Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 22, 2019

Membawa semangat Aceh ke Perak - Hakikat Lailahaillallah dan 'restu istana'?

Salam hari Ahad malam Isnin 23 Muharram. Dalam artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Ke Meulaboh dan seterusnya mengejar jadual asal yang dipaparkan 3 hari lalu ada disebut bahawa pada petang hari sebelumnya saya baru sahaja selamat kembali daripada perjalanan berseorangan 4 hari 3 malam di Perak. Ia meliputi beberapa tempat dan makam bersejarah sehingga ke Kampung Temong di Kuala Kangsar. Pada penghujung artikel ada diberitahu bahawa perjalanan Perak itu akan dipersembahkan secara berselang-seli dengan cerita pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera. Biar ia dimulakan sekarang...


Perjalanan bermula apabila saya meninggalkan rumah dengan kereta seorang diri pagi Ahad 15 September 2019 jam 10.


Saya keluar pagi itu kerana bercadang untuk menghadiri satu majlis ilmu tertutup di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Tapi timbul rasa ada baiknya kalau terus bergegas ke Perak.


Ini memandangkan Kuala Lumpur terletak 40 km ke arah selatan dari rumah sedangkan Perak adalah menghala ke utara. Boleh jimat jarak pergi balik 80 km kalau terus ke Perak.


Tetapi apabila memikirkan balik bahawa majlis ilmu tertutup ini diadakan sekali sahaja setiap 3 minggu maka saya ke ISTAC.


Ternyata ada kaitannya apabila kalimah Lailahillallah dikupas begitu mendalam dalam majlis. Kemudian timbul satu hal lain yang nampaknya juga ada kena-mengena.


Disebabkan hari itu saya sedang berpuasa putih (pertengahan bulan Islam, 13, 14 dan 15 haribulan) saya tidak duduk lama apabila hadirin makan tengah hari selepas majlis.


Dari ISTAC saya terus ke Lebuh Raya PLUS melalui tol Jalan Duta lalu singgah di stesyen minyak Shell selepas tol untuk mengisi kad Touch n Go. Tergerak untuk mengambil gambar atas lalu dikongsikan di Facebook berserta teks berikut :-


MEMBAWA SEMANGAT ACEH KE PERAK BERSERTA KALIMAH LAILAHAILLALLAH

Salam tengah hari 15 Muharram 1441 Hijriah. Selepas mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September kemudian menghadiri syarahan tertutup tentang makna kalimah Lailahaillallah di ISTAC pagi tadi saya bersedia untuk bergerak ke negeri kelahiran ayah iaitu Perak. Pagi Selasa 17, September saya dijadualkan untuk menyampaikan pembentangan tentang hubungan Aceh-Perak dalam majlis bernama SIMPORA (Simposium Nusantara) 2019 di Ipoh. Dah alang-alang begitu biar keluar awal lalu berjalan bermusafir 4 hari 3 malam menjejak dan menziarahi apa-apa yang patut.



Update yang dikongsikan pada jam 1.04 petang itu adalah kali pertama saya memberitahu kepada umum akan membuat perjalanan ini ke Perak. Masuk kembali ke lebuh raya berselisih pula dengan sebuah kereta Mercedes diiringi 2 buah motosikal polis peronda di hadapan dan sebuah kereta  4WD hitam di belakangnya.


Kereta Mercedes itu tidak memiliki nombor plet sebaliknya satu lambang berwarna kuning menandakan ia milik istana. Biasanya cuma Sultan-sultan sahaja memakai kereta dengan plet begini langsung tanpa nombor...


Saya cuma dapat melihat daripada jauh kerana harus menjaga jarak. Dan lagi ia memang bergerak laju 120 km/j ke atas. Namun saya dapat melihat ia seperti jata negeri Perak. Macam tahu-tahu sahaja saya memang hendak ke Perak. 


Saya mengekori sahaja daripada belakang buat suatu waktu sebelum memperlahankan kenderaan. Perjalanan jadi lebih bermakna kerana ia adalah lawatan pertama ke negeri kelahiran ayah  setelah kembali daripada pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September. Sesungguhnya daripada nasab ayah itulah saya memiliki darah keturunan yang sampai ke Aceh. Sungguh lawatan ke Perak ini memang membawa semangat serta wasilah sekembalinya dari Aceh.


Pertembungan dengan rombongan kecil istana atas asbab menghadiri majlis ilmu tentang kalimah Lailahaillah di ISTAC (kalau terus ke Perak pagi itu tentu tidak bertembung dengan mereka) seperti mengisyaratkan sesuatu. Boleh jadi ia menandakan restu. Sampai satu bahagian kelihatan meter kereta menunjukkan jarak 131 km. Ia adalah satu nombor yang membawa makna "home sweet home" atau rumahku syurgaku buat saya dan keluarga...


Adapun meter telah dikosongkan ketika meninggalkan rumah.  Ketika meter mencapai 131 kereta baru sahaja melepasi satu hentian rehat atau R & R antara Tanjung Malim dengan Slim River. Saya pun membuat semakan menggunakan Google Map. Menariknya ia menunjukkan jarak 131 km dari rumah ke ISTAC kemudian terus ke Perak melalui PLUS boleh dicapai dalam masa 1 jam 31 minit.


