Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, November 13, 2006

Makna Melayu sejati

Lihat gambar ini. Berdasarkan ini, mungkin ada yang percaya begitulah rupa-paras orang Aceh, kulit sawo matang dengan ciri-ciri rupa bangsa yang dikategorikan sarjana sebagai ras Mongoloid. Tetapi jangan terperanjat kalau anda terjumpa orang Aceh yang memang semulajadi berambut perang dan bermata biru... Kerana mereka berasal daripada keturunan orang Portugis yang terdampar di Aceh sekitar 500 tahun dahulu. Itu belum kira lagi mereka yang berkulit putih merah hidung mancung dengan ciri-ciri rupa-paras Arab-Parsi... Kerana memang asal-usul nenek-moyang mereka daripada Timur Tengah tetapi tetap dikenali sebagai orang Aceh!

Sebenarnya begitulah juga asal-usul bangsa Melayu - satu gabungan bangsa campuran daripada pelbagai pelusuk dunia yang diikat menjadi Melayu melalui ciri-ciri tertentu. Tetapi fakta ini sengaja digelapkan penjajah Barat pro-Zionis yang membentuk sejarah dunia sesedap rasa supaya kita jadi keliru, supaya kita pula masuk perangkap acuan mereka, senang dilentur dan dijinakkan sehingga hilang kekuatan sebenar kita sebagai bangsa Melayu. Lalu kita diajar bahawa bangsa Melayu adalah satu subset ras Mongoliod yang turun daripada Yunan ke Tanah Melayu, bangsa pendatang yang menolak kaum Asli atau proto-Malay ke kawasan pendalaman dan hutan. Kenapa? Supaya kita boleh digambarkan sebagai orang asing yang tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan ke atas tanah-air yang kita cintai ini...

Bukan itu sahaja, dengan menyatakan kononnya kita berasal daripada Yunnan, maka Barat dengan "sekali pukul" dapat merendahkan asal-usul kita sebagai sebahagian kecil sahaja daripada bangsa Cina...
Bab ini tidak perlulah dipanjangkan kerana semua orang tahu ia sensitif. Fitnah zaman sudah jadi semakin teruk di mana orang Melayu murtad dibela undang-undang ciptaan Zionis atas nama kebebasan bersuara dan beragama, orang Melayu yang hendak menyekat kesesatan pula boleh dilabel sebagai ekstrimis dan para pengacau keamanan negara.

Maka itu, biar disajikan sedikit sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh"....

Fikir-fikirkanlah... Carilah kembali makna Melayu yang hilang dan perkasakan kembali dalam diri, seterusnya keluarga, saudara-mara, jiran dan kenalan dan seterusnya... Insyaallah!


Rasyid yakin dengan maklumat yang diperolehinya kerana dia sudah mengkaji dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Ini termasuk pandangan orang tua-tua Melayu yang tidak percayakan teks rasmi sejarah Nusantara, orang-orang yang lebih senang hidup di luar arus pembangunan sekarang sehingga mereka sering dianggap kolot, ketinggalan zaman...
Kata orang-orang ini, apa yang dianggap umum sebagai sejarah rasmi bumi ini sebenarnya tidak lebih daripada kerja Orang Putih untuk menipu orang Melayu hidup-hidup. Kerja orang-orang seperti Stamford Raffles dan Clifford yang mahu menggelapkan sejarah sebenar bangsa Melayu supaya fikiran mereka terus terjajah, terpedaya, terpesona dan terkinja-kinja dengan budaya Barat, supaya hilang jati-diri Melayu yang sebenar.
Misalnya, ada seorang pakcik berumur sekitar 80 tahun tetapi masih tegap mengerjakan kebun sayurnya yang luas di kawasan pergunungan Pahang pernah menyoal Rasyid, apakah itu Melayu, apakah makna bangsa Melayu. Mengapa di Tanah Melayu ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mengapa perlembagaan negara Malaysia ada menyebut takrif Melayu adalah orang Islam yang bermastautin di negara ini, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu...
“Cuba kamu teliti balik muka orang Melayu. Ada yang putih, ada sawo matang, ada yang gelap. Ada muka India, ada muka Cina, muka Arab dengan Mat Saleh pun ada,” orang tua itu memulakan satu polemik.
“Tengok dan cermin diri kamu sendiri,” pakcik itu menuding ke arah anak muda itu. “Kulit putih merah, rambut perang, hidung mancung, mata coklat. Di manakah letak Melayunya? Adakah pada paras rupa?”
Rasyid terdiam. Teringat zaman kanak-kanaknya di mana dia sering diejek sebagai “Mat Saleh Celup”. Rupa macam Orang Putih tapi bukan... Sehingga dia pernah merasa malu malah benci melihat kulitnya yang putih bersih dan rambutnya yang sedikit keperangan. Kalau bersekolah di Kuala Lumpur, di St. John atau Victoria Institution lainlah juga kerana ada ramai Pan-Asian, anak kacukan yang ibu atau bapanya Mat Saleh. Ini di Muar, Johor. Jarang terdapat orang Melayu ‘tulin’ dengan rupa-paras begini. Lainlah kalau ada darah Orang Putih, tak pun Arab. Setahu anak muda itu, ayah dan ibunya tidak memiliki darah Mat Saleh walaupun mereka berdua memang berkulit putih cerah.
Semasa di sekolah menengah pula, dia pernah ditegur seorang guru yang mengatakan rambutnya merah seperti rambut Sakai atau rambut orang tak mandi. Sedangkan Tuhan telah menjadikan rupa-parasnya semulajadi begini. Rasyid pernah terasa malu dengan keadaannya terutama kulitnya yang putih kemerahan bersih kerana selalu diejek rakan-rakan sebagai licin macam kulit perempuan... Sehingga dia sengaja membiarkan kulitnya tergores sampai luka-luka apabila bersukan terutama ketika bermain ragbi, supaya dapat parut yang membuktikan ‘kelakian’. Nak bagi nampak macho lah konon...
‘Malangnya’ kulitnya cepat sembuh dan tetap putih kemerahan bersih. Malah boleh dikatakan tidak ada parut langsung di tubuhnya walaupun dia telah berkali-kali luka kerana perangai lasaknya kecuali sedikit bekas luka yang dalam di tempat tertentu dan suntikan BCG di bahu. Yang eloknya, apabila umurnya meningkat remaja, ramai pula pelajar perempuan yang menunjukkan minat terhadap rupa-paras anak muda ini. Dan yang pelik, satu hari nanti, manusia-manusia yang pernah mengejeknya sebagai Mat Saleh Celup berkulit licin macam perempuan pula yang akan sibuk mencari jalan untuk memutih dan mencantikkan kulit di samping mewarnakan rambut menjadi perang atau lebih terang. Rupa-rupanya ramai orang Melayu yang teringin sangat hendak jadi Mat Saleh. Cuma mereka tidak diberi rupa-paras semulajadi begitu. Kesian...
Selain Pan-Asian, Rasyid juga pernah disalah-anggap sebagai Cina atau Benggali. Seolah-olah bangsanya boleh berubah mengikut hari...
“Cuba kamu tengok orang bangsa lain. Ada tak begitu?” pakcik itu mengejutkan anak muda itu dari lamunan. “Setahu aku, kalau orang Cina, mukanya Cinalah… Tak semestinya mata sepet tetapi ciri-ciri mukanya nyata, boleh tahu dia ni orang Cina. Kalau Cina muka Melayu, selalunya bapak atau mak Cina kahwin India. Kaum lain pun boleh nampak nyata ciri-cirinya...”
Orang tua itu berhenti sejenak. Kemudian merenung muka anak muda itu tanpa berkedip. Ada sesuatu perkara hendak dibangkitkannya...
“Kamu tahu kenapa orang Melayu memiliki berbagai jenis rupa?” tiba-tiba dia bertanya. Rasyid cuma menggeleng-gelengkan kepala.
Pakcik itupun meneruskan. Katanya, orang Melayu dahulu bukan setakat bangsa Melayu seperti yang dikenali sekarang tetapi campuran pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang beragama Islam, atau memeluk Islam selepas menetap lama di Nusantara. Sepertimana ada orang Aceh menyebut perkataan “ACEH” adalah singkatan untuk “Arab, China, Eropah dan Hindi”. Kerana menurut mereka, bangsa Aceh adalah bangsa campuran empat bangsa utama dunia. Dan mereka semua diikat oleh satu faktor yang sama iaitu Islam!
Kata orang tua itu lagi, fakta ini memang diketahui oleh orang-orang Barat yang telah menjajah lalu mencorakkan suasana budaya dan politik Tanah Melayu. Tetapi mereka sengaja menyembunyikannya supaya orang Melayu keliru tentang asal-usul mereka sendiri lalu senang dipecah-belahkan...
“Jangan percaya semua yang diajar di sekolah,” dia menegur. “Orang Putih kata manusia berasal dari beruk pun nak percaya juga? Ikut cakap enggang, makan buah belolok. Itu yang Sarawak dapat Raja Brooke!”
Katanya lagi, orang Melayu dahulukala wujud daripada campuran pelbagai bangsa pendatang yang apabila duduk lama di bumi Nusantara menjadi sebati dengan adat, cuaca dan keadaan setempat. Kerana mereka lebih dekat dengan nature, alam sekitar, bukan seperti manusia sekarang yang terlalu berbangga dengan kecanggihan ilmu sains dan teknologi, suka melawan tertib alam sampai cuba mencabar Takdir dan mengubah Qada’ dan Qadar...
Lebih menarik lagi, menurut orang tua itu setiap bangsa ini malah setiap bangsa di dunia tidak kira di mana jua mereka berada, apakah asal-usul mereka sebenarnya sudah lama mengenali agama Tauhid yang dibawa para Nabi terdahulu. Malangnya, fakta ini juga sengaja disembunyikan Barat sehingga semua manusia menjadi kalut... Tidak tahu apakah kaitan sebenar di antara semua bangsa ini sedangkan mereka semuanya adalah anak cucu keturunan Nabi Adam AS yang berpecah menjadi pelbagai jurai keturunan.
“Bukankah Allah SWT telah menurunkan 124,000 orang Nabi dan 313 Rasul untuk setiap kaum di muka bumi? Bukankah semuanya membawa agama Tauhid yang memberi kesejahteraan, Salam ataupun Islam?” kata pakcik itu penuh semangat. “Maka sedar tidak sedar, para pendatang ini akan menyerap cara hidup di Nusantara termasuk menganut Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat tempatan. Maka jadilah mereka orang Melayu... Sebab itu wujud istilah masuk Jawi, masuk Melayu. Sebab Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu! Bukankah ini termaktub dalam perlembagaan?”
Rasyid tersenyum puas. “Betullah cakap pakcik,” dia menyambut, senang. “Melayu bukan setakat satu bangsa sahaja, ia sebenarnya adalah satu konsep penyatuan ummah melalui satu agama. Sepertimana American adalah satu konsep penyatuan pelbagai bangsa dalam satu negara ideal yang dibentuk abad ke 18 Masihi sebagai tindakbalas kepada dasar imperial lapuk Eropah.”
“Malangnya anak bangsa kita sendiri tidak faham makna sebenar Melayu akibat politik licik penjajah,” dia menyambung, kesal. “Tidak nampak Inggeris sengaja membawa masuk buruh dari India dan Cina ke Tanah Melayu lalu mengasingkan mereka kepada sektor-sektor tertentu seperti perlombongan dan perladangan supaya pergaulan mereka dengan penduduk tempatan dapat dihadkan. Maka para pendatang yang dikira sebagai His atau Her Majesty’s Subjects, rakyat jajahan takluk Raja Inggeris ini tidak akan masuk Melayu seperti yang pernah berlaku dahulu. Lalu ketegangan dan pergaduhan yang meragut nyawa seperti Perang Larut di Perak dapat diwujudkan untuk menghalalkan campurtangan Inggeris dalam hal ehwal pemerintahan orang Melayu nanti. Maka timbullah Perjanjian Pangkor yang menghina Raja-raja Melayu!”




