Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mac 15, 2008

Ke Teluk Intan untuk menutup segala yang patut dibuat di Perak...

Allah! Walaupun terasa begitu penat dan kurang sihat, saya rasa elok juga ditamatkan cerita-cerita perjalanan Perak malam ini juga...

Maaf... Perenggan di atas ditulis malam 15 Mac sekitar jam 9, setelah selesai upload gambar-gambar yang diperlukan untuk cerita ini. Sayangnya, Cyber Cafe kecil milik seorang auntie India tempat saya menulis di sebuah kawasan perumahan di Kajang ini pula mahu ditutup awal kerana anak lelaki auntie yang menjaga kedai ini mahu keluar, katanya ada hal.
Apapun sekarang biar disambung cerita. Saya menyatakan hal ini supaya para pembaca nampak akan gerak penulisan yang dibuat terus masuk ke bahagian create post blogspot dalam real-time atau waktu sebenar, bukan penulisan yang dibuat dalam Microsoft Word dan sebagainya kemudian di copy and paste ke blogspot sebelum disiarkan untuk tatapan umum.
Cara-cara penulisan yang disebut ini berbeza... Sangat berbeza kerana jika ditulis di tempat lain, maka apa yang ditulis akan dirancang dan sering-kali para penulis akan bermain "silap mata" dengan perasaan pembaca semata-mata untuk menyajikan sesuatu yang mungkin kelihatan elok, muluk tetapi hakikatnya dibuat semata-mata untuk menaikkan ego penulis dan menggambarkan diri sebagai insan yang hebat lagi berpengetahuan dalam segala bidang...

Menulis real-time atau terus ke dalam pula bergantung pada gerak penulisan yang keluar pada sesuatu masa... Kalau penulis sedang menghadapi masalah peribadi atau kekacauan jiwa, mungkin apa yang dialami itu akan kelihatan terang kepada para pembaca... Begitu juga jika penulis sedang dalam keadaan gembira. Tetapi biasanya jarang mana-mana orang apalagi golongan penulis yang sudah mempunyai nama yang dikenali ramai mahu orang lain melihat kelemahan diri yang boleh dikupas melalui penulisan yang dilepaskan terus... Kerana lumrah manusia mahukan dirinya kelihatan hebat belaka lalu mereka pun mula bermain "silap mata"...

Sama juga yang sering kelihatan di merata forum di Internet di mana rata-rata 90 peratus orang akan sentiasa mahu menunjukkan diri mereka lebih hebat daripada yang sebenar... Lalu apabila perlu menjawab sesuatu persoalan mahupun cabaran on-line, mereka akan buat google search terlebih dahulu atau melihat koleksi maklumat yang telah dikumpulkan kemudian copy and paste mana yang patut untuk menunjukkan seolah-olah mereka cukup pandai berhujah.

Bukannya salah buat search dan copy and paste untuk menguatkan hujah. Ia sebenarnya bagus kerana menunjukkan betapa telitinya kita dalam menangani suatu perkara. Tetapi silalah mengaku anda telah mengambil bahan itu daripada tempat lain seperti yang saya selalu buat dalam mana-mana blogspot saya apabila mengambil apa-apa sedutan. Ini tidak, bercerita mahu menang sahaja... Maka itu ramai dalam dunia cyber "kelihatan kacak" seperti Brad Pitt atau cantik lagi seksi seperti Angelina Jolie... Atau kononnya hebat bersilat zahir dan batin seperti Hang Tuah selain tinggi ilmu Tasawuf seperti Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tetapi hakikatnya hampeh... Indah khabar daripada rupa sahaja...

Kalau mahu digunakan bahasa kasar, muka pecah pintu perasan handsome, badan 3G (tak payah le dihuraikan apakah maknanya ya) tetapi bercerita dalam komputer seolah-olah slim macam model catwalk... Maka itulah ramai yang tidak sanggup bersemuka di dunia luar apabila diajak bertemu tetapi lebih senang terus berangan dan mencipta ilusi mimpi di dalam dunia Cyber.

Sebab itu juga saya pernah menyebut akan ada yang bercerita ilmu Tasawuf yang tinggi-tinggi tetapi bila diajak keluar 3 hari seorang diri mengembara di tempat orang, takut pula nak buat... Tiba-tiba datang berbagai alasan kononnya mereka memang berani berbuat begitu tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sibuk dengan "tanggungjawab" kepada keluarga, tempat kerja dan sebagainya...

Saya mengajak mereka berbuat begini kerana pada saya kalau betul dah faham ilmu Tasawuf, maka kita akan yakin akan Qada' Qadar serta perancangan Allah... Selagi ajal tak sampai selagi itulah takkan mati... Tidak ada sesiapa pun yang boleh membunuh kita walaupun ketika itu kita sedang tidur nyenyak dan pedang penjahat sudah pun sampai ke tengkuk jika Allah sudah menTakdirkan umur kita masih panjang lagi.

Begitu juga soal rezeki, bukan majikan yang menentukannya. Dan Allah juga akan menyediakan jalan keluar daripada apa-apa masalah yang dialami, bagi mereka yang betul-betul Tawakal. Perkara ini semua anda akan lihat dan alami dengan mata kepala sendiri jika anda cukup berani untuk keluar meraih pengalaman, sanggup memulakan langkah perkelanaan seperti yang sering dilakukan orang-orang dahulukala sebaik sahaja tamat menuntut ilmu persilatan dan Tasawuf. Dan perkelanaan demi perkelanaan jauh di tempat orang secara lasak juga sering dilakukan oleh para Wali dan para Nabi... Sebelum mendapat perintah untuk menetap dan memakmurkan sesuatu tempat.

Tapi biasalah... Lebih banyak manusia yang kuat berangan dalam mimpi sendiri atau di alam Cyber. Pengalaman sebenar terlalu kurang atau tiada. Maka orang macam inilah yang suka menyangsikan akan pengalaman orang seperti saya yang sudah banyak kali mengambil risiko nyawa, sanggup kehilangan reputasi, keluarga, kesenangan hidup dan sebagainya untuk mengalami dan melihat sendiri akan kebesaran Tuhan dan janji-janjiNya.. Orang-orang sebegini juga yang suka menyoal akan diri saya yang suka melihat takbir mimpi. Apakah mereka kira mimpi mereka yang suka berangan-angan di hadapan komputer itu sama dengan mimpi mereka yang sanggup mengambil risiko nyawa demi mencari kebenaran yang hakiki?

OK... Jangan terasa. Saya tidak menujukan kata-kata ini pada sesiapa pun melainkan gerak penulisan yang tiba-tiba muncul... Berbalik pada cerita perjalanan di Perak ya. Sila! :]



Bersambung daripada cerita Berehat sebentar di Lumut . Setelah bermalam 2 hari di sana, malam pertama di rumah anak saudara seorang kawan, malam kedua di masjid jamek Lumut (sila lihat Masjid jamek (the main mosque) of Lumut ), saya pun menaiki bas untuk ke kampung ayah di Teluk Intan.

Di atas adalah gambar Sungai Perak diambil daripada dalam bas ketika menyeberangi jambatan menghampiri Teluk Intan. Untuk makluman, jambatan ini (lupa namanya) adalah jambatan yang paling hampir dengan Kuala Sungai Perak. Selepas itu, Sungai Perak terus mengalir sekitar 20km lagi untuk bercantum dengan Selat Melaka di sekitar Bagan Datok. Ia menjadi semakin luas sehingga di sesetengah tempat, kalau tak salah ia melebar lebih 3km!




Ini adalah bas yang saya naiki, bas bukan ekspress Mara kalau tak salah ingatan...




Ini adalah jalan daripada bandar Teluk Intan menghampiri Kampung Durian Sebatang. Saya sudah lupa samada sebelum itu saya telah turun di rumah seorang ibu saudara di Kampung Batak Rabit terlebih dahulu lalu berehat sebentar atau terus ke Teluk Intan. Yang pasti, saya mahu menutup siri perjalanan Perak dengan menziarahi beberapa tempat, kalau boleh secepat mungkin kerana saya pun dah masuk 2 minggu mengembara ketika itu... Lagi cepat selesai, lagi cepatlah saya boleh kembali ke Kuala Lumpur.




Salah satu tempat yang "wajib" saya ziarahi di Teluk Intan ialah makam Sultan Perak ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah I (memerintah 1851-1857)... Jangan confuse dengan Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Sultan Perak (memerintah 1874-1877) kemudian dibuang ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch ya... Nama mereka memang sama tetapi orang serta zaman pemerintahannya lain-lain. Malah Sultan Abdullah I ialah bapa kepada Sultan Yusuf yang memerintah Perak setelah Sultan Abdullah II dibuang negeri tahun 1877!

Terperanjat besar saya melihat keadaan makam ini ketika itu kerana dalam lawatan sebelumnya rasanya setengah tahun lalu, ia masih kelihatan begitu bersih dan terang. Oh, gambar ini diambil hari Khamis 31 Januari 2008. Keadaan makam ini yang begitu teruk, juga keadaan beberapa makam diraja lain yang turut mengalami nasib serupa telah membuat saya rasa terpanggil untuk membuat satu siri postings bertajuk "Pilihanraya Malaysia ke 12 dan makam-makam lama".

Siri postings yang mengandungi 3 bahagian itu dibuat pada hari Khamis Februari 14, sebaik sahaja tarikh pencalonan dan pembuangan undi pilihanraya diumumkan. Harapan saya, apa yang diketengahkan nanti akan sampai pada pihak yang berwajib lebih-lebih lagi kerana dalam tempoh itulah ramai yang akan terpekik-terlolong berjanji akan menunaikan pelbagai perkara... Tiba-tiba sahaja akan muncul golongan yang "perihatin" membetulkan rumah-rumah buruk dan jalanraya yang telah berlubang. Maka apa salahnya dibersihkan juga makam-makam diraja ini?

Untuk melihat lagi gambar-gambar di makam Sultan Abdullah I yang penuh bersemak, sila klik
Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3...




Hmm... Saya sudah sampai kepada penceritaan makam Raja Ahmad nun jauh di bawah sana lalu teringat bahawa di sini patut diletakkan gambar ini.

Daripada makam Sultan Abdullah I yang terletak di Kampung Durian Sebatang, saya masuk ke Kampung Terengganu di sebelah lalu keluar ke kawasan tepi sungai. Di kanan gambar ini adalah muara Sungai Bidor bertemu dengan Sungai Perak (di tengah). Di kawasan pertemuan sungai ini juga terletak kuala Sungai Tungku... Maka itu di sini adalah pertemuan 3 buah sungai.

Lain-lain gambar berkaitan telah diletakkan dalam posting Confluence of 3 rivers in Teluk Intan... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH semalam. Silalah jenguk! :]




Dan ketika itu juga teringat bahawa gambar gajah-gajah batu dalam kurungan (hehe!) yang telah disiarkan dalam posting Walking in Teluk Intan... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH (turut dibuat semalam) juga ingin dikongsi di sini... Kerana semalam, sebaik sahaja terlihat gambar ini timbul rasa satu gerak bercerita yang mahu diluahkan di blogspot ini pula.

Bukan apa, gajah-gajah batu ini mengingatkan saya pada gerak bercerita berkaitan kerajaan-kerajaan lama Beruas dan Gangganegara yang berkumandang di blogspot-blogspot saya sekitar tempoh seminggu lalu. Teringat bahawa kerajaan Gangganegara pernah diserang oleh Raja Suran daripada Hindi... Bahawa Raja Suran datang menaiki gajah besar lalu bertembung dengan pemerintah Gangganegara, Raja Gangga Shah Johan yang juga menaiki gajah besar... Hmm! :]


Ini adalah gambar sekitar Kampung Batak Rabit yang diambil keesokan harinya pagi Jumaat.




Ini adalah Sungai Batak Rabit yang mengalir masuk ke Sungai Perak...




Saya pergi menunaikan solat Jumaat di masjid lama Batak Rabit. Untuk melihat gambar-gambar masjid lama ini yang pernah diketengahkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lama dahulu sila klik Masjid lama Batak Rabit (The old mosque of Batik Rabit) ... Untuk pengetahuan, masjid ini ialah salah satu tempat yang "wajib" saya ziarahi apabila berada di Teluk Intan.





Turut "wajib" diziarahi ialah kawasan pemakaman keluarga Laksamana Raja Mahkota di sebelah masjid tadi. Kemudian saya pergi ke bandar Teluk Intan lagi. Ada lagi 2 tempat yang "wajib" saya ziarahi sekitar Teluk Intan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kepada perkataan "wajib" ini saya letak tanda quote unqoute? Baiklah, biar saya terangkan... Saya letak quote unquote ini kerana ia memang WAJIB bagi saya kerana pertalian darah serta pertalian kerohanian peribadi yang saya ada dengan tempat-tempat ini, sejarahnya serta orang-orang yang pernah menggunakan tempat-tempat ini dan dimakamkan di sana.

Tetapi saya sedar di luar sana, ramai yang suka menyoal perkara yang mereka sendiri sebenarnya jahil dan tidak tahu. Kalau menyoalkan atau bertanya dengan nada rendah diri ingin tahu, mungkin saya akan menerangkan dengan baik... Paling kurang pun saya akan menyebut "Maaf... Saya tak dapat terangkan kerana ia adalah rahsia peribadi dan keluarga."

Masalahnya adalah apabila yang bertanya ini adalah golongan "pandai" yang suka berangan-angan dalam dunia Cyber tetapi tidak sedarkan diri. Golongan yang mukanya pecah pintu tetapi suka bermain-main dengan ayat di forum-forum atau sebagainya dalam dunia Cyber untuk menggambarkan kononnya dirinya itu kacak seperti Brad Pitt atau cantik dan seksi seperti Angelina Jolie... Golongan di mana diri mereka yang dipaparkan dalam komputer kepada orang ramai berbanding hakikat rupa-paras serta peribadi mereka adalah ibarat langit dengan bumi, jauh panggang dari api...

Golongan inilah yang suka mempersoalkan, kenapa orang macam saya suka pergi ke tempat pelik-pelik. Dengan bahasa kasar mereka suka menghukum bahawa apa yang saya buat itu kononnya kerja orang keliru lagi sesat sedangkan mereka yang sebenarnya tidak faham dan tidak cuba untuk faham... Kenapa pergi ke makam-makam diraja dan dapat pula mimpi-mimpi pelik yang ada kena-mengena? Kenapa mesti buat semua ini sedangkan mereka (golongan kuat berangan tapi perasan) tak perlu pun lalui semua ini?

Kepada mereka-mereka yang suka bertanya sebegini, nasihat saya adalah cubalah belajar memahami keadaan orang lain. Jangan ingin dunia ini ditentukan oleh orang seperti kamu atau berligar di sekitar pengalaman hidup kamu sahaja... Maka kamu sangka apa yang penting adalah cuma apa yang dapat kamu lihat dan fahami... Kalau kamu tidak dapat lihat atau belum merasa, maka kamu anggap semua itu tidak wujud atau tidak penting belaka sedangkan mungkin IQ kamu itu yang sebenarnya tidak cukup tinggi lalu tidak dapat memahami...

Sebenarnya saya boleh menjawab begini sahaja pada mereka-mereka yang berfikiran begini... "Lu siapa, wa siapa!"... Kenapa saya suka pergi makam-makam lama... "Lu siapa? Ada kaitan ke dengan raja-raja? Kalau tak, senyap aje le, jangan cakap banyak... Tak sedar lagi diri tu sebenarnya bodoh... Jealous ke?"

Tetapi atas nama serta amanah zat dan darah yang mengalir dalam badan, saya lebih rela memberikan ruang untuk orang-orang yang berperangai bodoh ini supaya cuba berusaha memahami. Maka dalam bahasa lembut, begini bunyinya penerangan saya... Yang dimakamkan di sana itu adalah nenek-moyang saya... Maka sudah patutlah saya pergi menziarahinya...

Begitu juga di mana-mana, serupa juga keadaannya bagi orang biasa... Kalau di suatu tempat itu ada terletak makam ibu atau bapa kamu, tentu tidak beradab kalau kamu sudah lalu di situ tetapi tidak singgah sebentar. Kalau tidak sempat pun kerana sedang berada di dalam kereta yang meluncur laju ke tempat lain kerana ada hal, kami yang ada hubungan keluarga ini haruslah sekurang-kurangnya membuat isyarat menjenguk ke arah makam lalu menghadiahkan Al-Fatihah berserta apa-apa doa yang patut.

Bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri menyebut, orang-orang yang telah meninggal dunia itu putus segala hubungan dengan yang masih hidup kecuali 3 perkara... Salah satunya doa anak yang soleh? Maka menjadi tanggungjawab anak-cucu untuk mensejahterakan makam-makam nenek-moyangnya... Tanggungjawab anak cucu, bukan tanggungjawab mereka yang tidak ada kena-mengena. Sebab itu mereka yang tidak ada kena-mengena tidak terasa "wajib" atau terpanggil untuk menziarahi makam-makam tertentu. Harap penjelasan ini sudah cukup terang...







Ini adalah makam Sultan Perak ke 23, Sultan Jaafar Muazzam Shah (memerintah 1857-1865) dan makam Sultan Perak ke 20, Sultan Abdullah Muazzam Shah (memerintah 1825-1830). Dua-dua ada nama Muazzam... Untuk mengetahui hubungan mereka dan yang mana satu makam siapa, sila baca artikel Makam 2 Muazzam (Tombs of the 2 Muazzams) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang dibuat malam tadi.

Adapun ia tidak termasuk dalam lingkungan tempat-tempat yang saya wajib ziarahi walaupun tetap ada hubungan kekeluargaan. Lagipun ia terletak di Pulau Juar, sudah hampir ke Kampung Gajah. Tempat ini terletak sekitar 20km atau lebih daripada Teluk Intan.

Cuma itulah kali pertama saya menziarahi makam-makam ini dan seperti biasa, saya deja vu lagi... Deja vu yang kuat terutama apabila terlihat kedudukannya yang berhampiran sebuah sekolah kemudian di dalam sebuah kebun pisang...

Hmm... Mungkin juga dahulu saya tidak tergerak untuk ke sini kerana sejarah lama menunjukkan Sultan Jaafar telah merampas takhta daripada Sultan Abdullah I di Teluk Intan. Dan dalam sejarah Perak, telah banyak kali berlaku perkara serupa... Yang sedihnya, yang bergaduh semua ini adalah saudara-mara jua. Allah!

Tetapi sampai satu masa, kita anak cucu yang di bawah ini haruslah saling maaf-memaafi dan tidak menyimpan lagi dendam. Akhir zaman semakin sampai ke penghujungnya dan kita harus bersatu merapatkan saf demi menghadapi cabaran akhir zaman seraya membela ummah. Insyaallah!





Ini adalah sebuah lagi tempat yang wajib saya ziarahi di sekitar Teluk Intan. Inilah makam Raja Ahmad, moyang kepada semua kerabat diraja Perak terdekat juga semua Sultan-Sultan Perak sejak tahun 1887 (tahun kemangkatan Sultan ke 28 Perak, Sultan Yusuf anakanda Sultan Abdullah Muhamad I) sampailah sekarang.

Allah! Tiba-tiba terasa berat dan pilu yang amat sangat. Nampaknya saya harus membuat benda lain seperti bermain game minesweeper terlebih dahulu sebelum dapat menyambung.

Apapun elok juga para pembaca masuk ke artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... untuk melihat lain-lain gambar tentang makam ini dan cerita yang terdapat di dalamnya... Antaranya ialah gerak yang tiba-tiba timbul ketika itu sehingga terkeluar pula cerita tentang bagaimana gerakan Wahabi telah digunakan untuk menjatuhkan pemerintahan selama 800 tahun oleh para Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW, daripada jurai Saidina Hassan ke atas Mekah dan Madinah, bagaimana ini semua berlaku setelah kejatuhan keKhalifahan Islam di bawah kerajaan Uthmaniyah yang berpusat di Turki.

Sebentar ya... Saya harus membuat benda lain sekejap...

OK... Tadi semasa sedang sibuk bermain games minesweeper, baru saya teringat hendak memberitahu sesuatu. Tetapi biar diberitahu menurut urutan tertentu ya...

Adapun semasa meletakkan gambar makam Raja Ahmad itu di sini (diletakkan hari ini, begitu juga gambar makam Sultan Jaafar dan makam Sultan Abdullah Muazzam kerana telah dipakai di postings lain... Sekarang baru teringat, saya sepatutnya turut meletakkan gambar Sungai Bidor bertemu dengan Sungai Perak daripada posting bertajuk Confluence of 3 rivers in Teluk Intan... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk turut dikongsi di blogspot ini... Patut diletakkan selepas gambar makam Sultan Abdullah II di atas tadi... Diikuti sebuah gambar daripada posting Walking in Teluk Intan... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH yang turut dibuat semalam)... Sat...


Ya para pembaca sekalian... Nampak seperti celaru keadaannya apabila melompat-lompat membuat perkara lain ketika menulis. Tetapi sengaja saya nyatakan untuk menunjukkan proses penulisan saya yang menurut gerak hati, ikut gerak rasa ilham apa yang ingin diceritakan, dikeluarkan dan diluahkan. Kalau ada perkara yang asalnya hendak ditulis tetapi apabila siap penulisan lupa pula hendak meletakkannya, maka saya anggap tidak ada rezeki daripada Tuhan untuk berkongsi perkara tersebut. Kalau ada rezeki, mesti saya ingat atau akan timbul balik ketika dalam proses penulisan... Begitu juga keadaannya apabila saya dengan tidak sengaja boleh terpadam beberapa perenggan yang telah ditulis sekali gus... Kiranya takda "kebenaran" daripada "pihak atasan" lah itu! Setakat dibenarkan menulis untuk meluahkan rasa tetapi tidak dapat berkongsi dengan orang ramai pula...

OK... Adapun semasa meletakkan gambar Raja Ahmad, saya rasa harus menerangkan... Yang ia terletak berhampiran Sungai Terus yang pernah diwartakan Sultan Jaafar sebagai sempadan utara wilayah kekuasaan Laksamana Raja Mahkota. Raja Ahmad yang dinyatakan kerabat diraja Perak sekarang sebagai penjaga jin kerajaan di Beting Beras Basah (Kuala Sungai Perak) diberitakan ghaib setelah jatuh ke dalam Sungai Terus. Lalu dibina sebuah batu tanda berhampiran Sungai Terus, dalam jajahan Laksamana Raja Mahkota. Batu itulah yang disebut sebagai penanda makam Raja Ahmad...

Dahulu seorang bapa saudara telah mencadangkan agar saya pergi menziarahi makam ini tetapi saya tidak mahu pergi kerana menganggap Raja Ahmad berasal daripada jurai keluarga yang lain. Tetapi tidak lama selepas jasad moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin (turut dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan Abdullah II kerana dikatakan terlibat juga dalam pembunuhan J.W.W. Birch) di bawa kembali daripada Singapura ke Perak untuk ditanam semula di makam diraja Perak di Bukit Chandan 9 September 2006, timbul rasa yang kuat untuk menziarahi maka Raja Ahmad. Selepas itu baru saya sedar bahawa hubungan keluarga saya dengan beberapa keluarga diraja yang sebelum itu saya anggap musuh kerana pergaduhan nenek-moyang dahulukala terutama melibatkan takhta adalah jauh lebih rapat daripada yang disangka!

Hmm... Tadi saya mahu menyatakan 2-3 perkara lagi tetapi dengan tidak sengaja, entah bagaimana, tertekan keys yang mana, saya telah ter define semua tulisan dan gambar di sini. Lalu apabila saya menaip key seterusnya, apa yang ter define tadi semuanya hilang begitu sahaja!

Nasib baik saya bertindak pantas keluar daripada page ini, kemudian masuk ke edit post, baru masuk kembali ke dalam posting ini yang masih di dalam bentuk draft. Kalau berlengah-lengah dalam tempoh 2-3 minit sahaja (kerana mungkin terperanjat segalanya hilang lalu tak tau apakah yang patut dibuat seterusnya), nescaya page yang menjadi kosong tadi akan termaktub sebagai draft autosaved lalu hilanglah segala yang ditulis dengan penut penat-lelah ini buat selama-lamanya!



Dan akhir sekali, satu lagi tempat yang wajib saya ziarahi di sekitar Teluk Intan iaitu makam Keramat Kuala Bidor... Makam moyang utama di mana segala pencarian salasilah dan wasilah keluarga saya bermula sehingga boleh tercipta pula siri novel pengembaraan sejarah "Berpetualang ke Aceh".

Sudah! Saya sudah tidak berani bercerita lebih-lebih lagi. Takut hilang langsung segala yang mahu diceritakan seperti yang nyaris terjadi tadi. Untuk mengetahui tentang Keramat Kuala Bidor ini, bacalah postings bertajuk Keramat Kuala Bidor dan Keramat Kuala Bidor, Perlak dan konflik Sunni-Syiah: Kisah Islam awal Nusantara ... Antara postings paling awal di blogspot ini!

Untuk pengetahuan, ini adalah posting ke 259 di blogspot ini. Sekian, wassalam! :]

Nombor 55556 dan realiti sebenar kerajaan Melayu lama...


Ini adalah nombor counter jumlah pengunjung ke blogspot ini yang tertera nun jauh di bawah sana, dilihat sekitar 2 minit lalu. Awal sebelum itu, saya telah membuka Internet dan masuk ke blogspot saya ini dan ketika itu nombornya adalah sekitar 55,540 lebih begitu.
Setelah melihat sedikit apa yang dibincang di chatbox, saya pun pergi melayari website-website lain untuk melihat perkembangan terbaru negara selepas seminggu tamat Pilihanraya Malaysia ke 12. Tiba-tiba muncul rasa untuk refresh page blogspot ini... Mana tahu tiba-tiba dapat nombor 55555 pula? Kan saya ni ada gila-gila nombor dan memang nombor 55 membawa makna tertentu buat saya... Nombor yang saya sering kaitkan dengan seseorang wanita yang sangat saya sayangi tapi sudah 3 bulan tidak berhubung... Nombor yang juga terasa terkait dengan seorang lagi wanita yang hubungan kami saya rasa elok direnggangkan atas sebab-sebab tertentu.
Tengok-tengok dapat 55556 pulak. Ertinya sejurus sebelum saya refresh tadi, ada orang telah menjadi pengunjung ke 55,555 di blogspot ini tetapi ia bukanlah saya.
Apapun, terasa ingin berkongsi cerita ini di sini. Buang tebiat agaknya saya... Tu le kalau dah ada perangai gila nombor... Nasib baik tak gila nombor ekor, setakat gila melihat yang tersurat dan tersirat dalam aturan nombor...
Dalam pada itu, alang-alang sudah "terbuka" dashboard blogspot-blogspot saya untuk membuat posting ini, maka elok juga disiarkan sekali gambar-gambar serta cerita perjalanan Perak yang seterusnya.
Hmm... Tengoklah dahulu ya... Ikutkan saya terasa sangat penat dan kurang sihat ni.... Makan siang tadi pun kurang, mungkin kena makan lebih banyak sebentar lagi. Ada juga terfikir mahu menikmati sepinggan nasi goreng kerabu sebentar lagi. Ada kudrat setakat ini pun sekadar cukup untuk melihat akan sedikit apa yang berlaku di dunia Cyber-Cafe sedangkan kalau hendak menulis membuat postings, kena ada lebih semangat dan tenaga kerana memerlukan banyak masa dan konsentrasi.
Tengok dululah ya... Sementara itu, elok juga dikongsi di sini satu komen atau jawaban yang baru diletakkan tadi di thread "Berpetualang ke Aceh" di forum "rawatan alternatif" (dahulu dikenali sebagai harmonisers)... Boleh masuk di sini Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... . Cuma link itu yang ada diletakkan di sebelah kanan bawah blogspot ini akhir sekali di update ketika perbincangan di sana sampai mukasurat 303... Kini sudah sampai 308. Apapun, walaupun thread ini kurang aktif berbanding dahulu, sekurang-kurangnya ia telah dilihat orang hampir 82,000 kali.
OK... Berbalik pada komen tersebut. Seorang pembaca telah bertanya kenapa kita tidak membuat filem Melayu yang menonjolkan betapa hebatnya kerajaan-kerajaan Melayu dahulukala... Pembaca ini bertanya setelah membaca cerita daripada posting bertajuk Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar... yang dibuat di blogspot ini beberapa hari lepas kemudian di copy and paste kan ke thread itu (tanpa gambar-gambar kerana ia tidak boleh "melekat" di sana).
Dalam posting tersebut, saya ada menyebut akan angkatan Raja Suran sebanyak 12,000,000 orang pergi menyeberang kerajaan lama Gangganegara yang berpusat di Perak sekurang-kurang 1,000 tahun lalu. Jadi kenapa filem Melayu tidak boleh menonjolkan peperangan dasyat sebegitu seperti yang kita lihat dalam siri filem Lord of the Rings? Kenapa selalu kerajaan Melayu ditunjukkan begitu "sengkek" dalam fiem Melayu dengan rakyat sekitar 30 orang sahaja.
Inilah jawaban yang diletakkan 2 jam lalu di thread tersebut. Maaf ya jika ada typo error dan sebagainya. Sila! :]
------------------------------
Masalahnya orang Melayu sendiri pun tak percaya bahawa kerajaan-kerajaan Melayu tu dulu sebenarnya besar, ramai penduduk, kosmopolitan dan hebat-hebat belaka... Kita ambil contoh Melaka udah le... Bukan empayar Melaka, ambik kat Kota Melaka aje cukup... Di situ, di pasar-pasarnya para pengkaji sejarah Barat pun ada menyebut sekitar 84 buah bahasa dituturkan... Satu bahasa pun sekurang-kurang dituturkan 2 orang, kalau tak nak cakap bahasa tu dengan siapa... Ini sahaja dah menunjukkan sekurang-kurangnya ada 84 x 2 = 168 orang kat pasar Melaka ni... Inipun kira-kira mengarut... Dalam realiti kehidupan takda tempat yang ada sesuatu bahasa hidup kalau tidak terdapat 50-100 orang menuturkan bahasa itu... Kalau setakat 10 orang je cakap bahasa tu, para pengkaji sejarah takkan ambil kira untuk memasukkannya sebagai salah satu bahasa yang turut dituturkan di suaut tempat. Ini sahaja boleh digunakan untuk menunjukkan terdapat antara 50 hingga 100 orang di kali 84 bahasa atau 4,200-8,400 orang. Ini pun masih kira-kira sempit sebab bahasa Melayu itu sendiri dituturkan berjuta-juta orang sejak zaman dahulukala, belum masuk bahasa Cina, Arab dan Hindi sebab orang-orang mereka pun zaman-berzaman selalu singgah di Tanah Melayu terutama di Kota Melaka pada zaman kegemilannya... Jadi agaknya ada berapa ramai orang kat pasar Melaka? Ini baru cerita pasar sedangkan telah disebut dalam kitab Sulalatus Salatin ataupun sejarah Melayu bahawa rumah-rumah orang dahulu tak putus daripada bandar Melaka sekarang sehingga ke Jugra di Selangor... Itu ada gak 100km rumah tak putus di spenjang garisan pantai... Berapa ramai orang agaknya pernah duduk ni? Tu le... Kita selalu diperbodohkan dengan gambaran tamadun Melayu yang dhaif termasuk di dalam filem-filem Melayu. Mungkin juga disebabkan budget filem kita rendah... Alangkan filem Melayu "terhebat akhir zaman" iaitu Puteri Gunung Ledang pun menunjukkan pasar Melaka itu setakat dipenuhi kedai-kedai berupa bangsal atap daun kelapa dan nipah dengan orang yang kelihatan tak sampai pun 100 orang sedangkan budget shootingnya tertinggi setakat ini di Malaysia iaitu RM6 juta, apatah lagi filem-filem Melayu lain yang kadang-kadang budget tak sampai RM200,000 pun untuk shooting? Apakah kita kena tunggu budget filem epic style Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang memakan belanja sekurang-kuragnya US50 juta baru dapat menampilkan akan kehebatan tamadun Melayu yang sebenar? Tepuk dada tanya le selera.... Kalau tak cukup budget nak upah orang ramai masuk filem untuk menunjukkan betapa ramai penduduk dan hebatnya kota-kota Melayu dahulukala, kan boleh pakai teknologi computer CGI macam dalam filem Lord of The Rings bagi nampak hebat? Kenapa tak boleh sedangkan di Terengganu pun siap offer course computer graphic dan animation free lagi untuk menarik mat rempit dan remaja bermasalah supaya buat sesuatu yang berfaedah, tak kiralah jika ia dibuat untuk tarik undi. Sebenarnya kita boleh buat kalau nak buat. Tetapi sekali lagi, yang paling susah adalah nak bagi orang Melayu percaya balik akan kehebatan tamadun Melayu yang pernah dicemburi Barat lalu cuba mendirikannya kembali. Kota Melaka masa abad ke 15 Masihi dipanggil oleh penulis Portugis sendiri sebagai Venice of the East woo... Zaman tu, kota Venice di Italy adalah kota paling besar di seluruh Eropah. Jadi bayangkanlah hebat tak hebat...
p/s: Yang ada askar 12,000,000 orang tu Raja Suran bukannya Gangganegara. Tetapi askar Gangganegara pun boleh tahan ramai gak, kalau tidak tentu langsung tak boleh bagi tentangan...

Berehat sebentar di Lumut

Assalamualaikum semua... Dengan terluahnya cerita Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan semalam di sini dan 5 buah lagi posting di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam, boleh kata terlepas sudah hampir semua bebanan cerita yang perlu disampaikan sekitar perjalanan di Perak yang dibuat lebih sebulan lalu. Maka itu mari kita bersantai... Mari kita bersantai ke Lumut setelah tempoh beberapa hari sebelum itu asyik berhempas-pulas cuba mengupas rahsia serta sejarah lama kerajaan-kerajaan purba Beruas dan Gangganegara. Mari...


Ini adalah gambar bot kecil yang dijadikan feri untuk menyeberangi Sungai Dinding. Gambar ini diambil sebaik sahaja sampai di Lumut daripada Damar Laut di seberang.

Beberapa buah gambar turut diambil ketika dalam perjalanan menyeberangi sungai itu. Untuk melihatnya sila masuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan baca artikel Views from the ferry crossing Sungai (river of) Dinding...


Pemandangan menghala ke stesyen bas Lumut dengan tempat letak kereta bertingkat yang agak luas memenuhi ruang kanan. Di latarbelakang adalah Bukit Engku Busu setinggi sekitar 1,000 kaki... Kelihatan kecil di kiri adalah masjid jamek Lumut...


Saya berhenti di warung ini untuk makan... Nampak tak bangunan di tengah dengan ukiran seperti lidah tergantung di hujung atap? Ia adalah bangunan moden yang dijadikan sebuah pusat informasi pelancongan sambil menonjolkan sedikit seni lama Perak.

Saya telah pergi ke Lumut mungkin 20 kali setakat ini... Tetapi dalam perjalanan kali ini baru saya sedar terdapat sebuah taman perumahan moden di mana setiap rumah mempunyai ukiran begini, seperti lidah tergantung di setiap sudut bumbung!


Jalan Nakhoda Muhammad Taib dengan masjid jamek Lumut di belakang. Sedikit cerita bergambar tentang masjid ini telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid jamek (the main mosque) of Lumut ...


Ini pula adalah gambar muara Sungai Dinding dengan sebahagian Pulau Pangkor kelihatan di belakang... Beberapa gambar sekeliling bandar Lumut telah saya siarkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk And now a look around Lumut... . Sekian! :]


Jumaat, Mac 14, 2008

Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan

Assalamualaikum semua. Beberapa tahun lepas, kalau tidak salah ingatan pada tahun 2003, saya telah mendapat sebuah mimpi pelik tetapi sangat penuh bermakna. Dalam mimpi itu saya telah bertemu seorang kekasih lama, kekasih pertama yang saya betul-betul terasa ingin dibuat isteri... Kekasih yang dikenali sekitar tahun 1990 ketika saya pernah dibuang daripada kolej atas kesalahan disiplin lalu hilang minat untuk sambung belajar. Tetapi dengan dorongannya lah saya menyambung kembali pelajaran untuk ke University College of London tahun 1991 sedangkan dia pula pergi ke London School of Economics. 

Apapun kami akhirnya berpisah tahun 1997 disebabkan saya yang telah lebih intim dengan seorang wanita lain. Kami tidak pernah berpisah dengan cara yang baik sebaliknya cuma putus hubungan begitu sahaja. Saya cuma terasa kehilangan dan menyesal apabila mendapat tahu gadis ini akan bernikah dengan seorang junior saya satu kolej malah pernah setahun duduk satu bilik asrama! Kalau tak salah ingatan tahun 1998. Berbalik pada mimpi... Dalam mimpi tersebut saya dan gadis ini adalah dalam keadaan baik sepertimana kami dulu-dulu... Ketika itu kami sama-sama sedang berbaring di atas katil 2 tingkat seperti yang biasa terdapat di asrama kolej bertukar-tukar cerita... Yang peliknya, katil itu berada di dalam sebuah bilik besar yang sedang bergerak, seolah-olah ada tayar besi seperti sebuah tractor... Lebih pelik lagi, kami sedang menuju ke Aceh...


OK... Biarlah cerita mimpi ini diselang-selikan dengan cerita pengembaraan di Perak ya... Bersambung daripada posting semalam yang bertajuk Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar... . Pada penghujung posting itu (sebelum beberapa perenggan lain diikuti sedutan daripada cerita "Bercakap dengan Jin" oleh Tamar Jalis) telah diceritakan bagaimana saya telah berjalan kaki daripada Pengkalan Baru melepasi Pantai Remis lalu menyusuri tepian bukit-bukit di Segari....

Hmm... Tak payah suspense lagi le... Saya bagi cerita yang senang. Adapun saya terus berjalan dalam gelap gelita yang sesekali sedikit diterangi lampu kereta ataupun lampu daripada rumah yang jarang-jarang. Sehinggalah sampai ke sebuah stesyen minyak lalu berhenti minum sekitar jam 9...

Di situ seorang pemuda berkereta yang baru selesai mengisi minyak telah berhenti lalu menegur apabila melihat saya dengan haversack besar duduk mencangkung minum air di tepi bangunan utama stesyen. Pemuda yang mahu berkejar ke tempat kerjanya di Stesyen Janakuasa Lumut di belakang bukit-bukit Segari ini menawarkan untuk menumpangkan saya ke tempat terdekat yang ada kedai makan ataupun masjid di mana saya boleh menginap.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja mengikut ke Stesyen Janakuasa kemudian pergi ke satu tempat menghadap ke laut di mana beberapa orang pernah memberitahu, di situlah terdapat pusat sebenar kerajaan Atlantis yang masih boleh dilihat dengan mata batin... Masalahnya di sana pula tiada tempat makan kecuali di dalam Stesyen Janaeletrik yang orang luar tak boleh masuk... Dan perut saya memang sudah begitu lapar, maklumlah sudah mengembara agak jauh hari itu termasuk berjalan kaki tidak kurang 8 km!

Dipendekkan cerita, pemuda itu menurunkan di Masjid Segari. Di sana, saya boleh mandi, tidur dan pergi ke kedai-kedai makan berdekatan. Maka di situlah tidur, lalu telah dibuat sebuah cerita bertajuk Masjid (mosque of) Segari, Perak... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi... Sekarang cerita di sini pun disambung pada ketika meninggalkan masjid itu keesokannya, Selasa 29 Januari 2008...


Pandangan ke selatan keluar daripada pintu utama kawasan masjid menunjukkan Seri Manjung terletak 22km lagi hala ke sana... Letaknya berhampiran bandar Lumut, tidak jauh juga daripada bandar Sitiawan. Tetapi saya mahu pergi ke sebuah tempat di arah yang bertentangan... Sebabnya adalah berkaitan dengan mimpi yang disebut tadi...

Adapun dalam mimpi itu, saya dan kekasih lama telah menaiki bilik yang bergerak untuk ke Aceh... Tiba di suatu tempat, tiba-tiba bilik itu berhenti. Ternyata di luar sana ada ramai orang berjual-beli terutama makanan dan kuih-muih...

Kekasih lama keluar untuk singgah melihat dan memilih makanan. Saya menyusur keluar sedikit lambat lalu perhatian tertumpu kepada sebuah gerai yang ada menjual kuih-muih berupa separuh bulat, setiap satunya tertera kalimah Allah yang timbul.

Saya tergerak membeli 3 keping kuih tersebut lalu memakannya sampai habis. Kemudian kelihatan seorang pemuda yang tingginya hampir serupa saya, putih bersih menegur saya dan bekas kekasih, ke manakah kami hendak pergi. Kami menjawab mahu ke Aceh lalu pemuda ini berpesan, kalau ke Aceh, dalam perjalanan nanti singgahlah di suatu tempat... Saya tak ingat namanya tetapi ingat pesannya... Kata pemuda itu, di tempat tersebut bulannya sangat cantik!


Daripada Masjid Segari, saya berjalan sedikit menghala ke Pantai Remis sebelum dapat menumpang orang. Kalau tak salah ingatan naik motosikal untuk ke simpang menghala ke Stesyen Janakuasa Lumut di Segari. Dari sini saya berjalan sedikit sebelum dapat menumpang lori untuk pergi ke tempat yang ingin dituju. Maka eloklah kita sambung lagi akan perihal mimpi yang berlaku sekitar tahun 2003 itu...

Mendengar pesan pemuda dalam mimpi tentang sebuah tempat yang bulannya cantik dalam perjalanan hendak ke Aceh, saya pun tergerak untuk mengajaknya agar turut sama pergi ke sana... Begitu juga kekasih lama turut mengajak... Rasanya pemuda ini tahu sedikit sebanyak selok-belok perjalanan itu, elok juga jika dia ikut bersama. Tetapi pemuda ini menolak. Entah kenapa mukanya kelihatan sedih bermuram durja.

Dalam pada itu, saya dapat melihat satu pandangan intim sedang berlaku antara pemuda itu dan kekasih lama saya. Terus dapat merasakan mereka sebenarnya saling suka antara satu sama lain... Seketika itu juga saya tersenyum lalu memandang mereka. Kata saya, pergilah kamu berdua ke Aceh... Tidak mengapa, biar saya tinggal di belakang sahaja...

Lalu saya menoleh pada kekasih lama... Kata saya, saya tahu yang dia sukakan pemuda itu. Lagipun saya juga sebenarnya lebih menyayangi seorang perempuan lain dan saya sedar kekasih lama tahu tentang ini... Maka tamatlah mimpi, pergi kita pula kepada satu perjalanan realiti yang sebenar-benarnya berlaku samada tahun 2006 atau 2007. Allah, saya pula lupa...

Ketika itu saya dalam satu perjalanan mengelilingi Perak. Sudah sampai ke Pantai Remis lalu mahu ke Lumut melalui Damar Laut di mana terdapat perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Dinding. Hati pula dapat merasakan ada suatu tempat yang perlu disinggahi dalam perjalanan itu. Masalahnya tidak tahu apakah tempat itu atau di manakah ia... Cuma terletak di antara Pantai Remis dan Damar Laut.


Daripada Pantai Remis saya berjalan kaki sehingga ke hujung selatan bandar. Kemudian dapat menumpang lori sehingga ke kaki bukit-bukit Segari lalu berjalan kaki lagi sampai ke sebuah warung di sebuah kampung di kaki bukit... Oh, lama kemudian baru tahu nama kampung itu adalah Kampung Aceh. Tetapi semasa itu tidak terfikir pun hendak bertanya... Saya setakat meneliti orang-orang di warung yang dirasakan boleh diajak berbual dan menerima apa yang bakal diutarakan lalu bertanya jika ada sesuatu yang pelik atau mistik terdapat dalam perjalanan daripada Pantai Remis ke Damar Laut.

Di situlah saya mendapat tahu bahawa di lereng bukit-bukit Segari menghala selatan ke pekan Segari, terdapat sebuah istana zaman purba yang cuma boleh dilihat orang tertentu atau mereka yang bernasib baik. Saya pun mendapatkan bas lalu turun di pekan Segari... Ternyata pula di situ tidak ada apa-apa yang terasa menarik.

Lalu teringat, beberapa kilometer sebelum sampai ke pekan Segari tadi, ada terlihat simpang masuk ke kanan menghala ke laut di mana terdapat sebuah papan-tanda dengan perkataan yang pelik, tak ingat apa... Maka daripada pekan Segari saya berpatah balik berjalan kaki menghala ke simpang. Sejurus sebelum sampai ke simpang itu, terlihat sebuah warung kecil menjual ais kacang lalu berhenti untuk minum sebentar.

Di situ terdapat beberapa orang anak muda sekitar umur 17 tahun. Saya pun bertanya kepada mereka, apakah terdapat apa-apa nama pelik tertera pada papan tanda di simpang hadapan... Oh... Nasib baik perasan masa atas bas tadi, simpang itu juga menuju ke Stesyen Janakuasa Lumut.

Budak-budak tadi melihat muka masing-masing. Kemudian seorang bertanya: "Apakah yang abang maksudkan itu adalah Baitul Hilal?"... Baitul Hilal? Dalam tercengang mendengar nama pelik itu, timbul rasa untuk bertanya tempat apakah Baitul Hilal ini... Lalu seorang menjawab, di situlah tempat melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermula bulan puasa juga Hari Raya!

Seketika itu juga teringat pesanan pemuda dalam mimpi yang berlaku tahun 2003... Dalam perjalanan ke Aceh nanti singgahlah sebuah tempat yang namanya begini (lupa nama yang diberikan)... Di situ bulannya cantik! Seketika itu juga tahu saya harus ke sana...

Oh... Lupa hendak beritahu... Dalam perjalanan sebenar yang berlaku sekitar tahun 2006 atau 2007 (Hmm... Baru terasa, ia berlaku sekitar 2 tahun lalu) itu, saya telah singgah di sebuah kedai makan di Pantai Remis lalu terlihat kuih yang serupa seperti yang terdapat dalam mimpi itu! Rupa-rupanya kuih bahulu jenis yang kembang leper... Cuma bezanya dalam mimpi ada tertera kalimah Allah sedangkan dalam realitinya, yang tertera adalah bentuk ikan... Lalu saya beli dan makan 3 keping di situ juga.

Di atas adalah gambar menara utama melihat bulan di Baitul Hilal Segari, diambil dalam perjalanan terbaru yang dibuat lebih sebulan lalu sebagai sebahagian daripada siri perjalanan ke Kedah lalu bersambung ke Perak.

Yang menarik dalam konteks masa kini, nama kawasan tempat Baitul Hilal itu terletak ialah Pasir Panjang... Ingat, Menteri Besar baru Perak adalah ahli dewan undangan negeri bagi Pasir Panjang dan dia mewakili parti bulan... Fikirkan, apakah makna dan kaitan semua ini... Ceritanya telah dibuat tadi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Baitul Hilal, tempat melihat anak bulan di (the new moon viewing post in) Perak ...


Hmm... Lagi satu benda lupa nak beritahu. Adapun daripada pekan Segari mahupun bandar Pantai Remis, seseorang itu perlu mengambil jalan ke Stesyen Janakuasa untuk ke Baitul Hilal... Ada papantanda menunjukkan arah di simpang Segari/ Pantai Remis tadi kemudian beberapa kilometer ke hadapan perlu masuk jalan tanah merah ke kiri sedangkan jalanraya bertar terus berliku ke kanan untuk ke Stesyen Janakuasa...

Selepas pertama kali menziarahi Baitul Hilal pada petang sekitar 2 tahun lalu, saya tergerak pula untuk berjalan-jalan di hutan simpan Pasir Panjang yang berdekatan. Di sinilah terjumpa sesuatu yang mempunyai satu erti yang sangat besar dalam pencarian sendiri memahami diri dan erti... Di sinilah mendapat satu kepastian bahawa wasilah dan salasilah keluarga yang ditemui sejak mula menelusurinya secara serius penghujung 2001 bukan satu permainan atau angan-angan... Di sini juga saya dapat menilai sendiri yang manakah mimpi yang sekadar mainan tidur, yang manakah mimpi yang benar lagi membawa petunjuk baik yang tersurat juga yang tersirat sebagai panduan hidup ini!

Sebuah cerita bergambar tentang hutan simpan Pasir Panjang serta pantai cantik yang terdapat di sana telah disiapkan awal pagi tadi. Pantai yang tidak jauh daripada sebuah kawasan laut ini dikatakan pernah menjadi pusat asal kerajaan Atlantis, katanya masih boleh dilihat dengan mata batin sehingga kini... Ceritanya dibuat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk A walk around Pasir Panjang...


Adapun di dalam kawasan hutan simpan Pasir Panjang inilah saya mendapat tahu akan bagaimana rupanya pokok Beruas yang agak susah ingin ditemui di mana-mana sekarang, malah dikatakan telah pupus langsung dalam daerah Beruas sekarang! Menurut sebuah cerita legenda lama, pokok inilah tempat seorang putera raja daripada Aceh (sebelum ia bernama Aceh) bersandar setelah baginda dibuang negeri lalu sampai ke daerah sebelah sini... Tidak pastilah di manakah putera raja yang juga dikenali sebagai Sultan Malikul Mansur kerana pernah merajai kerajaan Samudera ini sebenar-benarnya mendarat di sebelah Perak? Apakah di sekitar kawasan ini?

Rasanya cerita tentang asal-usul Beruas dan kaitannya dengan Gangganegara tak perlulah dipanjangkan lagi di sini... Sudah pun disebut beberapa kali dalam beberapa artikel yang telah disajikan sebelum ini seperti posting Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar... di blogspot ini, juga artikel The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Di sini cukuplah jika diberitahu, disebabkan isi mimpi yang berlaku tahun 2003 maka saya boleh sampai ke Baitul Hilal tempat melihat anak bulan di Pasir Panjang... Dan daripada sanalah dapat melihat dengan mata kepala sendiri rupa pohon Beruas yang pernah menjadi tempat seorang paduka nenda berehat setelah dibuang negeri 700 tahun lalu!

Yang menariknya, semasa pertama kali sampai 2 tahun lalu siap terdapat sebuah papan tanda kecil yang menyebut itulah pokok Beruas... Dalam lawatan kali kedua yang dibuat lebih sebulan lalu, tidak kelihatan lagi papan tanda tersebut. Jika 2 tahun lalu saya berbaring di bawah pohon itu untuk berehat sambil mengenangkan apa yang berlaku 700 tahun lalu dan kaitannya dengan apa yang berlaku dalam realiti kehidupan saya sekarang, begitu juga yang dilakukan lebih sebulan lepas. Bezanya, kali ini saya berbekalkan sebuah kamera digital murah lalu dapatlah berkongsi gambar dan cerita dengan para pembaca sekalian...

Sila masuk ke blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan baca artikel The origin of the name Beruas. ... Dan lagi, perjalanan kali ini dilakukan setelah selesai menyajikan trilogi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... "Mencari Diri dan Erti" atau BKA I, "Membela Syiar yang Asal" atau BKA II dan "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III kepada khalayak ramai. Maka ia boleh dikatakan satu lawatan mengingat kembali sambil menutup satu bab peribadi dalam hidup ini...


Lagi satu, 2 tahun lalu saya sampai di sini sekitar jam 4 petang... Campur merayap-rayap di tepian pantai dan kawasan hutan simpan, selepas jam 5 baru saya keluar lalu terlihat Pusat Pengurusan Penyu ini yang ketika untuk sudah pun tutup kerana tamat waktu pejabat. Dalam lawatan terbaru, saya sampai di Pasir Panjang sekitar tengahari... Ada le juga banyak masa untuk berjalan, cuma mesti ingat perlu sampai ke Damar Laut sebelum jam 5 jika mahu menaiki feri menyeberangi Sungai Dinding untuk ke Lumut...


Maka sempatlah masuk ke dalam melihat penyu-penyu laut hidup bermain-main dalam kolam air. Masyaallah! Sungguh indah sekali! Ceritanya Ah... Meet the Ninja Turtles in Perak! adalah cerita terakhir daripada 3 cerita yang dinukilkan untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH malam dan pagi Jumaat ini...

Hmm... Baru teringat. Cerita Baitul Hilal, tempat melihat anak bulan di (the new moon viewing post in) Perak yang menutup sesi bercerita di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi adalah posting yang ke 111 di blogspot itu... Semua ini ada makna pada mereka yang tahu membaca isyarat-isyarat tertentu yang diberikan samada tersurat mahupun tersirat... Bukankah alam yang kita lihat ini adalah satu pengzahiran ayat-ayat Allah? Bukankah ayat-ayat Allah itu ada aturan pernomboran dan perkiraan seperti yang terdapat dalam kitab induk Al-Quran? Fikirkanlah! :]


Selesai urusan di Pasir Panjang, saya pun melangkah keluar lalu dapat menumpang kereta orang melepasi pekan Segari sehingga ke simpang Lumut/ Damar Laut...


Daripada simpang itu, saya berjalan ke kampung berdekatan... Dalam keadaan lega yang amat sangat kerana telah selesai melepaskan sesuatu yang membebankan ketika di Pasir Panjang, ketika berehat malah tidur sebentar di bawah rimbunan pepohon Beruas!


Perjalanan kaki diteruskan melepasi kampung yang kalau tak salah ingatan dipanggil sebagai Kampung Batu Tiga... Kerana letaknya adalah 3 batu daripada Damar Laut...

Allah! Ketika menulis ini, setelah sejak jam 10 malam tadi menulis di hadapan komputer terus masuk ke blogspot dengan menurut sahaja apa yang mengalir pada sesuatu ketika... Pertama artikel Masjid (mosque of) Segari, Perak... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , diikuti 3 artikel bertajuk A walk around Pasir Panjang... , The origin of the name Beruas. dan Ah... Meet the Ninja Turtles in Perak! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH kemudian artikel Baitul Hilal, tempat melihat anak bulan di (the new moon viewing post in) Perak kembali di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) (nampak, ada pattern 1-3-1 di sini, nombor home sweet home saya tu, hehe! :])... Setelah selesai di sana, barulah artikel ini boleh ditulis kerana artikel-artikel di blogspot-blogspot saya yang lain itu bertindak sebagai penyokong cara penceritaan di sini... Kalau tak susah. Bagaimana mahu diatur cerita dan gambar-gambar yang banyak itu dengan cara yang senang dan boleh diterima para pembaca sekalian?


Perjalanan melalui Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib. Untuk pengetahuan, beliau adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan lanun di sekitar daerah Dinding pertengahan abad ke 19 dan memajukan daerah itu... Termasuk Pulau Pangkor yang nama sebenarnya adalah Pulau Dinding tetapi selepas Perjanjian Pangkor 1874 baru diberi nama Pangkor, kalau tak salah sempena nama seorang tokeh Cina yang sebenarnya berperanan menolong penjajah British mencengkam Perak!

Saya pernah menziarahi makam Nakhoda Muhammad Taib di puncak sebuah bukit berdekatan jalan masuk ke pusat peranginan Swiss Resort di sebelah barat Damar Laut. Nama beliau turut diabadikan pada jalan utama di hadapan masjid jamek bandar Lumut.


Tanda batu menunjukkan lagi 4km untuk sampai ke Damar Laut. Kampung Batu Tiga tadi terletak 5km daripada tempat yang ingin dituju... 3 batu bersamaan lebih kurang 5km...
 
Oh... Lupa lagi... Ayat saya tadi tak habis le... Iaitu ketika menulis ini waktu sudah jauh melepasi jam 7 pagi (sebaik sahaja menaip perkataan "ini" tadi, jam di komputer terus menunjukkan 8:00 AM). Bayangkan menulis bermula jam 10 pagi lalu sampai ke sini... Bayangkan penatnya, menaip satu hal, berfikir dan mahu mendapatkan ilham itu satu hal.

Tadi sekitar jam 6.30 pagi, saya sudah terasa begitu penat... Mahu sahaja terus tidur selepas bersolat Subuh tetapi takut nanti terasa ada yang tersangkut... Lalu kerja tetap diteruskan jua, semoga para pembaca dapat menikmati "juadah" hidangan saya kali ini sebaik sahaja masuk waktu kerja (biasanya jam 9 pagi bukan?) di mana ramai yang menggunakan komputer pejabat untuk melayari Internet termasuk membaca blogspot ini...


Tidak lama berjalan melepasi tanda 4km tadi, saya dapat menumpang sebuah lori yang mahu pergi ke tempat ini...

 

Saya pun berjalan kaki lagi. Sedikit ke hadapan sampai pula ke tanda yang menunjukkan tinggal lagi 3km untuk ke Damar Laut...

Terus-terang cakap, walaupun kepenatan amat akibat menulis sejak daripada jam 10 malam dicampur keadaan badan yang sebenarnya kurang sihat, saya terasa lega yang amat sangat sebaik sahaja selesai melepaskan cerita yang patut berkenaan pohon Beruas yang ditemui di Pasir Panjang... Sesungguhnya saya terasa begitu sarat menanggung beban pengetahuan dan ingatan yang sangat banyak, seolah-olah zaman berzaman menanggung segala ini. Maka itu ketahuilah, meminjam kata-kata Papa Rock si Ramli Sarip, aku menulis bukan kerna nama! Tetapi kerna sifat kasih, pada sesama insan, yang menyatakan kasih sayang Mu!


Perjalanan memasuki kawasan hutan berbukit...

Adapun saya menulis ini memang tak dapat duit sesen pun... Keluar duit ada le, bukan sedikit... Banyak jugak itu. Inipun nasib baik tengah pakai komputer sepupu di rumah ibu saudara di Ampang... Kalau di Cyber-Cafe, selalunya apabila selesai membuat 2-3 cerita saya perlu membayar RM10 ke atas kerana memakan masa untuk menulis dan mendapat ilham sambil menulis lebih 4 jam!

Menulis buku pula bukanlah seindah yang disangkakan ramai orang... Kalaulah orang ramai tahu betapa susahnya keadaan sebenar dalam dunia putar belit yang begitu mementingkan harta dan duit semata... Nasib baik ada pihak yang menolong... Saya bukan sekadar menulis... Saya membuat editting, page lay out, graphic layout, cover design, hantar printing, cari pengedar... Pendek kata complete kerja-kerja menulis sampai penerbitan dibuat seorang diri... Sekali lagi nasib baik ada yang menolong... Kalau tak habis saya, bungkus... Sakit jiwa... Lebih-lebih lagi membuat semua ini dalam keadaan menduda, anak perempuan seorang pun jarang dapat jengok, takda gaji tetap, takda kenderaan malah rumah milik sendiri pun belum ada lagi... Menulis kerana duit? Ada ke orang menulis kerana duit hidup macam ni? Atau mahu menulis buku menongkah arus zaman seperti siri "Berpetualang ke Aceh" yang kurang commercial value?


2km lagi ke Damar Laut...

Sesungguhnya saya menulis untuk melepaskan beban pengetahuan dan menjalankan amanah tertentu yang mengalir di dalam darah daging ini... Saya menulis terutama di blogspot ini agar sekatan demi sekatan yang menyekat jiwa dapat dileraikan... Dan pengalaman hidup berdasarkan tawakal kepada Qada' dan Qadar Allah menunjukkan betapa setiap kali selesai sesuatu amanah menyampaikan walaupun orang lain tak nampak apakah yang sebenarnya ingin disampaikan, akan muncul satu rasa lega yang amat sangat diikuti kedatangan petunjuk baru akan bagaimana untuk menangani kehidupan seterusnya...


1km ke Damar Laut...

Ketika mula "mengaktifkan" diri bercerita di Internet melalui sebuah forum, ketika mula-mula mewar-warkan akan pecahan-pecahan peristiwa akhir zaman yang dapat dilihat berkaitan dengan Ahlul Bait anak cucu Nabi dan bangsa Melayu seterusnya melibatkan salasilah keluarga sendiri, banyak juga orang merasa sangsi... Apakah saya membuka segala cerita ini untuk memperbesar-besarkan diri sendiri lalu mahu menuntut harta dan takhta?

Sambil itu, ada juga yang tertanya-tanya, apakah saya sekadar menceduk cerita-cerita orang lalu berlagak pandai dan penuh pengalaman di hadapan semua orang? Rasanya bab ini terjawab sudah setelah beberapa bulan aktif di Internet dan buku saya mula dikenali ramai... Boleh kata semua yang mengenali sekarang tahu bahawa segala yang diceritakan adalah berdasarkan pengalaman hidup sebenar, bukan sekadar omong-omongan atau angan-angan orang berlagak pandai...

Maka soalan yang tertumpu seterusnya adalah apakah ingin menuntut harta ataupun takhta memandangkan saya juga mendedahkan sedikit salasilah keluarga... Salasilah keluarga yang seolah-olah mahu menunjukkan saya mempunyai hak ke atas harta dan takhta...


Lagi satu lupa nak bagitahu... Sebaik sahaja sampai ke penanda 1km tadi, muncul pula bas biru Pantai Remis ke Damar Laut... Maka naiklah saya sampai ke jeti untuk menyeberangi Sungai Dinding ke Lumut ini...

Adapun diakui, satu masa dahulu memang wujud rasa untuk menuntut takhta... Ini kerana cerita-cerita yang didapati daripada Nenek menunjukkan sudah berlaku satu kezaliman besar ke atas keluarga suatu masa dahulu di mana dari segi syariatnya memang keluarga kami layak menuntut hak kami kembali walaupun secara kasar... Tetapi itu dahulu, ketika panas dalaman saya masih membara... Tentang harta pula, sejak kecil lagi saya tidak pernah memiliki kecenderungan ke arah itu kecuali angan-angan gila mahu menjadi lanun yang dapat menyimpan banyak harta karun... Tujuannya bukan apa, supaya dapat ketawa terbahak-bahak sambil bermain-main dengan segala macam harta karun yang berkilat-kilat lagi bersinar-sinar... Kemudian tanam di satu tempat rahsia dengan peta harta karun menjadi rebutan semua pihak... Itu sahaja yang saya mahu... Kerana terlalu banyak menonton cerita kartun agaknya. Heh! :]


Bas biru yang dinaiki tadi dilihat daripada kawasan jeti...

Kini, jika ada sesuatu yang dimahukan di dunia ini, ia setakat ini. Saya mahukan home sweet home, rasa rumahtangga sejati yang sangat didambakan sejak kecil lagi. Disebabkan Allah sudah menjadikan saya berfikiran sedikit pelik sebegini, disebabkan juga amanah serta beban pengetahuan yang dipikul, saya tidak boleh bertahan dengan sembarangan perempuan... Sebab itu saya sebenarnya masih kesunyian dan kesepian walaupun secara fizikalnya saya pernah memiliki lebih 100 orang teman wanita dan masih lagi mampu menarik perhatian jika mahu...

Yang dimahukan mungkin tersurat dan tersirat dalam lirik lagu Cenderawasih nyanyian kumpulan Kris gubahan M. Nasir... Lagu itu yang turut pernah dinyanyikan Hattan untuk satu koleksi pertama didengar di London tahun 1995, ketika sedang sibuk mencuci serombong dapur sebuah restoran Melayu seorang diri, lagu yang membawa rasa rindu untuk kembali ke Malaysia. Kalau tidak, mungkin saya akan terus menetap di England, tak pun di Eropah... Atau di mana sahaja di luar sana asalkan bukan di Malaysia! Kerana apa yang berlaku zaman remaja menyebabkan saya hilang keyakinan boleh terus hidup dengan cara fikiran yang lain daripada yang lain di tanah air sendiri yang dirasakan mengekang jiwa...


Sampailah masanya untuk menaiki feri (bot nelayan yang diubah-suai sebenarnya) untuk menyeberangi Sungai Dinding ke Lumut... Teringat lagi korus lagu Cenderawasih...


Sesungguh ku dambakan 

Pasangan dua dunia 

Benar hingga melampaui adat dan masa 

Sesungguh ku dambakan Pasangan dua dunia 

Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata


Apakah ia mampu dicapai? Dapatkah menemui pasangan yang sebenar? Pasangan yang dapat mengubat luka lama akan rasa paduka nenda yang terbuang daripada Aceh kemudian tidak sempat kembali ke tanah airnya yang asal?

Ya Allah ya Tuhan ku... Engkau lebih mengerti akan apa yang bermain di fikiran ku... Sesungguhnya aku sebagai makhluk ciptaan mu yang hina, lemah lagi bergelumang dosa tidak akan mampu terus-menerus memikul beban amanah perjuangan ini seorang diri... Maka aku mohon Ya Allah ya Tuhan ku... Semoga masuk bulan baik Rabiul Awal, bulan baik ketika di mana lahirnya junjungan besar kami, kekasih mu Ya Mustafa Ya Muhammad Antal Hadi Antal Haq...

Hamba mohon ya Allah ya Tuhan ku agar diperkenankan hajat di hati. Hamba tahu ada satu lagi pengembaraan zahir yang perlu dilalui tidak lama lagi. Selepas itu hamba berharap dapat diberikan kerehatan dan home sweet home yang amat didambakan selama ini. Selepas itu kalau perlu berjuang lagi walau di medan perang bersenjata tombak pedang sekali pun Insyaallah akan mampu hamba galas cabarannya walaupun harus mengorbankan nyawa... Sesungguhnya hamba mu cuma mengharapkan keredhaan mu dan sebagai manusia biasa, bukankah keredhaan itu juga dizahirkan melalui pernyataan pasangan yang berkasih-sayang seperti mana munculnya Hawa untuk Adam walaupun segalanya sudah sempurna di syurga? Amin!


p/s: Subhanallah... Sungguh banyak yang terluah hari ini tanpa dapat ditahan walaupun dalam kepenatan. Diharap para pembaca dan kawan-kawan dapat menerima segala ini dengan sangka baik ya. Sekian! :]

(Tamat jam 8:46 pagi belum dicampur semakan... Siap disemak 9.24...)



Khamis, Mac 13, 2008

Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar...

Assalamualaikum semua... Beberapa hari ini kita telah berlegar-legar dengan cerita perjalanan Perak yang dibuat dengan Sungai Siput menjadi pusatnya... Cerita Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. di blogspot ini dan Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill... serta The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH menyatakan tempoh perjalanan sekitar menginap di rumah saudara Syahir di bandar itu. Cerita Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban... di sini berserta A quaint look at Sungai Siput... dan My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula menyatakan perjalanan bersama seorang lagi warga Sungai Siput iaitu saudara Asri.

Kini, sampailah masa untuk meninggalkan Sungai Siput terus... Walaupun dalam beberapa hari itu, saya telah pergi ke Kampung Kota, Beruas untuk menjejaki sejarah lama kerajaan Beruas yang berkaitan kerajaan purba Gangganegara malah Sungai Siput sendiri dikatakan ada kaitan dengan Gangganegara, berdasarkan catatan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, saya percaya pusat asal Gangganegara juga Beruas terletak lebih dekat ke laut. Maka biar kita cari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar... Biar kita tinggalkan Sungai Siput untuk ke pantai barat Perak... Mari!


Cerita ini bersambung daripada kisah yang dinukilkan dalam Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban... Ahad malam Isnin itu, saya dan Asri serta anak isterinya kembali ke Sungai Siput. Keesokannya baru saya menumpang Asri yang ada urusan di Ipoh... Tergerak pula untuk mengambil gambar bukit-bukit batu kapur yang banyak terdapat di sekitar bandaraya itu... Yang nyata, banyak daripada bukit-bukit ini telah diambil kaum Cina untuk dijadikan kuil-kuil mereka...


Kami melalui pusat bandaraya untuk ke stesyen bas lama...


Tidak lama kemudian dapatlah saya menaiki bas ke hala yang dituju... Kalau tak salah ingatan gambar ini diambil di kawasan Bukit Keledang... Keledang ke Kelebang? Lebih kurang begitulah bunyinya...


Inilah rupa bas buruk yang diambil... Kalau tak biasa boleh sakit-sakit belakang disebabkan kadangkala ia tersenggut-senggut sehingga para penumpang boleh terhentak-hentak terutama apabila jalan berbalam-balam...

Teringat pula perjalanan daripada Mersing ke Kluang, Johor yang dibuat sebulan sebelum itu... Teringat bagaimana beg haversack saya sering terjatuh apabila bas buruk yang serupa mengambil selekoh atau turun-naik bukit... Hasilnya, apabila sampai di Kluang ternyata komputer laptop saya menghadapi masalah tidak mahu hidup... Katanya masalah motherboard atau integrated circuit tercabut atau longgar akibat hentakan bercampur goncangan... Maklumlah dah lebih 2 tahun saya bawak ke hulu ke hilir mengembara secara lasak... Sekali tu pernah pecah skrin komputer kerana saya terduduk kasar di atas beg... La ni ada pulak barang dalam yang tercabut. Ish! Sampai la ni masih kat Imbi Plaza belum siap lagi repair... Alahai!


Bas ini singgah sebentar di pekan Parit sebuah pekan yang comel. Di sini berdekatan kawasan pekan malah sekitar 300 meter sahaja daripada stesyen ini terdapat sebuah masjid yang agak menarik... Selalunya saya akan ke sana berehat sebentar. Tetapi kali ini malas hendak turun kemudian harus menunggu bas lain. Cukuplah setakat melihat pekan daripada dalam bas...


Kalau tidak, suka juga saya berjalan-jalan di sekitar kawasan ini, makan di kedai-kedai di belakang, sebelah kiri gambar ini sambil menghadap aliran Sungai Perak...

Cuma saya terasa tidak cukup masa ketika itu... Badan saya amat penat setelah pengembaraan 3 hari di Kedah disambung dengan siri perjalanan di Perak... Penat yang amat sangat sehingga ada juga terasa, ada baiknya jika daripada Ipoh tadi saya terus ke Teluk Intan, kampung ayah saya sebelum kembali ke Kuala Lumpur...

Tetapi ada lagi tempat yang saya perlu pergi. Kalau tidak, terasa perjalanan di Perak ini tidak akan lengkap... Maka pengembaraan lasak pun diteruskan walaupun ketika itu saya sebenarnya sedang demam-demam selain sakit-sakit badan...


Pemandangan ketika menyeberangi Sungai Perak, sekitar 5 km di utara pekan Parit...

 

Lagi 15 km kemudian sampailah ke pekan Beruas... Aiittt??? Bukankah hari itu sudah pergi ke Beruas? Bukankah ini sudah diceritakan dalam Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. dan The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! ? Bukankah sudah saya sebut bahawa asal-usul sebenar kerajaan Beruas dan Gangganegara yang ingin dicari terletak lebih dekat ke laut? Sedangkan pekan Beruas ini terletak agak jauh ke darat...

Sebenarnya saya perlu ke tempat lain tetapi perlu menaiki bas daripada Ipoh ke Beruas terlebih dahulu. Tempat yang sebenarnya ingin dituju ialah Pantai Remis di mana terdapatnya Kuala Sungai Beruas... Mungkin di situ bermulanya Beruas... Mungkin di situ juga bermulanya Gangganegara kerana di situ kelihatan terang bukit-bukit Segari yang entah kenapa, setiap kali melihatnya, saya mesti teringat nama Gangganegara...

Di kawasan laut sekitar bukit-bukit itu juga terdapat sebuah kawasan yang agak misteri... Menurut beberapa orang rakan yang katanya pandai melihat secara batin, di kawasan laut itu wujud sebuah kerajaan dengan ciri-ciri bangunan dan rakyat yang saling tak ubah seperti yang diceritakan mengenai kerajaan lagenda Atlantis oleh orang-orang Barat! Malah menurut mereka, di situlah letaknya Atlantis. Menurut mereka lagi, di kawasan bukit-bukit itu terdapat sebuah lubang (mungkin tak kelihatan langsung dengan mata zahir) di mana kapal-kapal kencang milik kerajaan lama Gangganegara boleh keluar masuk... Lalu kerajaan ini dikatakan bersambung dengan kerajaan bawah bumi yang dikenali sebagai Bumi Dhika juga dengan kerajaan Kota Gelanggi yang dikatakan terletak selatan di Johor!

Adapun satu lagi teori tentang pusat asal kerajaan Gangganegara yang menurut kitab Sulalatus Salatin terletak di atas sebuah bukit yang kelihatan tinggi daripada hadapan tetapi rendah daripda belakang adalah di lereng Gunung Bubu. Kalau begitu, maka ia lebih dekat pada pekan Beruas sekarang...

Tadi, saya telah membuat sebuah cerita bertajuk A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Asalnya, saya setakat mahu meletakkan beberapa buah gambar di sekitar pekan Beruas tetapi ketika sedang bercerita, tiba-tiba muncul satu gerak untuk mengupas sedikit tentang Batu Bersurat Beruas!

Ya! Mungkin anda tidak pernah mendengar ini... Yang biasa kita dengar adalah Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah bertapak di sana sejak awal tahun 1300an Masihi lagi... Sekarang, biar anda tahu pula tentang Batu Bersurat Beruas yang ceritanya seolah-olah ingin disembunyikan pihak berwajib atas sebab-sebab tertentu, mungkin kerana ia mengandungi rahsia penting akhir zaman... Menurut satu kisah, ia adalah batu yang ditinggalkan oleh Raja Suran selepas menawan kerajaan Gangganegara sekurang-kurangnya 1,000 tahun lalu, batu yang menandakan tempat tersimpannya banyak harta baginda untuk kegunaan seorang anak-cucunya akhir zaman! Sila baca A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone...


Daripada Beruas, saya ingatkan ada bas terus ke Pantai Remis... Rupanya tidak. Yang wujud adalah bas ke Taiping melalui Batu Hampar. Di Batu Hampar, baru boleh menaiki bas Taiping ke Pantai Remis.

Cuma semasa saya sampai ke Beruas itu, ternyata bas seterusnya ke Taiping cuma akan tiba lebih 1 jam lagi. Lalu saya membuat keputusan untuk hitchike kenderaan orang, dapatlah naik sebuah lori terus daripada pekan Beruas... Menurutnya dia mahu ke Lumut melalui Pantai Remis... Alhamdulillah, hati saya berbisik, dapat juga lori terus ke sana...

Rupa-rupanya saya perlu berhempas-pulas sedikit... Baru 2-3 km meninggalkan Beruas, lori ini mendapat isyarat daripada para pemandu dari arah berlawanan bahawa terdapat sekatan jalan JPJ di hadapan sana... Saya tidak tahu apa yang pemandu lori takutkan.... Rupa yang bermisai berjanggut tebal serta pakaian jubah dan kopiah kelihatan seperti orang Tabligh.

Apapun dia membuat keputusan untuk berpatah balik ke Beruas kemudian ambil jalan ke Sitiawan. Saya boleh ikut jika mahu tetapi saya tetap mahu ke Pantai Remis. Lalu saya pun turun dengan harapan dapat menumpang kenderaan lain nanti...


Ternyata kali ini sangat susah untuk mendapatkan kenderaan tumpangan... Terpaksalah saya berjalan kaki seorang diri dalam panas terik itu... Kelihatan pula batu tanda menunjukkan Taiping 49 km lagi... Larat ke kalau nak berjalan sampai ke sana?

 

Nasib baik sekitar 3-4 km kemudian saya dapat menumpang kenderaan lain (lupa pula apa, kalau tak salah sebuah lori kecil) sehingga ke Batu Hampar...

Saya pun menyambung jalan kaki menghala ke Pantai Remis. Tidak lama kemudian berhenti pula sebuah kereta...


Kebetulan pemandu kereta mahu pergi ke Pengkalan Baru, 2-3 km sahaja daripada Pantai Remis. Dan saya pun sebenarnya memang ingin ke sana terlebih dahulu... Alhamdulillah, akhirnya sampai juga!


Satu ciri-ciri di sekitar kawasan ini juga beberapa kawasan lain sekitar Perak malah Kedah dan Pulau Pinang adalah senibina Melayu lama menggunakan ukiran seperti lidah tergantung di sudut bumbung rumah... Di sesetengah kawasan, senibina ini turut dipakai pada hentian bas moden seperti yang terdapat dalam gambar ini...


Masjid Pengkalan Baru, salah satu tempat saya suka berehat apabila sampai di sekitar kawasan ini... Seingat saya, saya pernah tidur sekurang-kurangnya 2 kali di masjid ini... Menurut cerita sesetengah orang pula, di sekitar kawasan ini ada buaya putih sakti... Katanya, buaya putih Sungai Perak juga, buaya yang sama! Wallahualam...

 
Apapun, saya singgah sebentar di kedai makan sebelah masjid... Kemudian baru menunaikan hajat di tandas masjid, seterusnya mandi, bersolat dan rehat sebentar. Sedikit cerita tentang masjid ini telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid (mosque of) Pengkalan Baru... tadi. Turut dikaitkan adalah cerita Kota Kulit Kerang, sebuah kota purba yang diperbuat daripada kulit kerang dan terletak di sekitar kawasan ini... Sedikit kesannya masih ada dan saya pernah melihatnya sendiri...

Sungai Beruas terletak bersebelahan masjid tadi. Sungai ini panjangnya sampai ke Kampung Kota, Beruas lebih 30 km daripada sini, kampung yang diketengahkan dalam cerita The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara!


Menurut ceritanya, Sungai Beruas dahulukala jauh lebih besar malah boleh dimasuki kapal-kapal laut sehingga ke Kampung Kota! Dalam lawatan kali pertama saya di sekitar kawasan ini lebih 2 tahun lalu, saya telah dibawa ke kawasan belakang sekitar latarbelakang gambar ini... Lalu ditunjukkan akan lembah-lembah berumput yang menurut orang tempatan adalah aliran Sungai Beruas lama...

Di belakang sana juga saya ditunjukkan sebuah kawasan agak luas yang dipenuhi pokok-pokok renek yang rendah. Kata mereka, di situlah terletak Padang Antah Berantah, padang legenda yang selalu disebut dalam cerita-cerita dongeng Melayu lama yang selalunya melibatkan kisah-kisah pergaulan antara manusia biasa dengan penduduk kayangan!

Daun pokok-pokok ini kelihatan sedikit kemerahan... Lalu menurut mereka lagi, ini adalah akibat darah beribu, mungkin berjuta orang yang mengalir dalam peperangan demi peperangan dahulukala... Salah satunya peperangan angkatan Raja Suran daripada benua Hindi melawan angkatan Raja Gangga Shah Johan yang pernah memerintah kerajaan Gangganegara, satu peperangan besar yang turut membuat kerajaan itu hancur menjadi padang jarak padang tekukur.


Daripada Pengkalan Kota, saya memilih untuk berjalan kaki ke Pantai Remis. Lagipun sudah tidak berapa jauh dan saya sebenarnya ingin mencari sebuah warung di tepi jalan di mana saya pernah menikmati sepinggan mee kari yang agak lazat...


  Dalam perjalanan itu, tiba-tiba muncul seorang dewasa menaiki motosikal lalu berhenti dan menegur saya... "Kenal lagi tak?", dia bertanya... Saya melihat mukanya betul-betul... Siapa dia ini? Di manakah kami pernah berjumpa... "Sayalah tokeh kedai mee kari yang awak pernah singgah dahulu!"...

Ya Allah! Sekarang baru saya ingat... Abang ini pula masih ingat muka saya kerana dia tahu saya adalah penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Semasa saya berjumpa dengannya dahulu awal tahun 2007, dia sempat membaca buku pertama dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti" atau BKA II yang saya hadiahkan kepada seorang penduduk Pengkalan Baru.

Nasib baik abang ini menegur, kalau tidak, mungkin saya tidak akan berjumpa warung yang ingin dicari itu. Ini kerana warung yang lama sudah diruntuhkan, dibina warung baru di tempat lain... Lalu dia pun membawa saya menaiki motosikal ke warung itu...


Lihat betul-betul menu yang kelihatan ini... Mungkin gambar ini sedikit kabur tetapi cubalah melihatnya... Saya rasa tertarik dan kelakar sekali gus melihatkan betapa hampir semua makanan di sini melibatkan udang...

Ya... Itulah yang membuat saya ingin makan lagi di sini dan Allah pula telah menyampaikan hajat saya. Yang special di sini adalah masakan udang lipan... Jenis udang yang menurut kata orang tidak digemari ramai kerana satu, rupanya yang seakan-akan rupa lipan menyebabkan orang akan serta-merta geli lalu membuangnya ke laut... Dua, kerana kandungan kolesterolnya amat tinggi, kata orang le... Dan ketiga, udang jenis ini tidak terdapat di semua tempat...

Tetapi apabila sudah dipotong elok dan disajikan, ternyata (pada saya le) ia adalah suatu hidangan yang istimewa... Isinya manis melebihi udang biasa. Dan saya rasa ia agak kena dengan hidangan mee kari yang merupakan salah satu makanan kegemaran saya...


Selesai makan, perjalanan diteruskan ke Pantai Remis...


Singgah sebentar di masjid lama bandar... Kelihatan di dalam gambar adalah bukit-bukit Segari yang mana setiap kali melihatnya, mesti saya teringat nama Gangganegara...

Sedikit cerita bergambar tentang masjid lama ini telah dibuat tadi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Nama artikelnya ialah Masjid lama (The old mosque of) Pantai Remis... . Silalah jengok...


Oh... Saya sampai di Pantai Remis selepas jam 6 petang... Oleh kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang ingin saya lihat nanti sekitar sini, saya perlu bermalam sekurang-kurangnya sehari.

Kalau diikutkan, saya boleh sahaja bermalam di masjid tadi. Kalau malas tidur masjid kerana tidak mahu diganggu, saya juga boleh tidur di sebuah hotel di hadapan masjid. Tetapi saya terasa mahu dekat dengan kawasan bukit-bukit ini sedekat boleh. Lalu saya terus berjalan merentasi sepanjang kawasan bandar Pantai Remis dengan harapan akan tidur di mana-mana hotel yang paling dekat dengan kawasan bukit...


Rupa-rupanya tidak ada lagi hotel di Pantai Remis selain daripada di hadapan masjid lama tadi... Saya ada terlihat sekurang-kurangnya 2 buah tempat dengan papan-tanda hotel di penghujung selatan Pantai Remis menghala ke bukit-bukit tetapi ternyata hotel-hotel ini tidak beroperasi lagi... Ada yang sudah dijadikan "rumah penginapan" burung layang-layang...

Saya pun membuat keputusan untuk terus berjalan dan berjalan menghampiri bukit. Akhirnya saya terus berjalan sampai gelap, sampai Maghrib tamat menyusuri jalan di hadapan darat bukit seterusnya melepasi Isyak...

Hmm... Nantilah kita sambung cerita ini ya, bila-bila masa esok lusa... Lama dah saya menulis ni, dah masuk waktu Subuh... Selamat! :] Allah... Kena tambah lagi sikit...

Tadi saya telah membuat satu google search untuk mencari jumlah angkatan perang yang mengikuti Raja Suran menyerang kerajaan Gangga Negara. Ini kerana kalau tak salah ingatan, kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menyebut angkatan itu terdiri daripada 1,200 laksa orang iaitu 1,200 x 10,000 bersamaan 12 juta orang!

Bayangkan betapa ramai agaknya orang yang berperang ketika itu jika dicampur angkatan Gangga Negara sekali. Mana tak tempat itu boleh jadi padang tekukur? Tetapi saya sendiri tidak pasti akan angka yang kelihatan begitu banyak dan mustahil ini sedangkan saya kini tidak memiliki apa-apa naskah Sulalatus Salatin untuk dibuat rujukan.

Dalam membuat google search itu, boleh pula terjumpa sebahagian daripada cerita Bercakap dengan Jin karangan Tamar Jalis yang pernah menggemparkan para pembaca seluruh Malaysia lebih 25 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan, saya pertama kali membaca buku ini ketika Darjah Enam... Dan itulah kali pertama saya mendengar nama Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani disebut sehingga meremang bulu roma saya...

Apapun rasanya elok diletak sekali peta daerah Manjung ini supaya nampak kedudukan Beruas, Pantai, Remis dan tempat-tempat yang terlibat. Kemudian baru saya copy and paste sedutan cerita Bercakap dengan Jin itu ya (perlu di edit sedikit kerana ada kesilapan ejaan dan kata-kata)... Ini dia. Sekian!


----------------------------------------------------


Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam. "Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai datuk. Kalau mahu berjalan ke mana-mana. Dia buat rajah dahulu. Dia mahu memastikan, apakah perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya. "Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan." "Keadaan mana tok ?" "Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana." "Bila kita nak bertolak." "Aku fikir pagi esok sahaja." 

Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap-siap untuk pergi ke kampung bunian menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam dalam kandang. Barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. 

Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown pengurus ladang getah, Sungai Bruas. Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan minta datuk mengurutnya. Kalau tidak masakan dia datang, fikir saya. 

Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr. Brown cukup fasih bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama duduk di Palastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu. Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta. "Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan pensil merah. Datuk termenung panjang. "Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali. "Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi, "Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk meletupkan gua." 

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang-orang kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut, kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu diserang demam panas berbulan-bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota, emas berlian dan pedang kebesaran raja-raja dahulu tertanam di situ. Orang-orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut. Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa. "Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. 

Datuk terus tersenyum. "Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah. "Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan kerajaan Manjong," Mr.Brown berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara. "Dari mana awak tahu ?" Soal datuk. "Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi manager, tapi saya mahu siasat negeri awak." "Kalau dapat awak mahu buat apa ?" "Barang-barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar Mr.Brown dengan bangga. 

Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk, datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang-barang purba dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu. Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. 

Saya cukup gembira, kerana saya tidak dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira-kira pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke kawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudah pun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang-orang dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai. 

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ, masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar. Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam-macam suara yang saya dengar. Datuk duduk di kanan saya, sekali-sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti. Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. 

Orang itu menyuruh datuk berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu pembaris. "Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut. "Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. 

Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gasolin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu-lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya. "Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. 

Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana. "Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin rendang. "Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan. "Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi. 

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalam peti itu terisi tengkorak manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Datuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam. "Tengkorak ni tak ada apa-apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing-masing. 

Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut-sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam, mereka tidak perlu dibangunkan. Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas. 

Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetapi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang. Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari, dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang. Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. 

Saya saksikan sebuah kepala bergolek-golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mampu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu. Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah, berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. 

Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar bunyi pedang berlaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat. Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. 

Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya. "Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merungut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana. 

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu, kerana mengeringkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah. 

Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang-tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu. "Ini merbahaya," bantah Mr.Brown. "Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi. Matanya mula merah. "Ok saya ikut." "Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah-dekah. 

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul-kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya. "Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya. 

Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing serigala kedengaran sayup-sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam." "Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar. "Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah semula. 

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing Sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara - dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu-batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ. "Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." 

Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya. Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara. Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta-harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang. 

Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu-batu berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus-putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus-ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak. Kami menyusul tepi Sungai Bruas menuju ke arah pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba-tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. 

Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah." Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu. "Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara. Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.