Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 18, 2010

Projek buku keretapi : Stesyen-stesyen selatan hari Sabtu... satu permulaan

OK. Seperti dijanjikan pada artikel Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete! mari kita mulakan siri cerita keretapi. Untuk makluman saya baru sahaja menamatkan perjalanan 1,000 km dengan keretapi hujung minggu baru ini. Tetapi apa yang ingin diceritakan terlebih dahulu adalah satu perjalanan yang dibuat 3 bulan lalu... dari fail gambar Februari...


Sabtu Februari 6, satu pertemuan diatur antara saudara Faiz Al-Shahab dari syarikat penerbitan Karnadya...


Pertemuan diatur di Rembau kerana di situ ada rumah seorang ibu angkat di mana isteri saya dan anak dapat bermalam nanti. Faiz akan membawa saya melihat stesyen-stesyen keretapi selatan hingga ke Johor Bahru. Kami perlu bermalam di sana meninggalkan anak isteri...



Setelah menghantar isteri ke rumah ibu angkat, saya menaiki satu kereta dengan Faiz ke Tampin.


Di situ terletak stesyen keretapi yang pertama mahu dilawati...



Untuk makluman stesyen keretapi Tampin terletak di dalam negeri Melaka. Lihat artikel The train station of Pulau Sebang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Seterusnya kami ke Gemas di mana terdapat persimpangan jalan keretapi utara ke selatan dengan selatan ke pantai timur. Lihat Train station of Gemas...












Dari Gemas kami menghala ke Segamat...




Sampai ke Segamat saya mengambil peluang mengajak Faiz untuk melihat satu kawasan pemakaman yang bersejarah. Lihat artikel Kawasan pemakaman (Burial ground of) Raja Temenggung Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...





Kembali dari makam kereta kami sempat ber'posing' di bawah jambatan keretapi. Adapun kereta Volvo model baru ini sedang dipandu-uji oleh Faiz untuk satu artikel dalam sebuah majalah kereta. Letak jambatan ini tidak jauh dari stesyen keretapi Segamat. Lihat Segamat train station.




Selepas singgah di stesyen kami pun mengorak langkah meninggalkan bandar Segamat.




Satu pandangan pusat bandar sebelum kami keluar...




Laluan yang diambil menuju ke Kluang...





Sampai satu simpang kami mengambil jalan kecil untuk ke pekan Paloh melihat stesyen keretapi yang ada. Lihat The small station at Paloh.




Dari Paloh kami mengambil jalan dalam menuju ke Kluang...





Beberapa minit kemudian kelihatan Gunung Lambak yang terletak di pinggir bandar Kluang.




Kluang meninggalkan banyak kenangan buat saya yang pernah bersekolah menengah di sana. Stesyen keretapi Kluang pula terkenal unik dengan hidangan kopi sedap di kantinnya. Lihat Kluang railway station and its famous coffee.





Seterusnya kami ke Renggam yang juga memiliki stesyen keretapi. Lihat Renggam train station.





Dari Renggam kami pergi ke Simpang Renggam untuk memasuki jalan utama menghala ke Johor Bahru. Sempatlah singgah mengambil gambar di stesyen keretapi Kulai sebelum gelap. Lihat Kulai train station.




Kami sampai ke JB sekitar jam 8 malam. Jadi biarlah gambar stesyen keretapinya diambil siang esoknya. Ini adalah gambar stesyen waktu malam dilihat dari hotel kami.




Pusat bandaraya JB di sebalik kegelapan malam. Alhamdulillah, dapat juga saya melepaskan cerita setakat ini setelah membiarkan koleksi gambar terperap selama 3 bulan...



2 comments:

Anonymous said...

MS, good project especially utk org2 yg bnyk bejalan mcm ko.. As i said, its good time for you now to invest for DSLR camera, then mcm2 buku lg ko boleh produce... consider that bro!

Radzi Sapiee said...

Insyaallah. Ini projek company lain le bro, siap bawak photographer lagi. Nak produce buku bukan senang... masa, macam-macam kerja, modal, promosi, distribution, kerenah sales... buat masa ni aku dah letih. Aku concentrate on menulis cukup leee...