Pagi Isnin sebelum Subuh 30 Ogos 2010 sekali lagi kami meninggalkan surau tempat kami tidur di satu bahagian Langgar, Alor Setar, Kedah.
Kali ini sudah cukup syarat 3 hari bermalam seperti disebut dalam artikel Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur. Sampai masanya untuk meninggalkan Alor Setar menghala kembali ke selatan. Singgah sebentar bersolat Subuh di Masjid Albukhary. Lihat Masjid Albukhary (The Albukhary mosque), Alor Setar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Apabila langit cukup terang baru kami meninggalkan masjid.
Hmm. Biasa le saya. Pantang nampak ada nombor 131, mesti nak tangkap...
Agak-agak le ke manakah arah kami seterusnya?
Kami pusing dahulu pekan Kuala Kedah. Kelihatan Kampung Tok Pasai yang sudah banyak berubah...
Kami ke jeti tempat mengambil feri ke Langkawi.
Tapi kami bukan mahu ke Langkawi. Kami sekadar mahu menziarahi makam yang terletak di kawasan letak kereta jeti.
Inilah makam orang yang dipanggil Tok Pasai. Lihat Makam (Tomb of) Tok Pasai.
Kemudian kami naik jambatan untuk menyeberangi Sungai Kedah.
Kami mahu melihat Kota Kuala Kedah.
Selepas itu kami berjalan-jalan lagi di sekitar Kuala Kedah. Tapi biar cerita diteruskan pada perjalanan menghala selatan ke Yan.
Ada pekan kecil, ada juga jeti dengan bot-bot di kuala sungai. Lihat Passing through Kuala Sala.
Tidak lama kemudian sampailah kami ke daerah Yan.
Namun pekan Yan sendiri masih jauh. Kami singgah lagi di satu masjid, kali ini sekadar untuk mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Permatang Buluh.
Ke hadapan sedikit saya mengambil satu lorong.
Rupa-rupanya perlu ke hadapan lagi.
Semakin hampir ke pekan Yan semakin terserlah Gunung Jerai.
Lalu di satu bahagian kelihatan satu objek yang rasanya air terjun tinggi...
Tidak lama kemudian sampailah ke pekan Yan @ Yan Besar.
Saya ingin membawa anak dan isteri singgah ke Masjid Jamek Yan.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan