkumpul dari seluruh Tanah Melayu terutama sebelum masuk musim haji! Masjid Kapitan Keling pula lebih terserlah kerana kedudukannya di kawasan lebih terbuka lalu boleh dilihat semua.

Tentang Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid India, tidak boleh disalahkan jika kedua-duanya ada sesi solat Jumaat serentak. Ini kerana jumlah jemaah yang datang dari sekitar melimpah-ruah. Jadi eloklah kedua-keduanya berfungsi untuk menampung jumlah yang ramai...





Selepas solat, saya singgah makan tengahari di kawasan gerai-gerai ini. Selalunya kalau di sini, saya suka makan chapati atau roti apa entah yang tebal sikit cicah dengan daging cincang. Tapi kali ini buat pertama kali saya makan nasi beriyani yang ada di situ, dengan daging kambing...



Selepas itu saya pergi ke pejabat isteri lalu meninggalkan kereta. Kemudian saya ambil motosikal besar lalu keluar menghala ke Sungai Chinchin di Gombak... singgah sebentar minum air di depan sebuah kedai runcit, duduk menumpang kerusi di gerai kecil hadapan lalu terlihat budak-budak ini bermain di bawah meja...



Kawasan ini terletak tidak jauh dari simpang masuk ke Universiti Islam Antarabangsa...





Pandangan ke sisi kiri dengan jalan yang boleh membawa ke sekitar Taman Greenwood. Sesekali, biarlah motosikal saya turut "posing" sama... :]


Kemudian baru saya pergi ke Masjid Sungai Chinchin. Sebenarnya penulisan untuk projek buku masjid yang sedang saya usahakan sudah sampai ke bahagian mengenai masjid itu. Setelah selesai mengolah-balik cerita masjid-masjid di selatan tanahair berserta masjid di Pantai Timur Jumaat sebelumnya, baru saya memulakan cerita masjid-masjid di utara... beberapa hari kemudian baru mendapat gerak yang mantap untuk menyiapkan cerita mengenai masjid-masjid di Perak lalu saya sambung terus ke masjid-masjid sekitar Lembah Kelang.

Ini berlaku malam Jumaat lepas. Pada pagi Jumaat itu, saya ingat saya mampu menyiapkan terus penulisan kesemuanya tetapi sampai pada bahagian mengenai Sungai Chinchin yang terletak selepas cerita mengenai masjid besar Shah Alam, saya terlupa pada tahun bilakah masjid batu di Sungai Chinchin didirikan, begitu juga tentang masjid kayu yang masih ada. Itu yang saya pergi ke sana, untuk memastikannya. Fikir saya selepas itu, dapatlah saya menyiapkan terus penulisan untuk projek buku masjid itu.

Ternyata selepas itu penulisan jadi tersangkut. Kalau tidak, tentu artikel ini sudah saya tulis di sini petang itu juga. Sebaliknya 2-3 hari lepas baru ia siap. Kebetulan pula siri cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur berjaya diselesaikan tadi. Jadi eloklah saya dapat melepaskan cerita ini hari ini. Selepas ini saya dan isteri akan bergerak ke Melaka untuk ke Pulau Besar.

Oleh kerana penulisan projek buku masjid ini sudah selesai, biar diletakkan sekali link-link untuk cerita projek buku masjid yang pernah dibuat di sini ya. Insyaallah bukunya akan diterbitkan dan dilancarkan seiring dengan Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 April ini. Sekian! :]


Projek buku masjid - perjalanan selatan 1

Projek buku masjid - perjalanan selatan 2

Projek buku masjid - perjalanan selatan 3

Menulis balik cerita masjid di waktu malam?

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Cerita projek buku masjid - Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka

Cerita projek buku masjid - Pulau Besar membawa ke Muar dan makam Sultan Alauddin

Perjalanan terbaru ke Pantai Timur - Cerita projek masjid

Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

Projek buku masjid - Satu pandangan segar terhadap Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Projek buku masjid - Lagi, Danau Tok Uban dan Masjid Brunei Darussalam

Projek buku masjid - Dari Kota Bahru ke Kuala Lipis, kembali ke Kuala Lumpur

Nombor 434 dan perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - baru betul-betul kembali ke Kuala Lumpur... setelah bermalam di Raub dan Janda Baik!

OK. Kita tamatkan terus ya siri "Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri" ini... bersambung dari artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - kembali ke Kuala Lumpur... singgah di Kuala Lipis...


Sepatutnya dari Kuala Lipis kami terus kembali ke Kuala Lumpur kerana isteri harus bekerja pagi keesokannya. Tetapi dalam perjalanan ke Raub isteri diserang sakit gigi yang amat sangat sedangkan saya sedikit demam dan terasa penat.

Dalam pada itu saya terdengar isteri menalifon bapanya meminta tolong untuk cuba mengubat dari jauh. Memang bapanya tahu mengubat sakit gigi melalui petua orang tua tetapi bukanlah dengan cara remote begitu. Saya pula kelakar mendengar isteri mengadu dalam bahasa Jawa... "sakit untu pak!". Sakit untu? Rupa-rupanya untu tu gigi! Saya ketawa terbahak-bahak.

Memandangkan kami dua-dua kurang sihat, saya membuat keputusan untuk bermalam di rumah almarhum Nenek. Pagi itu dapatlah kami menziarahi makamnya tidak jauh dari situ...


Kami juga dapat makan tengahari lauk ikan keli asam rong yang amat pedas tetapi menyelerakan di pinggir bandar Raub. Untuk pengetahuan, ini adalah masakan tersendiri orang di sini. Setakat ini saya belum pernah terjumpa ia di luar Raub.

Kemudian saya singgah untuk bersolat di masjid tengah bandar ini, terus terasa mahu mengambil gambar untuk dibuat posting. Sila lihat artikel Masjid (mosque of) Tengku Abu Bakar, Raub yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Dalam masjid saya terlihat buku ini...

Tergerak untuk membuka terus mana-mana halaman, terus tertumpu pada bahagian tentang doa yang menyebut "Ya Allah ya Tuhanku! Jangan biarkan musuh-musuhku bergembira dengan penyakitku..."

Hmm... memang sejak beberapa tahun ini saya sering disering sakit demam-demam bisa badan, urat, angin dan segala macam perkara yang melemahkan badan terutama apabila sibuk menggali cerita-cerita lama tentang kerajaan-kerajaan Melayu...



Kemudian baru saya pergi mengambil isteri di satu klinik di hujung jalan. Oh, terlupa nak beritahu. Di situlah isteri saya mengambil ubat dan MC untuk hari itu...





Kami pun meneruskan perjalanan menghala ke Bentong...






Selepas Bentong, sejurus sebelum lebuhraya Karak, tergerak pula hendak mengambil jalan lama yang berliku-liku membelah hutan belantara dan bukit-bukau. Sampai satu bahagian jam pula... rupa-rupanya ada pokok tumbang!



Yang menarik, ada kolam air panas ini! Selama ini saya tak perasan pun walaupun pernah terlihat papan-tanda dan melalui jalan yang sama beberapa kali.

Apalagi, kami suami isteri pun melayan mandi. Walaupun ketika itu hari panas... sekurang-kurangnya dapat juga menyidai balik pakaian yang dibasuh di Raub tetapi belum sempat kering tadi.



Jalan lama itu turut membawa terus ke simpang masuk untuk ke Janda Baik. Alang-alang dah lalu, singgah le masuk ke dalam... masuk sekejap ke taman Pak Habib di dalam...





Sempat pula melawat anaknya Syed Abdullah @ Uncle Seekers di dalam. Hati-hati, di sini memang banyak hantu. Bukan main-main punya hantu, hehe!





Oh, ini pula adalah gambar seekor mentadak-mentadu yang muncul lalu hinggap pada pinggan selesai kami makan di sebuah kedai di Janda Baik. Terasa pula hendak mengambil gambar.

Malam itu kami sekadar menginap di sebuah surau yang sudah jarang digunakan, surau tempat saya biasa menginap setelah keluar dari rumah Pak Habib awal 2005. Nyenyak juga tidur malah lebih berkat. Sekurang-kurangnya takda le segala macam hantu yang dikatakan sesetengah orang tua sebagai wali, hehe! Ini kira private joke aku le... ada ke wali-wali boleh main 'pasak' tanam keliling rumah? Ini ke ilmu Tasawuf yang mahu diajar kat aku. Orang ramai yang tak tahu hujung pangkal sebenar boleh le engkau tipu. Pigi raaahh....



Pagi esoknya kami pun keluar terus ke tempat kerja isteri. Ini adalah gambar kawasan Bukit Tinggi. Tammat! :]



Khamis, Januari 22, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - kembali ke Kuala Lumpur... singgah di Kuala Lipis



Petang itu kami pun memulakan langkah untuk kembali ke Kuala Lumpur. Kalau tak salah ingat, kami meninggalkan rumah bekas ipas isteri sekitar jam 5.30 petang. Masuk senja kelihatan beberapa pemandangan menarik. Saya pun cuba mengambil gambar...

Ternyata bukan senang mahu mengambil gambar elok sambil memandu kereta...


Akhirnya saya terpaksa berhenti untuk mendapatkan gambar yang sedikit memuaskan. Itupun tidak kelihatan lagi gunung-gunung seperti lebih awal tadi. Sebaliknya saya sekadar dapat berpuas hati mengambil gambar yang menunjukkan satu persimpangan masuk ke Taman Negara.



Kemudian kami singgah di stesyen keretapi Gua Musang...




Saya suka stesyen ini kerana mengingatkan kepada beberapa perjalanan terdahulu di Kelantan...



Setelah minum dan makan sedikit kami menyambung perjalanan. Sampai di Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10 malam gitu lalu singgah di masjid jameknya untuk bersolat...




Ketika itu bulan penuh dilitupi sedikit awan. Cantik!



Kemudian kami singgah di masjid lama tepian pekan. Tapi susah pula nak mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya...




Semasa masuk ke pekan, kelihatan bangunan ini di mana terpapar sedikit maklumat tentang Kuala Lipis. Dalam perjalanan keluar, saya pun singgah sebentar...




Hmm... ada maklumat yang berguna...




Baru saya tahu, masjid lama kayu yang saya suka singgah dan pernah beberapa kali dipaparkan gambarnya di blogspots saya pernah menjadi masjid negeri!




Kemudian ada sedikit sejarah Kuala Lipis yang berguna... bolehlah dipakai dalam cerita untuk projek buku masjid yang proses penulisannya baru sahaja berjaya disiapkan semalam. Kalau ikutkan mahu sahaja saya tamatkan langsung cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur hari ini juga. Tetapi ini akan memakan masa kerana ada beberapa gambar perlu dilepaskan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) juga. Insyaallah disambung besok ya... selamats! :]












Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - akhirnya Danau Tok Uban, dari sudut lain dan bersama anak-anak sekali!

OK, kita bercerita lagi tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur...





Selepas hadir pada hari pertama persekolahan anak-anak di Kelantan, kami berjalan-jalan lagi di sekitar Kelantan. Singgah lagi di Masjid Kampung Laut untuk berehat dan mengambil berkat...



Malam itu kami berjalan-jalan di Kota Bahru lalu singgah di Masjid Diraja Langgar yang terletak bersebelahan kawasan pemakaman diraja Kelantan.



