Assalamualaikum semua. Tadi seorang rakan telah meminta saya meletakkan gambar-gambar setelah mendapat tahu saya kini berada di Brunei. Saya pun memilih beberapa gambar lalu dikecilkan filesize supaya satu... lebih mudah di upload, tidaklah memakan terlalu banyak ruang ataupun memory yang diberikan untuk setiap blogspot... kedua, supaya dapat mengekalkan hakmilik asal tanpa perlu diletakkan copyright atau tanda blogspot pada gambar atau sebagainya. Kerana bila-bila masa sahaja jika ada gambar-gambar saya diambil orang lalu orang itu mengaku itulah gambar yang diambilnya sendiri konon, saya boleh membuktikan pemilikan atas gambar dengan menunjukkan gambar asal yang filesize nya 10 kali ganda lagi besar lalu boleh diblow-up beberapa kali berbanding gambar-gambar percuma yang disiarkan di setiap blogspots saya.
Apapun itu cerita lain. Saya mahu meletakkan gambar-gambar yang sudah dipilih dan dikecilkan saiz ke dalam Facebook. Kemudian terfikir, alang-alang dah buat begitu elok juga diletakkan di blogspot ini. Malah boleh diletakkan link ke artikel ini ke dalam Facebook. Tak lah perlu buat 2 kali kerja terpaksa upload gambar ke dalam Facebook juga. Lagipun saya tetap lebih selesa menulis dan mengatur gambar dalam blogspot. Jadi inilah dia ya... dengan sedikit sahaja penerangan...
Papantanda di lapangan terbang memberikan gambaran betapa tulisan Jawi memiliki martabat tinggi di Brunei.
Satu ikrar pada pameran berkenaan raja dan Melayu yang harus dihidupkan juga di Malaysia...
Di hadapan Masjid Ali Omar Saifuddin yang cukup terkenal itu...
Makam Sharif Ali, Sultan ke 3 Brunei.
Baginda adalah keturunan Sharif Mekah, daripada nasab Saidina Hassan...
Makam diraja yang lebih moden...
Al-Rasyid pun suka...
Batu Tarsilah yang terpahat salasilah Sultan-sultan Brunei.
Masjid Hassanil Bolkiah.
Insyaallah lepas raya nanti baru dimulakan satu siri tentang perjalanan ke Brunei ya. Sementara itu tunggulah siri cerita perjalanan ke Aceh penghujung Januari 2010 yang sudah lama menunggu untuk disiarkan. Ia bakal menjadi hidangan bulan Ramadhan, jika tiada aral melintang. Selamat malam. :]