Salam petang Selasa 7 Rabiualawal 1444 Hijriah. Ada sesuatu harus dilepaskan sebelum dapat meneruskan hal-hal lain.
Ini adalah artikel kompilasi yang telah dibuat sebahagiannya lalu disimpan dalam bentuk draf sejak bulan Jun iaitu 4 bulan lalu. Ketika itu fikirnya bagi menerangkan bahawa satu grup WhatsApp untuk anak cucu keturunan Laksamana Raja Mahkota berdiri kerana ada rentetan peristiwa yang panjang, bukan kerana hendak menuntut pampasan harta pusaka moyang kami Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah seperti nampaknya disangkakan oleh sejumlah saudara mara yang baru dikenali lalu dimasukkan ke dalam grup sekitar tahun 2020. Hal ini timbul setelah sejumlah waris lain menafikan hak kami untuk masuk menuntut sama. Walhal keturunan belah kami iaitu melalui Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin dan adik seibu sebapanya Aminah lebih utama berbanding waris-waris daripada isteri-isteri Laksamana yang lain.
Ada satu cabang waris lain adalah daripada adik Arshad yang berbeza umur hampir 50 tahun. Satu lagi adalah keturunan anak perempuan kepada anak perempuan kepada anak perempuan Laksamana. Berani hendak menafikan pihak kami yang merupakan waris-waris sulung? Itulah sebab saya sendiri terlibat masuk menuntut bahagian. Bukan kerana hendakkan harta sangat tetapi untuk membela nama nenek moyang lalu seterusnya anak cucunya yang seperti mahu dipinggirkan.
Apapun itu daripada sudut pandang saya yang mula meminati sejarah sejak tahun 2001 kerana terpanggil untuk menjejak salasilah keluarga sejak zaman berzaman, bukan untuk menuntut takhta, harta mahupun apa-apa kepentingan keduniaan. Namun tidak semua orang faham hal ini. Cerita bagaimana pun mereka tetap mahu menuduh kita ada kepentingan duniawi sebab begitulah halnya kebanyakan orang.
Tahun 2006
Artikel-artikel berikut yang ditulis 16 tahun lalu sekadar mahu menunjukkan bagaimana setelah beberapa tahun dihabiskan untuk menjejak perjalanan nenek moyang seawal 1,400 tahun lalu, bagaimana yang dikatakan datang dari Aceh boleh terkait dengan nenek moyang lebih awal di Baghdad, sebelum itu di Mekah dan Madinah, baru tergerak untuk menziarahi makam Muhammad Amin yang menjadi Laksamana negeri Perak pada separuh kedua abad ke-19. Akibat dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875 beliau bersama saudaranya Sultan Abdullah, Sultan ke-26 Perak dibuang ke Pulau Seychelles bersama menantu-menantu beliau, Menteri Ngah Ibrahim dan Syahbandar Uda Ma'amor. Pada tahun 1891 mereka dibenarkan kembali ke Tanah Melayu tetapi dalam pemerhatian dan pergerakan terhad di Singapura dimana Laksamana akhirnya meninggal dunia tahun 1904. Sekitar bulan Ogos tahun 2006 baru tergerak untuk menziarahi makam di sana. Tiba-tiba mendapat berita tinggalannya mahu dibawa kembali ke Perak lalu disemadikan di tanah perkuburan diraja di Bukit Chandan pada 9 September.
1. Laksamana kembali ke Perak - Khamis 23 November
2. Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... - Khamis 7 Disember
Tahun 2007
Hal ini membawa pada penulisan-penulisan artikel berkenaan untuk sebuah akhbar tabloid. Ketika itu saya telah menerbitkan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (Jun 2006) di mana dikongsikan pengalaman sebenar mengembara ke sana ke mari sambil membuat kajian-kajian berkenaan bagi menjejak perjalanan nenek moyang tetapi dipersembahkan dalam bentuk novel yang mana watak-watak sebenar termasuk diri saya sendiri difiksyenkan dan diberikan nama lain. Pada kulit hadapan buku ada disebut ia menyusuri 1,200 tahun kaitan bumi Serambi Mekah (Aceh) dan Nusantara (sekarang saya lebih suka menyebut Alam Melayu), dunia Islam, makna Melayu dan perjuangan akhir zaman. Ya. Itu yang melibatkan Aceh. Sedangkan kaitan tersebut bermula lebih awal di Mekah dan Madinah 1,400 tahun yang lampau.
Pada Mei 2007 diterbitkan buku sambungannya "Berpetualang ke Aceh : Membelas Syiar yang Asal" diikuti bahagian ketiga dan terakhir trilogi novel iaitu "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" pada bulan November. Pada bulan itu juga, tak ingat tarikhnya saya ada mengikut bapa ke kampungnya di Batak Rabit, Teluk Intan untuk satu majlis perkahwinan. Tergerak untuk menghadiahkan beberapa naskah buku ketiga kepada saudara mara. Tiba-tiba pada 20 November mendapat e-mail dari sepupu bapa bernama Khushairy menyatakan beliau telah membaca buku secara imbas lalu mendapat banyak maklumat tentang saya dan keluarga. Bermulalah perkongsian maklum balas antara kami tentang sejarah keluarga Laksamana di Batak Rabit.
3. Laksamana pulang ke Perak: Apakah yang tersirat? - Isnin 8 Januari
4. Laksamana pulang ke Perak: Bandar Melayu yang hilang! - Sabtu 3 Februari
5. Laksamana pulang ke Perak: Membuka detik baru di Muar - Jumaat 23 Februari
6. Laksamana pulang ke Perak: Menyusuri cerita lama Muar - Khamis 15 Mac
7. Laksamana pulang ke Perak: Kota Portugis, Si Tanggang dan Raja Temenggung Muar - Ahad 6 Mei
8. "Laksamana pulang ke Perak" dan Raja Nazrin? - Isnin 21 Mei
Tahun 2008
Sambil itu saya meneruskan kehidupan seperti biasa rajin ke sana ke mari menjejak cerita-cerita lama. Entah kenapa bagi tahun 2008 tidak ada apa-apa perhubungan antara saya dan pakcik Khushairy. Sekurang-kurangnya tidak melalui e-mail. Penghujung tahun 2008 saya kembali beristeri setelah enam tahun menduda. Alhamdulillah isteri baru amat memahami lalu selalu menemani ke sana ke mari. Daripada satu perjalanan di Perak dapat dibuat satu DVD yang diberi tajuk "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Rupa-rupanya ramai juga yang berminat lalu membeli.
9. Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! - Jumaat 27 Jun
10. Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam! - Isnin 14 Julai
11. Bab 12 dan 3 fasa utama KeSultanan Perak yang melibatkan keluarga (seterusnya membawa kepada penjajahan Inggeris!)... - Selasa 12 Ogos
12. "Sirih pulang ke gagang", nombor 131 dan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874"... - Jumaat 5 Disember
Tahun 2009
Mengingatkan itu diam-diam isteri mengatur supaya kami dapat ke Aceh menggunakan penerbangan terus Air Asia dari KLIA ke Banda Aceh yang baru diperkenalkan tahun itu. Pergilah kami pada pertengahan tahun 2009 dalam keadaan beliau hampir 6 bulan mengandungkan anak pertama kami. Dengan itu terlangsailah beberapa hajat bagi menziarahi makam-makam lama nenek moyang yang sebelum itu terhalang.
13. Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh? - Khamis 2 Julai
14. Artikel ke 555: Betul ke keluarga saya dahulu menyimpan Taming Sari? Apa pula kena-mengena dengan Sultan Malikus Saleh? - Isnin 17 Ogos
15. Benteng Laksamana Malahayati, kerajaan lama Lamuri dan satu rahsia yang tersembunyi... - Rabu 16 September
16. Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur... - Sabtu 19 September
Tahun 2010
Namun penghujung bulan November baru ada kelapangan untuk ke Selayang lalu berkenalanlah dengan sepupu ayah saya, Haji Hamiri yang mukanya amat mirip dengan ayah. Daripada perkenalan itu muncul cadangan agar diadakan perhimpunan besar keluarga.
17. Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak? - Isnin 11 Januari
18. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh - Khamis 16 September
19. Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat... - Ahad 25 April
20. Siri peperangan Aceh dan Bugis di Perak, bukti satu hakikat yang tersembunyi? - Jumaat 23 Julai
21. Episod kemaruk Bugis - pembukaan terbaru dari Kuala Selangor - Sabtu 16 Oktober
22. Menyelesaikan bab Perak : Cerita sebenar Puteri Buih dan Tiang Bertarah di Sungkai berserta Kota Laksamana - Isnin 25 Oktober
23. Menyelesaikan bab Perak : Mendekati keluarga terdekat Haji Musa dan Laksamana Muhammad Arshad - 3 November
Tahun 2011
24. Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'" - Isnin 9 April
Tahun 2012
25. Berselawat menaiki kapal perang di perairan Pangkor - Selasa 25 Disember
Tahun 2013
Untuk tahun 2013 yang terasa relevan adalah acara ke-3 HIKMAH yang diadakan di Lumut kemudian menunaikan umrah bersama isteri sebelum membuat perjalanan ke Tanah Bugis. Untuk makluman perjalanan ke Tanah Bugis dibuat dalam keadaan kaki saya sakit amat kerana baru sahaja kemalangan patah kaki lalu mengembara dalam keadaan kaki bengkak bersimen dan bertongkat. Harus naik kerusi roda di kebanyakan tempat. Menariknya saya seperti mendapat alamat akan berlaku sesuatu pada kaki ketika berada di hadapan Kaabah.
26. HIKMAH III, PESAWAD, Laksamana Muhammad Amin dan Keramat Kuala Bidor - Rabu 30 Januari
27. Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat... - Selasa Jun 4
28. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Dari Sayyid Jamaluddin Kubro ke La Madukelleng meluruskan beberapa aspek sejarah - Jumaat 26 Julai
29. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation - Isnin 5 Ogos
Tahun 2014
30. Berjayanya misi HIKMAH Aceh - Jumaat 2 Mei
31. Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Bersama menjejak leluhur di Perak - Jumaat 5 September
Tahun 2015
Saya pergi lagi ke Aceh tetapi tidak bersama keluarga. Ia adalah kali ke-7 saya ke Aceh. Pada tahun itu juga buku kelapan saya "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" terbit setelah 4 tahun tidak menghasilkan apa-apa buku. Ia merupakan penambahbaikan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh Mencari Diri dan Erti", dengan memberikan format lebih segar, berwarna-warni dan penuh maklumat tambahan termasuk gambar dan peta. Tetapi daripada segi penceritaan ia baru separuh pertama daripada buku asal.
32. Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh - Isnin 16 Mac
Tahun 2016
Tahun 2017
Setelah tujuh tahun membincangkannya baru terjadi perjumpaan keluarga Laksamana. Walaupun ia cuma melibatkan keturunan daripada beberapa orang anak moyang saya Haji Muhammad Wahi bin Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin ia adalah satu permulaan yang baik.
34. Majlis perjumpaan keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang - Isnin 21 Ogos
Tahun 2018
35. Misteri 'kehilangan' Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad dan makna tersirat di sebalik nombor 1918 - Rabu 18 April
36. Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018 - Jumaat 20 Julai
37. Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440 - Jumaat 21 September
38. Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit - 29 Disember
Tahun 2019
Pada suatu hari awal tahun 2019 kalau tak salah ingatan saya dihubungi oleh seorang junior setahun ketika zaman kolej. Beliau yang namanya masih memakai gelaran Raja pernah memberitahu ada darah keturunan Laksamana Muhammad Amin juga lalu kami bersaudara. Beliau mahu memberitahu bahawa seorang abang sepupunya yang juga bergelar Raja, senior setahun saya di kolej sama sedang giat mengumpulkan nama saudara mara untuk membuat tuntutan pampasan terhadap hartanah Laksamana di Mekah yang katanya bernilai berbillion RM lalu meminta saya untuk menghubunginya. Namun apabila dihubungi, jawabannya sangat mengecewakan. Beliau bahkan mempersoalkan siapakah moyang saya Orang Kaya Arshad sedangkan itulah waris utama Laksamana. Beliau yang berketurunan daripada anak perempuan kepada anak perempuan kepada anak perempuan Laksamana harus tahu...