Di sinilah saya bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum kembali bermalam di rumah bekas abang ipar isteri. Sebenarnya siang tadi, selepas singgah hampir tengahari di rumah seorang kawan di Ketereh, kami berjalan-jalan melalui jalan kecil yang melepasi Kemubu. Sampai jauh ke utara baru tersedar kereta sudah hampir kehabisan minyak lalu terpaksa keluar mencari stesyen.

Saya tergerak untuk terus menghala ke Pasir Mas, baru terjumpa satu stesyen minyak selepas bulatan di hadapan jambatan menyeberangi Sungai Kelantan. Dari stesyen saya secara spontan mengambil satu simpang ke kanan. Sebenarnya saya masih berhajat untuk ke Danau Tok Uban lalu berharap dapat berjumpa jalan lain untuk masuk ke sana. Saya pernah mengambil laluan keluar dari sana yang membawa ke jalan lain antara Pasir Mas dan Tanah Merah yang turut membawa ke Rantau Panjang, mungkin simpang ke kanan dari stesyen minyak boleh membawa ke sana... agak-agak saya le.

Ternyata jalan yang melalui hospital besar ini menghala ke Rantau Panjang tetapi tidak kelihatan papan-tanda arah menunjukkan jalan ke Tanah Merah. Saya mula was-was jika ia dapat menyambung ke jalan yang pernah dilalui membawa ke Danau Tok Uban, jalan yang turut membawa ke satu-satunya laluan darat masuk ke Masjid Brunei Darussalam, dalam kawasan kampung Rong Chenok. Sebaliknya banyak kawasan di tepian jalan ditenggelami air hasil hujan lebat beberapa hari lalu teringat saya pesanan beberapa orang bahawa kawasan sekitar Danau Tok Uban sedang mengalami banjir.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk berpatah-balik menghala ke Kota Bahru. Itu yang sempat bersolat di Langgar...





Esoknya Isnin 5 Januari 2009, hari jadi isteri. Sempena itu kami telah memberitahu bekas suaminya ingin membawa anak-anak berjalan... lagipun petang itu kami akan kembali ke Kuala Lumpur. Bekas suami membenarkan lalu selepas tamat waktu persekolahan kami pun mengambil anak-anak.

Asalnya saya ingin membawa mereka ke Kota Bahru tetapi sebaik sahaja melepasi Masjid Kampung Laut, timbul rasa yang kuat untuk ke Danau Tok Uban. Lagipun kereta kami ada sedikit masalah. Tempat melekatkan talipinggang keledar belakang yang telah diselitkan ke dalam kusyen tempat duduk masih belum dapat dikeluarkan... teringat pula bahawa undang-undang untuk menggunakan talipinggang belakang baru mula dikuat-kuasakan tahun ini.

Memikirkan ada kemungkinan jalan ke Kota Bahru dan sekitar akan ada sekatan polis (kerana memang hari Sabtu itu ada satu dekat sebelah Masjid Muhammadi), saya pun terus menukar haluan ke Pasir Mas untuk ke Danau Tok Uban. Logiknya, di kawasan perkampungan tentu tiada gangguan melibatkan talipinggang ya tak?


Kami pun masuk semakin dalam untuk ke Danau Tok Uban... dah masuk sekitar 7 km gitu dan laluan kelihatan elok sepanjang jalan, tetapi selepas simpang terakhir 500 meter sahaja untuk sampai ke taman rekreasi Danau Tok Uban jalannya ditenggelami air sehingga tidak kelihatan lagi bagaimana keadaan di dalamnya kerana warna air yang keruh. Bagaimana ini? Tinggal lagi sedikit sahaja untuk sampai ke tujuan...

Isteri saya tidak mahu mengambil risiko. Takut kalu cuba diredah juga nanti kereta terselit di mana-mana. Bukannya nampak jika ada lubang ataupun selekoh... lagipun kami sedang membawa anak-anak. Lalu kami terpaksa berundur... terpaksa membawa kereta mengundur ke belakang kerana jalan sempit berliku-liku dengan tepian licin tanah lembut berselut tidak memberi peluang untuk memusingkan kereta.

Tidak lama kemudian muncul dua orang remaja menaiki motosikal kecil masuk ke dalam. Hmm... pakai motosikal tentu lebih senang melepasi kawasan banjir ya tak? Rupanya sangkaan ini meleset. Motosikal mereka tersangkut di tengah jalan yang ditenggelami lalu mereka juga terpaksa keluar berpatah-balik. Apalagi? Kalau motosikal pun tak lepas, inikan lagi kami berempat dalam kereta Kenari yang bertayar kecil. Maaf ya, terlupa hendak mengambil gambar kawasan yang dibanjiri ini...


Saya terpaksa akur dengan keadaan walaupun terasa amat hampa. Maklumlah, dari hari Sabtu dah merancang dan teringin mahu ke sini... kini hari ketiga, setelah begitu dekat tak dapat masuk pula... Allah!

Dalam keadaan mengundur perlahan penuh kesusahan akibat jalan berliku kecil, anak pula merungut menangis. Saya mula naik angin... kita susah-susah nak bawa anak berjalan melihat suatu tempat yang menarik, kemudian apabila timbul masalah mereka pula merungut.

Tetapi biasa kan, budak-budak! Kita yang lebih tua ni kenalah bersabar. Saya akui saya naik angin sebentar. Dalam naik angin itulah saya membuat keputusan untuk memusingkan kereta walaupun terpaksa melalui bahagian berselut. Dari tersenggut-senggut susah-susah berundur kemudian anak pula bising, baik saya mengambil risiko tayar tenggelam.

Alhamdulillah, kereta dapat keluar dengan selamat. Kemudian semasa mengambil jalan lain yang pernah saya gunakan untuk sampai ke Masjid Brunei, kelihatan pula pemandangan di atas...


Kebetulan, pemandangan ini boleh dilihat dari hadapan masjid ini...




Kami pun mengambil gambar... sekurang-kurangnya dapatlah melihat sebahagian Danau Tok Uban siap Masjid Brunei sekali. Budak-budak pun suka... tapi gambar ini diambil dalam keadaan anak perempuan masih bad mood lagi akibat jauh berjalan tadi.





Kemudian saya membawa anak-anak untuk bersolat di dalam...






Semasa keluar, timbul ilham untuk melihat pemandangan lebih dekat. Sila lihat artikel With the family at Danau Tok Uban, Kelantan yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi... akhirnya dapat juga satu pengalaman baru yang menggembirakan semua!



Selesai itu baru kami keluar melalui jalan yang boleh membawa ke Tanah Merah juga Pasir Mas. Terfikir juga mahu masuk ke Masjid Brunei tapi rasa-rasanya jalan kecil ke sana lagi teruk ditenggelami air. Lagipun anak-anak perlu dihantar pulang kerana bapa mereka mahu membawa berjalan pula nanti. Saya pun mengambil jalan ke Pasir Mas lalu bertemu balik laluan yang boleh membawa ke Rantau Panjang seperti dilalui hari sebelum itu. Ternyata banjir sudah surut di beberapa kawasan. Tetapi ada yang masih dipenuhi air...




Beginilah keadaan di sesetengah kawasan. Dengan itu kembalilah kami ke rumah bekas abang ipar isteri... settle... :]


Rabu, Januari 21, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru

Ini pula boleh dikira cerita 'celah'... kalau ikut urutan masa, ia berlaku sebelum gambar terakhir dalam artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - dan anak-anak setelah hampir 2 bulan tak berjumpa... tadi.



Setelah ikut mendaftar anak-anak di sekolah, kami keluar ke jalan besar yang kebetulan membawa masuk ke Nilam Puri di mana terletaknya Masjid Kampung Laut. Kelihatan kain rentang protes terhadap kekejaman Yahudi menyerang penduduk Palestin di Gaza yang sedang hangat ketika itu.

Kami pun masuk ke masjid. Alang-alang dah sampai, eloklah naik... lagipun itu kali pertama saya ke sana bersama isteri dan memang pun kami mahu ke masjid itu, cuma tak pasti pada hari apa.


Kebetulan dalam perjalanan ke Pantai Timur ini saya tergerak untuk membawa sejumlah buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" untuk diletakkan pada masjid-masjid. Maka saya letakkan tiga naskah pada mimbar...

Adapun buku berwarna hijau ini pernah diletakkan di beberapa buah masjid di Melaka lebih setahun lepas. Apa yang berlaku adalah sejumlah buku telah dirosakkan anai-anai ketika dalam simpanan di salun milik seorang kawan, jadi daripada ia terbuang, elok diletakkan di masjid-masjid. Lagipun pada kulit hadapan buku tertera gambar sebuah masjid lama di Perak.

Sebenarnya separuh dari buku ini elok lagi tetapi cuma dikotori sedikit tanah dari anai-anai. Kalau digosok dan bersihkan sudah cukup untuk melayakkan ia kembali dijual di kedai-kedai. Tetapi ketika itu saya sudah berniat untuk menghadiahkan ke masjid-masjid. Cuma semasa hendak ke Pantai Timur baru-baru ini baru saya teringat hendak menyambung usaha lalu membawa 33 buah naskah bersama.



Niat asal saya setelah menziarahi Masjid Kampung Laut adalah untuk terus pergi ke Pasir Mas lalu pergi ke Danau Tok Uban kemudian Masjid Brunei Darussalam. Sebaliknya selepas menunaikan solat dhuha dan bertafakur sebentar, saya tergerak untuk membuka buku "Berpetualang ke Aceh" di mimbar lalu terus terbuka mukasurat yang bercerita tentang wali Allah terkenal di Kelantan, almarhum Tok Kenali.




Saya ambil ini sebagai isyarat agar bertukar arah pergi ke makam Tok Kenali. Hmm... sebenarnya saya bercadang mahu meletakkan sedutan berkenaan dari buku di sini tetapi saya kini di sebuah cyber-cafe sedangkan teks untuk ketiga-tiga buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" tidak diletakkan dalam thumb-drive baru... ada dalam thumb-drive dahulu yang tercicir entah ke mana.

Kemudian saya cuba mencari dalam artikel lama. Rasanya pernah diletakkan sedutan tentang bagaimana semasa sedang berehat di Masjid India, muncul satu watak misteri berjubah yang meminta saya membelanjanya makan. Watak bernama Muhammad Yusuf itu kemudian menghilangkan diri. Tak sampai dua minggu selepas itu, saya terbawa ke makam Tok Kenali buat pertama kali dalam hidup lalu mendapati nama wali Allah ini juga Muhammad Yusuf malah rupa dan bentuk badannya dalam gambar mirip orang yang muncul di Masjid India itu!

Seterusnya kami ke Masjid Tok Kenali...


Kemudian baru ke pusat bandaraya Kota Bahru untuk berjalan-jalan di sekitar Pasar Khadijah...













Masuk Zuhur kami singgah di Masjid Muhammadi...

Selepas bersolat, saya bercadang mahu ke Tumpat untuk menziarahi makam Tok Selehor. Tetapi sebaik sahaja melihat kesesakan teruk lalu-lintas di jambatan, saya mengubah fikiran.





Akhirnya atas cadangan isteri, kami pergi ke rumah bekas abang iparnya, terus bermalam di sana. Ini adalah gambar ke luar pintu sisi rumah itu...



Kelihatan sebahagian tanah luar rumah telah dibanjiri air. Oh, malam sebelum itu, sekali lagi kami dapat tidur dengan anak-anak. Kemudian paginya kami terus ke sekolah untuk melihat hari pertama mereka belajar di Kelantan... :]