Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan!
Poster terdahulu sebelum keluarnya BKA III

Poster pertama dibuat untuk promosi siri buku Jun 2007

-----------------------

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, terbit Jun 2006

Sila lihat Sinopsis BKA I

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, terbit Mei 2007

Sila lihat Sinopsis BKA II

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, terbit November 2007

Sila lihat Sinopsis BKA III

Siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini mendapat perhatian golongan pembaca yang serius dan suka berfikir sehingga ia turut disimpan di Library of Congress America dan National Library of Australia! Semak sendiri kenyataan ini di http://www2.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html dan http://catalogue.nla.gov.au/Record/4535157

Sebuah DVD perjalanan mencari sejarah menurut gerak hati bertajuk "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" telah diterbitkan Oktober 2008. Sila baca artikel pengenalan Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!. Atau lihat penerangan dengan klip video khas di artikel Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!

----------------------------

Buku-buku di atas, juga DVD boleh dibeli. Sila masuk ke sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... Untuk mereka yang berada di selatan terutama sekitar Muar, boleh hubungi Khairi Sapiee (016-6849248) atau pergi ke kedai buku City Star yang beralamat di 88, Jalan Abdullah, sebelah Maybank di tengah bandar. Untuk mereka di sekitar Pahang terutama di Raub sila hubungi Puan Rohani Arshad (017-9508549) atau Nasrizal Hamid (019-9581195, 012-9215725). Buku "Berpetualang ke Aceh" juga boleh didapati di MBO Book Centre, Kompleks PKNS Shah Alam. Sementara itu masih ada stok di sesetengah kedai buku MPH dan Popular Bookstores di seluruh Malaysia.

Ini pula adalah buku ke-empat dan terbaru saya, bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia namun saya sendiri tidak menjualnya. Sila baca artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk penerangan dan lihat side-bar kanan untuk kumpulan artikel-artikel lama yang menceritakan perjalanan serta pengalaman sebenar semasa membuat buku ini.

--------------------------------------------------

Jangan lupa... Sila lihat juga cerita-cerita terkini di blogspot-blogspot saya yang lain iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Untuk tahu apa ceritanya di atas ini, sila masuk ke sini - Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam?

Setelah membuat artikel Baru sampai ke makam Syiah Kuala yang amat terkenal itu! pada pagi Selasa 7 Julai 2009 bersamaan 14 Rejab 1430 Hijrah, terasa nak letak gambar ini pula, katanya gambar Sheikh Abdul Rauf...

Thursday, December 07, 2006

Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak

Subhanallah... Dalam kesibukan (dan keasyikan?) melayari dunia Internet serta melihat balik blogspot-blogspot saya sambil memikirkan apakah tambahan artikel yang perlu dibuat, timbul gerak untuk memaparkan kembali sebuah peristiwa bersejarah yang julungkali diadakan di Malaysia malah mana-mana jua di dunia. Peristiwa itu ialah pengembalian kembali jenazah dua orang pejuang lama Perak iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin serta Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim ke negeri tanah-tumpah darah asal mereka, berlangsung 9 September 2006.
Kedua pejuang ini telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles di perairan Afrika pada tahun 1877 akibat dituduh terlibat dalam komplot pembunuhan Residen British pertama ke Perak J.W.W. Birch (mati tahun 1875 di Pasir Salak). Turut dibuang sama adalah Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26, memerintah 1874-1877) dan Syahbandar Uda Ma'amor. Untuk makluman mereka semua bersaudara. Syahbandar dan Menteri Paduka Tuan juga merupakan menantu Laksamana.
Sultan Abdullah telah "diampunkan" British lalu sempat kembali ke Perak dan meninggal di negerinya tahun 1922 sedangkan yang lain-lain dipaksa menghabiskan sisa umur mereka masih dalam buangan tetapi di Singapura pula. Maka di sinilah timbul sedikit kekhilafan apabila ada pihak mendakwa Ngah Ibrahim sempat melarikan diri balik ke Perak dan meninggal dunia di Beruas... Lalu mereka menambah jenazah yang dibawa kembali dalam upacara ini bukanlah jenazahnya yang sebenar.
Apapun, di sini saya cuma mengenengahkan proses pengembalian jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin demi menjunjung rasa kasih dan hormat sebagai keturunan ke-5 almarhum. Gambar-gambar ini saya ambil sendiri ketika mengikuti rombongan membawa jenazah daripada Lumut di mana kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Laksamana Muhammad Amin mendarat setelah lebih sehari belayar membawa jenazah ke luar Singapura. Setelah selesai adat-istiadat penyambutan jenazah di Lumut, barulah jenazah dibawa melalui jalan lama untuk ke Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar di mana Laksamana akhirnya disemadikan kembali.
Oh... Minta maaf jika gambar kurang terang. Ini disebabkan saya telah menggunakan format GIF semasa memasukkan gambar-gambar ini on-line untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan di sebuah forum kegemaran. Malah inilah gambar yang sama, dengan komen yang sama di bawah seperti dipaparkan di forum itu lebih 2 bulan lalu... Elok juga diletakkan di blogspot ini pula supaya lebih ramai orang dapat melihatnya, Insyaallah!




Konvoi membawa jenazah Laksamana Muhammad Amin dan Ngah Ibrahim dalam perjalanan dari Lumut ke Kuala Kangsar melalui jalan lama, setelah selesai adat-istiadat sambutan oleh pihak tentera di Markas TLDM Lumut. Ketika ini, konvoi sepanjang 1.5 km itu baru berada di sekitar Sitiawan, dalam jam 10.15 pagi gitu.



Konvoi sedang melalui kawasan Masjid Jamek Kampung Kota di Beruas, hampir jam 11 pagi. Untuk makluman, tidak jauh di belakang masjid ini terletak makam-makam diraja Beruas yang mana banyak makam ditanda dengan batu nesan Aceh jenis berkepak, lebih kurang seperti batu nesan yang terdapat di makam Sultan Malikus Salih di tapak kerajaan Samudera-Pasai, Aceh, juga batu nesan di satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud di Malaysia kini iaitu makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh, Muar… Begitu juga rupa batu nesan Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah di Telok Bakong, Bota Kanan.



Konvoi sudah sampai ke simpang tiga jalan lama Lumut ke Ipoh untuk menghala ke Kuala Kangsar melalui Manong dalam pukul 11.15 gitu.



Konvoi menghampiri Kuala Kangsar. Dah dekat pukul 12 tengahari dah…



Jenazah Laksamana Muhammad Amin diusung penuh istiadat memasuki kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Waktu sekitar 12.15 tengahari gitu… Dah ramai dah orang berkumpul di sana termasuk para jemputan, kaum kerabat dan orang yang nak tumpang sama meramaikan majlis…. Kelihatan di belakang adalah bangunan makam yang menempatkan beberapa Sultan Perak daripada keluarga terdekat Sultan Idris I yang membuka Bukit Chandan awal tahun 1900an gitu…



Jenazah Laksamana Muhammad Amin sedang dibawa menghampiri bahagian kawasan makam yang menempatkan kaum kerabat yang rapat dengan Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Sultan Perak yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 bersama-sama Laksamana, Shahbandar Uda Ma’amor dan Ngah Ibrahim kerana terlibat dalam pembunuhan Residen Inggeris J.W.W. Birch tahun 1875. Kedua-dua Uda Ma’amor dan Ngah Ibrahim adalah menantu Muhammad Amin sedangkan Laksamana itu adalah saudara tiga pupu Sultan Abdullah.



Angkatan tentera laut dan para hadirin memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dimasukkan ke dalam liang-lahat yang tersedia di hadapan. Di belakang adalah sebahagian kawasan Masjid Ubudiyah di Bukit Chandan.



Para pekerja sedang mengemaskan kedudukan keranda dengan jenazah Laksamana Muhammad Amin di dalam kotak istimewa yang dibawa dari Singapura di dalamnya.



Para petugas TLDM turut bertungkus-lumus menutup liang-lahat dengan tanah merah yang disediakan sambil diperhatikan para hadirin.



Liang lahad hampir siap dikambus.



Jenazah Laksamana Muhammad Amin selamat dikebumikan di makam diraja Perak, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Hadirin pun menyambut doa selamat yang dibacakan tok imam ke siapa, lupa pulak nak check… Tak tahu pulak tentera laut boleh sambut doa pakai sebelah tangan je! Gaya doa dalam persediaan perang agaknya?



Raja dihilir Perak, Raja Jaafar dengan gaya Laksamana Raja Laut tampil ke hadapan memberi hormat sambil diperhatikan MB Perak Tajol Rosli.



Giliran Tajol Rosli pula menabur bunga dan menyiram air ke makam Laksamana Muhammad Amin… Keliling tu banyak orang istana termasuk kaum kerabat yang berkait ngan aku tapi haram sorang pun aku tak kenal kecuali sorang dua.

TAMAT!

p/s: Untuk cerita lanjut, sila klik di Laksamana kembali ke Perak

3 comments:

jeff said...

terima kasih di atas paparan ini. sejak menonton di majalah tiga sebelum ini saya tercari-cari bahan mengenai perjalanan membawa pulang jenazah almarhum dan alhamdulillah telah ditemui. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan para syuhada. Amin

Radzi Sapiee said...

No prob! :]

emilio said...

Sunday, August 30, 2009
Nai Long Kartika




TAIPING - Shukarnor Abdul Mutalib, 60, kurang senang dengan kecaman segelintir masyarakat termasuk beberapa penulis blog yang memperlekehkan niat ikhlas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32, untuk menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak.
Lebih mengecewakan beliau ialah ada pihak yang mempertikaikan asal-usulnya termasuk mendesak status kerakyatan keluarganya ditarik balik.
"Mereka mencemuh Kartika kononnya berasal dari negara jiran dan telah memalukan negara ini. Ekoran itu, kami sekeluarga telah didatangi pihak polis beberapa hari lalu bagi menyiasat latar belakang kami.
"Saya ingin tegaskan kami anak Melayu Perak jati dan merupakan keturunan Ngah Lamat iaitu bapa saudara Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang merupakan salah seorang pembesar negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membawa Kartika dan beberapa anaknya yang lain ke makam Ngah Ibrahim yang terletak di Kompleks Sejarah Matang dekat sini semalam.
Shukarnor memberitahu, beliau juga terlibat secara langsung dalam proses membawa pulang tulang-temulang Ngah Ibrahim dari Singapura ke Perak yang disempurnakan pada September 2006.
Posted by Phumingen Abdul Yadeh at 8:26 PM
Saudara Merah Silu ada kaitan dengan keluarga ini ke? Saya teringat juga kesungguhan Kartika untuk menjalani hukuman hudud sebgai contoh penegakan hukuman Islam...