Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Saturday, December 30, 2006

Perang Akhir Zaman - Bahagian I

Hmm… Seronok pula membuat artikel “Bukan senang woo nak berhenti merokok!” menggunakan postings yang dibuat dalam forum kegemaran saya iaitu Forum CVT. Di sini tergerak pula untuk menggunakan postings daripada thread bertajuk “Perang Akhir Zaman” yang dibuat dalam forum yang sama.
Untuk makluman, thread yang dibuka lebih 6 bulan lalu ini merupakan permulaan saya mula aktif menulis dalam Internet. Entah kenapa, pada ketika itu, saya terasa seperti perang dunia ketiga sudah terlalu hampir lalu perlu untuk berkongsi rasa dengan sesiapa sahaja yang sudi berbincang sama.
Thread ini telah menjangkau 41 mukasurat, oleh itu biarlah saya ambil bahagian tertentu sahaja OK, itupun eloklah dipecah kepada 3 bahagian, bermula dengan pembukaan di bawah… Silakan…

Posted: 15 June 2006 at 12:10am
Assalamualaikum para saudara (oppss... dan saudari) forumers sekalian. Saya telah mengikuti topik-topik di forum cvt sejak awal tahun ini, baru malam ini dapat gerak untuk terjun sendiri ke dalam.
Saya ingin mengajak sesiapa yang berminat atau mempunyai pengetahuan untuk membincangkan satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang.
Cuba baca kata-kata Nabi ini:

Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.
Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.
Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.


Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang).
Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.
Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih.
Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?
Diharap ada yang sudi menyambut perbincangan ini. Wassalam

Posted: 15 June 2006 at 5:22pm
Assalamualaikum para saudara sekalian.
Untuk saudary sammy terutamanya, bila dikatakan sabda Nabi mengenai Samudera ini tidak wujud dalam kitab hadis sahih. Sebab itu saya ajak saudara semua berbincang.
Tentang sahih tak sahih, banyak juga hadis-hadis Nabi termasuk hadis Qudsi yang tidak ada dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan sebagainya muncul pula dalam pengajian tariqat dan kitab-kitab Tasawuf. Saya tidak dapat memberi contoh off-hand tetapi confirm memang ada. Sebabnya, ada hadis-hadis yang telah digelapkan sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umaiyah selama hampir 100 tahun dan Bani Abbasiyah selama hampir 500 tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dipegang oleh golongan tertentu terutama ahli Sufi yang menyanjung tinggi kaum kerabat Rasulullah SAW. Proses pengumpulan hadis secara rasmi dimulakan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz, lebih 80 tahun selepas Nabi Wafat. Kitab-kitab Sahih pula wujud sekitar 120 kemudian. Maka logiklah jika ada hadis-hadis yang hilang.
Perhatikan dalam bab ilmu Sahih Bukhari dan Muslim, ada tersebut Abu Hurairah berkata dia ada menyimpan dua karung hadis, satu disiarkan kepada umum, satu tidak. Kerana katanya, jika disiarkan satu karung lagi nescaya lehernya akan dipancung. Kebetulan dia juga hidup semasa zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan dan anaknya Yazid, orang-orang yang diketahui sedikit anti pada Ahlul Bait. Pada zaman itu, sesiapa yang memperbesarkan kelebihan Bani Umaiyah boleh mendapat pelbagai ganjaran sedangkan sesiapa yang menceritakan apa-apa kelebihan anak cucu Nabi boleh disiksa malah dipenjarakan dan dibunuh.
Untuk kefahaman lanjut, elok kaji apa yang berlaku setelah Perang Siffin, pertembungan antara golongan yang menyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah. Apa berlaku seterusnya setelah Saidina Hassan mati diracun dan Saidina Hussein terbunuh di Karbala. Jangan anggap ini semua perspektif Syiah. Sila berfikiran terbuka.
Apapun, jika sabda Nabi mengenai negeri Samudera itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya, persoalan seterusnya kenapa ia boleh muncul dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sulaltus Salatin? Kedua-dua ini adalah kitab besar sejarah orang Melayu, bukan kitab sebarangan. Saya percaya ada rahsia besar di sebalik ini - anak zuriat tertentu yang ditinggalkan di bumi Serambi Mekah yang akan bersambung terus sehingga ke akhir zaman, sehingga kemunculan panji-panji hitam dari Timur. Insyaallah!

Posted: 18 June 2006 at 10:08pm
Assalamualaikum para forumers.
Mengenai sabda Nabi tentang negeri Samudera itu sahih atau tidak, saya pun tak berani nak confirm. Yang pasti, ia memang ada dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor pada abad ke 17. Tun Sri Lanang dan kerabat diraja Johor pernah ditawan ke Aceh pada zaman pemerintahan Raja Aceh Sultan Iskandar Muda (mangkat 1636 Masihi) lalu pernah dilantik menjadi pembesar bertaraf raja di Semerlanga Aceh. Sultan Johor ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III pula telah dihukum bunuh di Aceh tahun 1615 kerana bersubahat dengan penjajah Barat.
Refer to Jejak Rasul 11 yang ditayangkan di TV3 Ramadhan lalu tentang kehadiran Tun Sri Lanang di Aceh, seorang Bendahara Johor yang terpelajar. Maka itu hadis atau sabda ini bukannya baru muncul tetapi sudah lama terdapat di dunia Melayu. Cuma mungkin ramai yang tidak teliti lalu tak perasan pun ianya ada di depan mata. Refer balik kepada posting pertama saya dalam thread ini.
Kedua-dua kitab ini telah dirumikan dan pernah menjadi bahan text sastera wajib untuk pelajar Tingkatan Enam sekolah-sekolah Malaysia sehingga hujung tahun 80an. Jadi jika sabda Nabi mengenai Samudera di dalam adalah palsu semata-mata, kenapa dibiarkan dalam buku text yang boleh dibaca berjuta-juta umat Islam di Malaysia selama beberapa dekad?
Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu edisi rumi terbaru juga telah dibukukan kembali oleh Yayasan Karyawan juga Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh didapati di kedai-kedai buku besar seperti Books Kinokuniya dan Bordes. Jadi pada siapa yang sangsi, silalah cari kitab-kitab ini dan baca dengan teliti.
Di sini biar saya beri sedikit latar-belakang kemunculan Islam di Aceh seperti yang diakui para sejarawan peringkat sarjana kemudian cerita-cerita lama dari mulut orang tua-tua dan sumber-sumber tertentu untuk renungan para forumers. Semoga kita semakin faham kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur. Insya'allah.
-----------------------
Pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang berlabuh di Perlak (dalam Aceh sekarang), katanya dari Baghdad. Ketika itu kerajaan Perlak sedang diperintah oleh seorang raja bernama Merah Shahir Nuwi, dikatakan berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman. Sumber-sumber tertentu menyebut Salman yang dimaksudkan adalah sahabat Nabi, Salman al-Farisi. Dan baginda sebenarnya adalah seorang pewaris kerajaan Dinasti Sassanid yang memerintah Parsi, satu di antara dua kerajaan terbesar di dunia dahulukala.
Rombongan ini diketuai oleh seseorang yang cuma dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Termasuk dalam rombongan adalah seseorang bernama Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq dan anaknya Ali. Untuk pengetahuan, Imam Ja'afar al-Sadiq adalah seorang Ahlul Bait yang sangat dihormati, pernah menjadi guru kepada imam empat mazhab dan salah seorang Sheikh utama tariqat Naqsyabandiah. Orang-orang Syiah pula mengkultuskan baginda sebagai Imam Syiah ke enam, selepas Saidina Ali, Saidina Hassan, Saidiana Hussein, anaknya Ali Zainal Abidin, anak Ali - Muhammad al- Baqir. Ja'afar al Sadiq adalah anak al-Baqir.
Mereka disambut baik dan dimuliakan, akhlak mereka menarik perhatian sehingga penduduk di sana memeluk Islam malah pusat kerajaan ditukar nama menjadi Bandar Khalifah, ada namanya masih dipakai sehingga sekarang...
Ali bin Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq telah dikahwinkan dengan adik kepada Merah Shahir Nuwi iaitu Makhdum Tansyuri. Pada tahun 840 Masihi, anak mereka telah diangkat menjadi Sultan pertama Perlak iaitu Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah. Maka bermulalah pemerintahan keturunan Rasulullah SAW bercampur darah Salman al-Farisi di bumi Serambi Mekah. Ini berlaku 600 tahun sebelum Melaka dibuka, 700 tahun sebelum nama kerajaan Aceh mekar dalam sejarah!
Hikayat Raja-raja Pasai menyebut seorang anak raja bernama Merah Silu telah keluar berburu bersama para pengiring dan anjingnya bernama si Pasai, terjumpa satu tanah tinggi lalu si Pasai terlihat seekor semut sebesar kucing! Merah Silu menangkap semut itu, dibawa balik ke istana lalu dimakannya. Kemudian baginda rasa tempat itu elok dibuat negeri lalu menamakannya Samudera yang bermakna semut besar. Peristiwa ini dianggarkan berlaku pertengahan abad ke 13, dalam tahun 1250an gitu. Tapak pusat kerajaan Samudera terletak berhampiran bandar industri Lhoksuemawe, Aceh, kawasan yang sangat kaya dengan minyak.
Maka tersebut lah sabda Nabi tentang kemunculan Samudera. Sharif Mekak (Raja Mekah dari keturunan Saidina Hassan) telah menitahkan seorang mualim bernama Sheikh Ismail supaya pergi membawa alat-alat kerajaan dari Mekah dan senaskah Al-Quran lalu pergi mencari negeri Samudera untuk mengIslamkan raja dan penduduknya demi memenuhi wasiat Nabi, kerana "dalam negeri itu akan muncul banyak wali Allah."
Maka Sheikh Ismail pun berangkat, singgah di negeri Mengiri (dalam Sejarah Melayu dipanggil Muktabar), kalau tak salah di benua Hindi. Ketika itu raja yang memerintah adalah Sultan Muhammad, dari keturunan sahabat Nabi dan Khalifah pertama Islam, Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Apabila mendengar berita tentang kapal dari Mekah ingin ke Samudera atas titah Sharif Mekah, baginda terus turun takhta dan menyerahkannya kepada seorang anak. Terus pakai baju fakir dan membawa seorang anak lain untuk mengikuti rombongan itu. Itulah disebut Fakir Muhammad.
Di Samudera pula, Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu diberi nama Sultan Malikus Salih yang bermakna raja orang-orang salih. Dipendekkan cerita, Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad pun sampai ke Samudera dan mengIslamkan penduduknya. Mereka mendapati Merah Silu sudah fasih membaca Al-Quran tanpa sedikit pun bersalahan. Alat-alat kerajaan yang dibawa dari Mekah pun diserahkan kepada baginda dan baginda ditabalkan sekali lagi, kali ini mengikut adat raja-raja Islam dengan menggunakan nobat Ibrahim Khalilullah. Begitulah cerita. Mengikut kajian sejarah, Sultan Malikus Salih mangkat tahun 1297. Baginda juga mengasaskan kerajaan Pasai yang sangat dikenali sebagi pusat penyebaran dan dakwah Islam Nusantara sehingga kemunculan Melaka. Makam baginda tidak disentuh Tsunami walaupun ia terletak tidak jauh dari pantai.
Cukuplah background buat masa ini. Diharap para forumers yang ikhlas mahu mencari jawaban dan kebenaran fikiran dengan mendalam tentang semua ini kerana di sini terletak satu jawaban kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur nanti. Fikirkanlah dengan jujur dan mendalam. Jika perlu, buat sedikit kajian sendiri, minta petunjuk dari Allah SWT, beristikharahlah, Insya'allah.
Wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 3:55pm
Jawaban kepada beberapa pertanyaan forumers: Apa kena mengena perang akhir zaman dengan Tasauf? Izinkan saya membuka langkah...
Mula-mula akan berlaku perang dunia ke 3 di mana umat Islam akan kalah punya. Itulah yang disebut Rasulullah SAW umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini kita cuma mampu menjaga diri sendiri dan keluarga. Keadaan akan jadi begitu sengsara di mana ramai yang akan give-up lalu termakan fitnah Dajjal di mana dia akan menawarkan syurga (yang sebenarnya neraka) dan neraka (yang sebenarnya syurga).
Yalah, dunia kelam-kabut, orang tak cukup makan, rumah hancur, duit tak boleh pakai dan sebagainya... Harta-benda dah takda makna... Masa tu siapa yang tak kuat Iman akan mengalah lalu akan menerima package tawaran PBB Dajjal Laknatullah serta Zionis dan kuncu-kuncu mereka demi keluar dari kesengsaraan. Maka mereka yang tidak kuat Tasawuf, setakat berpegang kepada Syariat sahaja boleh menghalalkan perbuatan mereka berpaling tadah pada pihak Syaitan dengan menggunakan 'kebenaran' untuk mengaku Murtad demi menyelamatkan diri sendiri dari kelaparan, dibunuh dan sebagainya. Boleh menggunakan alasan mengelakkan mudharat demi menyelamatkan tubuh-badan daripada kebinasaan.
Tetapi siapa yang mantap Tauhid dan Tasawufnya akan tetap berpegang pada Islam walaupun nyawanya akan melayang. Seperti Bilal bin Rabab yang tidak mahu Murtad walau diugut dan disiksa majikkannya dengan teruk. Beliau cuma mengucapkan "Ahad! Ahad!" apabila menahan sakit semasa disiksa, Di sini terletak satu rahsia Tasawuf dan makna keEsaan (sekurang-kurangnya fikir Tauhid Af'al. Hakikatnya Siapakah yang menyiksa Bilal?)
Selepas perang dunia ke 3 dan kemenangan orang-orang jahat serata dunia, akan terjadi satu peristiwa di mana alat-alatan moden seperti machinegun, kereta-kebal, jet-pejuang, pelutu berpandu dan sebagainya tidak boleh dipakai. Malah mengikut kata sesetengah orang, tenaga letrik pun hilang tidak boleh dipakai.
Pada masa itu, orang-orang Islam yang berjaya mengharungi segala dugaan tanpa mengalah, jadi fasik dan murtad sebagainya telah dikira lulus ujian, kerana kemantapan Tasawufnya. Barulah berguna pedang, keris dan sebagainya yang selama ini disimpan dalam rumah (kalau tak bercampur-baur dengan khadam, jin dan sebagainya).
Merekalah yang akan memulakan gerakan kebangkitan sebenar Islam, dengan berpedang dan berkuda menghapuskan musuh. Itulah permulaan panji-panji hitam dari Timur yang akan dipimpin oleh keturunan terpilih bertaraf wali dari darah-daging Ahlul Bait Rasulullah SAW. Lepas tu barulah muncul Imam Mahdi, Nabi Isa As etc...
Itulah yang disebut sesetengah orang sebagai perang dunia ke 4, atau dalam kitab Taurat dan Injil (yang telah diubah-suai tetapi masih ada cerita ini) sebagai Perang Armegeddon.
Jadi agak-agaklah bagaimana Tasawuf boleh berkait dengan Perang Akhir Zaman. Cerminlah diri... Bagaimana kita yang sudah terbiasa hidup senang dan aman, ada rumah elok, kereta, anak-bini, ada sumber pendapatan tetap, tak pernah betul-betul merasa susah, lapar, dahaga dan sebagainya, apalagi disiksa dan diugut bunuh akan berjaya bertahan menghadapi dugaan yang akan datang tanpa kekuatan ilmu dan amal Tasawuf yang sanggup menolak segala kesenangan dunia malah menerima segala dugaan dan susah-payah dengan penuh keredhaan? Di manakah Tauhid kita yang mengEsakan bahawa setiap yang terjadi dan bakal terjadi adalah Af'al Tuhan belaka? Bagaimana mahu bercerita tentang Tauhid Sifat, Tauhid Asma apalagi Tauhid Zat kalau Tauhid Af'al pun tak pass lagi?
Apa guna bercerita tentang alam tinggi Ahadiat, Wahdat, Wahdaniat, bertengkar pasal alam Malakut, Jabarut dan sebagainya tanpa mengenal hakikat tempat roh kita di alam Lahut dan hubungannya dengan alam Bahut dan Hahut.
Cakap memang senang, bukak kitab, jumpa guru sana-sini. Boleh belajar meraga sukma lah, terbang kan roh sana- sini lah. Jangan berbangga sangat dengan permainan Qarin yang disebut sesetengah pengajian sebagai roh yang berjalan. Ini bukan pengajian Tasawuf sebenar tapi tempias yang digunakan dalam ilmu perubatan dan persilatan. Masih meneroka alam jin yang berlapis-lapis lagi, tak sampai sekelumit pun nak mencapai alam Malakut apalagi alam Jabarut yang malaikat pun akan burn kalau cuba masuk. Apalagi Lahut yang lebih tinggi? Kalau itupun tak faham, tak payah lah susah-susah bercerita pasal Nur Muhammad dan sebagainya. Sampai ada yang nampak Qarin sendiri, itulah yang dikatakannya Muhammad. Masyaallah!
Minta maaf lah kalau kata-kata ini kasar. Tetapi selagi kita tak beramal menyucikan diri, naik dari Amarah ke Lawahah, kemudian Mulhamah lepas tu Mutmainnah, jiwa yang tenang yang sudah faham segala hakikat kejadian, sekurang-kurang tahu dan merasa (tanpa perlu membuktikan pencapaian diri kepada orang lain demi mendapatkan pengiktirafan) apa itu Tauhid Af'al, boleh kata Ahad! Ahad! (Dia yang Esa) bila teruk dibalun orang, rasanya susah untuk melepasi dugaan yang akan mendatang. Jangahlah nak masuk bab nafsu Radhiah, Mardhiah, apalagi Kamaliah...
Harap kita sama-sama ambil iktibar. Jangan terlalu berbangga dengan segala macam ilmu perubatan, persilatan, kebatinan, ibu Lam lah, ibu Gayung lah sedangkan kita belum mendapat hakikat sebenar kalimah La Haulawala Quwataila billahil aliyil azim - Tiada daya dan upaya kecuali dari Allah belaka. Itulah ibu segala gerak...
Sekian wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 5:04pm
Saudara-saudara sekelian. Biar saya beritahu satu info yang cuma diketahui golongan tertentu.
Mengikut program Zionis (kena baca Protocols of the Elders of Zion, sidang pertama secara terang-terangan Zionis di Basel, Switzerland tahun 1897, kalau tak silap yang diketuai Teodore Hertzl, sebab sebenar kejatuhan Uthmaniyah sehingga Jerusalem terlepas, tahun 1920an, Perisytiharan Balfour dan sebagainya), mereka MESTI memerintah dunia kerana itu kononnya hak mereka sebagai Bani Israel, bangsa yang terpilih. Tetapi ini bukanlah senang, mesti diterbitkan beberapa keadaan supaya lebih mudah pecah dan perintah.
Maka pada awal tahun 1900an telah dirangka satu program terutama oleh seorang general dari Amerika bernama General Pike, bahwa tiga perang dunia MESTI diterbitkan sebelum mereka dapat betul-betul menggenggam seluruh dunia. Maka itu jadilah Perang Dunia Pertama yang natijah kejatuhan Uthmaniyah diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah yang telah diperintah oleh keturunan Saidina Hassan selama 800 tahun kepada puak Wahabi dan keluarga Saud yang disokong British. Maka umat Islam seluruh dunia jadi anak-yatim kerana telah hilang kepala dan penaung zahir (Uthmaniyah) dan batin (Mekah dan Madinah di bawah Ahlul Bait).
Natijah perang dunia kedua, dunia jadi bi-polar, Blok Komunis lawan Blok Kapitalis. Di samping itu wujud badan-badan berasaskan riba' yang menguasai dunia seperti World Bank dan IMF. Wujud juga negara haram Israel dengan sokongan PBB, yang tapak diwujudkan melalui naungan British dan Perisytiharan Balfour hasil kemenangan mereka dalam perang dunia pertama. Untuk pengetahun PBB adalah lanjutan League of Nations yang "diamanahkan" memegang Jerusalem selepas Perang dunia pertama.
Maka selepas perang dunia kedua, dunia dipecahkan melalui ideologi kapitalis dan komunis yang menghasilkan banyak lagi ideologi sampingan seperti sosialis dan sebagainya. Ingat, kapitalis dan komunis sebenarnya diwujudkan oleh para pemikir Zionis selepas Revolusi Industri abad ke 18. Nampak bercanggah tetapi tujuannya sama, untuk memecah-belahkan umat.
Sekarang mengikut program yang telah tertulis 100 tahun lalu, sudah sampai masanya untuk Perang dunia ketiga yang diisytiharkan melalui Peristiwa September 11, 2001. Tapi para cerdik-pandai Yahudi tahu tentang ramalan Rasulullah SAW tentang kebangkitan umat akhir zaman, melalui Timur diikuti bahagian Khorasan dan sebagainya.
Lalu mereka cuba menakluki Nusantara melalui krisis kewangan 1992 tetapi kurang berjaya. Apapun, selepas September 11, Afghanistan jatuh, kemudian Iraq. Sekarang menunggu masa untuk jatuhkan Iran kemudian Syria.
Indonesia hakikatnya telah terjelupuk selepas Suharto menanda-tanganai perjanjian IMF dahulu, Malaysia juga yang masih berdiri. Masalahnya mereka cuba cari jalan lain pula. Nak attack direct tak dapat. Kita dapat menepis melalui saluran diplomatik, juga melalui doa orang-orang alim dan para wali yang masih wujud. Dulukan Singapore pernah provoke suruh attack, Australia pula dok bising kononnya ada hak untuk menyerang sesuatu negara jika dia suspek ada terrorist, nak bawak armada navy US ke Selat Melaka kononnya untuk tangani lanun dan terrorist pun tak berjaya.
Tapi tengok sekarang apa dah terjadi pada Malaysia? Berapa banyak company kita dah jatuh ke tangan Singapore, Temasek Holding. Siapa punya kerja. Singapore kan port Zionis Nusantara? Itupun tak faham lagi ke?
OKlah... Ini satu cerita rahsia tetapi saya rasa patut didedahkan. Ikut program Zionis dan perkiraan falak mereka, Iran dah patut kena attack dekat dua bulan dulu. Kalau jadi, kemungkinan tercetus perang nuklear amatlah besar, maka faham-fahamlah apa akan jadi seterusnya.
Masalahnya program ni dah lari budget n timing. Kuncu-kunci CIA, Mossad dan sebagainya, beribu-ribu yang masuk ke Iran untuk menimbulkan kekacauan, mensabotaj pertahanan dan mengapi-apikan pembakang untuk menggulingkan kerajaan hilang! Tak tahulah kena sembelih ke apa. Maka program dah lari...
Ilmu falak sebenar ni macam ilmu nak naik bas ikut jadual lah. Kalau dah miss bas 6.30 pagi, terpaksalah tunggu next bus mungkin 7.30 pagi. Macam almarhum Haji Fahim, datuk Pak Lah, ketika diminta memilih tarikh kemerdekaan, dia sebut mesti dapat 31 Ogos 1957 kalau tak kena tunggu lagi berapa tahun lagi. Begitulah...
Ingat tak dulu macamana kecohnya Amerika nak attack Iran tapi tak jadi-jadi? Sampai Israel tak sabar-sabar boleh isytiharkan mereka sendiri akan attack Iran kalau Amerika masih berlengah-lengah? Sekarang apa dah jadi? Kenapa cool-down pulak? Tukar cerita pasal Korea Utara lah, attack balik Semenanjung Gaza lah? Pasal tak puas hati dengan Hamas lah... Hah... Ini kes kena tunggu bas pukul 7.30 lah... Program dah lari. Kena tunggu next trip...
Apapun, Perang Dunia Ketiga adalah PASTI. Cuma tak dapat ditetapkan bila tetapi sudah dekat, sangatlah dekat... Kita cuma boleh berusaha dengan cara diplomatik dan doa untuk melambatkannya tetapi Yahudi memang dah tak sabar, takut program lari lagi... Selama mana para wali di Nusantara boleh berdoa ia ditundakan? Sedangkan selagi itu, selagi tak perang, kemungkaran makin bermaharaja-lela. Segala fasiq, munafik, menari-menari buat maksiat main politik kaut harta rakyat, berjoget-joget mengejek - mana itu perang? Tak da pun? Kita mahu kumpul duit untuk hidup seribu tahun lagi, Horey!
Orang-orang bodoh macam aku je yang tunggu penuh geram, bilalah nak dapat peluang untuk mendaulatkan kembali Islam supaya boleh muncul zaman keemasan yang dijanjikan.
Sekarang ni orang dah berani challenge kat court, bodohkan mahkamah Syariah supaya boleh jadi murtad... Diheboh-hebohkan lagi supaya jadi isu besar... Kenapa? Siapa punya kerja? Kalau mahu, buat satu phone call je boleh kasi kes ni shut-up. Tetapi dibiarkan malah diwar-warkan bagi satu dunia dengar?
Ah... Bersedialah untuk perang. Itu aja kata aku...

Posted: 07 July 2006 at 4:48pm
Setelah lebih memahami apa yang ingin diutarakan, ramai forumers menyatakan sokongan lalu respons saya: Alhamdulillah kawan-kawan. Insyaallah kita semua ada semangat.
Sekarang kita patut cermin diri, mampukah kita berserta berjuang di dalam barisan panji-panji hitam nanti.
Seperti yang saya sudah sebut lebih awal, perang dunia ketiga akan berlaku dahulu di mana orang Islam disembelih di mana-mana dan kita tak boleh buat apa-apa. Kesengsaraan dan huru-hara yang terjadi akan menyebabkan banyak orang mengalah. Maka untuk memasuki barisan panji-panji hitam, bersedialah menghadapi lapar, susah-payah, hilang segala harta-benda, ahli keluarga, seksaan demi seksaan malah bersedialah untuk dibunuh dengan kejam demi terus memegang tali Allah tanpa terpedaya dengan ugutan atau pujuk-rayu Dajjal laknatullah and the boys and gang.
Ini cuma dapat dilakukan jika kita istiqamah berpegang dengan Islam sedalam-dalam... Maka mesti ada ilmu dan amal Tasawuf supaya yakin segala yang bakal terjadi memang telah ditentukan sejak azali dan kita dapat melalui dalam keadaan syahid - yang menyaksikan. Fahamilah ini dalam-dalam... Macam tengok movie pasal perang dunia I dan II, cuma ada extra... Kita rasa sakit dan segala macam seksa.
Kalau pass part ini dan masih hidup lagi, insya'allah boleh masuk dalam barisan panji-panji hitam. Allahuakbar!
Untuk ketualanun, pertanyaan saudara mana Pemuda Bani Tamim? Jika yang dimaksudkan adalah seorang forumer, saya bukan orangnya.
Posting pertama dalam thread Perang Akhir Zaman ini adalah entry saya yang pertama dalam Forum CVT.
Jika Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan ada kena-mengena dengan Ustaz As-Shaari, lagilah saya tak pegang. Kalau ikutkan nafsu saya yang masih belum suci ini lagi, sesiapa sahaja yang berani buat perisytiharan dirinya sebagai orang paling hadapan pembawa panji-panji hitam, mahu saya tampar saja muka dia. Lepas tu kalau dia nak tampar balik ke, jurus ke, bunuh ke... Allah sahaja menggerakkan segala sesuatu.
Yang dimaksud Pemuda Bani Tamim ni ada ciri-ciri tertentu. Nak pendekkan cerita, kita ambil dua, keturunan dan rupa-paras.
Keturunan mesti Ahlul BAit, anak cucu Nabi. Kalau ikut pendapat mendalam bapak atas bapak (bapak bin bapak bin bapak...) mesti sampai kepada Saidina Hassan, Khalifah pertama dan terakhir seluruh umat Islam dari darah daging Nabi. Yang mana satu anak cucu yang dimaksudkan (sebab jurai keturunan Saidina Hassan ni banyak termasuk Sultan Brunei), itu rahsia Allah. Kalau confirm tau, tentu Zionis dah lama wipe-out family dia...
Tentang rupa-paras, aku ambik bab senang lah... Semua nabi-nabi itu handsome... Kajilah... Begitu juga para pewaris Nabi, apalagi pemegang panji-panji hitam dari keturunan Saidina Hassan yang memang diketahui handsome malah diriwayat sebagai orang yang rupa-paras paling hampir kepada datuknya Rasulullah SAW.
Ini genetic terpilih... Mesti ada ciri-ciri rupa-paras elok Nabi. Ada perawakan tubuh-badan tegap, tegak dan hebat... Dan kalau kita kaji, seorang pemimpin mestilah menjadi contoh kepada semua dengan rupa-paras yang boleh menimbulkan perasaan hormat, kasih-sayang, wibawa... Barulah pengikut follow dengan rela....
Pendek-kata setakat kepala botak, muka senget, mata ceme... Gunakan khadam dan jin masuk mimpi pengikut supaya boleh control mereka dan sebagainya, rasanya janganlah cuba mengaku Bani Tamim. Allah sahaja yang melaknat golongan sebegini
Sekian sahaja buat masa ini. Kita bertemu di masa dan hari yang lain. Insyaallah.

Posted: 07 July 2006 at 5:34pm
Forumer Selamat telah menegur kenapa perlu marah-marah, maka ini jawaban saya: Terimakasih kerana menegur saya, selamat.
Minta-maaf le teman cakap ada marah-marah... Sebab teman dah banyak sangat jumpa jemaah yang akhir kalamnya, ketua jemaah mereka lah penyelamat umat Islam sedunia, tak pun Nusantara.
Naik fed-up...
Ini satu contoh. Ada satu jemaah ini ambik budak-budak Melayu bermasalah - penagih dadah, budak-budak perempuan nakal dan sebagainya, siap ada kerjasama KDN.
So dapatlah beribu-ribu pengikut instant. Maka ketua jemaah (bukan Ayah Pin) yang pernah ikut Tabligh, Tariqat Naqsyabandiyah dan entah apa-apa lagi (tapi semuanya separuh jalan) pun ditugaskan memulihkan mereka dan membawa kepada makna Islam dan Melayu yang sebenar. Maka terciptalah satu lagi jemaah yang berani mengaku terang-terangan mereka sedang dilatih untuk perjuangan akhir zaman.
Awalnya, mereka dilatih cara Tabliq, ikut sunnah, jaga solat jemaah, sunat dan sebagainya. Bila dah advance sikit duduk lah kat salah satu kem utama jemaah di Ulu Terengganu. Kalau dah advance lagi, mulalah bertapa dalam gua sambil zikir dan bayangkan muka guru sampai keluar bercahaya-cahaya. Datanglah godaan demi godaan seperti hantu bungkus, harimau jadian malah perempuan cantik telanjang.
Kepada ahli-ahli tertentu yang lebih advance pula, mereka bertapa di Gunung Jerai. Lalu dapat 'naik' ke langit, jumpa semua Nabi-nabi malah telah kenal Allah belaka! Fuyoo... Manyak dasyat.
Untuk pengetahuan, ahli-ahli kumpulan ini agak pakar bermain dengan Qarin, perang batin, seru semangat, masuk mimpi orang dan sebagainya....
Ketua tertinggi jemaah ini pernah memberitahu saya, mereka ini semua dididik makna sebenar Islam, Melayu dan sedang disediakan untuk perang akhir zaman. Elok juga sebab budak-budak gangster muka henry gurney pun dapat peluang untuk menggemblengkan tenaga.
Maka itu mereka juga diajar adab-adab Melayu lama. Setelah discan, maka dikenali ahli-ahli yang berketurunan bangsawan atau tidak lalu dipanggil mengikut gelaran lama. Maka it salah seorang penjaga kem di Terengganu dihormati sebagai seorang Tun berdarah Bendahara.
Ketua tertinggi pula dipanggil Tuanku! Katanya kepada saya supaya anak-buahnya tahu adab lama. Dia setakat melatih mereka sahaja sebelum kumpulan ini diserahkan kepada ketua atau Sultan sebenar yang akan memimpin panji-panji hitam dari Timur nanti. Begitulah ceritanya...
Beberapa bulan kemudian, ketua tertinggi yang telah mendapat 'wahyu baru' telah dikenali pula di kalangan pengikut sebagai Tok Ayah atau Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang menulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun lalu! Kononnya dialah penjelmaan Sharif!
Kumpulan ini begitu berpengaruh sehingga seorang artis perempuan terkenal yang sekarang lebih banyak mengarah filem menjadi penyokong kuat si ketua. Malah perempuan ini kononnya telah diisi dengan Puteri Gunung Ledang! Lalu dia dan ketua tertinggi sahaja boleh masuk ke bilik kuning di sebuah kawasan di Ulu Klang. Pelik juga kerana artis ini isteri orang, dan ketuanya ada tiga bini!
Tidak lama kemudian muncul cerita kat suratkhabar, ketua yang juga dikenali sebagai ustaz ini diburu polis kerana beberapa kes rogol! Tetapi pengikutnya tak percaya... Mana boleh ustaz yang tolong mereka berhenti dadah, masalah sosial dan sebagainya rogol orang ini mesti fitnah... Mesti ada orang dengki. Sebab dia ada pengikut beribu-ribu, business pun dah maju... Inilah dugaan akhir zaman....
Oh... Untuk pengetahuan... Semua pengikut ini berjaya berhenti dadah dan masalah sosial. Asalkan bergerak dalam jemaah... Kalau cuba keluar mesti sakit balik punya. Beginilah cara ahli terus dipegang.
Kes rogol ini senyap kerana si ustaz tak dapat dicari. Ramai pengikut sedia menyorokkannya dan dia ada banyak base dalam hutan.
Baru-baru ini, dalam seminggu dua, timbullah lagi kes baru. Ustaz ini dah rogol orang lagi. Dan yang buat aku geram, mengikut tulisan dalam suratkhabar tu, dia dah mengaku dirinya sebagai Sultan Malikus Salih!
Tahu tak siapa Malikus Salih? Bacalah Hikayat Raja-raja Pasai. Inilah raja besar yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai di Aceh lebih 700 dahulu. Baca balik posting pertama dalam thread ni.
Aku yang terbaca pun naik angin. Minta maaflah... Kalau anda sekelian dalam situasi ini bagaimana? Bayangkan ada satu mamat mangkuk, gunakan orang, gunakan Melayu, gunakan Islam, gunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, main seru-seru semangat, Qarin, lepas tu rogol orang dalam keadaan terpukau, lepas tu ngaku sebagai penjelmaan nenek-moyang engkau yang dikenali sebagai raja bertaraf wali, engkau hangin tak? Mahu tak penampar?

24 comments:

syahir said...

Orang-orang bodoh macam aku je yang tunggu penuh geram, bilalah nak dapat peluang untuk mendaulatkan kembali Islam supaya boleh muncul zaman keemasan yang dijanjikan.

tuan x bodoh, saya pun tunggu gak. sabarlah dan sama2 kita buat persiapan, klu x kita mungkin anak atau cucu kita esok yang akan melaksanakan wasiat dan 'amanah' itu. insyaAllah.

Panglima Perang Cyber said...

salam ziarah ! utk bersama org2 yg tunggu kebangkitan dan berusaha sekuat daya ke arahnya.

Jika yahudi guna pecah perintah, kita guna ukhwah mahabbah.

Tapi susah sbb hati karat kotor.

salam.

Umar Zakir Abdul Hamid said...

nice blog
do u mind to put a link to my blog here?
tanx

Anonymous said...

assalamualaikum sdra radzi.
saya kagum dengan pengalaman anda dan tasawuf anda. cuma saya kesali cara anda memperlekehkan orang.
apabila saudara bercerita tentang Pemuda Bani Tamim sudah pasti saudara tau ciri-cirinya malangnya yang saudara tegaskan cuma kehenseman dan ketegapan tubuh badan. Tidak pula saya jumpa tafsiran fizikal sebegitu. Sebelum saudara mahu tampar orang yang saudara bengang saudara wajib tampar nafsu saudara sebab apabila saudara sendiri mahir bercerita tentang Allah maka saudara tentu mahir tentang nafsu dan seangkatan dengannya.
bersangkabaiklah saudara dengan saudara seagama. Hebatkah kita hanya kerana dipinjamkan Allah untuk melihat alam yang masih lagi bukan jaminan mendapat keampunan dan syurga Allah? Memang saudara tidak mahukan syurga sebab setahu saya orang tasawuf tidak mengharapkan syurga tetapi sedarkah saudara berapa banyak wali dan orang yang dari alam yang saudara sebutkan semuanya sedang mencari siapakah Pemuda Bani Tamim itu dan sebahagian daripada mereka telah pun berbaiah dengannya????
tepuk dada tanyalah iman saudara. Jika saudara mencari dan memerjuangkan kebenaran pasti saudara akan dilorongkan oleh Allah untuk berbaiah dengan PBT yang dijanjikan. Jika tidak jangan anggap kita terpilih untuk berada sebaris dengan pemilik Panji-Panji Hitam kerana bilangannya tidak ramai. Berusahalah kita untuk menjadi bilangan Tentera Badar yang terpilih.
Kosongkan akal, Penuhkan roh,
semoga kekal, bersih menyeluruh.

Ampun maaf dan salam persaudaraaan
syeikh ghaffar

ANASOIB said...

Assalamu'alaikum

saya bersetuju dengan syeikh ghaffar. nampaknya penulis tidak berhati-hati dalam menyebutkan tentang peribadi orang lain. jika penulis benar-benar teliti dan mengkaji perjuangan Ustaz Ashaari serta membaca karya2 beliau pasti penulis malu terhadap diri sendiri. sepatutnya jika penulis benar2 mahukan kebenaran pasti penulis tidak memperlekeh orang secara semberono. Ahli tassawuf adalah orang yang sentiasa membersihkan diri dari hawa nafsu dan berusaha menghiasi diri dengan akhlak mulia bukan menurut nafsu. Ahli tassawuf adalah orang yang berhati2 dalam setiap tindakan. Tidak ada kamus bengang dalam hidup mereka kerana sifat2 mazmumah telah dikikis secara total melalui pimpinan guru yang mursyid

Anonymous said...

terima kaseh semua..perihal seperti ini amat bagus sekali utk di sentuh,..iAnya dapat membuatkan kita BERINGAT-INGAT.

terimakaseH #

Cerita Tuhan said...

sebenarnya panji-pani hitam ini akan dibawa oleh imam mahdi dan pngikutnya.. sudah ada imam mahdi di malaysia.. jgn salah faham dgn hadis yg mengatakan imam mahdi dari keturunan rasulullah..betul..bila sbut keturunan xsemestinya di arab..kalau sebut bangsa ya di arab tapi keturunan..ada dimana2..

Cerita Tuhan said...

imam mahdi membawa 3 program.. medical, management dan military.. 2 fasa telah selesai... tunggulah fasa military yg berkaitan dgn kuasa pemerintahan... kitabul makhnun,kitabul qiyamah, agenda allah, kisah allah semuadah dikeluarkan oleh beliau... nak kenal dia mesti ada ciri2nya.. tanda kenabian, tahi lalt putih, tahi lalat pemerintahan, dahi luas, giginya, kulitnya, karamahnya.. yg penting dia dah ada... dah nak sampai masanya utk dia memerinah..teori rahman pun dah habis...tapi teori rahim xde siapa pun yg tahu kan... RAHIM... RAHSIA ALLAH H....N IMAM MAHDI...

Anonymous said...

Saudara Radzi

Pertama saya baca blog ni. Syabas. Mengenai komen Anasoib, saya dah baca banyak buku-buku asyaari dan lihat sendiri gelagat ahli-ahli jamaah itu-cakap tak serupa bikin. Tidak pantas bagi dia mengaku pemuda Bani Tamim-jauh panggang dari api.

Tapi siapa pula Bani Tamim. Seingat saya pada zaman Nabi ada banyak suku antaranya Bani Adi dan Bani Tamim. Sayyidina Abu Bakar adalah seorang pemuka Bani Tamim maka adakah Pemuda Bani Tamim ini keturunan Sayyidina Abu Bakar?

Salaam
Kowloon

pencinta ilmu said...

kepada tuan empunya blog.. terima kasih atas perkongsian..

kepada anon 28july & anasoib..
cube lah kau bace betul2 apa empunya blog ckp.. "Yang dimaksud Pemuda Bani Tamim ni ada ciri-ciri tertentu. Nak pendekkan cerita, kita ambil dua," ko nie x reti eja ker? aduii.. lemau.. kau org pertama yg x layak jadik tentera panji hitam.. sebab bodoh.. huhuhu..

Anonymous said...

Semua yg berkomen dan tuan punya blog termasuk aku yg bercakap ni pun, TAK LAYAK, jadi geng Bani Tamim. Sebab bergaduh2 nak tunjuk sapa pandai.Termasuk aku yg juga nak tunjuk pandai kat sini.


Cara Syeikh Ghaffar berhujah amat relevan.

Anonymous said...

Pendek-kata setakat kepala botak, muka senget, mata ceme...

Botak, muka senget dan mata ceme tu kan pemberian Allah. Mak bapak ko tak ajar ke, mengutuk orang sama juga macam mengutuk Allah, sebab semua ini adalah ciptaan Allah. Macam ni ada hati nak jadi panji hitam, kena rejam dgn panji hitam boleh jadi.

Radzi Sapiee said...

Kenapa? Terasa ke? Hehehe!

Tengah tunggu lagi apa komen Anonymous pengecut telur kecik ni.Gayanya ada hati nak jadi ketua,orang berpengaruh... tapi tak cukup kelayakan. Rupa pun tak da, karisma,pangkat, duit semua hancus. Last2 cuma dapat buat kacau kat blog orang je untuk menyedapkan hati sendiri rasa diri tu macam relevan, ada power...

Apa lagi? Sambung le. Seronok gak tengok orang suka telanjangkan diri sendiri ni. Biar satu dunia tahu dia punya ***** kecik lagi tak berfungsi. Hehehe!

Anonymous said...

Macam mengata diri sendiri tu. Allah Maha Besar.

Anonymous said...

Patut bersyukur muka kita elok dan tidak memperlekehkan peribadi orang lain, sebab balasan Allah ni sekejap aja, muka yg elok pun boleh jadi tak elok bila-bila masa saja jika Allah nak tunjukkan kudrat dan iradat nya agar orang yg berkenaan sedar diri.

Kalau kita tidak termasuk dalam golongan yg menerima hidayah, maka rugi besar lah kita kerana tidak mendapat kesayangan dan rahmat Allah. Dan sampai ke tua begitu lah perilaku buruk seseorang itu dinampakkan oleh Allah pada semua orang, sedangkan empunya diri masih menempelak orang lain.

Radzi Sapiee said...

Itu aje? Lagi... lagi? Hehehe! :]

Hadis said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.

Kita diciptakan dari segumpal darah bewarna merah.

Apa yang diperhatikan melalui blog ini sememangnya banyak komen-komen bergumpal-gumpal fahamannya.Cuba kaji jika ada darah bergumpal dalam daging/otak? agak-agak ok tak? silap2 perlu operate kerana ia akan merosakkan bahagian2 yang lain.

Sepatutnya darah perlu sentiasa mengalir dan lancar keseluruh tubuh.Tanpa banyak fahaman dan hanya benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulnya.

Bersatulah atas DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.

SEMBAHLAH ALLAH DAN JAUHILAH TAGHUT.

AL-QURAN ( teori ).. banyak pelajaran yang perlu dipelajari

SUNNAH RASUL ( praktikal ).. perbuatan rasul-rasul dari segi perlaksanaannya.

Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Semeter Alam.

greenforce313 said...

dengan nama ALLAH yang maha berkasih sayang.

kesejahteraan buat saudara si merah silu.penulisan saudara serta penelitian serta kefahaman dalam semua kaedah pmbelajaran ilmu-ilmu haq amatlah membanggakan.pihak kami mengucapkan tahniah!,sesungguhnya tangan yang menaip dengan kesungguhan yang mendalam bagi menyedarkan rakyat keperihatinanan saudara,begitu menyentuh sanubari sahabat2 di luar sana.walaupun ada pengkritik2 yang membina, dalam penulisan2 saudara, nyatalah mereka berpesan-pesan dengan kasih sayang.kesabaran saudara amatlah di puji.teruskan lagi penulisan saudara walau dengan seribu kepayahan,rintangan,dugaan, cabaran anggaplah ujian dari Allah,bagi semua sahabat-sahabat yang tersinggung,maafkanlah si merah silu dengan nama ALLAH yang maha berkasih sayang.sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada ALLAH kita di kembalikan.

bersamalah kita menyedekahkan AL-fatihah untuk seluruh ALAM.serta sekalian MURSALIN .al-fatihah.

segala puji-pujian bagi ALLAH seru seluruh ALAM.

Radzi Sapiee said...

Terimakasih. Tentang Al-Fatihah tu seeloknya kita niat HADIAHKAN kepada seluruh ALAM yang termasuk di dalamnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para Rasul dan Nabi, para Wali, syuhada dan solihin. Sesungguhnya mereka tidak memerlukan sedekah kita malah Nabi Muhammad SAW dan Ahlul Bait juga seluruh keluarga Bani Hashim diharamkan menerima sedekah. Kita ini yang sebenarnya memerlukan barakah dari mereka. Amin. :]

Anonymous said...

kata2 saudara dah menunjukan peribadi saudara, harap kenal lag diri

Radzi Sapiee said...

Ya. Sila beri tunjuk ajar. Kata2 saudara menunjukkan saudara cukup pandai menilai peribadi orang lain. Dengan baca artikel yang isinya sebenarnya dibuat 5 tahun lalu berserta komen lebih setahun lalu saudara sudah boleh tahu sejauh mana saya sudah melangkah dalam kehidupan sekarang. Syabas! Silalah ajar semua orang bagaimana boleh menjadi orang bermakrifat tinggi seperti saudara! :]

Anonymous said...

sebenornye pemuda bani tamim tu aku ler keh keh keh

earthwithoutartisjustEH said...

Lawaklah korang ni...pasal benda yang tak sahih..tak jadi lagi pun mahu gaduh...

"It is better to remain silent and be thought a fool than to open one's mouth and remove all doubt." - Mark Twain

Bersama membela ISLAM said...

AYUH KITA RAPATKAN SAF......UMAT ISLAM SALING BERKASIH-SAYANG...DAN NASIHAT-MENASIHATI UNTUK KEBAIKAN UMMAH...