Sila poskan pandangan anda melalui comment atau ikutilah perbincangan di
  • DI MANAKAH KEKUATAN SEBENAR BANGSA MELAYU
  • 17 comments:

    Anonymous said...

    salam bang radzie...[lain macam je bunyi nama ni] apa yg abg tulis ni ada benarnye, melayu datang dari rumpuan yg bermacam²...lihat aje pat sinar, walau keturunan parsi, tapi tak nampak pun muka cam orang parsi. My face more like a typical malay eeeerr..more to chinese face yer kan???
    Well done abg, keep-up the good work!!! Sinar2Suria

    Radzi Sapiee said...

    Ait? Sejak bila Sinar ada darah keturunan Parsi? Tak pernah cakap kat Abang pun... Cuba chech betul-betul... Keturunan Parsi ke keturunan Paris... Jangan keturunan Paris Hilton udah le... He! He!

    Anonymous said...

    Melayu...... ???!!!
    MMmmmm.... Bagi aku.... sesiapa saja yang memeluk agama Islam.... di Tanah Melayu ini... akan dipanggil bangsa Melayu..???!!! ... setuju tak??? mari kita bincangkan....
    -ISKANDAR-

    UmaR DaN OsMaN said...

    Melayu.........!!
    Cina...........!!
    India..........!!
    Dan Lain2......!!
    Bagi aku sama sahaja. Asal Dari keturunan Tok Adam a.s.
    Yang Penting Iman dan Islam Dalam Dada setiap insan.

    MindHeartBodySoul said...

    Bangsa Melayu sama dgn Bangsa Yahudi
    dalam satu segi...tak ada ciri2 yg khusus menjadi traits.

    Sapa2 boleh jadi melayu..
    Org India datang berdagang, org arab, Org Cina berasimilasi di sini..

    lama2 jadi Melayu.

    Sama macam Jew...
    banyak sangat campur...

    zafri zainal said...

    ~memang melayu itu universal, bagi saya tak perlu pergi jauh, kakak saya berambut perang,kulit putih dan ada fracle di muka, saya berkulit sawo matang macam orang aceh, adik saya ada rupa paras org arab.... cuma anak mata kami jer yg serupa cokelat...bila di tanya pada org tua kami ternyata kami darah campuran aceh,arab dan portugis....itulah melayu bangsa yg bakal bangkit di akhir zaman menegakkan Islam ....INSYAALAH

    Anonymous said...

    Kalau lah ikut perkembangan sekarang ni, melayu lah yang jadik rempit,bohsia,bohjan,mat metal,drugs addict etc...ermm,mcm tak caya pulak -'itulah melayu bangsa yang bakal bangkit di akhir zaman menegakkan islam?'

    Anonymous said...

    assalamualaikum tuan
    meminta keizinan mempromosikan blog ini


    rgt

    Radzi Sapiee said...

    Wassalam.

    Silakan! :]

    aku bollockwok said...

    MELAYU ( ملايو )...Muhammad, Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Wujud...

    Anonymous said...

    akhirnya saya bertemu makna melayu.terima kasih atas info..

    Radzi Sapiee said...

    Sama2

    Anonymous said...

    Melayu + Cina = Anak Melayu
    Melayu + India = Anak Melayu
    Melayu + Iban = Anak Melayu

    Sampai bila bangsa Melayu akan terus ditidurkan?. bangun n bangkitlah bangsa Melayu..

    Anonymous said...

    assalamualaikum tuan..,
    sangatt hebat rupanya MELAYU ITU..

    tulisan tuan tentang melayu agak berkaitan persamaan nya dengan tak rifan melayu yang ditulis kan di sini.

    wargamelayu.blogspot.com

    sekadar berkongsi sumber maklumat..

    Anonymous said...

    Sebelum datangnya pendatang dan penjajah,bangsa apakah mereka ketika itu..?

    Anonymous said...

    terimakasih krn telah cuba merungkai semua ini dan saya tahu ianya tidak mudah...bgmnpun saya sbg wakil dr salah satu kisah tuan,ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diatas usaha tuan...terimakasih...

    TheScribe said...

    Salam. Saya dapati blog saudara menarik kerana saya suka membaca sejarah tempatan tapi biarlah apa yang ditulis adalah yang benar dan objektif.

    Bagaimana dengan teori yang mengatakan bahawa orang melayu berasal dari pulau2 polynesia? Pada zaman itu tak perlu passpot,tiada ada sempadan. Orang polynesia ini berhijrah ke pulau2 di indonesia dahulu dengan menggunakan bot polynesia dan kemudian ke semenanjung. Saya tak membeli teori yunnan tapi teori ini ada keunikan tersendiri.

    Saya kecewa dengan sikap saudara yang suka menyalahkan orang lain seperti orang inggeris dan yahudi. Kenapa orang melayu lemah pada hari ini seperti di katakan oleh anonymous "Kalau lah ikut perkembangan sekarang ni, melayu lah yang jadik rempit,bohsia,bohjan,mat metal,drugs addict etc...ermm,mcm tak caya pulak -'itulah melayu bangsa yang bakal bangkit di akhir zaman menegakkan islam?'"

    Sikap saudara menjadikan saudara sama je dengan penulis2 melayu yang lain,asyik condemn orang yahudi dan orang barat je. Kenapa saudara tak melihat pada orang melayu itu sendiri?

    Saya boleh mengenal pasti apa yang menjadikan orang melayu begitu lemah dan lalai hari ini. Satu perkataan je - UMNO. Hak2 istimewa,gelaran bumiputera dan macam2 lagi yang bertujuan untuk UMNO senantiasa berkuasa. Apabila orang melayu sudah menjadi biasa dengan kesenangan tanpa bekerja keras agenda UMNO tercapai. Orang melayu akan selalu mengundi UMNO kerana takut kehilangan hak2 istimewa yang bertujuan untuk melemahkan seluruh bangsa melayu. Akhirnya mereka tak dapat bersaing dengan rakyat malaysia yang berbangsa lain dan tak dapat berdikari. UMNO tahu jika orang melayu bergantung kepadanya maka ia akan terus berkuasa selama2nya dan boleh terus mengayakan diri,keluarga dan kroni. Keadaan ini yang corrupted governance yang begitu teruk hari ini. Corruption is threatening the very existence of the nation. Negara ini boleh menjadi bankrap dan rakyat dihamnba-abdikan.

    Saya cuma mengatakan sesuatu yang dah lama saya lihat tapi jika saudara yang pernah belajar di England tak dapat menerima kenyataan dan hendak marah saya tak mengapa. Seorang penulis harus menulis yang benar dan perlu ikhlas dengan diri sendiri. Sekian,tk.