Hal ini dimaklumkan kepada saudara mara dalam grup WhatsApp Pewaris Laksamana. Namun kelihatan tiada seorang pun menyambut atau mahu mengambil tahu. Tiba-tiba apabila berlaku perjumpaan keluarga pada musim raya Aidil Fitri pertengahan tahun ada ahli keluarga mengangkatnya. Bahkan mereka telah mengambil keputusan untuk masuk menuntut bahagian belah kami pula.
Ketika itu lebih banyak saudara mara hadir termasuk daripada anak cucu Ali Wasi iaitu adinda kepada Wahi bin Orang Kaya Arshad (moyang saya). Ali Wasi ini yang mewarisi gelaran Laksamana apabila Wahi menolak. Selepas beberapa lama naik anak Wasi iaitu Razali menjadi Laksamana. Selang suatu waktu kemudian naik anak Razali iaitu Hamidi sebagai Laksamana.
39. Satu gerak berkenaan keberadaan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad - Jumaat 14 Jun
40. Perhimpunan dan sambutan raya keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang tahun 2019 - Isnin 1 Julai
41. Petunjuk-petunjuk baru tentang keberadaan Laksamana Muhammad Amin dan gerak pembukaan ilmu - Khamis 22 Oktober
Tahun 2020
42. Misi Teluk Intan-Beruas - Mesyuarat masjid keluarga dan 7 makam kemudian - Sabtu 19 Disember
Tahun 2021
Penghujung Februari 2021 pemegang gelaran Laksamana yang merupakan cucu Laksamana Muhammad Amin daripada isteri paling muda meninggal dunia. Maka dijangka pemegang gelaran Toh Muda Laksamana bakal naik tidak lama lagi mengisi maka gelaran tersebut menjadi kosong. Ada saudara asyik meminta saya masuk memohon. Setelah beberapa lama memikirkannya sambil bertanya pendapat kawan-kawan aktivis dalam dunia persilatan dan kedaulatan Melayu saya pun memohon lalu terjadi seperti diceritakan dalam artikel-artikel berikut :-
43. Laksamana pulang ke Perak? Membuka langkah diiringi doa orang ramai - Isnin 8 November
44. Laksamana pulang ke Perak? Temu bual yang dipermudahkan - Selasa 9 November
45. Laksamana pulang ke Perak? Menjejak leluhur dari hulu ke hilir - Rabu 10 November
46. Laksamana pulang ke Perak? Madad ya Rasulullah! - Khamis 11 November
Tahun 2022
Sambil itu dan seperti biasa pengembaraan diteruskan ke bermacam tempat. Saya juga telah banyak mengambil tahu kaitan darah keluarga kami dengan Laksamana Kedah. Masuk pertengahan tahun penulisan tesis saya yang tersangkut lama pun siap draf pertama lalu boleh mula memberikan komitmen kepada hal-hal tuntutan pampasan harta Laksamana. Kebetulan telah berlaku rentetan perkara demi perkara yang menyebabkan majoriti anak cucu keluarga Orang Kaya Arshad dan anak cucu adiknya Aminah hilang kepercayaan terhadap satu pihak yang semakin lama dikaji semakin kelihatan seperti keturunan anak angkat yang ada motif tersembunyi. Lalu kami memilih untuk meneruskan tuntutan tanpa pihak tersebut. Ketika itulah saya diminta lagi untuk menjadi ketua jalur Arshad bin Wahi. Kali ini saya menerima. Lalu banyaklah berlaku perkara dan perjalanan melibatkan hal ini.
47. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Menjiwai perjuangan orang Melayu menentang kesan buruk penjajahan - Selasa 1 Mac
48. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati - Isnin 4 April
Cukuplah gerak perkongsian. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,323 di CATATAN SI MERAH SILU.