Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 18, 2011

Mencari jejak Merong : Betul ke candi di Lembah Bujang menghadap kiblat?

Salam Jumaat untuk semua. Rasanya sampailah kita kepada satu bahagian yang agak penting dalam penceritaan. Mungkin ramai yang sudah terlupa kerana penceritaan yang memakan masa... kalau ingat, inilah bahagian yang ditunggu-tunggu. Bersambung dari Mencari jejak Merong : Dari Kuala Kedah ke Yan. Mari... :] (Baru sedar artikel sebelum ini ditulis pun seminggu lalu, punyalah slow nak menyiapkan siri ini...).


Dari Masjid Yan kami keluar menghala ke selatan lalu sampai di Ruat.


Singgah sebentar di masjidnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Ruat, Yan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian kami singgah di rumah seorang kenalan. Tapi dia rupanya tiada di rumah ketika itu...


Perjalanan diteruskan melewati Tanjung Jaga.


Sampai di Singkir Laut kami singgah di satu lagi masjid.


Lihat Masjid (Mosque of) Singkir Laut.


Perjalanan diteruskan ke Tanjung Dawai.


Saya mahu anak dan isteri menikmati pemandangan sekitar kuala Sungai Merbok yang luas. Lihat artikel Merbok river mouth at Tanjung Dawai revisited di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya kami pergi ke Pengkalan Kakap di mana terdapat sebuah masjid lama yang tidak lagi dipakai bersebelahan masjid yang dibina kemudian. Lihat Masjid (Mosque of) Abdul Rahman, Pengkalan Kakap dan Masjid lama (Old mosque of) Pengkalan Kakap.


Kemudian kami ke Merbok di mana terdapat sebuah muzium arkeologi dan candi-candi.


OK. Dalam artikel bertajuk Bukti candi di Gunung Jerai menghadap kiblat? yang dibuat 3 bulan lalu saya ada memaparkan gambar ini berserta persoalan apakah candi yang terdapat di situ menghadap kiblat? Sekarang biar kita kaji dan kupas persoalan ini dengan tertib...


OK. Peta dari Google Earth ini harus meliputi perjalanan dari Yan melalui Ruat, Tanjung Jaga dan Singkir Laut hingga ke Tanjung Dawai sebelum ke Merbok yang terkandung di dalam kotak...


Kita zoom in. Muzium arkeologi terletak di dalam kotak ini pula.



Zoom in lagi. Boleh agak tak di manakah candinya?


OK. Sebenarnya terdapat 4 buah candi di sini. Tetapi satu sahaja memang asal dari sini. Yang lain semuanya dialihkan dari tempat lain. Itulah candi yang telah ditunjukkan dalam gambar dari artikel Bukti candi di Gunung Jerai menghadap kiblat? Sekarang biar kita buat garisan untuk menunjukkan ke manakah candi tersebut menghadap.



Melalui Google Earth kita boleh melihat ia menghadap pada sudut 323.48 darjah jika diukur menurut arah jam bermula dari paksi utara. Kalau tak nampak buka gambar dalam windows baru.



Sekarang kita tarik garisan itu jauh hingga ke separuh bumi. Mak ooiii... jauh betul dari Semenanjung Arab. Dari utara India dah lepas ke atas Laut Kaspian masuk ke Eropah hingga ke United Kingdom hampir ke London. Candi ni menghadap ke Stonehenge ke hapa?





Cuba kita tarikh garis yang sama hingga ke Mekah.






Nah. Sudut yang menghadap kiblat adalah lebih kurang 291.39 darjah. Ada perbezaan 32.09 darjah berbanding arah yang dihadap oleh candi di Lembah Bujang.







Kesimpulannya, candi di Lembah Bujang tidak menghadap kiblat di Kaabah. Nak menghadap kiblat lama di Baitul Muqaddis atau Jerusalem pun bukan kerana sudutnya adalah pada 302.31 darjah.




Tapi untuk menyedapkan hati kita cuba satu kemungkinan...




Dengan menggunakan Photoshop saya mencabut dan menyengetkan Semenanjung pada 32.09 darjah kemudian merapatkannya dengan Pulau Sumatera. Pada kedudukan ini candi di Lembah Bujang akan menghadap Kaabah. Bayangkan kalau begitulah kedudukan dua tanah besar ini suatu zaman dahulu. Tolak campur beberapa bahagian tanah yang belum dicantum atau ditenggelamkan/ditimbulkan mungkin benar mukabumi sekitar ini pernah begitu rupa? Biar diberi sedikit pendapat berdasarkan isyarat yang pernah saya dapat beberapa tahun lalu juga panduan dari kitab-kitab dan cerita orang lama.

1. Fasa satu : Separuh tanah Asia Tenggara pernah bersambung dan terletak di hujung Tanah Arab. Kemungkinan begitulah keadaannya semasa zaman Nabi Sulaiman sehingga Yaman dan Asia Tenggara termasuk di dalam jajahan kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis. Petunjuknya ada pada cerita kanak-kanak Sang Kanchil yang asyik menyebut tentang Raja Sulaiman.

2. Fasa dua : Bahagian Asia Tenggara itu telah berpecah dari Tanah Arab lalu bersambung dengan kawasan benua besar Asia yang kita kenali sebagai Indo China. Ketika ini Sumatera masih sebahagian dari Semenanjung dan ini pernah dilukiskan di dalam peta pemikir Yunani bernama Ptolemy yang dibuat sebelum atau sekitar zaman Nabi Isa AS. Keadaan ini masih berlangsung sehingga zaman para sahabat Nabi Muhammad SAW lalu jika kapal belayar dari Tanah Arab atau India untuk ke China mesti melalui pantai barat Sumatera. Maka naiklah pelabuhan-pelabuhan seperti Barus juga daerah Minangkabau sebagai persinggahan segala dagang.

3. Fasa tiga. Sumatera dan Semenanjung berpisah dari Indo China. Laluan dagang dari India ke China dan sebaliknya perlu melepasi utara Aceh yang rapat dengan Pattani dan Kelantan. Lalu kawasan-kawasan ini dan sekitarnya menjadi tempat persinggahan utama.

4. Fasa empat. Sumatera terpisah dari Semenanjung sedangkan Semenanjung bersambung kembali dengan Indo China lalu menutup laluan fasa tiga. Maka muncullah Selat Melaka sebagai laluan utama antara India dan China dan naiklah kerajaan Melaka.

5. Fasa lima? Kita sudah melihat bagaimana peristiwa Tsunami 26 Disember 2006 boleh mengalihkan seluruh Pulau Sumatera sejauh beberapa meter dan mengubah garisan pantai di beberapa tempat. Dengan segala macam gerakan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin terjadi, tidak mustahil nanti Sumatera akan bersambung kembali dengan Semenanjung dan Selat Melaka kembali menjadi sebesar sungai untuk memenuhi hadis akhir zaman tentang "negeri di belakang sungai".

Sekian. Ini adalah artikel ke 818 di blogspot ini. Semoga Jumaat anda semua semakin ceria! :]


p/s: Peta yang dibuat dengan Photoshop tadi turut membayangkan satu lagi kemungkinan, bagaimana kedatangan seseorang yang dikenali sebagai Maharaja Salman sekitar 750 Masihi gitu sehingga terbit kerajaan lama Jeumpa di Aceh boleh dikaitkan dengan Siam atau panggilan Arabnya Sharun Nuwi. Rasanya Siam yang dimaksudkan zaman itu adalah di sekitar Ligor yang telah 'ditarik' mendekati Aceh. maka boleh disesuaikan dengan cerita lama Aceh bagaimana empat orang anak-anak Raja Salman membuka kerajaan-kerajaan baru di mana anak sulungnya Shahir Nuwi menjadi punca terbitnya nama Sharun Nuwi.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

kalo anai anai/megat apanamantah baca nih mesti dia kata "aku dh habaq dh, candi tu dulu tmpt org2 merong dok berkumpoi semayang Jumaat". hehehe...

-sharul azaman

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Apa yang diaorang cakap bab tu memang betul. Bila orang dah cakap benda yang benar kita terimalah walaupun banyak lagi perkara lain yang dia bohong. Yes, puak Merong memang pernah bersolat di situ. But no, bukan diaroang je keturunan Merong apa lagi nak mengaku waris mutlak. Baca balik salasilah yang diaorang buat. Darah keturunan Merong diaorang bukan dari sebelah lelaki tetapi dari sebelah perempuan. Dan lagi Merong bukanlah raja paling afdhal. Dedulu zaman tu mungkin tapi bila dah masuk anak cucu Rasulullah SAW dari keturunan Saidina Hassan merajai kerajaan di Nusantara diorang punya standard dah taraf pembantu. Itulah hakikatnya tapi macamana diaorang nak terima sedangkan puak diaorang mati2 nak pengaruh orang ramai supaya percaya dari puak diaorang lah konon khalifah akhir zaman? Ini lagi teruk dari puak Abuya Arqam...

Tanpa Nama berkata...

subhanallah...
satu lagi garapan minda yang cukup tajam dan mantap ilham dari NYA jua oleh merah silu....
...bertuah dapat membacanya...
moga dilimpahruahkan lagi cambahan fikiran yang bernas..dan kesihatan buat seluruh keluarga penulis..untuk membolehkan kami mendapat manfaatnya..AMIN

Tanpa Nama berkata...

saya rasa,kalau tuan patut buat ekspdc pergi jumpa Waris Mutlak DYMM Merong Maha Wang Ser..Seperti yang anai-anai dgn megat Al-Jefri cakap..
Tolong kaji...

Radzi Sapiee berkata...

Kalau saya tak berminat bagaimana? Saya tak terima dia sebagai waris mutlak. Dan saya tak terima versi sejarah mereka yang memperbesar2kan Siam kemudian mengaku seluruh Nusantara kononnya pernah di bawah pemerintahan keluarga mereka apalagi hingga menafikan peranan ramai anak cucu Nabi Muhammad SAW dan anak cucu para sahabat yang bertungkus-lumus menyebarkan Islam ke sini, kononnya atas sebab dakwah Merong Mahawangsa sahajalah orang kita boleh beriman...

AbdElHmyd berkata...

Salam bang...

Cube try test tengok look see saya punya posting baru pasal candi ni...

Kot-kot le boleh bagi u idea ke, hint ke, ape ke...

AbdElHmyd berkata...

http://abdelhmyd.blogspot.com/2011/04/candi-lembah-bujang-membelakangi-candi.html

Radzi Sapiee berkata...

Tengok dah. Baca komen saya... :]

AbdElHmyd berkata...

Salam bang.

Thanks bagi komen kat blog saya...

Dari persoalan yang abang timbulkan, saya ada plot dari titik tengah candi borobudur, sambung ke sisi selatan-timur/utara-barat candi bukit batu pahat & tengok ke mana garisan ni membawa saya pergi. Hmmm... sekali imbas, ke kawasan Bermuda Tigasegi bang...

Tapi, kalau saya plot dari sisi selatan-timur/utara-barat candi bukit batu pahat, sambung ke titik tengah candi borobudur n teruskan garisan tu, sampai ke negara Peru bang... Hmmm... teringat pula kat Nazca Lines...

Yang terbaru ni, saya plot dari sisi utara-timur candi bukit batu pahat & nak tengok ke mana garisan ni menghala... Hmmm... ke kawasan Okinawa... teringat pula kat binaan dasar laut tu... Tang Okinawa ni saya ada post dalam entry terbaru...

-M.O 'berehat' le pulak...

Tanpa Nama berkata...

Zaman dulu ada pulak kompas nak ukur tepat2 sudut darjah kedudukan kiblat?

Tanpa Nama berkata...

Di zaman Nabi Idris AS telah terdapat 72 pecahan bahasa dan bangsa asas dri pecahan 22 pasang anak anak Adam AS.

Nabi Idris dilahirkan di MUnaf dan digelar HurMUS Al Haramisah manakala kaumnya dipanggil kaum MUS atau MU, dikalangan laknatullah dikenali sebagai kaum LeMUria.

Nabi Idris AS diutus buat kaum Nabi Syits, keturunan Qabil putera Adam AS dan dianugearahkan dengan berbagai-bagai kemahiran dan kebijaksanaan antaranya mahir mengukir, mengira, mengukur, menulis, menjahit, bijak berfalsafah dan paling utama berpengetahuan tinggi dlm ilmu astronomi.

Kaum MU dibinasakan Allah SWT dengan banjir besar di zaman Nuh AS.

Bermula dari kejadian tersebut maka terpisahlah 72 pecahan bahasa dan bangsa asas diberatus ribu pulau, tanah besar dan benua-benua. Antaranya adalah kaum Mala atau kaum dataran bukit yang terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yg dipanggil bahasa Selatan atau Austronesia.

Kaum Mala menerima Agama Hanif Ajaran Ibrahim yang disebarkan oleh penutur bahasa Indo-Irania dan Indo-Arya dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera yg berpusat di Bima atau Brahama (kemudian Burma dan kini Myanmar) sebelum ke Kedah Tua.

Kaum Mala yg menerima Ajaran Ibrahim dipanggil Mala-Ur sempena nama negara kelahiran Nabi Ibrahim AS.

Bahasa campuran Austronesia, Indo-Irania dan Arya menjadi bahasa rasmi kaum Mala-Ur begitu juga dengan tulisan Pallawa yg berasal dari Pahlavi dan Persia turut menjadi tulisan rasmi kaum Mala-Ur.

Agama awal kaum Mala-Ur sama sekali bukan Buddha mahu pun Hindu. Kesan peninggalan tapak di Lembah Bujang sama sekali bukan candi maupun berhala. Itu adalah kesan tapak takungan air dan kolam santai Di Raja, Istana Hinggap, Balai Rong Sri, Istana Besar, gelanggan Di Raja dsbnya.

Kajiaan berlandaskan tulisan Kitab Tarikh Al Hukama, Ibnu Khattir, Sami Abdullah Al Makhlut dll. Bkn dari Ralps Olsen, Emanual Godhinho, Duarte Barbosa atau yg seangkatan dengannya. Kajian baru setakat 10% bila dh selesai bru bleh dipublisitikan.

Perfume from the east berkata...

Setuju dgn komen Anon monday june 30 berkaitan kajilah sejarah dari sudut agama Islam..dan memang benar Bangsa Melayu sejak mula awal kewujudan bangsa ini sudah di jalan Allah... beragama Hanif @ Tauhid. Sama sekali bukan Hindu @ Buddha sebagaimana pendapat ramai ahli sejarah. Sebagai anak Kedah sejak dr nenek moyang dulu telah menetap di bumi bertuah lagi berdaulat ini menolak sekeras-sekerasnya agama lain selain dari Agama Allah yang menjadi anutan bangsa Melayu Kedah sejak dahulu kala.
Berkenaan dgn Bangsa Lemuria sy rasa ada penemuan terkini yg bg sy berbeza sama sekali dgn kenyataan saudara Anon. Lemuria jatuh kerana diserang oleh Antlantis sedangkan mereka adalah kerajaan wujud dlm era waktu yg sama. Maafkan sy andai terlanjur dlm berbicara hingga mencalarkan hati yg membaca.
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa