Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 09, 2006

Queens dan sumbang mahram

Yang ini pula sepatutnya bab yang ketiga dibuat untuk buku mengenai konspirasi Zionis memerintah dunia serta kaitannya dengan Peristiwa September 11, 2001 di New York yang pernah saya usahakan lebih 4 tahun lalu tetapi sejak kepala "tersangkut" ketika menulisnya, ia terbengkalai begitu sahaja.
 
Di sini saya sajikan cerita yang tidak siap ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Iktibar dari segi isi cerita yang ada menyebut tentang sumbang mahram dan mungkin boleh dijadikan renungan bagaimana susahnya hendak menulis buku sampai boleh terbengkalai begitu sahaja. Maka biarkan ia dipaparkan sepertimana ia ditinggalkan dahulu setelah mula ditulis pada 3 Mei 2002. Walaupun ada perkataan "Lepas tu" tergantung di bawah menunjukkan bagaimana penulisan ini tersangkut begitu teruk... Silakan... Insyaallah ada pelajaran untuk semua.


--------------


Lagu-lagu kumpulan "Queen" berkumandang di udara. Ketika ini pagi Jumaat 3 Mei dan saya sedang berehat seketika setelah membuat sedikit senaman badan menghilangkan sisa-sisa mengantuk semalam. Sambil bersenam, saya memasang telinga mengamati sedikit lirik lagu-lagu "Queen" yang dinyanyikan mendiang Freddie Mercury yang meninggal dunia kerana penyakit Aids 10 tahun yang lalu. Sebenarnya jika kita amati sesetengah lagu nyanyiannya, rupanya dia banyak bercakap mengenai perjalanan hidup, apa ertinya dan apa peranan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Contohnya lagu “The Show Must Go On”...

Ya, siapa sangka orang dikenali ramai sebagai seorang penyanyi terkenal yang mengamalkan cara hidup gay ini rupa-rupanya seorang "pencari" dan perindu kebenaran. 

Sebenarnya kalau kita amati sesetengah lagu-lagu yang berkumandang di mana-mana tak kira nyanyian siapa, kita akan terjumpa tema yang sama samada secara tersurat atau tersirat. Saya berkata begini kerana saya mula sedar betapa ramainya orang yang sedang mencari kebenaran dan kemudian menukilkan perjalanan mereka melalui lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Cuma orang yang tak buka mata atau tak pasang telinga betul-betul yang tak dapat menangkapnya. 

Saya sendiri termasuk orang yang mencari kebenaran, iaitu kebenaran hakiki. Saya pernah cuba melalui bermacam-macam cabang sains, ilmu falsafah, ilmu ugama peringkat fekah dan sebagainya tetapi akhirnya saya yakin kebenaran itu hanya boleh dicari melalu jalan tasauf mengikut syariat nabi Muhammad S.A.W. Dan dengan inilah saya tergerak menyambung balik penulisan buku ini setelah tiga minggu menghabiskan waktu bertafakur dan mendalami ilmu hakikat disamping memahami hakikat taubat yang sebenar seperti yang dihuraikan Imam Ghazali. Saya juga telah menggunakan waktu itu untuk meminta ampun dan maaf kepada beberapa orang yang pernah saya susahkan disamping merapatkan silaturrahim yang telah renggang. Memang semua ini penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan lebih-lebih lagi bagi orang seperti saya yang pernah membuat banyak aniaya. 

Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam tempoh tiga minggu saya meninggalkan penulisan ini. Dari segi berita tempatan, akhbar-akhbar harian dan media-media tempatan telah banyak mempersoalkan masalah inses atau sumbang mahram sementara ruangan berita luar banyak bercerita tentang apa yang serangan ganas Yahudi di Palestin. 

Cakap pasal sumbang mahram ni saya teringat ketika saya bertandang di rumah seorang kenalan, Haji Man di Sungai Congkak, Ulu Langat sebulan yang lepas. Dia ni asalnya seorang rakyat Britain yang pernah menjadi wartawan peringkat antarabangsa tapi Mat Salih ni dah boring jadi orang putih agaknya sampai dia terus meninggalkan negara kelahirannya untuk duduk ni negara-negara Arab. Dia telah memeluk agama Islam dan duduk di Morokko selama beberapa tahun sebelum datang menetap di Malaysia. Di sini, dia menyewa sebuah rumah kampung yang telah diubah suai dengan taman dan hiasan yang indah hasil kerja tangannya sendiri. Budak-budak kampung rajin pula bertandang termasuk dua orang adik-beradik yang masih di sekolah rendah. Entah macam-mana, agaknya budak-budak ni suka tengok saya datang dengan motor besar boleh terbuka cerita pasal kakak mereka. 

"Kakak kita cun bang, kalau abang tengok mesti suka punya," kata yang tua antara dua adik beradik itu. Entah macam-mana dia boleh sambung "Kalau abang kawan dengan kakak kita mesti best." 

Saya cuma tersenyum. Tapi budak ni terus melalut. Kecik-kecik dah tanya pasal benda XXX. Siapa yang ajar entah. Adiknya yang jauh lebih innocent cuma tersengih. Walaupun saya sebenarnya kurang selesa kerana budak ni mula bertanya yang bukan-bukan, tentang saya dah berkahwin ke belum (pasal saya nampak rugged agaknya), lepas tu apa saya buat dengan bini saya, saya cuba juga melayan mereka lebih-lebih lagi kerana mereka telah lama kematian ibu dan nampaknya kurang mendapat kasih-sayang. 

Dari situ terbuka cerita pasal ayah dan kakak mereka buat kerja yang bukan-bukan. Si abang menceritakan pada suatu hari dia dan adiknya telah ternampak ayahnya memandikan kakaknya di sungai. Katanya, ayahnya mengusap-usap badan kakak dan si kakak pula membalas balik. Lama jugak perkara ini berlaku dan mungkin si ayah tahu yang anak-anaknya yang lain nampak tapi buat-buat tak tahu. Kata si abang, dia pernah bertanya nenek mereka mengenai perbuatan ayah dan kakaknya dan si nenek kata tak ada salahnya. 

"Betul ke bang," tanya si budak kepada saya. "Boleh ke bapak saya buat macam tu kat kakak?".

Saya terdiam sebentar. Lepas tu saya kata kalau kakaknya masih budak, sebaya dengan mereka mungkin boleh tapi kalau dah besar tak elok. Lepas tu saya cuba ubah topik. Kebetulan di meja rumah Haji Man ada beberapa rantai tasbih dan budak-budak ni tergerak nak bermain dengannya, saya pun mengajar mereka menggunakan tasbih sambil berzikir. Saya kata kalau selalu baca macam ni nanti Tuhan sayang kat kita. Saya tak nampak cara lain macam-mana nak tolong budak-budak ni. Kecik-kecik lagi fikiran mereka telah dirosakkan oleh orang tua yang tidak bertanggung-jawab. 

Sebenarnya masalah inses atau sumbang mahram ini telah lama berleluasa di Malaysia di kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Ini bukanlah bermakna mereka lebih jahat dari golongan atasan tapi pucuk pangkalnya ialah gelora syahwat yang tidak dapat dikawal di zaman VCD lucah boleh didapati dengan mudah di merata tempat ditambah dengan sajian filem-filem termasuk dari Bollywood yang memperdagangkan gerakan dan susuk-badan perempuan yang menggoda disamping majalah-majalah yang mengagungkan pakaian yang singkat dan potongan badan yang mencabar keimanan. Golongan yang lebih berduit mampu melampiaskan nafsu dengan mencari perempuan di luar lingkungan keluarga menggunakan modal yang ada sementara golongan berpendapatan rendah (kecuali mereka yang mempunyai bakat kasanova yang terserlah) terpaksa menelan air liur sebelum terperasaan anak yang meningkat remaja juga mampu memberi kepuasan yang diidam-idamkan. Kebetulan pula masyarakat berpendapatan rendah atau golongan marhain merupakan golongan terbesar dari segi jumlah penduduk. Jadi masalah ni nampak begitu besar sekali. 

Memang masalah ini masalah besar lebih-lebih lagi ia dikerjakan orang yang mengaku Islam. Tapi orang yang mengkritik nampaknya kurang memperhatikan akar yang menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau nak diulas memang banyak. Salah satunya ialah bila keluarga yang besar terpaksa berkongsi bilik akibat tidak mampu duduk di rumah yang lebih selesa. Ini selalu berlaku di kawasan flat murah. Dalam keadaan adik-beradik lelaki perempuan tidur bersebelahan, tidak dapat tidak syaitan akan mencucuk jarum supaya mereka mula meneroka dan membibitkan maksiat. 

Lepas tu


Nota : Penulisan terhenti setakat perkataan "Lepas tu".


Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan Media"

Protocols of the Elders of Zion, satu kumpulan dokumen Zionis yang memperincikan rancangan jangka panjang mereka untuk menakluki dunia ada menguntukkan satu bab penuh berkenaan penggunaan media untuk mengabui mata orang ramai. Kalau nak ceritakan secara terperinci memang panjang. Cukuplah kalau saya utarakan sedikit sedutan. Salah satu daripadanya ialah pengumuman "not a single announcement will reach the public without our control". Dalam bahasa Melayu bunyinya: "Tidak satu pun pengumuman (melalui media) akan sampai kepada orang ramai tanpa pengawalan kami." 

Ertinya semua maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah seperti mana dikehendaki menurut cita rasa dan agenda mereka. Ini merupakan satu azam oleh pendukung Zionis yang terdahulu kerana dokumen sulit yang sepatutnya hanya dimiliki oleh orang-orang mereka ini telah terlepas ke tangan orang lain sekitar tahun 1905. Azam ini bukan azam kosong. Sambungan dari ayat tadi berbunyi: "Even now this is already being attained by us in as much as all news items are received by a few agencies, in whose offices they are focussed from all parts of the world." Ertinya pada zaman itu lagi mereka telah berjaya menguasai banyak agensi-agensi yang berkaitan dengan penyiaran maklumat. Memang pun mereka telah menguasai kebanyakan media di Amerika dan Eropah. Bayangkan betapa besar dan berkuasanya rangkaian mereka sekarang yang termasuk agensi-agensi berita dan majalah-majalah yang berpengkalan di Hong Kong dan Singapura untuk mengawal citarasa orang Asia termasuk orang Malaysia dan orang Melayu. 

Anda boleh mengkaji sendiri Protokol ini. Paling senang cari kat Internet. Malah Henry Ford yang menulis buku "The International Jew" telah menyertakan salinan dokumen ini dalam buku yang pertama diterbitkan dekat 80 tahun dahulu. Ingat, Ford bukan orang sebarang. Dialah yang memulakan syarikat kereta Ford yang sekarang telah mempunyai pasaran di serata dunia. Takkanlah orang macam ni berani nak sertakan dokumen begini dalam penulisannya jika dia tak yakin kesahihannya. Ford merasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini kerana dia telah nampak bagaimana Yahudi menggunakan bermacam-macam wadah untuk menguasai Amerika. Itu pada tahun 1920an. 

Penguasaan pihak Zionis ke atas berbagai institusi dunia sekarang jauh lebih hebat dari zaman Henry Ford. Amerika Syarikat yang didalangi Yahudi telah menggunakan akhbar dan segala media untuk meraih sokongan dunia sebelum mereka menyerang Afghanistan. Walaupun mereka mempunyai kekuatan tentera yang jauh lebih hebat dari apa yang dimiliki oleh mana-mana negara lain, mereka tahu usaha mereka tidak akan berjaya tanpa sokongan ramai terutama dari kuasa-kuasa besar yang lain. Kalau tidak, mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan kekuatan gabungan negara-negara lain dalam ketenteraan. Walaupun Amerika Syarikat mungkin boleh menang, mereka akan menanggung kerugian yang besar jika terpaksa berperang dengan negara-negara besar yang lain. Dalam seni peperangan, kita mesti memastikan yang kita tidak akan menanggung kerugian yang besar sebelum melangkah ke medan perang dan media-media sebaran adalah alat yang sesuai untuk memastikan kemenangan mutlak. 

Tengok apa yang sudah terjadi pada Russia selepas menceroboh Afghanistan pada tahun 80an. Ketika itu mereka masih lagi dikenali sebagai Soviet Union. Mereka akhirnya dihalau tentera Mujahiddin walhal pada ketika itu Soviet Union dianggap mempunyai kekuatan tentera yang setanding dengan Amerika Syarikat. Tidakkah ini disebabkan mereka bertindak sendirian dan telah salah menganggar kekuatan Mujahiddin yang berjuang dengan semangat fisabilillah. 

Amerika telah belajar dari kesilapan Russia dengan menggunakan akhbar dan media-media sebaran untuk meraih sokongan dunia. Lama juga mereka memainkan sentimen tentang perlunya Afghanistan diserang untuk menghapuskan pengganas. Macam-macam alasan diberikan dan ini disiarkan oleh hampir seluruh media massa di dunia termasuk media kita sendiri. Lepas itu baru digunakan saluran politik untuk memeterai perjanjian bersama di antara beberapa negara, setelah media massa berjaya meyakinkan mereka bahawa Afghanistan mesti diserang dan kerajaan Taliban mesti dijatuhkan demi keamanan sejagat. Hasilnya, mereka bukan sahaja dapat mempengaruhi beberapa negara lain untuk ikut berperang malah dapat menggunakan orang Afghanistan untuk melawan saudara seagama sendiri. Tindakan bijak menggunakan media untuk mewarnakan "world opinion" atau pendapat masyarakat dunia supaya merasa perlu untuk menyerang Afghanistan juga dapat memastikan yang tindakan jahat Amerika ini tidak mendapat tentangan negara lain. 

Saya teringat bibit-bibit peristiwa selepas serangan menggunakan kapal terbang pengangkutan awam ke atas menara berkembar World Trade Cente di New York pada September 11. Belumpun selesai kerja-kerja menyelamat mangsa, akhbar-akhbar dan media Barat yang dikuasai Zionis telah mengaitkan serangan itu dengan Osama bin Laden. Polis, CIA, FBI atau mana-mana badan keselamatan Amerika pun belum habis menyiasat tapi media telah menjatuhkan hukum. Dalam dunia kewartawanan, apabila sesuatu media telah mengutarakan sesuatu "kajian" atau pendapat yang membabitkan banyak pihak terutama keselamatan negara, tidak dapat tidak pihak yang terbabit akan terpanggil untuk berbuat sesuatu. Contohnya bila akhbar tempatan mencanangkan kes VCD cetak rompak dengan bertalu-talu dari hari ke hari, sekejap menggunakan pendapat golongan selebriti yang rasa ditindas, sekejap menggunakan komen orang ramai, kadang-kadang dapat pulak pendapat dari pak-pak menteri. Mahu tak mahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa melancarkan operasi walaupun selama ini mereka membutakan mata terhadap masalah itu. Mereka tentu tidak mahu dituduh tidak berbuat sesuatu kerana orang kampung semua dah tahu. Polis pun akan terpaksa membuka balik kes-kes lapuk jika kes-kes ini dihidupkan semula oleh media kerana jika tidak, pihak polis akan dianggap masyarakat sebagai tidak cekap. Bila ditekan, macam-macam boleh terjadi. Orang yang tak bersalah boleh jadi "scapegoat" atau kambing korban demi untuk membuktikan pihak terbabit telah menjalankan tugas. 

Dalam kes Osama, pihak berkuasa Amerika dipaksa menurut rentak media untuk mengaitkan bekas jutawan Arab itu dalam serangan September 11. Samada bukti telah didapati tidak penting. Media telah memainkan supaya semua orang percaya ini kerja Osama dan orang Islam. Mungkin ini sendiri adalah satu wayang ciptaan Yahudi. Entah betul entah tak Osama tu berjuang untuk Islam. Tak mustahil dia juga boneka Barat. Kalau tak kenapa sampai sekarang dia tak dapat ditangkap walhal kerajaan Taliban dah jatuh tersungkur? Dalam hal ni boleh tanya Pak Habib. Dia lebih tahu.

Apa yang pasti, keadaan huru-hara ini sebenarnya adalah rahmat bagi kerajaan Amerika Syarikat di bawah George W. Bush yang baru sahaja beberapa bulan memegang tampuk pemerintahan. Mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri. Dalam permainan catur, tak salah mengorbankan berapa banyak anak buah asalkan kita berjaya mengalahkan pihak lawan atau mencapai matlamat. Matlamat menghalalkan cara dan banyak ahli politik berfikir macam pemain catur lebih-lebih mereka yang pernah membaca buku The Prince karangan Niccolo Machievelli, seorang pemikir politik Itali dahulukala yang menyarankan penggunaan tipu helah dan segala macam kejahatan tak kira pada lawan atau kawan. 

Ingat tak pilihanraya besar Amerika yang menyaksikan Bush yang mewakili parti Republican menang tipis melawan Al Gore, calon parti Liberal Democrat yang pernah menjadi timbalan kepada presiden Bill Clinton? Itupun Bush hanya menang setelah undi beberapa kali dikira balik dan disemak, keputusan pilihanraya ditunda beberapa bulan. Disebabkan itu, dewan senat dan kongress Amerika berpecah dua. Sebaliknya peristiwa September 11 membuka peluang untuk Bush menjadi jaguh dan meraih sokongan ke dua-dua dewan. Kita boleh menyatukan keluarga yang berpecah dengan mengajak mereka bersama memerangi orang luar. Orang boleh melupakan perselisihan sesama sendiri jika dipaksa berganding untuk menghadapi masalah yang sama dari luar. UMNO dan PAS boleh bersatu jika negara diserang orang asing. Ini bukan taktik luar biasa. Malah inilah salah satu polisi luar negara Amerika bila menghadapi masalah dalaman - dengan mengacukan muncung senapang ke arah mana-mana negara yang perlu. 

Lagipun Amerika sedang menuju kemelesetan ekonomi yang boleh menenggelamkan populariti Bush. Orang tentu akan membuat perbandingan dengan Clinton yang begitu popular dan telah berjaya membawa era kecemerlangan ekonomi Amerika ketika memegang tampuk kuasa. Sedangkan Bush telah mencuba sedaya upaya apabila kerajaan pimpinannya beberapa kali menurunkan kadar faedah bank pusat tapi masih tidak dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam keadaan ini, musuh luaran adalah satu rahmat. Orang mengantuk disorongkan bantal. Cadangan media kepunyaan Zionis yang mahu Osama dibabitkan memang datang tepat pada masanya. 

Tidak lama kemudian, media Amerika mencanang yang Osama ada di Afghanistan di bawah naungan kerajaan Taliban. Amerika memang membenci Taliban kerana sebab-sebab tertentu. Salah satunya ialah kerana Taliban telah memilih sebuah syarikat lain untuk membangunkan rangkaian paip minyak di Afghanistan, bukannya syarikat Amerika seperti yang diharapkan setelah Amerika secara sulit menolong Afghanistan menghalau askar Russia dari bumi mereka dahulu. 

Sebenarnya, media Amerika telah pun lama memburuk-burukkan kerajaan Taliban. Mereka dituduh ekstrim, jumud dan sebagainya. Cara mereka menyimpan janggut diperbesarkan untuk diperolok-olokkan dan Taliban juga dituduh menindas kaum wanita dengan tidak membenarkan mereka bekerja dan memaksa mereka menutup segala aurat sampai ke muka. Memang dari satu segi kerajaan Taliban agak ekstrim. Tapi pernahkah pengkritik-pengkritik ini mengkaji dalam situasi manakah keadaan ini berlaku kerana keadaan Afghanistan yang telah bertahun-tahun dikacau kuasa luar dan dihuru-harakan pula pergaduhan puak-puak dalaman belum lagi betul-betul sesuai untuk kaum wanita bergerak bebas. Taliban itu sendiri muncul kerana digerakkan peristiwa di mana seorang anak di Kandahar telah diculik dan diperlakukan sesuka hati oleh seorang ketua perang yang beragama Islam. Ini berlaku lama selepas Russia meninggalkan Afghanistan. Ketika ini puak-puak yang berbagai yang pernah berjuang bersama menentang Russia mula bergaduh se sama sendiri akibat gila kuasa. 

Taliban juga telah menghapuskan perdagangan dan penanaman candu telah berakar lama di Afghanistan tapi pernahkah Barat mengakui usaha baik mereka? Tidak sama sekali. Malah ketika Afghanistan hampir diserang, media-media Amerika pula mencanang yang Taliban akan menghidupkan industri candu yang pernah merosakkan beribu-ribu rakyat kerana kerajaan Taliban memerlukan wang untuk membeli senjata dan membiayai kos peperangan. Astagfirullah. Saya bukanlah menyokong Taliban kerana cara mereka mendirikan kerajaan Islam juga banyak kepincangannya tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya menghapuskan banyak perkara tidak elok di Afghanistan termasuk hubungan homoseksual lelaki sama lelaki yang telah lama dibudayakan di bawah kerajaan yang lebih sekular. 

Apa yang pasti, Amerika memang tidak sukakan Taliban. Kes Osama dikaitkan dengan Taliban untuk membuka ruang menghalalkan serangan Amerika dan sekutunya sambil mencengkamkan pengaruh atas bumi Afghanistan. Media massa juga digunakan untuk meraih sokongan orang-orang Afghanistan yang bencikan Taliban. Ini termasuk orang-orang gila kuasa yang hilang pengaruh. Pendapat mereka dicanangkan media ke seluruh dunia untuk menggambarkan yang Taliban tidak pernah mendapat sokongan ramai. Akhirnya melututlah kerajaan Taliban sedangkan Osama yang diburu entah ke mana. Yang rugi adalah rakyat kerana merekalah yang menjadi mangsa peperangan dan terus menerus diperkudakan. 

Bertepuk soraklah orang Yahudi yang bermain "remote control" di sebalik tabir. Bush pula mendapat durian runtuh setelah dicanangkan sebagai wira yang membela rakyat Amerika dari keganasan. Memang dasyat wayang ni. Skripnya memang hebat. Kebetulan pula Hollywood pun dikuasai oleh orang Yahudi yang memang pandai bermain propaganda. Seperti biasa, Mat Salih menang lagi sedangkan rakyat dunia yang cintakan keamanan termasuk orang Islam di Malaysia cuma mampu ternganga. Dunia oh dunia. 

Percayalah, wayang ini akan ada "sequel"nya. Tidak lama selepas Afghanistan jatuh, Bush telah menamakan beberapa negara termasuk Iraq yang dianggap layak diserang Amerika atas nama memerangi keganasan. Seperti biasa, media Amerika dan seterusnya media-media antarabangsa pun mewar-warkan kenyataan ini dengan penuh meriahnya. Ini satu peluang baik untuk Bush menjadi hero lagi kerana bapanya yang menjadi presiden sebelum Clinton dulu pun pernah berperang dengan Iraq. Anda tentu masih ingat peristiwa Perang Teluk kan. 

Media juga yang mencanangkan cadangan pihak keselamatan Amerika untuk menyerang tujuh buah negara yang dianggap boleh menimbulkan ancaman nuklear. Sekali lagi Iraq yang merupakan duri dalam daging buat Amerika dibabitkan. Iraq memang hendak dihapuskan kerana ia juga adalah ancaman yang nyata buat Yahudi. Negara yang masih diperintah oleh musuh ketat Bush iaitu Saddam Hussein ini pernah menyerang Israel dengan peluru berpandu Scud buatan Russia semasa Perang Teluk. Jadi negara Yahudi itu memang dalam lingkungan ancaman Iraq. 

Sementara itu rakyat Palestin terus ditindas malah Israel menjadi semakin ganas bila mereka menceroboh seluruh bumi Palestin lebih kurang dua minggu yang lalu kononnya untuk mencari dan menghapuskan pengganas yang bersarang di sana, sama seperti alasan Amerika untuk menyerang Afghanistan. Padahal rakyat Palestin bukanlah mempunyai senjata sangat, cuma harapkan serangan bom berani mati yang kesannya tak lah sebesar berapapun berbanding dengan kerosakan yang dilakukan Israel dalam setiap "serangan balas" mereka. Nampak tak apa yang sedang berlaku? Kalau tak nampak juga saya tak tahulah. 

Sebenarnya begitu ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Islam yang alpa dengan keadaan semasa. Mereka menganggap akan berlaku proses perdamaian yang ditaja pihak luar, mungkin PBB atau Amerika di Palestin. Pada mereka yang berfikiran sebegini, kajilah sejarah bangsa Yahudi. Mereka bukanlah orang yang menghormati perjanjian malah mereka akan berdamai hanya untuk mengambil masa untuk mengatur strategi-strategi baru demi meluaskan pengaruh mereka. Kalau tak mahu kaji sejarah, cuba-cubalah buka dan baca kitab-kitab lama. Bukan Al-Quran sahaja yang pernah menceritakan pasal kecurangan bangsa Yahudi. 

Sedarlah apa-apa proses perdamaian mengenai masalah Palestin adalah wayang kulit sahaja. Amerika dan segala kuasa-kuasa besar sebenarnya mengikut telunjuk Israel. Kalau ikut logik semata memang susah nak faham. Macam-mana negara sekecil Israel boleh memperkudakan kuasa terbesar di dunia. Tetapi dalang sebenarnya bukanlah duduk di Tel Aviv atau wilayah Israel tetapi di merata tempat. Mereka inilah golongan Zionis yang menentukan peristiwa-peristiwa dunia dari balik tabir. Mereka tak perlu tinggal dalam Israel kerana mereka telah pun memegang institusi-insitusi utama dunia seperti perbankan, sistem politik dan sebagainya hasil dari perancangan jangka panjang yang memakan beratus-ratus malah beribu tahun seperti yang diceritakan dalam Protocols of the Elders of Zion

Sekarang bukalah mata dan minda. Saya akan cuba mendedahkan mekanisma-mekanisma lain yang digunakan Yahudi sehingga mereka berjaya menggenggam seluruh dunia dalam lingkungan pengaruh mereka. Insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. Wassalam.


Agenda Yahudi dan Media bahagian 2

Sambungan daripada posting sebelumnya: 




Saya sendiri pernah diarahkan untuk mengubah fakta demi kepentingan pihak tertentu semasa menjadi wartawan meja berita utama New Straits Times. Contohnya semasa saya meliputi satu demonstrasi jalanan yang diadakan oleh penyokong-penyokong bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Bila balik ke pejabat, pengarang bertanya berapa ramai yang menghadiri demonstrasi itu. Mengikut anggaran saya, adalah dalam 1,000 orang. Pengarang pun mengarah saya mengurangkan angka itu dalam laporan yang saya mesti buat. Saya dah tak ingat berapa, agaknya sekitar 500 sahaja. Yang pasti, jumlah kehadiran penyokong Anwar diturunkan secara drastik untuk tatapan umum. Saya pun menurut sahaja kerana kalau saya letak 1,000 pun angka itu pasti akan diubah bila laporan disunting. 

Rupanya orang lain pun buat kerja macam tu malah lagi dasyat. Laporan mengenai peristiwa yang sama tetapi ditulis oleh wartawan agensi luar mengatakan demonstrasi jalanan itu dihadiri 3,000 orang!

Adakah ini disebabkan saya salah mengira? Saya rasa tidak. Walaupun ini mungkin berlaku dan pernah berlaku dalam sesetengah laporan akhbar, seorang wartawan yang berpengalaman boleh mengagak berapa orang yang menghadiri sesuatu peristiwa walaupun kurang tepat. Contohnya jika sebuah stadium boleh memuatkan 12,000 orang, tidak salah jika kita kata ada 6,000 penonton yang hadir jika stadium itu setengah penuh. Mungkin jumlah penonton yang hadir ialah 5,576 orang tetapi kita tidak perlu terlalu teliti kerana pembaca pun bukannya nak tahu secara mendalam. Cukuplah sekadar memberi gambaran berapa ramai orang yang hadir dalam sesuatu peristiwa itu. Lainlah kalau kita mengemukakan sesuatu statistik atau maklumat yang memerlukan ketepatan. Contohnya, kita tidak boleh melaporkan harga saham sesuatu syarikat itu RM2.00 sesaham walhal harga sebenar ialah RM1.97 kerana pembaca yang minat berniaga saham tidak boleh tersalah kira. Itupun tidak salah untuk kita mengatakan harga saham itu sekitar RM2.00 kerana perkataan "sekitar" itu sendiri menunjukkan yang kita telah membuat satu anggaran. 

Apa pun, lagi banyak peristiwa yang pernah kita liputi, lagi baik anggaran kita. Tapi kalau 1,000 orang dikatakan cuma 500 atau ditambah jadi 3,000 tentu ada kesilapan atau penipuan yang nyata. Begitu juga kalau saham yang berharga RM1.97 dilaporkan sebagai RM3.00 atas nama anggaran adalan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana boleh menyebabkan orang ramai yang bermain saham silap perkiraan dan rugi besar. 

Jadi apa yang telah berlaku? Inilah yang dinamakan agenda. Saya diarahkan untuk menukar angka 1,000 kepada 500 orang dalam demonstrasi jalanan kerana akhbar New Straits Times yang mendukung kerajaan supaya pembaca menganggap yang penyokong Anwar Ibrahim tidaklah sebanyak mana. Ini juga dilakukan supaya peristiwa itu nampak lebih kecil dari sebenarnya demi kestabilan negara. Yalah kalau ramai sangat yang menyokong demonstrasi itu, orang akan fikir yang Kuala Lumpur berada dalam kekecohan. Ini boleh menakutkan rakyat atau orang luar yang ingin datang atau melabur di sini. Walaupun 1,000 orang bukanlah sebesar mana, ia cukup untuk membuat sesetengah orang menganggap yang Malaysia sedang menuju kehancuran lebih-lebih lagi melihatkan apa berlaku di Indonesia ketika itu di mana demonstrasi jalanan menyebabkan Presiden Suharto akhirnya diguling. Kalau ini menyebabkan Indonesia kembali aman tak apa juga, ini makin melarat. Ini yang kita tak mahu jadi di Malaysia. 

Disebabkan perkara sebeginilah, ramai jugak rakyat Malaysia yang hilang kepercayaan terhadap akhbar dan media-media utama tempatan. Berita-berita mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim memang nampak begitu berat sebelah dan memualkan walaupun ada sumber-sumber selain dari yang ditonjolkan di mahkamah berani bersumpah dengan nama Allah yang Anwar pernah melakukan perkara yang didakwa. Media Malaysia terlalu memukul Anwar sampai nampak sangat yang mereka dok ampu kerajaan. 

Tapi yang orang ramai boleh percaya bulat-bulat kat berita-berita dari sumber asing tu kenapa. Awak tak sedar ke diorang pun ada agenda? Awak ingat media macam CNN tu siapa punya? Apakah mereka teringin nak tolong kita? Adakah mereka membela Anwar demi kemakmuran rakyat Malaysia? Huh... jangan haraplah. Tahu tak yang CNN pernah menggunakan video klip huru-hara di Indonesia tetapi melabelkannya sebagai demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur supaya orang luar ingat Malaysia sedang menuju kehancuran. Orang luar seperti di Britain, Amerika dan Eropah bukannya tahu keadaan sebenar. Malah ada yang masih tak tahu di mana terletaknya Malaysia. Pada mereka huru-hara yang berlaku di Indonesia sedang berlaku di seluruh Nusantara kecuali di Singapura kerana ramai warga luar kenal republik itu. Yalah, anak emas Amerika memanglah disokong oleh media Yahudi. Lagipun memang Singapura mengamalkan cara hidup Yahudi dari banyak segi terutamanya bidang-bidang yang berkaitan dengan perniagaan. 

Sebenarnya Yahudi memang ingin kita jadi huru-hara macam Indonesia sebab Malaysia adalah negara Islam yang lantang bersuara dan berpengaruh di pentas dunia. Mereka tak mahu orang Islam berjaya. Tengoklah di serata dunia berapa banyak negara Islam sudah dipermainkan mereka melalui berbagai-bagai cara termasuk melaga-lagakan pemimpin untuk menerbitkan suasana huru-hara. Negara Israel tak mungkin berjaya diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Britain jika Palestin dan negara-negara Arab sekelilingnya kuat dan bersatu. Kata negara Islam, ikut sunnah Rasulullah. Kan baginda suruh kita semua bersatu. Apasal sibuk berlaga sesama sendiri. Siapa punya kerja ni. Cubalah fikir. 

Tapi apa nak buat, dah terngantuk baru nak termengadah. Takkan kita nak tengok Malaysia pun diperkuda. Dahlah Singapura yang menggunakan taktik Israel untuk terus wujud di kelilingi negara-negara Melayu asyik menyinggung perasaan kita, pasal masalah air lah, wang simpanan pekerja lah dan sebagainya. Tahu tak, askar-askar Singapura memang dilatih oleh Yahudi. Kalau Malaysia lingkup kerana taktik media asing masa kecoh pasal kes Anwar, jangan fikir yang Singapura takkan ambil peluang. Sekurang-kurangnya mereka boleh membeli syarikat-syarikat utama kita, wadah perjuangan orang Melayu dalam dunia perniagaan, kerana mereka memang kaya dan harga saham syarikat-syarikat ini pulak banyak jatuh meredum. Kalau ini terjadi, apa akan jadi pada usaha kita untuk memartabatkan bangsa? Nasib baiklah ada undang-undang pemilikan saham yang menjaga hak bumiputera. 

Malah Singapura sememangnya pernah menganggu kita semasa krisis ekonomi tahun 1997 melalui CLOB iaitu satu pasaran saham yang memperniagakan saham-saham syarikat Malaysia tetapi berpusat di pulau itu. Bank-bank di Singapura pula pernah menawarkan bunga yang amat tinggi untuk deposit matawang Malaysia menyebabkan sesetengah orang Malaysia sendiri termasuk orang Melayu yang menjadi kaya-raya melalui Dasar Ekonomi Baru mengeluarkan simpanan Ringgit Malaysia di bank-bank tempatan untuk dilabur di Singapura. Ini bukan sahaja menyebabkan simpanan Ringgit kita merosot malah membuka peluang untuk orang luar terus bermain-main dengan ekonomi kita. Wang-wang inilah yang kemudiannya diperniagakan pelabur antarabangsa yang kebanyakannya orang Yahudi atau didalangi Yahudi dalam pasaran spekulasi matawang antarabangsa menyebabkan usaha-usaha kita untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia menjadi sukar. 

Media-media antarabangsa yang didalangi Yahudi pula memainkan peranan dengan menerbitkan cerita untuk mempengaruhi orang ramai supaya menganggap segala ini sebagai perkara biasa dalam ekonomi dunia. Menurut mereka, apa yang berlaku adalah menurut hukum alam seperti yang diajar dalam prinsip makroekonomi. Seolah-olah rakyat Malaysia dan negara sekitarnya memang patut menderita dan syarikat-syarikat perniagaan mesti dibungkuskan untuk kebaikan sejagat. Kononnya apa yang terjadi disebabkan ekonomi Malaysia tidak diuruskan dengan cekap malah penuh dengan amalan kroni dan nepotisma sahaja. Mana boleh brother. Ini penipuan yang nyata. 

Sebab itu Dr Mahathir terpaksa menarik Ringgit Malaysia keluar dari pasaran dunia. Matawang kita diishtiharkan tidak sah diperlakukan di luar sempadan negara. Nilai matawang ditetapkan pada kadar tukaran RM3.80 bagi US$1. Ini dilakukan kerana nilai matawang Malaysia banyak merosot akibat permainan pelabur asing menyebabkan kos import meningkat begitu mendadak. Bayangkan dulu kadar tukaran sekitar RM2.50 bagi satu Dolar Amerika. Jadi barangan luar yang dulunya berharga sekitar RM25 dah naik ke RM38 sementara hutang piutang yang melibatkan pinjaman dari luar negara meningkat 50 per sen dalam masa kurang dari setahun. Kalau Mahathir tak buat langkah sedrastik ini, ada kemungkinan duit Malaysia akan jatuh lebih teruk seperti yang berlaku kepada Rupiah Indonesia. Rakyat akan menderita kerana harga barang naik, hutang bertambah dan sebagainya dan ini akan membawa huru-hara. Dalam keadaan ini, tak mustahil Melayu akan berperang semula dengan Cina lebih-lebih lagi kerana barangan keperluan seperti beras berada dalam tangan mereka. Kos kehidupan yang meningkat akan memaksa orang-ramai hilang akal dan mencari jalan mudah dengan merompak sahaja barangan di gedung-gedung perniagaan yang kebanyakkannya kepunyaan orang Malaysia berketurunan Cina. Keadaan akan jadi lebih teruk dari peristiwa hitam 13 Mei tahun 1969. Adakah itu yang kita mahu? 

Urusniaga CLOB pula diharamkan menyebabkan saham-saham syarikat Malaysia yang dipegang melalui bursa itu dibekukan. Langkah ini memang patut kita buat sejak dari dulu lagi kerana semua saham syarikat Malaysia patut diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur sahaja sekurang-kurangnya untuk menjamin ketelusan mengikut undang-undang negara. Tapi orang Singapura mana peduli. Pada mereka kerajaan Malaysia telah berlaku zalim dengan membekukan saham mereka. Siapa suruh main kat situ. BSKL kan ada. Bukannya orang luar tak boleh melabur di KL. Malah kewujudan CLOB adalah salah satu sebab kenapa ekonomi Malaysia menghadapi masalah sekitar 1997 kerana saham-saham syarikat Malaysia boleh dipermainkan sukahati pelabur asing tanpa dapat dikawal oleh mana-mana badan di Malaysia, baik BSKL, kerajaan mahupun Bank Negara. Tidakkah ini zalim kepada rakyat Malaysia? 

Tapi apa boleh buat. Kalau dia buat kita tak apa. Bila kita balas balik, kita pulak dikata zalim. Padahal kita sekadar menyelamatkan diri dari malapetaka yang diterbitkan mereka. 

Media asing pun apa lagi, terus bantai Dr Mahathir dan Malaysia. Kononnya cara-cara menyelamatkan ekonomi yang dikemukan beliau tidak boleh dipakai langsung kerana melanggar teori ekonomi. Malaysia diramalkan akan gagal segagalnya. Perkara inilah yang diperbesarkan media-media asing yang didalangi Yahudi dari hari ke hari sejak langkah-langkah penyelamatan drastik ini diambil. Tak habis-habis kutuk Malaysia macam orang kita tak mampu menerbitkan teori ekonomi sendiri. Padahal sebenarnya mereka marah kerana tidak berjaya menjatuhkan Malaysia dan Dr Mahathir. 

Mereka juga begitu marah kerana kejatuhan Anwar. Ini disebabkan Anwar lah calon yang ingin mereka letak sebagai boneka mereka. Siapakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi semakin tenat selepas mula-mula diserang spekulator matawang dulu kalau bukan Anwar. Ingat bagus ke langkah yang dia buat untuk menaikkan kadar faedah pinjaman di Bank Negara dan mengurangkan tempoh hutang bank dari enam bulan ke tiga bulan. Rakyat biasa juga terpaksa merana kerana terpaksa bayar installment lebih untuk rumah dan kenderaan. Anwar senang je cakap. Katanya langkah ini adalah mengikut cadangan badan kewangan dunia IMF dan mampu memulihkan ekonomi. Ya ke? Jadi lebih lingkup mungkin. 

Anwar bukanlah sepandai mana seperti yang diwar-warkan media asing. Dia memang pandai bercakap. Itu memang diakui ramai tapi dari segi kegeligaan otak untuk mentadbir negara, dia sebenarnya jauh di belakang Dr Mahathir. Bab ni tanyalah pada orang yang tahu. Sebab itu dia ada banyak sangat advisor. Setengah orang beranggapan ini menunjukkan yang Anwar mendengar cakap orang lain, suka bermusyawarah, tidak seperti Mahathir yang selalu mahu buat kerja "my way". Yang diorang tak perasan atau buat -buat tak perasan, Anwar sebenarnya banyak dengar cakap Amerika. Cuba kaji balik apa yang dia buat semasa dia masih lagi berkuasa, lebih-lebih lagi sejak dia memegang jawatan IMF dan pernah disambut dengan begitu terhormat ketika melawat negara polis dunia itu. 

Macam-mana negara kita nak terus merdeka jika pemimpin tersohor kita ikut telunjuk orang lain. Harap Anwar insaf dengan kenyataan ini. Media-media asing cuma menyokongnya untuk menjatuhkan Dr Mahathir, itu je. Ingat diorang nak tolong orang Melayu? No way! Tapi itulah kerja media asing sekarang. Boleh kata setiap berita yang disiarkan dibuat atas makna tertentu demi mencapai tujuan tertentu. Yang kurang sikit agenda mungkin berita sukan. Berita hiburan jangan cakap lah, segalanya dibuat supaya satu dunia terkinja-kinja terlompat-lompat ikut perangai orang yang akhlak dan moralnya rendah. Ini juga perancangan Yahudi supaya orang ramai jadi bodoh, bebal dan senang diperkudakan.

Sebenarnya kegunaan akhbar-akhbar dan lain-lain media massa dalam menyebarkan sesuatu agenda memang termaktub dalam rancangan jahat golongan Zionis untuk menguasai dunia. Malah dalam zaman ini, mereka menganggap wadah ini lebih berkesan dari wadah-wadah lain seperti politik, perniagaan, undang-undang atau ketenteraan kerana ia mampu meracuni fikiran orang ramai secara halus supaya percaya apa yang dirancang Yahudi ini baik untuk mereka.



Agenda Yahudi dan Media

Subhanallah! Setelah menghabiskan sedikit masa membaca postings saya sendiri di sini yang merupakan bahagian-bahagian daripada sebuah artikel bertajuk "Susah payah satu perjuangan" yang ditulis lebih 4 tahun lalu, maklumlah dah lama tidak melihatnya, saya rasa eloklah artikel berikutnya juga dipaparkan sama... Sekurang-kurangnya untuk melepaskan sedikit frustration di dada kerana artikel-artikel ini sebenarnya ditulis sebagai usaha untuk memulakan sebuah buku tahun 2002 tetapi akhirnya terbengkalai jua. Sepertimana postings sebelum ini, artikel ini pun saya akan pecahkan kepada 3 bahagian... Di sini terimalah bahagian pertama... Sat lagi saya sambung lagi yang lain ya! Sila! :]


AGENDA YAHUDI DAN MEDIA 

April 11 2002 

Malam semakin lanjut menghampiri Subuh. Walaupun agak letih akibat sehari suntuk berkejar ke merata Lembah Klang demi menyelesaikan beberapa hal yang sudah lama tertunda, saya masih tidak dapat melelapkan mata. Lebih sejam saya terbaring dalam gelap dengan harapan akan jatuh lena tapi masih tak berjaya. Selalunya dalam keadaan ini, saya akan membaca majalah-majalah ringan supaya senang mengantuk tetapi saya telah berazam tidak mahu mempedulikan lagi majalah-majalah ini yang banyak dihiasi gambar perempuan-perempuan seksi. Nak baca buku pulak, koleksi saya agak berat isinya. Silap-silap saya boleh terjaga sampai pagi kerana fikiran yang memang senang hyper-active bila dicucuk dengan idea-idea dan pendapat yang mencabar. Akhirnya saya buat keputusan untuk pergi ke ruang tamu dan bermain game di komputer laptop

Entah macam-mana, lepas dua round main "Minesweeper" saya terus tergerak untuk menyambung isi buku ini. Lagipun, sudah dua minggu saya tidak menulis kerana urusan lain. Oleh itu saya rasa wajar memulakan bab baru dengan perkembangan terkini berkaitan rancangan Zionis untuk menakluki dunia lebih-lebih lagi regim Yahudi di bawah perdana menteri Ariel Sharon telah menceroboh segenap bumi Palestin hampir dua minggu yang lalu. Untuk itu saya perlukan bahan rujukan semasa. 

Sayangnya, suratkhabar New Straits Times yang saya beli awal pagi tadi rupanya tertinggal di rumah mertua. Mungkin saya boleh menunda penulisan ke hari esok tapi belum tentu rasa dan ilham yang sama akan tercetus jika saya menunggu lagi. Jadi saya mesti menulis malam ini juga. Bukan senang nak dapat gerak hati untuk membolehkan penulisan buku ini berjalan. Lainlah kalau tulis artikel suratkhabar. Pakai formula dan standard format pun jadi kerana kita tak perlu bersusah-payah sangat mencari gaya yang sesuai untuk menterjemahkan idea dan gerak perasaan di hati. Tapi nak buat macam-mana, mana nak cari suratkhabar malam-malam buta. 

Nasib baik saya teringat restoran nasi kandar 24 jam yang tak jauh dari tempat tinggal saya. Di sana memang ada suratkhabar untuk tatapan pelanggan. Saya pula boleh dikira "regular costumer". Mungkin saya boleh mintak senaskah suratkhabar atau salah satu ceraiannya untuk di bawa balik ke rumah.

Dengan memakai pakaian tidur sahaja iaitu sehelai kain pelekat dan t-shirt buruk, ditambah dengan jaket untuk menahan hawa malam, saya pun melangkah ke sana. Tak perlu naik kenderaan kerana restoran tu cuma 300 meter dari rumah. Banyak juga idea penulisan yang terbit sepanjang perjalanan. Agaknya Tuhan tak kasi saya tidur lagi malam ni kerana nak bagi sedikit ilham supaya boleh menyambung buku ini. Cuma gaya bahasa dan jalan cerita sahaja yang masih samar. 

Sampai di restoran, saya terus bergegas ke sebelah kaunter bayaran di mana surat-surat khabar selalu diletak. Seperti biasa, ada The Star dan Utusan Malaysia. Tetapi kali ini saya terus pilih Utusan tanpa merujuk langsung pada Star kerana buku ini di tulis dalam bahasa Melayu. Setelah memesan segelas teh halia tarik, saya pun terus membuka bahagian berita luar negara dan meneliti tajuk-tajuk utama. 

"Israel didesak undur elak konflik merebak", tajuk terbesar berita luar negara Utusan untuk hari Khamis 11 April 2002 seperti menjerit meminta perhatian. Para pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dilaporkan telah mengeluarkan kenyataaan bersama pada hari sebelumnya di Madrid, Sepanyol mendesak Israel berundur dari wilayah Palestin setelah lebih seminggu bermaharaja-lela di hampir segenap penjuru bumi yang pernah menjadi negara Arab berdaulat itu. 

Pada saya berita ini tidak lebih daripada cakap-cakap melepaskan batuk di tangga. Pengalaman sebagai wartawan di New Straits Times selama lima tahun telah mengajar betapa kerapnya pemimpin-pemimpin mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk memenuhi ruangan semasa, samada atas desakan wartawan yang ingin mencari cerita terbaru atau desakan ramai. Memangpun ramai pihak telah meminta Israel berundur dari bumi Palestin tapi siapa yang pernah berjaya mendesak Yahudi berbuat begitu? 

Seperti yang kita tahu, cadangan sebegini telah lama diutarakan di forum-forum antarabangsa seperti PBB tapi akhirnya jadi tak lebih dari cakap-cakap kedai kopi. Macam-mana nak suruh Yahudi ikut cakap jika polis dunia Amerika Syarikat masih melindungi mereka. Undi beratus negara lain dalam PBB senang-senang saja diveto oleh kuasa besar itu. Seperti yang kita tahu, anggota-anggota tetap majlis keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, Britain dan Peranchis boleh menolak apa-apa cadangan pihak lain tak kiralah berapa ramai pun penyokongnya dengan kuasa veto tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun. Inilah hasil salah satu perancangan jauh pihak Yahudi untuk memastikan kepentingan mereka sentiasa disokong kuasa-kuasa besar yang sebenarnya telah dikuasai mereka di sebalik tabir sejak lebih seratus tahun dahulu. Negara-negara ini juga pernah didalangi pihak Zionis melalui perancangan mereka yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. Hasilnya, Amerika Syarikat, Britain, Peranchis dan Russia yang mengalahkan pakatan Jerman, Itali dan Jepun telah berkuasa penuh ke atas PBB yang ditubuhkan tidak lama kemudian dan salah satu natijahnya ialah penubuhan negara Israel di atas negara berdaulat Palestin tanpa dapat dihalang pihak lain. 

Mungkin Russia sahaja yang berani menentang pendirian kuasa-kuasa besar lain kerana perdana menteri mereka sekarang Vladimir Putin yang agak nasionalis memang tidak suka tekanan luar. Tapi apa boleh buat, negara besar yang pernah mengimbangi kuasa Amerika Syarikat semasa era perang dingin itu sekarang kurang bermaya akibat permainan Yahudi yang berjaya memecah-belahkan Soviet Union di zaman perdana menteri Gorbachev atas nama perestroika, satu dasar liberasasi kononnya supaya gergasi besar ini akan mendapat menafaat dari sistem ekonomi kapitalis setelah lama mengamalkan sistem sosialis dan komunis. Tapi kesannya menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian naik mendadak disamping kesan-kesan ekonomi lain yang membebankan rakyat menyebabkan Soviet Union melutut menagih pertolongan ekonomi Amerika Syarikat. Akhirnya beberapa wilayahnya berpecah menjadi negara-negara bebas menyebabkan tanah jajahannya mengecut atas nama Russia. 

Satu laporan lain pula mengatakan orang buruan Amerika Syarikat, bekas jutawan Arab Saudi Osama bin Laden yang mengetuai kumpulan militan Al-Qaedah dituduh mendalangi serangan September 11 masih hidup. Ya lah tu. Afghanistan dulu diserang hebat dan kerajaan Taliban yang memerintah langsung digulingkan atas alasan Amerika Syarikat dan sekutunya mesti memburu Osama dan kumpulannya yang dikatakan berlindung di sana. Agaknya tak lama lagi akan keluar berita Osama sedang berlindung di Iraq pula. Boleh la serang Iraq dan jatuhkan kerajaan Saddam Hussein yang menjadi duri dalam daging bagi Israel. 

Sebuah laporan lagi mengatakan ketua rundingan Palestin Saeb Arakat menuduh Israel membunuh 500 penduduk Palestin dalam serangan-serangannya di Tebing Barat. Macamlah kuasa-kuasa besar ambil peduli. Sementara itu, pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dikepung tentera Israel di ibu pejabatnya sejak 29 Mac. Apa boleh buat. Lagipun Arafat sebenarnya tak lebih dari boneka Amerika dan Yahudi dalam permainan mereka di bumi Palestin. Kalau tak percaya tanya Pak Habib.

Kerajaan-kerajaan Arab pula dituduh mengkhianati Palestin. Mengikut satu laporan yang difailkan di Kaherah kumpulan-kumpulan militan Islam dari lebih sepuluh negara mengishtiharkan jihad kini menjadi tugas keagamaan kepada semua umat Islam sambil menuduh kerajaan-kerajaan Arab mengkhianati Palestin. 

Mereka yang tidak memahami dunia kewartawanan mungkin cenderung untuk menelan bulat-bulat berita-berita ini tapi sesiapa yang membuka mata hati dan faham keadaan semasa boleh sedar ada agenda di sebalik cerita. Kalau anda perhatikan betul-betul, laporan-laporan ini diakhiri dengan nama-nama seperti AP, AFP atau Reuters. Tahukah anda apa makna nama-nama ini? Inilah nama-nama agensi berita antarabangsa yang berpengkalan di luar negara. Disebabkan akhbar-akhbar tempatan tidak cukup besar dan kuat untuk menempatkan pemberita di seluruh dunia, mereka tidak ada pilihan selain melanggan laporan-laporan dari agensi-agensi untuk memenuhi ruangan berita luar negara. Tapi apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa ialah setiap berita yang disampaikan oleh agensi-agensi ini diwarnai oleh kaca-mata tuan-tuan punya agensi. Siapa lagi tuan-tuan ini kalau bukan orang Yahudi. Insya'allah hal ini akan saya perincikan dalam bab yang lain. 

Kadang-kadang kita akan jumpa nama "Agensi" di akhir suatu laporan. Ini maknanya laporan itu ialah gabungan dari berita-berita yang dibekalkan oleh agensi-agensi ini tetapi diolah oleh pengarang akhbar tempatan. Ini disebabkan ada fakta-fakta yang diutarakan oleh satu agensi tidak ada pada agensi yang lain dan sebaliknya. Walaupun pemberita-pemberita mereka mungkin meliputi peristiwa yang sama, mungkin angle atau sudut cerita yang diambil berlainan. Seorang pemberita mungkin melihat peristiwa September 11 dari sudut ketenteraan manakala seorang lagi dari sudut kemanusiaan. Ataupun mereka melihat dari sudut yang sama tetapi memperolehi fakta yang berlainan. Yalah, komen yang keluar dari mulut datuk bandar New York mungkin tak sama langsung dengan komen yang keluar dari mulut seorang polis yang bertungkus-lumus meredakan keadaan. Lagipun pemberita-pemberita memang suka mencari cerita eksklusif. Kalau boleh mereka nak dapat cerita yang pemberita lain tak boleh dapat atau dari sudut yang tak terfikir oleh yang lain. Jadi masing-masing kalau akan merujuk kepada sumber masing-masing. Kalau dapat, dia seorang je yang nak cakap dengan datuk bandar atau presiden. Tapi selalunya orang berjawatan tinggi begini dikejar oleh banyak pemberita. Sebab itu kita selalu dapati berita yang sama dari agensi-agensi dan pemberita yang berlainan. Cuma cara penulisan mungkin berlainan. 

Berita-berita ini pula sampai melalui rangkaian sistem telekomunikasi yang disambung terus ke komputer-komputer di pejabat akhbar tempatan yang selalunya melanggan dengan beberapa agensi supaya mereka boleh memilih yang terbaik untuk digunakan. Pengarang boleh memilih beberapa banyak cerita yang mereka suka secara bulat-bulat tanpa disunting atau menggabungkan laporan dari beberapa agensi yang berlainan menjadi satu cerita untuk tatapan pembaca tempatan. Komen dari datuk bandar New York yang ditulis oleh agensi AFP boleh digabungkan dengan komen dari polis yang didapatkan oleh Reuters. 

Begitu juga yang berlaku di Malaysia kerana berita di dari sini juga selalu mendapat ruang di akhbar antarabangsa. Ada di antara agensi-agensi berita asing yang menggunakan warga tempatan untuk mencari berita di negara kita kerana sesetengahnya seperti Reuters mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Ada yang menghantar pemberita luar untuk meliputi peristiwa-peristiwa tertentu sahaja seperti apa yang terjadi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno dulu. 

Apa yang pasti, berita yang dihasilkan tetap akan diolah mengikut kaca-mata tuan punya agensi. Kadang-kadang ini dilakukan kerana ada agenda tersembunyi. Ada masa pula ini disebabkan pemberita bidang terjun yang dihantar secara tergesa-gesa ke Malaysia untuk mendapatkan satu berita hangat tidak dapat menghayati makna sebenar sesuatu peristiwa kerana tidak memahami latar-belakang negara ini atau saja malas hendak mengkaji. Percayalah ini selalu terjadi kerana banyak manusia lebih mementingkan perut dari kebenaran. 

Tapi dalam suasana dunia sekarang, kebanyakan berita yang disunting agensi luar memang mempunyai agenda di sebalik tabir. Ini kerana mereka rata-rata dikuasai pihak Yahudi dan seperti yang kita tahu, mereka memang tak suka orang Islam, apa lagi negara Islam seperti Malaysia yang begitu berdikari dibanding kebanyakan negara Islam lain yang sudah lama berada di bawah telunjuk mereka. Berita tentang pemecatan Anwar Ibrahim digembar-gemburkan untuk menggambarkan pemerintah Malaysia sebagai orang yang zalim. Berita-berita dari sumber pihak pembangkang seperti PAS dan DAP pula digunakan supaya kerajaan yang ada sekarang kelihatan tidak mendapat sokongan rakyat. Cerita-cerita mengenai demonstrasi jalanan diperbesarkan supaya masyarakat dunia ingat negara kita tidak lagi stabil, penuh dengan huru-hara. Bayangkanlah kesannya sekurang-kurang dari segi ekonomi negara yang banyak bergantung kepada pelaburan luar. Persepsi itu penting dalam dunia perniagaan dan kita telah lihat akibatnya bila Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh meredum. 

Sebenarnya agenda di sebalik tabir ni berlaku di mana-mana. Akhbar-akhbar utama di Malaysia pula cenderung untuk menyokong kerajaan dan ini menyebabkan banyak berita diolah untuk memihak pemerintah sehingga kadang-kadang terlalu berat sebelah. Para wartawan diberitahu ini dilakukan untuk kemajuan negara. Cara ini dipanggil "constructive journalism" atau cara liputan yang membina kerana kita tidak mahu orang luar melihat keburukan dalam usaha kita untuk memajukan negara. 

Dari satu segi, ini bukanlah satu kesalahan. Kita tidak perlu membuka pekung di dada walaupun kita tahu ia wujud. Cukuplah kita berubat secara senyap-senyap. Lagipun akhbar-akhbar utama ini perlu mengimbangi serangan akhbar-akhbar lain seperi Harakah yang didalangi parti PAS yang selalu memburuk-burukkan setiap usaha kerajaan. Ada ke akhbar yang langsung tidak mempunyai kecenderungan pada suatu pihak? Tepuk dada tanyalah selera. Sekurang-kurangnya berita yang dimuatkan mestilah tidak menyinggung perasaan tuan punya akhbar. 

Wartawan yang hidup untuk cari makan sangat faham akan prinsip ini. Mereka yang berfikiran lebih bebas boleh mencuba untuk menulis berita yang tidak mempedulikan kepentingan tuan punya akhbar dan kawan-kawan atau sekutu mereka demi menegakkan kebenaran tetapi jangan harap berita itu akan disiarkan. Silap haribulan mereka akan dilarang menulis atau dipecat terus. Ini adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan. Berapa ramailah manusia yang berani mengakui kekurangan lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini. 

Masalahnya timbul bila orang yang terlibat tidak mahu pekung ini diubat sebaliknya memaksa orang lain memaparkan kisah yang muluk-muluk belaka. Contohnya bail-out syarikat gergasi Renong oleh kerajaan apabila ia mengalami masalah akibat krisis ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997. Walaupun setengah masyarakat mengatakan ini tidak patut dilakukan kerana bertentangan dengan prinsip fair-play atau kesaksamaan dalam dunia perniagaan, saya dapat menerima tindakan ini kerana Renong menaungi beribu-ribu anak Melayu. Kalau syarikat ini jatuh, ramai anak bangsa yang akan dipaksa menganggur dan masyarakat Melayu akan kehilangan satu flagship yang juga melambangkan maruah bangsa dalam dunia perniagaan yang lebih dikuasai masyarakat Cina. Oleh itu media utama tempatan didapati banyak melindungi syarikat ini walaupun ramai orang komplen. Kerana turut dilindungi ialah beribu-ribu anak Melayu yang baru bertapak dalam dunia korporat. Tapi perlukah juga kita menyelamatkan beberapa individu yang telah beberapa kali silap langkah dalam mentadbirkan sebuah syarikat yang begitu penting atas nama kedaulatan Melayu? Tidakkah mereka ini merupakan pekung yang perlu diubat atau lebih baik, dibuang langsung sebelum ia merebak ke serata badan. 

Tapi perkara ini tidaklah semudah bercakap di kedai kopi. Mengkritik memang senang tetapi berapa ramai yang sedar akibatnya. Dalam hal ini Melayu terlalu lemah. Jika individu-individu yang gagal ini dibuang, berapa kerat lah tinggal orang Melayu korporat yang boleh dibanggakan? Ini soal maruah dan psikologi bangsa. Kalau nak buang pun biarlah disediakan dulu pelapis yang sesuai. Buat sementara waktu, yang gagal masih dianggap simbol kekuatan Melayu dan yang mencanangkannya adalah pihak media, mungkin atas arahan tertentu.


Jumaat, Disember 08, 2006

Dugaan! Bahagian terakhir pecahan artikel permulaan 2002

OK... Ini bahagian terakhir artikel bertajuk "Susah payah satu perjuangan" yang ditulis tahun 2002 untuk memulakan penulisan buku dahulu... 


-----------


Malangnya saya masih tidak dapat menulis. Fikiran saya buntu. Kepala saya dah sendat agaknya kerana terlalu banyak berfikir. Memang saya ada bermacam-macam idea dan isi tapi saya tak tahu kat mana nak mula. Keadaan saya adalah seperti hendak membersihkan rumah yang dah lama dibiarkan berselerak. Mana nak mula dulu? Nak cuci toilet dulu ke, nak sapu ruang tamu atau atur bilik tidur ke. Dapur pun kotor, dinding bersawang, semua almari pulak berhabuk. Segala benda berselerak di sana sini. Tengok je boleh rasa lemas. 

Untuk memecah kebuntuan, saya pun main "game" yang ada dalam laptop. Sekejap main "Solitaire", sekejap "Pinball" dan sekejap "Minesweeper". 

Akhirnya saya asyik main game memanjang. Nampaknya saya perlu cara lain untuk memecah kebuntuan. Saya perlukan sentuhan ilham dan cetusan rasa. Dalam keadaan tertekan ini, saya rasa hanya kediaman Pak Habib di Janda Baik sahaja yang mampu menggerakkan minda. Cuma rasa segan pula hendak berjumpa dengannya kerana saya telah berjanji dengan diri saya yang saya akan mengemukakan sekurang-kurangnya satu bab untuk tatapan Pak Habib bila kami bertemu lagi. 

Jadi saya terus melekat di rumah dengan game laptop. Sesekali sahaja saya keluar untuk berjumpa kawan-kawan atau makan angin dengan harapan ilham akan datang. 

Tunggu punya tunggu sampailah Kuala Lumpur mula berjerebu. Kepala saya semakin sesak sedangkan perlumbaan Formula 1 di Sepang pun dah hampir nak sampai. Teringat saya kepada saat-saat manis meliputi perlumbaan besar ini pada tahun-tahun yang sudah semasa masih bekerja di New Straits Times. Sentimental pulak rasanya. Apapun. dah dekat dua bulan kerja saya terbengkalai sejak saya memberitahu Pak Habib rancangan untuk menulis buku ini. Akhirnya nak tak nak, saya rasa saya mesti pergi ke Janda Baik untuk memecah kebuntuan. Lagipun udara dan cuaca di sana jauh lebih baik dari di Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah, saya mendapat sedikit kekuatan dalaman bila Maal Hijrah tiba. Mungkin Tuhan hendak membangkitkan semangat saya seiring dengan tahun baru Islam. Untuk melepaskan nostalgia, saya menghabiskan hari Ahad di bandar kerana hendak mengikuti perlumbaan Formula 1 di layar besar Dataran Merdeka. Selepas tahu siapa yang menang, baru saya menelefon Pak Habib memberitahu yang saya akan datang ke Janda Baik pada hari Isnin untuk berehat seminggu. Mula-mula dia tanya berapa orang saya nak bawak. Saya jawab saya datang seorang sahaja. Lepas tu dia tanya saya nak datang "for business or pleasure?". Saya jawab dua-dua sekali dan saya akan bawa laptop. Dia pun faham saya nak buat kerja. Sampai masanya saya pun bergegas dengan motosikal kesayangan saya menuju ke Pahang.

Sebaik saja masuk ke kawasan Janda Baik melalui persimpangan di Genting Sempah yang juga bercabang ke pusat percutian dan perjudian Genting Highlands, saya terus merasa perubahan. Udara yang segar nyaman dan latar-belakang kehijauan bukit-bukau dan gunung-ganang memberi harapan yang kali ini saya akan dapat memulakan penulisan buku yang saya idam-idamkan. Rumah Pak Habib dengan taman yang indah dan sungai yang mengalir di sebelah pula semakin membangkitkan semangat. Keadaan di sana memang menenangkan menyebabkan saya sering termenung jauh merenungi kebesaran Tuhan. 

Tetapi saya masih tidak dapat memulakan kerja. Memang saya rasa jauh lebih tenang di sini tetapi bukan senang nak tulis buku lebih-lebih lagi yang mengetengahkan mesej yang agak berat. Perkara mana yang hendak dikedepankan dulu pun saya masih tak tahu. Adakah saya nak terus cerita pasal komplot Zionis, apa yang tak kena dengan peristiwa September 11 atau nak mulakan dengan sedikit latar-belakang berdasarkan sumber-sumber tertentu. Ah... saya buntu lagi. 

Nak tak nak saya terpaksa akur dengan keadaan. Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya pun membuat keputusan untuk "enjoy the moment". Lupakan niat untuk menulis buat sementara dan terima keadaan seadanya. Hirup udara segar, mandi sungai, jalan kaki ayam keliling taman, pusing kampung jumpa kawan-kawan yang menetap di sana. Ada masa saya melepak di istana lama yang dibawa dari Perak tidak jauh dari persimpangan di sebelah Sungai Sum-sum kerana saya memang suka rumah lama dengan ukiran-ukirannya. Saya rasa macam rumah sendiri pulak. Mungkin pasal salasilah keluarga sebelah bapa saya yang baru kebelakangan ini saya ambil tahu. Apapun. saya rasa saya tak boleh paksa diri saya menulis kerana masih ada lagi kekusutan yang belum terurai. 

Pak Habib yang selalu berurusan di Lembah Klang sampai dua hari kemudiannya dengan seorang wartawan akhbar tabloid. Ayat yang pertama keluar dari mulutnya ialah "Buku dah siap?" Perasaan malu mula bersarang di hati saya. Saya cuma boleh menjawab: "Idea semua ada dalam kepala tapi tak dapat keluarlah Pak Habib. Banyak problem." 

Dia mengangguk. "Biasa lah tu, kalau tak takde problem bukan manusia namanya," katanya sebelum memperkenalkan saya dengan wartawan di sebelahnya yang juga seorang jurugambar. Nasib baik juga Pak Habib ni sporting. Kalau tak, boleh tergugat jugak semangat saya untuk menulis. Memandangkan dia ada urusan, saya pun meninggalkan mereka. Lagipun saya ingin berjumpa beberapa orang kawan untuk berbual. Inilah salah satu cara saya cuba menguraikan kekusutan. 

Setelah termangu lagi sehari, saya pun bertekad untuk memulakan penulisan. Ketika itu dah nak masuk malam Jumaat sedangkan saya sampai di sini pada hari Isnin. Kali ini saya rasa saya mesti menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tak kiralah walaupun idea yang merapu. 

Dengan izin Allah, saya mendapat cetusan rasa yang berguna sebelum matahari terbenam. Saya terfikir pasal kesanggupan Pak Habib memberi saya menggunakan kediamannya untuk mencari sentuhan dan sungai yang mengalir indah di depan. Bukan semua orang akan membenarkan kita tidur di rumah mereka jika baru berkenalan dan bukan semua orang ada rumah dan taman seindah kepunyaan Pak Habib, dengan sungai mengalir betul-betul di tepi rumah pulak tu. Bukan semua orang sanggup mendengar rintihan kita dengan jujur dan bukan semua orang yang sanggup mendengar mampu pula memahami. 

Saya gunakan ini untuk meluahkan perasaan. Selama ini, penulisan saya tersekat kerana beban emosi yang amat berat. Jadi pertolongan Pak Habib sedikit sebanyak mula membuka jalan. Akhirnya malam itu menyaksikan saya menggunakan laptop dengan produktif setelah empat hari ia "berehat" di dalam beg sandang. Itupun sikit punya lama saya nak dapatkan tiga perenggan pertama. Sesekali saya diganggu oleh bau bungaan wangi yang dibawa angin dan rasa seram-seram sejuk dengan bulu roma meremang. Maklumlah, malam Jumaat. Dekat hutan pergunungan pulak tu. Memang kawasan Janda Baik ni banyak makhluk halus tapi mengikut kata orang kebanyakannya jenis yang baik. 

Alhamdulillah, penulisan saya menjadi semakin lancar selepas waktu Isyak. Bab ini lah hasilnya. Cuma ketika itu saya menulis tidak sampai ke perenggan ini. Walaupun saya tidak pasti samada ia akan jadi mukadimah, bab permulaan atau pertengahan buku kerana saya mengikut "flow" dan gerak hati semata-mata, saya puas hati dengan gaya penulisan dan cerita yang mengalir keluar. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya menentukan tempo yang sesuai untuk menulis buku ini. Ia seolah-olah "groundwork" yang diperlukan untuk membuat sebuah bangunan. Kerja-kerja "foundation" lah memakan masa paling lama tetapi bila selesai bab ini, bangunan semakin mudah disiapkan dari tingkat ke tingkat.

Saya terus menulis sehingga kepenatan, sakit kepala dan rasa mengantuk memaksa saya berhenti. Lagipun dah larut malam, dah lebih pukul 3 pagi. Dapatlah dekat sepuluh perenggan. Lepas sembahyang, saya pun tidur dengan niat nak sambung menulis di pagi Jumaat. 

Tetapi lagi sekali, manusia boleh merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Saya bangun tidur dengan rasa berat kepala yang amat sangat memaksa saya menunda niat saya. Kalau ikutkan hati memang saya nak tidur lagi tetapi saya nak biasakan bangun pagi setelah lama terbiasa tidur panjang dan tak tentu masa. 

Untuk melawan rasa mengantuk dan berat kepala yang amat sangat, saya bertukar pakaian ke seluar pendek sahaja dan pergi berlari-lari anak keliling padang yang terletak betul-betul di depan bilik tidur. Penjaga rumah yang juga anak angkat Pak Habib tersenyum melihat gelagat saya. Sesekali saya berhenti untuk mengamati dan menghidu bunga yang bermacam-macam jenis. Bila dah jemu, saya pergi duduk bercangkung di tepi sungai melihat air mengalir. Sedar tak sedar saya dah merayap sampai ke hulu. Bila saya balik ke kediaman Pak Habib dah hampir waktu solat Jumaat. Bila keluar solat di masjid terserempak pula dengan kawan-kawan. Langsung hari itu dihabiskan tanpa membuat sebarang penulisan. 

Saya cuma dapat menyambung usaha saya pada malam Sabtu selepas pukul 9 malam. Walaupun kepala saya masih terasa agak berat, mungkin kerana disebabkan perubahan cuaca setelah lama kepanasan di Kuala Lumpur menghidu jerebu, ditambah usaha saya untuk mengurangkan tidur dan bangun Subuh setiap hari, saya memaksa juga diri untuk menulis. Pak Habib kata kepala saya juga berat disebabkan "brain drain" kerana saya lama tak menulis dan cuba pula menulis buku pertama. Kata orang putih "a maiden effort". Usaha yang pertama. "Maiden" tu maknanya anak dara, tak de kena mengena dengan supermarket Mydin. Mungkin ada kena mengena dengan kumpulan rock Iron Maiden. "Maiden effort" ni lebih kurang macam malam pertama le. Mula-mula sakit. Lepas tu tak payah ceritalah, engine dah "break-in". 

Dengan kuasa Allah "flow" datang mencurah-mencurah. Kebetulan malam tu hujan lebat selebat-lebatnya, paling lebat sejak saya mula bertandang ke Janda Baik, mungkin disebabkan siang tadi terlebih panas. Saya teringat kata-kata Pak Habib pagi tadi. Katanya Janda Baik yang terletak lebih dari 1,000 kaki di atas paras laut tidak pernah sepanas ini. Mungkin pasal pilihanraya Ketari, pasal ramai manusia bawak dosa masuk kawasan ni. Hmm... pasal hal ni mungkin saya boleh sentuh dalam satu bab kerana peranan Yahudi dalam menentukan arah politik dunia dan akibatnya kepada orang yang terlibat termasuk di negara kita sendiri adalah salah satu topik yang ingin saya ketengahkan nanti dalam buku ini. 

Apapun, bab ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan jalan yang perlu diambil untuk menyiapkan buku ini semakin terang. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah tidak mudah untuk menulis buku ini kerana ia bukan sebarang buku. Ia adalah satu pendedahan mengenai apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di pentas dunia, juga di Malaysia terutama dalam konteks Peristiwa September 11 di New York. Ini bukan cerita berita harian atau buku fiksyen tetapi pengamatan melalui pengalaman hidup, pengkajian yang meluas dalam pelbagai bidang ilmu dan gerak hati yang diasah melalui ilmu Laduni kurniaan Tuhan. Rancangan Zionis untuk menakluki dunia bukan perkara main-main, bukan cerita yang dibuat-buat. Malah Henry Ford, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kereta Ford sendiri pernah menulis rangkaian artikel-artikel yang akhirnya dibukukan atas tajuk "The International Jews" kerana dia sedar mengenai rancangan ini. Tetapi Henry Ford menulis pada tahun 1920an, tidak lama selepas perang dunia pertama yang merupakan perang besar pertama daripada siri tiga perang dunia yang telah dirancang oleh pihak Zionis sejak abad ke 18 lagi. Lagipun Ford menulis menurut perspektif seorang Kristian dan rakyat Amerika. Tulisannya lebih menyentuh tentang bahaya pengaruh Yahudi di persada politik, dan perniagaan Amerika pada waktu itu kerana dia sendiri telah merasa kesannya. 

Melalui buku ini saya akan membawa isu konspirasi Yahudi ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pengaruhnya ke atas sejarah Nusantara dan seterusnya kepada keadaan politik di Malaysia sendiri. Saya akan mendedahkan bagaimana Zionis telah merosakkan fikiran manusia, terutama orang Islam supaya berpecah-belah dan mudah dipengaruhi dan diperintah melalui berbagai-bagai wadah seperti politik, pelajaran, hiburan, sistem kewangan, korupsi dalam agama, dan yang paling utama di zaman ini, pengaruh media massa demi untuk mencapai matlamat utama mereka - menakluki seluruh dunia seperti yang mereka rasa mereka patut buat kononnya atas ajaran yang dibawa kitab Taurat. 

Ingat, ini bukan cerita sebarang tetapi cerita mengenai peristiwa akhir zaman dan penyelewengan yang berlaku di merata dunia dalam berbagai-bagai bidang. Jangan terperanjat jika anda terjumpa cerita mengenai Dajjal dan Imam Mahdi. Ia disertakan bersama kerana perkara ini memang wujud dan tujuan utama buku ini adalah untuk membuka mata masyarakat supaya jangan terperanjat jika perang dunia ketiga berlaku di depan mata tidak lama lagi. Bersedialah untuk kemungkinan ini berlaku kerana ini bukan omong-omong kosong. Bacalah dengan hati terbuka dan jiwa yang insaf. Amin.


Susahnya nak berjuang! Sambungan ke 2 artikel permulaan 2002 tadi...

Sambungan daripada posting sebelumnya... Sekali lagi ingat! Pandangan saya tentang individu tertentu yang disebut dalam artikel ini telah jauh berubah walaupun saya masih menghormatinya sebagai seorang tua yang telah memberi banyak pengajaran kepada saya. OK, ini sambungannya...


-----------------


Dipendekkan cerita, semakin lama saya dapati usaha saya untuk mengetengahkan peradaban tinggi melalui penulisan sukan semaking terhalang. Semakin lama, semakin banyak artikel dipotong tinggal tulang. Alasan yang diberi oleh bos ialah ruang di akhbar tidak mencukupi untuk memuatkan tulisan saya sedang ada penulis lain yang dibenarkan menulis berjela-jela walaupun isinya tak seberapa. Apa yang saya nampak, ada usaha untuk mengurangkan pengaruh saya kerana tulisan saya telah mendapat tempat di hati sesetengah pembaca yang juga terdiri dari orang-orang berpengaruh di persada politik dan perniagaan tanah air. Yang pasti memang ada yang tidak menyenangi tulisan saya atau keakraban saya dengan sesetengah orang-orang ternama. Malah seorang wartawan lama yang saya anggap kawan rapat pernah menuduh saya cuma ingin bergaul dengan orang "besar-besar" sahaja kerana kepentingan peribadi atau mencari imbuhan tertentu. 

Hati saya benar-benar terguris. Nampaknya niat saya untuk mengetengahkan satu wawasan yang murni tidak bermakna langsung pada orang seperti itu. Kalau orang yang saya anggap kawan rapat boleh merasa begini apatah lagi orang yang memang dah terang-terangan nampak iri hati dan tercabar dengan cara saya bekerja dan tahap penulisan saya. Masyaallah. Berhari-berhari saya menangis meminta hidayah dan kekuatan dari Allah. Baru saya faham macam-mana orang yang ingin memperjuangkan kebenaran boleh dituduh macam-macam oleh orang yang tak faham atau buat-buat tak faham. Sampai satu peringkat, saya rasa betul-betul patah hati dengan keadaan. Saya masih boleh tahan difitnah dan dituduh macam-macam tetapi bila artikel saya asyik dipotong atau tidak diterima, apa lagi patut saya buat kerana itulah wadah perjuangan saya. 

Walaupun begitu, saya masih lagi cuba bertahan. Sampailah peristiwa September 11 di New York. Saya rasakan ia sebagai tanda besar bermulanya zaman fitnah seperti yang pernah saya baca dalam sesetengah kitab. Sebagai orang yang mempunyai kecenderungan kepada bidang Tasauf dan percaya pada gerak hati, saya merasakan bahawa perjuangan yang jujur buat masa ini akan lebih mendatangkan kesedihan atau "heart-break". Bayangkanlah tiap-tiap hari selama lima tahun sebagai wartawan saya berfikir berat macam-mana nak membawa wawasan dan impian saya melalui penulisan dengan halangan-halangan yang ada dan ruangan dalam akhbar yang sempit. Memang saya rasa penat. Tetapi disebabkan ketika itu saya masih diperlukan untuk meliputi sukan-sukan tertentu dalan Sukan Sea, saya ketepikan dahulu perasaan. 

Selesai sahaja Sukan Sea, saya mula rasa berat untuk bekerja. Sudahlah saya selalu terpaksa meninggalkan rumah untuk memenuhi tuntutan pekerjaan dan wawasan yang tidak kira masa, usaha saya tidak begitu dipedulikan di tempat kerja sendiri. Mungkin lebih elok kalau saya ikut sahaja rentak orang lain, "play-safe", gaji tetap jalan dan gaji saya memang agak lumayan tetapi saya lebih rela mati dari berkerja semata-mata untuk cari makan. Sebab itu sampai satu masa, saya tidak pergi kerja selama beberapa hari dan tidak mahu menjawab bila diberi surat tunjuk sebab. Saya betul-betul rasa hilang semangat dan disia-siakan.. Kalau orang yang terlibat benar-benar jujur mahu memahami masalah saya, mereka boleh bersemuka dan bertanya cerita yang sebenarnya. Malah saya telah mengemukakan alasan saya dalam satu surat yang saya utarakan kepada beberapa pihak untuk memohon ditukarkan ke bahagian lain. Sebaliknya saya dipecat 24 jam atas arahan pihak yang paling atas! Kalau ikut aturan biasa, saya patut dikenakan tindakan disiplin dahulu sebelum tindakan lain menyusul tapi mereka yang terlibat nampaknya tidak peduli langsung sumbangan saya selama beberapa tahun. Pampasan, walhal gaji sebulan pun tak bagi. 

Apapun bukan susah sangat saya nak cari kerja lain. Tapi saya rasa serik bekerja di bawah orang. Saya sedar lebih banyak orang yang mementingkan perut dan ego sendiri dari memperjuangkan kebenaran. Dan mereka ini senang rasa tercabar bila kita menunjukkan sedikit kelebihan. Rasanya lebih elok saya bekerja secara "freelance". 

Sebab itu saya tergerak nak jumpa Pak Habib. Walaupun ada orang menganggap beliau tidak lebih dari penulis upahan dan orang yang menggunakan pena untuk kepentingan diri, hati kecil saya berkata saya akan menjumpai kesesuaian dengannya. Yalah, saya pun pernah dituduh cuba berbaik-baik dengan orang besar untuk mencapai kesenangan walaupun saya beria-ia menghad pergaulan saya atau "keep a distance" supaya tidak melanggar prinsip saya yang tak mahu terlibat dengan budaya "I scratch your back you scratch my back". 

Apa-apa pun saya mesti jumpa orangnya dulu. Tengok dengan mata kepala sendiri, dengar apa yang dia kata sebelum membuat apa- apa penilaian. Alhamdulillah, Pak Habib yang selalu sibuk dapat dihubungi pada hari itu. Anak saudaranya yang bergiat dalam dunia lakonan telah membawa beberapa kawan seangkatannya menemani saya untuk bertemu dengan beliau di kediamannya di Janda Baik. Dia pula sanggup bergegas dari Kuala Lumpur untuk menemui kami. Di situ saya dapat melihat yang Pak Habib ni agak "simple" orangnya dan sanggup menolong orang. Gerak hati saya menyatakan memang kami boleh "click". Dan memang pun. Seperti saya, beliau juga cenderung kepada pengajian Tasauf dan tidak suka menonjolkan kepercayaan kuat pada agama melalui pakaian dan sifat luaran. Ah, memang kami boleh geng. Cuma disebabkan kawan-kawan yang ada ketika itu kurang cenderung dalam hal ini, saya terpaksa mengekang keinginan untuk berbual mengenai ilmu Hakikat sehinggalah yang lain-lain balik meninggalkan kami bersendirian. 

Apa yang pasti, Pak Habib pada saya bukanlah seperti digambarkan sesetengah orang. Saya bukan mengharapkan pertolongan sangat, cuma seseorang yang boleh diajak berbual perkara-perkara yang jarang dapat dibincang dengan orang lain dengan jujur. Beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami tekanan yang saya hadapi di New Straits Times malah beliau menggalakkan saya terus berpegang pada prinsip dan wawasan yang ingin saya bawa. Apa orang lain nak kata, katalah. Yang penting Tuhan tahu niat kita. Pak Habib juga memberi semangat untuk saya menjadi penulis bebas tanpa gaji tetap. 

"Engkau kena hidup macam harimau. Jalan sana sini tak payah bawak bekal hidup makan daging jugak," katanya. "Jangan jadi lembu dalam kandang nak orang bagi makan memanjang last-last orang makan. Tengok macam aku dah tulis macam-macam buku boleh hidup jugak. Rezeki di tangan Allah. Jangan nak hidup makan gaji je." 

Pada Pak Habib lah saya menceritakan rancangan saya untuk menulis sebuah buku mengenai komplot golongan Zionis untuk menakluki dunia. Walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama diperkatakan orang seperti cerita-cerita tentang golongan Freemason yang pernah kecoh satu masa dahulu, saya rasa baru sekarang perkara ini menjadi begitu nyata susulan peristiwa September 11. Tetapi pada masa itu, saya tidak beritahu Pak Habib kenapa saya rasa begitu terpanggil untuk menulis buku ini. Ini disebabkan ia ada kena mengena dengan sebuah mimpi yang saya lalui lebih kurang sebulan sebelum World Trade Centre di New York itu roboh. Tak perlulah saya ceritakan tentang mimpi itu kerana isinya sangat berat dan ada kena-mengena dengan salasilah keturunan saya. Cukuplah kalau saya katakan ia juga ada kena mengena dengan apa yang berlaku di persada dunia kebelakangan ini menyebabkan saya tidak nyenyak tidur selama beberapa bulan kerana asyik mengkaji dan berfikir cerita-cerita berkenaan rancangan Zionis dari pelbagai sumber . 

Sekembali ke Kuala Lumpur, saya terus mengatur langkah untuk memulakan penulisan. Kebanyakan isi sudah saya kumpulkan tetapi saya tiada alat untuk menulis. Saya memerlukan sebuah komputer laptop sendiri kerana komputer kegunaan saya dahulu telah dipulangkan ke New Straits Times. Nasib baik ada skim membeli komputer KWSP. Semasa saya menguruskan pembelian komputer, terserempak pula dengan Pak Habib di Plaza Pekeliling. Dia tanya bila saya hendak mulakan buku. Saya jawab sebaik saja dapat laptop, dalam masa sebulan gitu. 

Tapi balik saja ke rumah, jiwa saya meronta-ronta hendak memulakan penulisan. Hampir setiap malam saya terfikirkan isi dan gaya cerita yang ingin saya ketengahkan. Sampai satu malam, saya tidak dapat tidur langsung kerana terlalu gelisah. Akhirnya saya bergegas ke rumah saudara di Damansara Heights, tidak jauh dari rumah saya di Segambut kerana hendak menggunakan komputer di sana. Walaupun saya datang awal Subuh, ibu saudara saya tidak berapa kisah kerana sudah faham perangai saya. Saya kata saya dah tak tahan nak menulis dan terus memulakan mukaddimah dengan semangat berkobar-kobar sampai tak ingat makan dan minum. Sedar-sedar dah masuk waktu Asar. Saya telah menulis satu bab penuh selain dari mukadimah. Sayangnya, bila saya baca dan teliti balik, aturan isi dan gaya bahasa yang tercoret tidak seperti yang saya inginkan. 

Masa itulah saya sedar bukan senang nak tulis buku. Mood mesti betul. Semangat yang berkobar-kobar dengan segala bahan yang ada sebenarnya belum mencukupi . Keluarga pula asyik bertanya bila saya nak cari kerja tetap kerana kurang yakin dengan keputusan saya untuk jadi penulis bebas. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan tumpuan menyebabkan saya tidak dapat menyampaikan isi dengan cara yang terbaik. 

Sebenarnya bukan saya tidak ingin bekerja langsung. Cuma saya perlu berfikir panjang kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Semangat saya untuk mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia tetap berkobar-kobar tapi saya sedar kebanyakan orang tidak dapat memahami hal ini. Mereka lebih mementingkan periuk nasi dari prinsip yang betul. Kalau ikutkan tak susah saya nak dapat kerja. Saya ada kelulusan tinggi di samping pengalaman yang berguna. Saya juga mempunyai banyak kenalan berpangkat tinggi di merata tempat. Tapi apa bezanya saya dengan orang lain yang menyalah-gunakan kedudukan atau bersifat kroni jika saya menggunakan kelebihan ini sewenang-wenangnya. Prinsip adalah penting bagi saya. 

Walau apapun, saya pernah mencuba mencari peluang pekerjaan lagi di New Straits Times selepas lebih empat bulan meninggalkannya. Saya ke sana untuk mencari ruang menulis dari luar kerana masih sayangkan akhbar itu. Maklumlah saya membesar dan belajar bahasa Inggeris dengan membaca NST. Saya ada "sentimental attachement". Janggal dan berat rasanya hendak menulis di tempat lain walaupun saya pernah ditawarkan untuk berbuat begitu. Oleh kerana ramai yang mengenali saya di NST, tidak susah untuk saya mendapat persetujuan untuk menulis sebagai "contributor" untuk ruangan-ruangan tertentu. 

Tetapi sebaik sahaja keluar kawasan pejabat, saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan. Katanya saya sepatutnya tidak boleh berada di situ. Saya telah diharamkan dari memasuki lingkungan pagar NST atas arahan orang yang paling atas. Orang luar pun boleh masuk sampai ke ruang menunggu tapi saya yang pernah berkhidmat selama lima tahun dan mengenali hampir seluruh pelusuk warga kerja di sana boleh diharamkan dari memasuki kawasan pagar. Sampai begitu sekali! Kalau macam ni takda peluang lah saya nak menulis di NST lagi. Kalau saya cuba pun saya tahu artikel saya takkan keluar jika diveto bos yang paling besar. Tak kiralah artikel tu bagus macam-mana pun. 

Saya pun bertekad untuk memberi sepenuh penumpuan kepada penulisan buku ini. Mungkin satu hari nanti saya akan tergerak untuk menulis di akhbar lain ataupun majalah. Kawan-kawan di bidang seni pula ada bertanya jika saya ingin menulis skrip drama atau lirik lagu. 

Tidak lama kemudian laptop saya pun sampai, dikirim oleh Pos Malaysia ke rumah. Akhirnya saya boleh memulakan penulisan ini setelah lebih sebulan bermain-main dengan berbagai gaya bahasa dan jalan cerita di fikiran tanpa mencoretnya secara hitam putih. Selepas meng"install" apa yang patut, saya pun membuka perisian "WordPad" untuk memulakan cerita.



Permulaan - Satu percubaan menulis buku tahun 2002

Assalamualaikum. Malam semalam, semasa meneliti beberapa fail lama dalam komputer, saya terjumpa balik beberapa artikel yang merupakan usaha awal saya untuk menulis buku pada tahun 2002, tidak lama selepas meninggalkan kerjaya sebagai wartawan di New Straits Times, usaha yang langsung tersangkut kerana masalah tertentu... Timbul pula rasa elok juga jika dapat dikongsi bersama di blogspot ini. Tetapi artikel-artikel ini agak panjang, maka saya terpaksa memecahkan ia menjadi beberapa bahagian ya... Satu peringatan... Tulisan ini dilakukan 4 tahun lalu jadi ada juga perkara yang telah berubah termasuk pandangan peribadi saya terhadap orang tertentu yang namanya ada disebut dalam tulisan ini. Tidak payahlah dipanjangkan apakah perubahan itu... Cukuplah kalau saya kata semasa itu saya masih begitu mentah terhadap realiti dunia penulisan politik dan cuba bersangka baik sentiasa, sedangkan hakikatnya ramai manusia licik di luar sana yang cukup handal menipu orang ramai atas nama agama, bangsa dan negara. Bacalah... Kebetulan nama file dalam komputer untuk artikel inipun ialah "Permulaan". Silakan! 



SUSAH PAYAH SATU PERJUANGAN 

Wadi Hussein, Janda Baik - 24 Mac 2002 

Bukan mudah untuk menghasilkan buku ini. Walaupun separuh idea-idea, pendapat dan pemerhatian yang ingin dikedepankan telah bersarang di kepala lebih dari sepuluh tahun, saya terpaksa menunggu beberapa bulan hingga mampu mengungkapkannya dalam bentuk yang sesuai untuk santapan umum. Sepatutnya saya mula menulis dalam masa sebulan setelah idea untuk mendedahkan rancangan jahat golongan Zionis yang ingin menghuru-harakan dunia demi melaksanakan rancangan akhir mereka untuk memerintah dunia tercetus sekitar hujung tahun 2001. Berdasarkan pengalaman lima tahun menjadi wartawan di New Straits Times, tidak mustahil untuk saya menghasilkan sepuluh mukasurat buku dalam satu malam jika bahan yang diperlukan sudah dikumpul. Tetapi saya tidak boleh terburu-buru. Perkara yang ingin saya ketengahkan memerlukan pemerhatian yang mendalam dan untuk menyampaikannya secara berkesan, saya tidak boleh menulis sebarangan.. 

Pada masa yang sama, saya juga sedang melalui cabaran hidup yang amat getir. Keputusan nekad untuk menjadi penulis bebas tanpa pendapatan tetap setelah lama menikmati imbuhan yang boleh tahan lumayan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh keluarga yang selama ini pun tidak dapat memahami perjuangan saya. Saya juga sedang berhadapan dengan krisis diri yang yang memerlukan saya mengenali asal-usul keluarga yang selama ini tidak pernah saya peduli dan kenali. Jika saya tidak berhati-hati, mesej yang ingin disampaikan boleh jadi kabur diselaputi emosi yang tertekan dan matlamat untuk menyedarkan mereka yang sedang leka tentang bahaya yang sedang mengancam seluruh dunia tidak akan kesampaian. 

Nasib baik masih ada manusia yang dapat menyelami perasaan dan hati budi saya. Dikala saya dihimpit pelbagai dugaan, penulis buku politik terkenal S.H.Alattas atau Pak Habib mengizinkan saya menggunakan kediamannya yang indah di Janda Baik untuk meneruskan usaha. Walaupun kami baru berkenalan, Pak Habib dengan tanpa banyak cerita terus menerima saya seperti anak kandung sendiri. Sebagai orang yang telah menghasilkan lebih 30 buah buku mengikut citarasa sendiri sejak tahun 1969, tidak susah untuk beliau memahami jiwa saya lebih-lebih lagi niat saya untuk menjadi penulis bebas yang memperjuangkan kebenaran dan peradaban tinggi. 

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa saya mesti menimbulkan perkenalan saya dengan Pak Habib. Pertama, memang saya rasa terhutang budi kerana beliau membenarkan saya mencari ilham dan duduk bermalam-malam di kediamannya. Bukan senang untuk menulis dalam keadaan emosi tertekan. Dalam aman pun seorang penulis boleh terkena "writer's block" atau rasa kepala tersekat. Ramai wartawan yang jadi gila teh tarik atau hisap rokok tak putus-putus bila kesinambungan idea terputus. Ini baru menulis artikel, belum lagi sebuah buku yang isinya jauh lebih banyak. Lainlah kalau tulis hentam keromo macam sedap mulut bercakap. Dalam keadaan begini, ilham atau cetusan rasa amat diperlukan dan kediaman Pak Habib seluas lapan ekar dengan sungai yang mengalir betul-betul sebelah rumah, taman yang indah dengan pelbagai bunga-bungaan dan udara pergunungan yang nyaman memang mampu menggerakkan minda. Itupun bukan senang kerana kekusutan yang saya hadapi betul-betul mencabar. 

Kedua, Pak Habib yang saya kenali bukanlah seorang penulis buku politik berkepentingan atau penulis upahan seperti yang digembar-gemburkan setengah orang . Malah saya yakin dia ingin memperjuangkan pemahaman Islam yang sebenar, bukan Islam kulit yang dikenali kebanyakan orang. Cuma dia memilih wadah penulisan politik untuk menyampaikan mesejnya menyebabkan dia kelihatan menyokong orang-orang tertentu pada sesuatu waktu. 

Perkara ini saya timbulkan kerana sebenarnya ramai juga orang yang pada zahirnya nampak kurang Islam seperti Pak Habib dengan rambut panjangnya yang gondrong dan cara kritikannya dan penulisan yang agak pedas tetapi sebenarnya ingin memperjuangkan yang hak. Zaman sekarang zaman fitnah di mana orang yang cuba membawa kebenaran boleh dituduh sebagai pembohong besar walhal perosak-perosak masyarakat yang bertopengkan agama dianggap mulia dan disanjung ramai. Yang untungnya golongan Zionis yang merupakan agen-agen syaitan di muka bumi. Malah inilah salah satu teknik mereka untuk memecahkan umat sejak zaman berzaman - dengan mengaburi mata orang ramai supaya kita tidak dapat mengenal siapa yang membawa hak , siapa yang membawa kebathilan. Rasulullah sendiri pernah dituduh sebagai pendusta dan tukang sihir oleh masyarakat Quraish ketika baginda mula-mula menyebarkan syariatnya di Mekah. Inikan lagi manusia seperti Pak Habib dan saya yang hidup di penghujung zaman yang penuh dengan fitnah ini. 

Saya mula berkenalan dengan Pak Habib pada awal Januari lalu. Anak saudaranya yang memahami jiwa saya telah lama mengajak saya berjumpa beliau kerana saya pernah meluahkan impian untuk mewujudkan sebuah masyarakat bertamadun tinggi di Malaysia melalui penulisan. Saya mengimpikan masyarakat seperti di Cordova semasa zaman kegemilangan Islam Sepanyol di mana tradisi ilmu yang tinggi telah mewujudkan banyak para intelektual besar tidak mengira agama termasuk ahli falsafah Yahudi Maimonides dan ahli sufi ulung Ibnu Arabi. Tetapi kerjaya saya sebagai wartawan rupanya banyak halangan. Semasa di meja berita utama New Straits Times, saya tidak berpeluang langsung mengetengahkan wawasan ini kerana saya cuma dibenarkan menulis "hard-news" iaitu berita yang bulat-bulat berdasarkan satu peristiwa atau kenyataan dari orang ramai terutama pemimpin kerajaan. Tiada ruang untuk interpretasi sendiri atau ulasan malah gaya penulisan pun dikawal ketat. 

Saya cuma mendapat sedikit peluang untuk mengetengahkan wawasan yang ingin dibawa bila saya ditukarkan ke meja sukan. Ini kerana wartawan sukan diberi sedikit kebebasan untuk mengulas sesuatu berita mengikut pengalaman dan citarasa sendiri. Walaupun ada yang menganggap meja sukan tidak begitu penting kerana beritanya lebih bersifat hiburan, sebenarnya ia lebih berkesan jika digunakan dengan cara yang betul. 

Pada mulanya saya sendiri jadi hilang punca kerana tidak tahu macam-mana saya boleh membawa wawasan saya melalui berita sukan. Selama dua tahun di meja berita utama saya tidak dapat berbuat apa-apa, apatah lagi di meja sukan yang dipandang remeh oleh kebanyakan wartawan yang menganggap sehebat-hebat wartawan ialah mereka yang dapat mengikuti Perdana Menteri Dr Mahathir ke sana-sini mengejar cerita-cerita sensasi politik. Jadi apalah sangat yang boleh dicapai oleh wartawan sukan yang banyak menghabiskan masanya di Kompleks Sukan Bukit Jalil atau Litar F1 Sepang. 

Rupa-rupanya banyak nama-nama besar dalam persada politik dan perniagaan yang menerajui atau terlibat dengan dunia sukan. Termasuklah Dr Mahathir yang suka menunggang kuda. Beliau memang ingin melihat sukan berkuda atau ekuestrian yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai hobi orang-orang kaya berkembang untuk segenap lapisan masyarakat. Dari sini saya dapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Dengan sedikit kebebasan menulis dalam berita sukan, saya cuba menerapkan nilai-nilai yang saya anggap sebagai "pre-requisite" atau syarat untuk mewujudkan tamadun tinggi ke dalam penulisan supaya dibaca oleh orang-orang berpengaruh dengan harapan mereka akan bertindak seperti yang dicadangkan demi kemajuan sukan. 

Contohnya dalam sukan bermotor. Orang yang berfikiran cetek mungkin menganggap sukan ini tidak lebih dari satu medan untuk peminat kereta atau motosikal laju memuaskan hati dengan melihat atau memecut kenderaan di litar-litar-lumba. Mereka yang berfikiran jauh sedikit pula mungkin menganggap sukan bermotor tidak lebih dari satu cabang aktiviti belia atau hiburan, tempat melepaskan "tension" untuk mereka yang terlebih aktif. 

Tetapi di Barat, sukan bermotor ini berkait rapat dengan perkembangan industri permotoran. Dalam perlumbaan Formula 1, keempat-empat tayar kereta boleh ditukar dalam masa tujuh saat. Sambil itu berliter-liter minyak dapat diisi. Kereta yang sudah hancur mampu dibaik pulih dalam masa sehari manakala kerosakan-kerosakan sederhana yang memakan masa berhari-hari untuk dibaik pulih di bengkel-bengkel biasa boleh diselesaikan dalam masa sejam. Semua ini memerlukan kemahiran kejuruteraan dan mekanikal yang tinggi. Oleh kerana seseorang memerlukan kereta atau motosikal yang paling laju dan mantap untuk menang, mereka yang terlibat akan terpanggil untuk mencipta enjin dan kenderaan yang lebih bagus. Untuk ini, kenderaan itu mesti dipandu-uji kehadnya atau dalam bahasa orang putih "pushed to the limit". Ini cuma boleh dilakukan oleh pemandu yang cekap dan berani seperti seorang pelumba. 

Dr Mahathir sebagai pelopor industri berat di Malaysia nampak semua ini. Sebab itu dia ingin kita menganjurkan perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang walaupun ada yang menganggap ianya membazir. Maklumlah, litar itu sahaja berharga hampir RM300 juta dan kos penganjuran satu perlumbaan sekitar RM50 juta. Walaupun perlumbaan ini dapat menarik tukaran matawang asing disebabkan kedatangan beribu-ribu penonton luar yang berbelanja untuk penginapan dan sebagainya ketika di Malaysia, faedah sebenarnya jauh lebih besar. Ini kerana sukan ini boleh memangkin kemajuan industri bermotor dan pembuatan kereta tempatan berpandukan teknologi terkini disamping menerapkan nilai-nilai profesional yang memerlukan kepantasan dan kecekapan. Bukan senang hendak menukar empat tayar dalam masa tujuh saat atau membaik pulih kereta yang sudah hancur dalam masa satu malam. 

Sebagai seorang yang berlatar-belakangkan pengajian sains dan teknologi dan pencinta peradaban tinggi, saya juga nampak semua ini. Oleh itu saya cuba menggalakkan sukan bermotor dengan mengetengahkan apa yang patut termasuk dari perspektif ekonomi dan teknologi, bukan semata-mata menceritakan siapa yang terlibat atau menang dalam sesuatu perlumbaan seperti yang dipraktikkan kebanyakan wartawan sukan lain. Secara tidak langsung, saya telah menggunakan pentas sukan untuk menggalakkan perkembangan teknologi tinggi, satu daripada cara-cara menuju ke arah mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia. 

Tidak lama kemudian, saya diperkenalkan kepada sukan berkuda. Mula-mula saya tidak berapa suka kerana merasakan sukan ini hanya untuk orang berada. Acara sukan ini banyak diadakan di kelab-kelab menunggang kuda yang agak eksklusif dan orang yang terlibat pun memang boleh kata semuanya dari golongan kaya belaka. Jadi saya tak nampak macam-mana sukan ini relevan dalam perjuangan saya untuk mewujudkan tamadun dan peradaban tinggi. Hinggalah saya diperkenalkan kepada satu cabang sukan berkuda yang memang sesuai untuk semua golongan iaitu "endurance riding" atau menunggang lasak. Atas permintaan dan jasa baik seorang peminat sukan ini, saya telah dibawa ke Peranchis untuk melihatnya dengan lebih dekat dan disitulah saya dapat melihat bagaimana sukan ini dapat memenafaatkan semua golongan masyarakat. Ini disebabkan ia bukan sahaja disertai oleh golongan berada malah golongan petani yang rata-rata membela kuda di ladang mereka seperti membela lembu, ayam, itik dan kambing. Selama ini jangan kata saya sahaja, boleh kata semua wartawan sukan di Malaysia termasuk para pengarang sukan menganggap sukan berkuda sebagai sukan elit yang tidak perlu diketengahkan kepada orang ramai sedangkan di negara-negara Barat, ia adalah sukan untuk semua lapisan masyarakat. 

Peminat-peminat sukan ini juga yang mengingatkan saya bahawa menunggang kuda adalah sunnah Rasulullah. Mungkin ada yang menganggap Nabi Muhammad SAW menggalakkan orang menaiki kuda kerana ia merupakan kenderaan pada zamannya, tetapi hakikatnya lebih dari itu. Seorang kenalan menceritakan bagaimana anaknya yang agak lembap mengulangkaji menjadi cerdas setelah diajar menunggang kuda. Ini disebabkan aksi menunggang itu sendiri boleh menyegarkan urat-saraf. Kenalan lain pula menceritakan bagaimana menunggang kuda boleh membangkitkan sifat-sifat khalifah dalam diri seseorang kerana kita diajar mengawal seekor binatang yang jauh lebih kuat dari kita dengan menggunakan gerakan badan. 

"Sebab itu PM suka naik kuda," katanya. "Tengok dia nampak lebih muda dari umur sebenarnya dan akalnya sentiasa cerdas". Malah mengikut kenalan yang mengetuai unit berkuda polis Putrajaya itu, menunggang kuda sama seperti berzikir kerana pergerakan kuda dengan empat kakinya itu adalah zikir Lailahai'lallah. Satu kaki untuk "La", satu untuk "ila", satu untuk "ha'il" dan kaki yang keempat untuk "Allah". 

Saya sendiri dapat merasai perbezaannya. Walaupun asalnya saya kurang berminat menunggang kuda, saya terpanggil untuk mencuba setelah diajak beberapa kali oleh polis unit berkuda di Putrajaya. Lagipun saya patut mencuba kerana selalu menulis tentang sukan berkuda. Sekurang-kurangnya saya dapat menambah pengetahuan. Hasilnya memang memuaskan. Pada kali pertama mencuba, saya tengah penat kerana banyak bekerja dan kurang rehat. Tidur tak sampai tiga jam, awal Subuh lagi dah bergegas ke Putrajaya kerana mengejar waktu yang sesuai untuk menunggang kuda. Tapi tak sampai satu minit atas kuda, badan saya rasa segar dan mata jadi cerah. 

Dari situ saya mendapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Sebagai satu sunnah Nabi dan sukan yang menyihatkan, ia mampu menerbitkan masyarakat berperadaban tinggi. Jadi sukan berkuda memang relevan untuk wawasan saya. Cuma ramai menganggap ia sukan yang mahal. Bila saya timbulkan masalah ini, baru saya diberitahu sukan berkuda sebenarnya tidaklah semahal yang digembar-gemburkan kebanyakan orang. Ya, memang ada kuda yang harganya setengah juta Ringgit seekor tetapi anda juga boleh membeli seekor kuda dengan harga RM500 sahaja, lebih murah dari motor kapchai second-hand. Cuma kos "maintenance"nya pulak tinggi disebabkan upah penjagaan kuda, makanan dan sewa tempat letak kuda di kelab-kelab, dalam RM1000 sebulan. 

Tapi bayangkan kalau kita sendiri menjaganya di tanah sendiri. Kos membela kuda boleh diturunkan seperti belanja menjaga lembu dan binatang ternakan yang lain. Malah inilah yang diamalkan di sesetengah tempat di Kelantan dan Sabah. Ada petani-petani di Kelantan yang membela kuda sejak turun-temurun sementara di Sabah ianya adalah kenderaan tradisi orang Bajau. Pada mereka, membela kuda tak jauh bezanya dari membela lembu. Inilah sebenarnya yang terjadi di negara-negara Barat seperti Peranchis menyebabkan golongan petani mampu bersaing dengan golongan berada dalam sukan berkuda. 

Menyedari keadaan ini, saya semakin bersemangat menulis artikel-artikel untuk mempromosikan sukan berkuda sambil mencadangkan cara-cara mengurangkan kos supaya ia boleh dinikmati orang ramai.

Sukan berkuda juga menemukan saya dengan orang-orang berpengaruh dari ahli perniagaan, orang politik sehingga kepada para menteri dan Perdana Menteri yang memang mahu sukan ini dikembangkan. Ini sedikit sebanyak memudahkan usaha saya untuk mewujudkan masyarakat berperadaban tinggi melalui sukan. 

Tetapi keadaan ini juga menimbulkan masalah kerana wujudnya manusia yang iri hati. Ini menjadi masalah bila orang yang iri hati termasuk mereka yang berkerja di bawah bumbung yang sama. Walaupun usaha saya mendapat sokongan sesetengah pihak, bos saya sendiri menjadi halangan. Katanya sukan ini tidak perlu diketengahkan sangat kerana ianya hanya untuk golongan elit. Dia juga lebih cenderung kepada sukan-sukan yang memang telah diterima ramai seperti bola sepak dan olahraga. Kalau betullah ini sebabnya, kenapa artikel-artikel saya mengenai sukan lain juga banyak mendapat tentangan? Salah ke saya mengetengahkan aspek-aspek ekonomi dan teknologi dalam penulisan sukan. Mungkin ini juga satu faktor yang menyebabkan saya mendapat tentangan kerana kebiasaannya berita sukan digarap dari sudut emosi dan hiburan. Tapi takkan nak main takat itu memanjang. Lagipun tulisan saya yang kritis dan analitik dapat diterima oleh banyak pihak. Tak percaya tanyalah orang yang terlibat dalam industri permotoran. Tapi kalau saya kata begini ada pulak yang marah, kata saya menunjuk dan berlagak.