Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, November 28, 2008

Projek buku masjid - Lagi, Danau Tok Uban dan Masjid Brunei Darussalam

OK. Kita sambung cerita daripada artikel Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok" yang dibuat semalam...



Setelah bertandang ke Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, saya sekali lagi pergi ke Danau Tok Uban yang terletak di antara daerah Pasir Mas dan Tanah Merah...


Seperti cerita tentang Masjid Tok Kenali dalam artikel Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok", cerita tentang lawatan terbaru ke Danau Tok Uban juga asalnya mahu dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Tetapi memandangkan blogspot itu baru sahaja menerima artikelnya yang ke 262 semalam sedangkan 262 adalah gandaan bagi nombor 131, satu nombor yang ada makna tersendiri buat saya, biarlah blogspot itu tidak ditambah lagi artikel baru buat suatu waktu.

Oh, sebenarnya selepas Masjid Tok Kenali, saya singgah lagi ke Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Lalu saya jadikan cerita lawatan itu sebagai artikel ke 262 di BERPETUALANG KE ACEH . Kemudian baru saya ke Danau Tok Uban.

Adapun saya sampai di sini bersama Shamsul dan anak-anaknya sekitar 6.30 petang. Tujuan kami ke sini dalam rangka-kerja membuat projek buku masjid adalah untuk mendapatkan gambar daripada seberang tasik ataupun danau.

Kalau ikutkan kesuntukan masa ketika itu, lebih elok lagi kami terus ke masjid yang kelihatan, Masjid Brunei Darussalam kerana ia memerlukan kami mengikut jalan lain. Tetapi saya mahu Shamsul yang baru pertama kali sampai ke sini (juga pertama kali sampai ke kebanyakan masjid yang dipilih untuk projek buku ini) untuk mendapatkan rasa betapa 'solok'nya kedudukan masjid ini.


Gambar masjid setelah menggunakan zoom. Saya mahu Shamsul mendapat rasa seperti mana saya dapat ketika pertama kali sampai ke Danau Tok Uban. Nak masuk ke situ sahaja jalan kecil sudah berbelit semacam dan cukup jauh. Tiba-tiba boleh kelihatan sebuah masjid yang agak terserlah indah... kenapa dibina masjid sebegini elok di satu tempat begitu terpencil? Rasa itulah yang boleh menerbitkan tanda-tanya yang kemudian boleh merungkai persoalan betapa pentingnya kedudukan tempat ini pada mereka yang mengetahui...


Ini adalah bot yang baru menyeberang kembali daripada Kem Danau yang terletak di sebuah pulau hampir ke seberang. Kelihatan di latar-belakang adalah Bukit Panau di dalam daerah Tanah Merah. Menurut cerita lama rakyat tempatan, Bukit Panau menjadi tempat pertapaan beberapa wali besar. Malah Hang Tuah dan saudara-saudaranya dikatakan pernah berguru kepada seorang wali bernama Sheikh Tanauddin, juga dikenali sebagai Sheikh Samman di atas bukit itu!

Cerita lama seterusnya menyebut bahawa sekitar 5 km (atau 5 batu? lebih kurang le tu) daripada Bukit Panau, terletak sebuah kota besar dipanggil kota Jiddah. Ia adalah pusat empayar Chermin yang dikatakan warisan kerajaan besar Langkasuka setelah masuk Islam. Kota ini dipercayai masih berdiri sekitar 700 tahun lalu sebelum ia hilang, kata sesetengah orang ditelan bumi.


Maka apa yang terjadi kepada kota Jiddah? Apakah sebabnya pula dibina sebuah masjid begitu megah di sekitar Danau Tok Uban ini? Apakah ia adalah tanda perkaitan dengan Jiddah?



Sayangnya kami sampai ke masjid ini selepas jam8 malam. Dah lah jalan kecil untuk sampai ke sini agak berbelit-belit, banyak pula bahagian yang pecah-pecah... kami pula beberapa kali silap masuk simpang.

Bayangkan, nak sampai ke sini pun sikit punya susah. Tiba-tiba boleh dibina pula masjid sebegini indah. Apa hal?

Yang menarik, ia dibina oleh Sultan Brunei dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan. Kenapa? Apakah untuk kompleks madrasah di situ yang juga dibiayai Sultan Brunei? Rasanya tak juga kerana madrasah itu memiliki sebuah masjid lain sekitar 300 meter dari masjid ini, masjid yang dipanggil Masjid Brunei Darussalam.



Orang-orang madrasah sendiri jarang menggunakan masjid ini. Ia cuma digunakan jika ada majlis istimewa, misalnya perhimpunan para pelajar dari luar untuk program tahfiz di bawah seliaan pelajar madrasah seperti yang kami temui dalam lawatan ini.



Jadi apa ceritanya sebenar di sebalik kewujudan masjid ini? Bacalah artikel-artikel lama yang ada... misalnya artikel Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! yang dibuat tahun lepas. Sekian... :]

No comments: