Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Julai 30, 2016

Semangat Melayu sejati di Pesta Buku Selangor 2016

Allah. Daripada petang semalam hari Sabtu sampai le tadi lepas Isyak, macam-macam kena buat. Antara open house demi open house raya yang dihadiri ada ziarah mak sedara sakit, ada datang kerja kahwin kemudian ke Pesta Buku Selangor 2016 yang telah bermula di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) 28 Julai iaitu hari Khamis. Kembali ke rumah pula kena siap macam-macam benda kerana nak buat open house petang esok Ahad hingga malam. Tapi tidak seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya di mana kami buat open invitation atau undangan terbuka pada sesiapa sahaja yang nak datang walaupun tidak pernah mengenali sebelum ini, kali ini kami buat atas dasar limited invitation iaitu untuk sejumlah kawan dan kenalan yang diundang sahaja. 

Bukan sebab lokek ke hapa tapi sebab penat nak buat acara open invitation macam dahulu. Kali ini kami suami isteri juga sibuk dengan pelbagai perkara. Penat nak layan terlalu banyak tetamu. Dan lagi kami mahu memberikan lebih tumpuan kepada mereka yang hadir... bila dah terlebih ramai kan susah? Sekarang setelah saya dapat bernafas sedikit lega biar dipersembahkan cerita tentang buku.


Lewat malam tadi iaitu Sabtu malam Ahad, selepas menghadiri majlis makan raya anjuran satu gelanggang silat di Ampang saya membawa isteri dan anak-anak bermalam di rumah kakak isteri di Jenjarom dekat Banting, Kuala Langat. Hampir tengah hari tadi kami ke rumah abang isteri di Teluk Panglima Garang menghadiri majlis perkawinan anak buah. Ikut rancangan asal selepas itu kami mahu terus kembali ke rumah untuk membuat persiapan bagi melaksanakan majlis open house kami. Timbul pula rasa, oleh kerana Shah Alam terletak dalam perjalanan eloklah singgah ke Pesta Buku Selangor 2016.


Masuk sahaja bangunan kami terus berkejar ke satu bahagian...






Kami mahu menghadiri acara diskusi buku yang diadakan oleh sahabat kami, saudara Zahamri Nizar, pengasas Taman Pustaka, satu badan yang menjual banyak buku-buku menarik lagi akademik yang susah hendak ditemui di kedai-kedai buku biasa.


Diskusi yang bermula jam 1 tengah hari itu adalah berkenaan buku bertajuk "Gajah Putih Di Bumi Geroda : Perang Melayu- Siam 1767-1842". Ia dipersembahkan oleh penulis, saudara MH Roslan.


Beliau tampil berbusana Melayu tradisional. berbaju Melayu, bersampin dan bertanjak, begitu juga Zahamri (kanan) yang mengendalikan diskusi. Yang kurang cuma mereka tidak berkeris sahaja. Tapi semangat Melayu sejati tu nampak walaupun saya tahu kedua-dua mereka baru hendak berjinak-jinak dengan pakaian sebegini. Mereka sebenarnya sudah lama bergaul dengan orang-orang yang suka berbusana penuh seperti saya. Yang pasti saya tahu kedua-dua anak Melayu ini memiliki semangat yang tinggi untuk memperjuangkan sejarah sebenar orang Melayu bagi meningkatkan jati diri bangsa.


Diskusi selesai jam 2. Kami pun masuk ke dewan untuk melihat pameran dan jualan pesta buku.








Inilah gerai Taman Pustaka, Untuk pengetahuan ia adalah julung kali pihak mereka menyewa booth atau reruai sendiri pada mana-mana pesta buku.


Sebelum ini mereka sekadar menumpang sebahagian reruai pihak lain di pesta buku, misalnya bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas-lepas. Namun sejak diasaskan penghujung 2012, Taman Pustaka telah membuka gerai atau reruai pada pelbagai majlis ilmu. Antaranya adalah acara-acara HIKMAH anjuran saya. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Istimewanya Taman Pustaka ini mereka pandai mencari buku-buku di luar pasaran biasa. Antaranya adalah buku-buku langka daripada universiti-universiti tempatan yang tak pernah sampai ke mana-mana kedai buku biasa, cuma terdapat dalam kedai buku kampus sahaja.


Melihat perkembangan badan ini sehingga sudah mampu membuka reruai sendiri pada pesta buku saya rasa cukup berbangga. Ini kerana Taman Pustaka itu sendiri bermula pada acara pertama HIKMAH hampir 4 tahun lalu. Ketika itu saudara Zahamri banyak membantu kelancaran majlis. Hingga kini pun dia selalu membantu menjayakan acara-acara HIKMAH. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.



Sekarang biar kita lihat ke dalam reruai.



Antara buku-buku yang ada adalah sejumlah terbitan daripada Aceh. Isteri saya posing dengan satu buku...


Saya pula nak posing...


Bersiap untuk buat magic. Nak bersilat saya bukan pandai sangat. Boleh le setakat melepaskan diri daripada bahaya. Yang sebetulnya saya lebih banyak bertawakal lalu bergantung pada 'gerak' yang diberikan pada sesuatu masa atau keadaan seiring dengan takdir, qadar' dan qadar.


Buku-buku terbaru saya turut dijual Taman Pustaka seperti halnya beberapa buku saya yang terdahulu. Mari kita cari...





Nah. Dua buku terbaru saya yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing (HRP). Yang kanan itu bertajuk "Mencari Diri dan Erti", buku ke-8 saya secara keseluruhan. Ia diterbitkan September 2015. Lihat artikel-artikel berikut :-


Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!

Kenangan Sekolah Sains Johor dalam buku "Mencari Diri dan Erti"

Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1

Buku "Mencari Diri dan Erti" dah masuk kedai...

Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...


Yang kiri pula adalah sambungan pada yang kanan. Ia adalah buku terbaru saya secara keseluruhan merangkap buku ke-9. Diberi tajuk "Menelusuri Jejak Leluhur" ia keluar daripada kilang ketika Pesta Buku Antarangbangsa Kuala Lumpur 2016 hampir tamat awal bulan Mei. Lihat artikel-artikel berikut :-


Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016

Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi



OK. Tadi lepas Isyak, apabila saya sudah mula bernafas lega setelah selesai menyiapkan pelbagai perkara saya pun masuk Facebook untuk melihat perkembangan terkini daripada kawan-kawan dan kenalan. Saya dapati beberapa gambar menunjukkan saya dan keluarga berada di Pesta Buku Selangor siang tadi sudah dikongsikan. Saya dapati juga satu ulasan buku "Menelusuri Jejak Leluhur" telah dipaparkan oleh pengkaji sejarah misteri, saudari Srikandi di blogspot beliau, Alter Terahsia Bangsa Melayu sejak sebelum tengah hari tadi.

Sebelum ini, Srikandi yang cukup terkenal dengan pendedahan-pendedahan berani membuka sisi sejarah Melayu yang kurang diketahui umum telah mengulas buku "Mencari Diri dan Erti". Lihat Ulasan Buku "Mencari Diri dan Erti". Ulasan beliau untuk buku "Jejak Leluhur" menjadi lebih bermakna kerana baru semenjak dua menjak ini dapat tahu bahawa segala cerita yang dikongsikan melalui buku-buku saya itu adalah betul-betul berdasarkan pengalaman hidup sebenar, bukan sekadar rekaan atau khayalan biasa seorang novelis, Cuma cerita dibuat seolah-olah fiksyen atas sebab-sebab tertentu, antaranya untuk melindungi identiti sebenar beberapa pihak yang terlibat.

Hal ini berlaku kerana ada watak-watak yang diceritakan memiliki hubungan rapat dengan watak hero Muhammad al-Aminul Rasyid (saya le tu pakai nama lain yang kemudian menjadi nama anak lelaki pertama saya) sebenarnya  adalah insan-insan selebriti yang cukup terkenal dalam persada umum Malaysia. Insan-insan itu juga memiliki hubungan rapat dengan golongan VVIP terutama para politikus tingkat tinggi. Maka itu, kali ini Srikandi dapat membaca buku saya dalam keadaan lebih sedar betapa perkara-perkara yang diceritakan memiliki makna yang sangat mendalam. Lihat sendiri apa kata pengkaji sejarah misteri ini dalam artikel Ulasan Buku "Menelusuri Jejak Leluhur".



Sekarang biar dimaklumkan bahawa esok iaitu tengah hari Ahad saya akan hadir lagi ke Pesta Buku Selangor, kali ini untuk diskusi buku-buku saya. Turut mahu dibawa dalam persembahan dan perbincangan adalah siri trilogi asal "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007) yang menjadi asas kepada buku-buku baru saya bersama HRP. Datanglah untuk diskusi jam 1. Insyaallah anda akan memperolehi sesuatu yang bermakna dalam jiwa. Selepas diskusi dijadualkan selesai jam 2 saya akan berlegar-legar di pesta buku terutama di reruai Taman Pustaka yang bernombor H-15. Tapi tak boleh lama sangat le, setakat sejam dua. Selepas itu saya harus bergegas kembali ke rumah untuk open house (limited edition/invitation) yang dirancang bermula jam 5.30 petang lalu berlangsung hingga malam. Meh le jumpa.. :]



Selasa, Julai 26, 2016

Pesta muzik sufi Konya di UTM

Salam semua. Hampir 2 minggu saya tidak berkongsi cerita baru walaupun sepanjang tempoh itu ada beberapa perkara berlaku termasuk ziarah raya dan sebagainya. Hari ini ingin saya berkongsi sesuatu yang agak menarik daripada hujung minggu lalu. Ini ceritanya...


Sabtu malam Ahad 23 Julai 2016. Saya membawa isteri dan anak-anak ke dewan utama di UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak. Kuala Lumpur.


Ada satu konsert...


Bergambar sebentar bersama sepupu saya yang terlibat dalam penganjuran konsert.





Masuk ke dewan...


Boleh agak konsert apakah ini?





Biar poster yang diedarkan melalui Facebook ini menjawab. Untuk pengetahuan Konya ialah nama satu bandar di Turki yang agak terkenal kerana sebagai pusat aktiviti satu tarikat sufi yang dikenali sebagai tarikat Mevlevi. Ini adalah tarikat yang mana pengamalnya ada membuat tarian pusing badan ibarat planet-planet sedang mengorbit matahari sambil mengalunkan zikir memuji Allah SWT. Ia diasaskan oleh ahli sufi dan wali terkenal Maulana Jalaluddin Rumi.



Setelah beberapa lama konsert pun bermula.


Sayangnya cuma beberapa orang sahaja daripada yang dirancang dapat hadir memberikan persembahan. Ini kerana seperti semua tahu Turki baru sahaja tersentak daripada satu percubaan merampas kuasa terhadap perdana menterinya Erdogan. Akibatnya ada lapangan terbang ditutup dan sebagainya. Ramai yang sepatutnya membuat sama persembahan tersangkut tidak dapat keluar daripada negara.


Pun begitu konsert tetap diteruskan dengan apa yang ada. Di celah-celah itu diselitkan penerangan tentang sejarah dan teori musik dalam dunia Islam terutama yang diterima oleh golongan sufi atau spiritual Islam yang percaya bahawa musik boleh dijadikan alat bagi meningkatkan kesedaran dalam menuju hakikat keTuhanan.


Sedikit yang saya rakam. Saya tak mahu bercerita panjang lebar kerana ada bahagian persembahan musik yang begitu menyentuh hati lalu mencuit kembali kenangan lama pencarian diri dan erti...





Persembahan yang bermula sekitar jam 8,45 malam selesai lebih kurang sejam setengah kemudian. Oang ramai yang masih berlegar-legar dalam dewan diajak mengambil gambar secara berkumpulan.





Di hadapan dewan ada sejumlah lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik tradisi purba Turki yang dipanggil Ebru.


Ia adalah satu teknik di mana lukisan dibuat di atas cecair pekat menggunakan teknik tertentu. Kertas kemudian dilekapkan ke atas cairan lalu lukisan dapat 'dialihkan' ke kertas. Lihat artikel Ebru art exhibition at UTM di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.