Salam. Sedikit perkongsian daripada hujung minggu lalu.
Petang Sabtu 15 Februari 2020. Saya telah membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan lalu makan roti canai di sebuah gerai di Batu Arang.
Kami ke sana kerana 2-3 hari sebelum itu seorang anak laki-laki kami, Rasyid asyik menyebut tentang makan roti canai di suatu tempat yang kedainya berbentuk begitu begini.
Ditunjukkan sekali isyarat dengan tangan sambil menyebut ada jalan pusing sebegini rupa di hadapan. Fahamlah saya dia merujuk pada kedai di hadapan satu-satunya bulatan di pekan Batu Arang, Selangor.
Dahulu kami sekeluarga pernah duduk beberapa tahun menyewa rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pekan Batu Arang cuma terletak 2-3 km sahaja daripada ruma lalu saya selalu membawa keluarga berjalan-jalan.
Daripada rumah kami juga sudah agak dekat untuk ke pekan Kuala Selangor. Dari Batu Arang cuma perlu bergerak ke hadapan lagi 30 km jadi kami selalu juga berjalan-jalan hujung minggu ke arah sana.
Selepas makan roti canai kami pun ke Kuala Selangor lalu pergi ke beberapa tempat bersejarah yang pernah kami jejaki beberapa kali dahulu.
Cerita-cerita tentang tempat-tempat bersejarah yang kami jejaki kembali ini boleh diimbau melalui artikel-artikel lama berikut :-
1.
Kisah Keramat Anak Dara...
2.
Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor
3.
Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak?
5.
Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung
7.
Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat
8.
Mimpi pelik Kuala Selangor...
9.
Baru betul-betul melihat Bukit Melawati...
Lewat petang kami naik ke Bukit Melawati yang merupakan pusat kerajaan Selangor abad ke-18 dan awal abad ke 19 Masihi.
Anak-anak seronok dapat bermain dengan monyet lotong yang banyak berkeliaran di atas bukit. Sampai anak bongsu kami Johan berkata itulah kali pertama bermain dengan monyet begitu dekat. Beliau tidak ingat semasa kecil selalu dibawa ke sana. Lihat artikel
Playing with the monkeys at Bukit Melawati di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya pula lebih seronok menikmati pemandangan sambil menghirup udara segar memikirkan sejarah di sebalik persekitaran...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan