Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, June 08, 2009

"Berpetualang ke Aceh" ke udara di Radio IKIM 91.5 FM malam ini?

OK. Isteri saya baru sahaja menelefon untuk memberitahu bahawa seorang pembaca setia blogspot ini yang sudah lama 'khatam' siri buku "Berpetualang ke Aceh" baru sahaja dihubungi pihak Radio IKIM tengahari tadi untuk ditemu-ramah sedikit melalui telefon meminta pendapatnya tentang siri buku ini. Untuk pengetahuan, pihak radio ada meminta saya agar memberikan 2-3 nombor telefon orang yang dirasakan mampu mengulas isi buku ini untuk disunting bersama menjadi bahan cerita yang bakal ke udara nanti. Ini berlaku selepas rakaman dibuat di studio Radio IKIM pada hari Rabu dua minggu lepas. Sila lihat artikel-artikel di bawah ini...


Akan datang... "Berpetualang ke Aceh" di radio IKIM 91.5 FM

Berpetualang ke radio IKIM... testing, testing!

Rakaman "Berpetualang ke Aceh" di Radio IKIM in full...

Adapun pihak penerbit radio telah menyatakan akan memberitahu kami bilakah bahan yang telah disunting mereka akan ke udara nanti. Sayangnya sehingga kini kami tidak dapat berita dan tidak dapat menghubungi mereka untuk mendapatkan kepastian. Setakat kami tahu, penerbit memberitahu pembaca bahawa satu slot untuk siri buku "Berpetualang ke Aceh" (sebenarnya lebih pada buku pertama "Mencari Diri dan Erti) akan ke udara jam 9 malam. Slot itu insyaallah mengambil masa setengah jam.

Jadi kepada para pembaca sekalian, silalah masuk ke Radio IKIM di 91.5 FM pada jam 9 malam ini. Itu sahaja pesanan saya kepada semua. Selamat! :]

p/s: OK confirm. Pihak penerbit telah menghubungi isteri saya. Katanya slot untuk "Berpetualang ke Aceh" akan ke udara di Radio IKIM pada jam 9.15 malam ini. Senang nak ingat tu. 91.5 FM pada jam 9.15. Selamat mendengar...

18 comments:

awanbadai said...

Salam

Nasib baik aku baca ni kul 9.13pm.
apa cite la agaknya ... jeng jeng jeng

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Puas hati aku. Rasanya this is the best review of "Berpetualang ke Aceh" aku pernah dapat kat mana-mana. 40 + minutes of audio on national radio wooo sedangkan masa Resensi Selamat Pagi Malaysia kat RTM dulu kurang 10 minit.
Yang best tu diaorang siap baca secara puitis sedutan dari buku satu "Mencari Diri dan Erti", ada music background lagi.
Pertama kira opening Mukadimah: Kenapa berpetualang, sambung balik ngan rakaman yang dibuat Rabu 2 minggu lalu. Kemudian keluar bab pesan Nenek tentang Keramat Kuala Bidor. Sambung balik rakaman. Kemudian ada bab Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berjumpa setan dari mukasurat 161. Teringat plak hari tu aku ada masalah sikit handle video sebab terdelete gambar mahkota Sultan Malikus Saleh yang bernombor P8080161 gitu. Ada makna tu...
Rakaman pun disambung lagi kemudian diaorang baca satu bahagian dari penutup tentang camana buku "Berpetualang ke Aceh" boleh jadi.
Tak cukup tu, diaorang dapatkan komen daripada Jiwa di Sabah dan novelis Aina Emir kat sini. Masyaallah, cukup comprehensive.
Sayangnya aku tak dapat record semua. Aku record pakai hand-phone past tu dia berhenti sendiri rupanya bila masuk message. Tengok-tengok msg dari AwanBadai. Cheh!
Aku sambung balik recording. Tengok-tengok memory kat handphone tak cukup. Maka terpaksa biarkan aje le.
Pasa tu bila audio file tu aku alih masuk komputer, tengok-tengok tak bole baca sebab AMR format. Aduiii... Mintak-mintak IKIM boleh bagi audio file original untuk aku letak kat sini. OK le, aku cuba dulu convert AMR file ni pakai free download. Chalos! :]

awanbadai said...

alahai ... aku plak terlupa mau rakam pakai hset. sori la bro ... aku dah potong hang punya line ... wakakaka. Sure kau sudah hangin masa tuh.

Editing ikim.fm best gak, pandai diolah. Boosternya dari jiwa n aina emir memang ngam lah. Rasa kalo 1st time, teruja gak la nak mencari apa benda buku bka ni.

Yang baiknya, ada termasuk juga pasal komen kau pasal mendalami kebatinan islam, membersih hati.

Anyway, sori lagi sekali bro.

Radzi Sapiee said...

Hehe. No prob. Takdir Allah gak tu.
Tadi aku baru dapat convert AMR file tu jadi MP3. Kiranya dapat rekod 11.33 minute je le, itupun volume tak cantik. Aku betul-betul le harap IKIM boleh kasi audio file nanti. Sebab dulu aku mintak kat RTM kata nak bagi lepas tu tak bagi-bagi. Issshhh....

awanbadai said...

Cantik nombornya ...

Anonymous said...

Tahniah. Lama sekali kita tak berjumpa. Agaknya kali terakhir ialah di rumah Botak (Taukeh Station 21). Tahniah sekali lagi semoga saudara berjaya membongkar sejarah bangsa dan kesultanan melayu.

"The law of physic dulu dan sekarang adalah berlainan".

moktar
mok611@gmail.com

PUTERI said...

ooo...terlepas siaran..padahal malam semalam tgh on the way ke rumah pkl 9.00 tu..

apapun, tahniah...

Radzi Sapiee said...

Salam. Pada Moktar, tak pasti le yang mana satu. Kena tengok muka balik kot...

"The law of physic dulu dan sekarang adalah berlainan".

Sapa yang sebut ni? Saya sendiri ke anda atau orang lain sebab saya selalu lupa banyak mende...

To Puteri, kena tengok yang saya rekod sendiri aje le. Tapi yang kat radio tu memang best sebab dia ada baca passages daripada buku kemudian dramatise sekali... :]

Fish of Pisces @ 5th_E said...

Assalamualaikum

Sedang mendengar, siaran ulangan agaknya. Patutlah hari segala yang tidak terancang terjadi, dan tergerak hati untuk membuka IKIM.FM sepanjang perjalanan pulang dari Puncak Perdana ke PJ tadi.

Hope to get ur book SOON!

:)

Anonymous said...

SEDANG DI ULANG

Radzi Sapiee said...

Yep. Saya pun baru tahu tadi. Kakak ipar telefon isteri bagitau...

srie said...

Salam..
Baru tau pasal buku ni bila dengar kat radio IKIM..pastu terus cari kat kedai buku MBO, MPH SACC & MPH Giant Shah Alam..tapi dah takde stok..kat mana lagi nak cari?

#BTW, tahniah En Radzi kerana mempunyai semangat juang yang tinggi yang jarang ada pada Melayu sekarang!

anggun said...

Waalaikumsalam..

Bagi srie cuba cari di kedai buku (lupa lak nama kedai) tapi berhadapan KFC di Komplek Shah Alam..tapi tak sure yea stok masih ada lagi..boleh tanya kat kaunter ..

Radzi Sapiee said...

Yang depan Kentucky tu di Kompleks PKNS, MBO le tu. Takda stok lagi ke? Takpa nanti saya check tapi nanti-nanti le sebab ada banyak hal dengan minggu depan saya nak pergi Aceh.
Tak pun srie beli direct dengan saya lalu pos. Cuba baca arahannya di
Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD...

Radzi Sapiee said...

Le... kena bagi link le. Apa daa...

Pasal nak beli buku tu pegi masuk kat link ni...

http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

Anonymous said...

Salam Semua,
Alhamdulillah,dapat gak dgr review 2.Memang adaptasi pengupasan buku bka tu mmg menarik dengan runtunan emosi yg bagus tika membaca potongan2 petikan dari buku tu. Bgus2 ske sgt.Kene pula dengan ulasan Pn Aina dan Cik Jiwa tu lagilah..hehe...
Alhamdullillah segalanya berlayar dengan selesa menurut kehendakNYA.
Dah record gak pakai hp tapi memori at last full.tak espect pon lame review tu..x pe janji dpt dengar..

Semoga para pembaca baru akan dapatkan buku2 tu segera dan mulakan pencarian diri anda pula..


wasalam
@radencilik.

Mistikal Jiwa said...

salamssss .. . sebenarnya ini posting kedua nie .. .. dah siap type semua tinggal nak post at last jadi something pula ;-) .. .. takper, memang kalau nak menyentuh tengang 'aceh' akan jadi sebegini .. .. ada rahmat dan hikmah insyaAllah .. ..


alhamdulillah, review bka di ikim fm nampaknya sgt menarik sekali .. .. meskipun sy sendiri tak dapat mendengar review bka sebab on duty namun sy percaya ia memberikan impak tersendiri kpd merah silu dan pendengar juga pembaca itu sendiri .. .. ;-) .. ..


kpd abg merah silu dan kak anggun, semoga "BERPETUALANG KE ACEH" yang sedang 'bergerak' sekarang memberikan hikmah dan menyingkap rahasia yang menjadi 'buah hati' di dalam sanubari selama ini .. .. semoga bumi aceh serambi mekah yang menyimpan begitu banyak rahasia agama, melayu dan kebatinan menyambut baik kedatangan kalian .. .. yang termaktub pasti tersahut!! ;-) .. ..


sampaikan salam sy kepada bumi aceh .. .. semoga segalanya dipermudahkan dan selamat pergi dan kembali .. .. aminnnn .. ..

anggun said...

Salam semua..

Hmm..tak tau nak start dari mana..
Memang Bumi Aceh Bumi Para Wali..

Diberitahu oleh seorang ulamak di sana ketika kami mengunjungi beliau di rumahnya..beliau memberitahu ada 200 wali yang masih hidup di Bumi Aceh, Subhanallah..

Kami sempat melawat pesantren2 (sekolah pondok) yang rata mempelajari ilmu Feqah,Usuluddin dan Tasawuf. Sejuk mata melihat anak2 ini..

Maaf le buat Puteri, kami tak sempat nak ziarah Makam Tun Sri Lanang.. ini kerana kami terus pergi ke Perlak dan Lhokseumawe..lagipun program perjalanan kami telah disusun oleh Kak Ann. Itupun kami tak sangka dapat pergi ke Perlak. Terima Kasih pada Kak Ann bebanyak..

To Jiwa..tq Dek! Well doa sudah akak panjatkan untuk Adek..

p/s: Kepada semua,tunggu jerlah posting dari Merah Silu yea.. :]