Isteri dan anak-anak duduk di barisan paling belakang.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, Julai 13, 2013
Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Keluar dari Makassar selepas 3 hari berehat
Isteri dan anak-anak duduk di barisan paling belakang.
Rabu, Julai 10, 2013
Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu
Artikel ini menunjukkan satu daripada banyak aspek wang Fiat, contohnya bagaimana penduduk asal sesebuah negara boleh kerugian teruk dalam sistem wang Fiat. Beberapa buah negara boleh dikemukakan sebagai contoh untuk menunjukkan ini. Kita ambil kes Malaysia untuk artikel.
Artikel ini berdasarkan fakta sejarah dan pemerhatian terhadap Malaysia selama beberapa dekad. Ia bertujuan untuk merangsang proses pemikiran, tanpa niat jahat seperti mewujudkan perpecahan antara kaum. Sebaliknya diharapkan artikel akan menyumbang pada keharmonian antara kaum, pengagihan saksama kekayaan negara, paras korupsi yang rendah dan pengurangan masalah berkaitan sosio-ekonomi.
Salah satu prinsip wang Fiat adalah Seigniorage (perbezaan nilai wang dengan kos menerbitkan juga mengedarkannya) untuk wang Fiat menguntungkan pengguna pertama wang. Oleh kerana wang Fiat tidak disandarkan pada emar atau apapun yang bernilai, ia murah untuk dihasilkan tetapi membawa kuasa beli yang diterbitkan daripada udara kosong (out of thin air). Kuasa membeli yang diterbitkan secara murah inilah yang dikejar oleh pencetak wang palsu. Tetapi apabila bank-bank menerbitkan mata wang sendiri, mereka mendapat Seigniorage ini. Penerbitan wang Fiat yang dibuat mereka membawa bersama kuasa membeli yang dicipta dengan cara mencukai keseluruhan ekonomi melalui inflasi. Tidak difahami ramai bahawa hak untuk menerbitkan wang Fiat secara efektiknya memberikan pemilikan hasil bumi negara dan aset-aset ke tangan bank-bank. Kami telah berhujah dalam Meera (2005, merujuk pada kertas lama penulis) bahawa penerbitan wang Fiat itu sendiri adalah riba’ dan ia berlawanan dengan Maqasid al-Shari’ah. Maka itu negara-negara boleh kerugian melalui Seigniorage jika mereka membenarkan wang Fiat dari negara lain atau nota terbitan institusi persendirian untuk digunakan sebagai wang di tanah mereka.
Pengeluaran wang Fiat dengan riba’ oleh bank-bank awal dan pihak berkuasa mengasingkan secara total orang Islam awal – Melayu, India dan pedagang Arab – daripada berurusan dengan bank. Ini adalah keterasingan kewangan sistemik orang Islam. Maka itu kami dapati pada zaman itu, akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menyaksikan kebanjiran pendatang Cina ke Tanah Melayu yang selesa dengan sistem wang Fiat berdasarkan riba’. Jadi, kebanyakan wang Fiat yang baru diterbitkan pergi kepada kumpulan ini. Fenomena ini secara sistematik malah berterusan meningkatkan keterlibatan kewangan pedagang Cina sementara secara berterusan mengurangkan keterlibatan kewangan relatif kumpulan Islam. Fenomena ini terus ditonjolkan dengan fakta bahawa masyarakat Cina memiliki kecenderungan untuk mengitarkan wang dalam kalangan komuniti sendiri.
Wang Fiat membawa lari kekayaan penduduk asal, dalam contoh kita, kekayaan orang Melayu, dengan cara mencipta inflasi dalam sistem. Maka itu sekarang setelah 150 tahun penubuhan bank-bank terawal di Malaysia, tidak sedikit kekayaan, terutama tanah, telah diambil alih daripada tangan orang Melayu. Orang Melayu kini begitu tempang daripada segi ekonomi, dengan kebanyakan mereka menduduki tempat ke bawah tangga ekonomi, ramai pula jatuh ke dalam kategori miskin. Maka itu, seperti boleh dijangka, masalah sosio-ekonomi seperti tiada pekerjaan, jenayah, ketagihan dadah, mat rempit, pencapaian akademik rendah dan lain-lain adalah secara relatifnya tinggi dalam kumpulan ini. Terdapat jurang yang luas dalam pendapatan relatif dan pengagihan kekayaan antara orang Melayu, orang Cina dan lain-lain dengan masyarakat Cina menikmati bahagian kek ekonomi yang lebih tinggi dan tidak seimbang. Tidak dinafikan masyarakat Cina adalah masyarakat perniagaan yang kuat bekerja tetapi ia menguasai kebanyakan perdagangan yang terlalu dibantu struktur perbankan dan sistem kewangan dengan sedikit sahaja perbezaan kemahiran, produktiviti buruh dan kepintaran perniagaan. Pada dasarnya, peralihan kekayaan yang sangat besar telah berlangsung sehingga sekarang, dibiayai hanya melalui inflasi.
Ketempangan berterusan yang ditimpakan wang Fiat berdasarkan riba’ terhadap orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab telah menyebabkan kumpulan ini akhirnya terlibat di dalam transaksi kewangan berdasarkan riba’. Untuk terus aktif dalam perdagangan menurut arus zaman, peniaga Muslim harus mengalah, misalnya dengan membuat deposit dan membuka akaun bank. Di bawah sistem Fractional Reserve Banking, ini membenarkan bank-bank untuk mengeluarkan pinjaman berdasarkan riba’ kepada orang lain berkali ganda nilai deposit asal.
Tatkala bank pusat mengawal keperluan fractional reserve (rizab pecahan?) untuk bank-bank konvensyional, sesungguhnya pejabat pemberi pinjaman (loan office) sesebuah bank adalah tempat di mana wang dicipta daripada udara kosong lalu diagihkan kepada siapa yang dirasakan layak. Maka itu, seseorang boleh melihat permainan politik dalam bank-bank untuk mengawal pejabat pinjaman. Hak untuk menerbitkan wang daripada udara kosong adalah satu kuasa tertinggi yang dinikmati pegawai pemberi pinjaman. Kuasa ini tidak dimiliki secara langsung walau oleh seorang perdana menteri.
3.3 Kek Ekonomi yang Mengecut buat orang Melayu dan lain-lain
3.4 Peningkatan Korupsi dalam kalangan Pegawai Kerajaan berbangsa Melayu
Dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan kita sering dapat mendengar aduan-aduan daripada orang awam mengenai peningkatan korupsi dalam kalangan pegawai kerajaan yang lazimnya orang Melayu. Kami menyifatkan ini juga kerana ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan dalam kalangan kaum. Ini kerana orang Melayu memegang kuasa dan kedudukan politik, bangsa lain memiliki kelebihan dalam perniagaan dan kekayaan – resepi ranum untuk pemberian dan penerimaan rasuah. Pegawai Melayu yang memegang kuasa tetapi lebih rendah taraf ekonominya lebih senang tergoda untuk menerima rasuah demi menyaingi kesejahteraan ekonomi rakan yang lebih kaya. Kami tidak membenarkan rasuah di sini. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan khianat kepada negara, setiap penerima dan pemberi rasuah kedua-duanya bersalah. Adalah menyedihkan apabila diperhatikan jurang perbezaan pemilikan kekayaan dapat mengubah sifat orang Melayu yang dahulunya tinggi keagamaan dan nilai etik.
3.5 Tindakan Afirmatif untuk Melawan Ketidakseimbangan dalam Kekayaan dan Pendapatan
Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad diketahui telah mengambil sejumlah langkah afirmatif untuk melawan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, terutamanya langkah yang memihak kepada Bumiputra. Antaranya, beliau menghantar jumlah besar pelajar Melayu ke luar negara di bawah Pelan Ekonomi Baru, bawah panji-panji untuk menaikkan status sosio-ekonomi Bumiputra, dengan harapan mereka akan kembali membawa kemahiran pendidikan dan sosio-ekonomi yang lebih bagus. Sesungguhnya dasar ini membawa pulangan dan mewujudkan satu kelompok terhormat Bumiputra berpendapatan tinggi dan sederhana. Juga, beliau menswastakan beberapa badan kerajaan dengan harapan dapat mewujudkan sejumlah peniaga tinggi Melayu yang boleh menyaingi kawan mereka daripada bangsa lain, terutama orang Cina, jika tidak pun menyaingi mereka daripada segi jumlah.
3.6 Kesan-kesan Politik
Semua natijah wang Fiat di atas seterusnya memberikan kesan-kesan politik. Kami bertegas di sini bahawa pengecutan ekonomi perlahan tetapi berterusan orang Melayu itulah yang menyebabkan ramai menyokong parti-parti politik pembangkang, sesuatu yang sangat nyata dalam pilihanraya lepas, dengan harapan parti-parti ini dapat menolong mengatasi masalah ekonomi mereka. Tetapi disebabkan struktur perbankan sekarang masih berkuatkuasa, parti pembangkang juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang Cina pula sebaliknya sedaya upaya menyokong pembangkang, bukan kerana keciciran ekonomi tetapi melihat peluang seumur hidup muncul untuk mendapatkan lebih kawalan yang juga boleh membawa mereka pergi jauh dalam perjalanan untuk mencapai penguasaan politik ke atas negara.
Untuk semua pemerhatian di atas, terutama tentang kejatuhan sosio-ekonomi orang Melayu di Malaysia, kami mahu menunjukkan jari pada sektor perbankan sebagai masalah akar. Ini kerana sektor itulah yang mencipta jurang luas pendapatan dan pengagihan kekayaaan antara kaum melalui pengagihan tidak saksama jumlah besar wang Fiat yang diwujudkan sesuka hati. Pengwujudan wang Fiat oleh sektor perbankan sesungguhnya adalah ‘hadiah’ yang begitu menjolok mata apabila diberi di bawah undang-undang liabiliti terhad (sila rujuk artikel kami “Fiat Money and Interest Groups” yang muncul dalam majalah THE EDGE, 1 April 2013, muka surat 56) berbanding saguhati jaminan kerajaan yang diberikan kepada Bumiputra, bertujuan untuk membantu mereka melalui segala macam ujian dan tekanan akibat penyingkiran ekonomi.
Secara ringkas, penubuhan bank-bank persendirian pada permulaan 1860an, dan kemudian Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya, dan seterusnya Bank Negara Malaysia yang mengamalkan perbankan komersial berdasarkan fractional reserve, kesemuanya boleh menerbitkan wang daripada udara kosong, adalah permulaan proses mencengkam membawa pada ‘kebinasaan’ ekonomi orang Melayu, penduduk setempat dan pedagang Islam. Pengenalan nota bank Fiat oleh bank-bank awal di bawah sistem berdasarkan riba’ tidak memihak kepada orang Melayu mahupun pedagang Islam. Ini adalah kerana pengambilan dan pemberian riba’ dilarang dalam agama. Pada mulanya, orang Islam tidak mahu bekerja langsung dengan bank. Maka itu sewajarnya, struktur perbankan memihak kepada bukan Islam, terutama orang Cina yang meliputi komuniti perniagaan yang luas. Ini melonjakkan kemewahan ekonomi dan tahap pendidikan orang Cina jauh melebihi orang Melayu dan kaum-kaum lain.
Isnin, Julai 08, 2013
Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Sheikh Yusuf dan pertentangan antara Sultan Hasanuddin dengan Arung Palakka
Syeikh Yusuf adalah keturunan daripada keluarga bangsawan. Beliau dilahirkan setelah kira-kira 23 tahun keluarga Kerajaan Makasar memeluk Islam dengan rasminya pada tahun 1603. Sejak kecil lagi beliau telah diajar hidup secara Islam, belajar al-Quran, fikah dan ilmu bahasa Arab, tetapi kecenderungannya ialah kepada Ilmu Tasawuf. Di samping itu, sebagaimana bangsawan Makasar yang lain, beliau juga belajar ilmu peperangan.
Setelah tamat pelajarannya di Makasar, Syeikh Yusuf mencari guru di luar negeri pula. Beliau meninggalkan negerinya pada 22 September 1645, menumpang sebuah kapal dagang kepunyaan orang Portugis dan pergi ke Bantam (Jawa Barat). Di situ beliau sangat dihormati kerana ketinggian ilmu pengetahuannya, di samping beliau juga bersahabat dengan guru-guru di tempat tersebut. Pada masa inilah Syeikh Yusuf bersahabat dengan Putera Mahkota bernama Tirtajasa yang kemudiannya menjadi Sultan Bantam.
Setelah rancangannya gagal, beliau telah menumpukan masa untuk mengajar dan memberi ijazah kepada beberapa orang muridnya di samping terus mengembangkan ajaran-ajarannya. Kemudian beliau meninggalkan Makasar walaupun ditahan oleh Sultan dan penduduk negeri itu. Beliau berasa agak terkilan kerana Sultan tidak menyokong usahanya untuk mengadakan reformasi moral itu.
Syeikh Yusuf pergi ke Bantam yang ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ageng Tirtajasa (1651-1662) dan mendapat sambutan yang baik daripada Sultan dan rakyat Bantam. Disebabkan Bantam masih merdeka, perhatian orang kepada agama lebih kuat daripada di Makasar. Sultan Ageng pula amat tertarik akan ilmu tasawuf dan baginda pun mempelajarinya daripada Syeikh Yusuf. Akhirnya, Syeikh Yusuf berkahwin dengan puteri Sultan Ageng. Oleh kerana alim dan luas pengalaman serta pengetahuannya, Syeikh Yusuf telah dilantik oleh Sultan menjadi mufti kerajaan dan penasihatnya dalam urusan pemerintahan. Ilmu peperangan yang dipelajarinya dahulu amat berguna dalam tugas barunya itu.
Setelah berada di luar negeri selama setahun, beliau pun pulang ke Bantam pada tahun 1676 dan terkenal dengan gelaran Sultan Haji. Sekembalinya ke Bantam, beliau mendapati bahawa adiknya, Pangeran Purbaya yang berkahwin dengan anak Perdana Menteri Bantam akan dijadikan putera mahkota. Beliau pun mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Belanda supaya terus berkuasa di Bantam. Akhirnya, terjadilah peperangan antara Sultan Haji dengan bapanya, Sultan Ageng. Tentera bapanya diketuai oleh Syeikh Yusuf, manakala tenteranya dibantu oleh tentera Belanda dan orang-orang Kristian Ambon di bawah Kapten Jongker. Oleh sebab mempunyai senjata yang banyak, pihak Belanda berjaya mengalahkan Sultan Ageng dan menawan markasnya di Tirtajasa pada tahun 1682. Sultan Ageng dan Syeikh Yusuf berundur ke pedalaman untuk terus berjuang. Tetapi selepas berjuang selama setahun, mereka telah kehabisan alat-alat dan kelengkapan perang yang akhirnya terpaksa menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1683. Sultan Ageng telah dibuang ke Betawi dan mangkat di situ pada tahun 1695.
Apabila orang-orang Makasar, Bantam dan Acheh dalam perjalanan pergi atau pulang dari Mekah, mereka selalu singgah di Selon untuk belajar dan menziarahi Syeikh Yusuf. Orang-orang dari Hindustan (India) juga datang belajar kepadanya sehingga namanya menjadi masyhur di benua kecil India. Namanya juga terkenal dan sampai ke pengetahuan Maharaja Moghul, Aurangzeb (1659-1707) yang warak dan telah mengingatkan Belanda supaya menjadi Syeikh Yusuf dengan baik. Kalau tidak, baginda tidak akan memandang ringan perkara itu.
Disebabkan Belanda berasa curiga akan Syeikh Yusuf yang masih dapat memainkan peranan menggalakkan penentangan terhadap mereka di Indonesia melalui para jemaah haji tersebut, mereka pun memindahkan Syeikh Yusuf ke Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 1694. Bersama-sama Syeikh Yusuf ialah dua orang isteri dan anak-anaknya serta 94 pengiring dan murid-muridnya. Mereka telah ditempatkan di sebuah kampung bernama Zandfliet. Syeikh Yusuf terus mengajarkan ilmu tasawuf kepada orang-orang Arab dan Hindustan yang berniaga, juga orang-orang Indonesia yang dibuang negeri ke situ. Beliau terus menjadi imam dan menyusun sebuah masyarakat Islam yang lebih teratur. Setelah berada di situ selama lima tahun, beliau menghembuskan nafas terakhir di Earste River, Zanfliet pada 23 Mei 1699 dalam usia 73 tahun.
Empat tahun kemudian, atas desakan pembesar-pembesar, ulama-ulama dan Sultan Makasar, Belanda telah membawa peti jenazah Syeikh Yusuf ke Makasar dan dikebumikan semula di Jongaya, Makasar pada 23 Mei 1703. Bagaimanapun, orang-orang Islam Cape Town masih menghormati kuburnya kerana mereka menganggap di Zanfliet itulah kubur Syeikh Yusuf yang sebenarnya. Sehingga sekarang kubur Syeikh Yusuf dianggap sebagai keramat di kedua-dua tempat tersebut (Cape Town dan Makasar). Wallah hu a´ lam...
Komen saya tentang tulisan ini pula merujuk pada perenggan terakhir yang menyebut sebuah manuskrip meletakkan Sheikh Yusuf sebagai cucu kepada murid Sheikh Abdul Rauf. Berdasarkan fakta bahawa Sheikh Yusuf hidup 1626-1699 sedangkan Sheikh Abdu Rauf dikatakan lahir 1592 (ada yang kata 1615) dan wafat 1693, kenyataan bahawa Sheikh Yusuf sendiri yang berguru dengan Sheikh Abdul Rauf harus lebih tepat.