Apapun saya keluar di Tapah lalu mula mengambil jalan biasa menghala ke Ipoh.


Sampai ke masjid ini singgah untuk bersolat. Lihat artikel Masjid (Mosque of) al-Hidayah, Kampung Batu 3, Temoh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sebetulnya selain mahu bersolat saya berhenti untuk menyemak masa dan jarak perjalanan. Ini kerana ada berkira-kira hendak singgah mandi air terjun di Lata Kinjang.


Namun apabila difikirkan balik lebih elok perjalanan diteruskan. Jam 3.45 sampai ke pekan Kampar.


Saya membelok masuk jalan ke arah Batu Gajah.


Rasanya inilah kali pertama mengambil jalan tersebut dari pekan Kampar. Nampaknya pembangunan di sini boleh tahan pesat.


Jalan kemudian melepasi banyak bekas lombong biji timah.


Sebetulnya saya mahu mengambil jalan belakang ke pekan Kota Baru (bukan yang di Kelantan ya) untuk menziarahi makam seorang kerabat diraja Perak yang sudah lama tidak disinggahi. Bermula daripada Sultan Idris I (1887–1916) semua Sultan Perak adalah keturunan beliau ataupun baginda kecuali satu. Turut diziarahi 2 buah makam berdekatan. Lihat artikel-artikel berikut :-







Selain itu ada satu makam di sekitar yang saya belum pernah sampai. Tengok-tengok kedudukannya terpencil masuk jalan lombong. Kalau tiada orang bantu tunjukkan jalan kemungkinan untuk jumpa agak tipis. Lihat artikel Makam (Tomb of) Syed Husain al-Faradz juga Searching for tomb of Syed Hussain al-Faradz (di blogspot BERPETUALANG KE ACEH).


Selesai urusan berkenaan jam 5.30 saya masuk kembali jalan lama ke Ipoh melalui Gopeng...


Jam 6.06 sampai ke lingkungan bandar raya Ipoh lalu membuat keputusan untuk singgah di sebuah masjid lama yang dialih daripada bahagian lain negeri Perak. Lihat Lawatan terbaru ke Masjid Teluk Memali di Ipoh (Latest visit to the Teluk Memali mosque in Ipoh).


Seterusnya saya mengambil jalan lama menuju ke Sungai Siput dan Kuala Kangsar.


Sampai ke bahagian utara Ipoh sebelum pekan Chemor saya harus berbuka puasa kerana masuk waktu Maghrib. Belilah satu teh ais bungkus, minum sambil menyambung perjalanan ke arah Kuala Kangsar. 


Sekadar berkongsi ia adalah hari ke-7 saya berpuasa terus menerus sejak hari Isnin 9 September bersamaan 9 Muharram. Puasa disambung hari Selasa  kerana ia adalah hari Asyurah 10 Muharram. Sambung lagi Rabu 11 Muharram sebagai 'ganti' kerana tidak menunaikan puasa sunat Isnin dan Khamis ketika mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September. Sejak 2 tahun lalu saya cuba menjaga puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik mungkin dan akan 'menggantikannya'  kalau tidak berpuasa disebabkan penat bermusafir terutama ketika bersama keluarga. Walaupun tidak wajib itulah caranya saya cuba menjaga supaya terus konsisten...

Masuk hari Khamis yang jatuh pada 12 Muharram dah tentulah saya puasa. Jumaat, Sabtu, Ahad pula jatuh pada 13, 14 dan 15 Muharram. Puasa putih tengah bulan Islam inipun saya cuba jaga sejak 2 tahun lalu. Cadangnya akan betul-betul makan apabila sampai di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar kerana ada Laksa Deris kegemaran. Tengok-tengok kedai dah tutup, terlambat kurang 10 minit kerana sampai hampir jam 8 malam. Sebagai ganti layan aje le nasi goreng ayam di sebuah kedai berdekatan.


Dah sampai Kota Lama Kanan bersolatlah jamak Maghrib kemudian berjemaah Isyak di masjid lama sana di mana terdapat batu menandakan tempat Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (1549-1577) dikatakan ghaib ketika menunaikan solat Jumaat. Untuk makluman Sultan ini memiliki kaitan yang sangat kuat dengan Aceh, satu kaitan yang akan diceritakan dalam majlis ilmu di Ipoh 17 September. Tentang majlis itu ada disebut ringkas dalam update FB yang dibuat di tepi stesyen Shell setelah masuk ke Lebuh Raya PLUS melalui Tol Jalan Duta. Disebabkan berhenti untuk menambah isi kad Touch n Go diikuti masa membuat update boleh terserempak dengan rombongan istana menuju ke Perak.


Ini pula di Kampung Seberang Karai. Baru pertama kali sampai walhal dah berapa banyak kali lalu di jalan besar luar.


Ada jambatan besi kereta api lama yang dikenali sebagai Victoria Bridge. Saya pun naik jambatan hingga ke seberang...





Jam 10 malam baru sampai ke surau Kampung Temong untuk berehat. Untuk makluman surau ini pernah menjadi tempat kedua saya bermalam ketika pertama kali tergerak untuk menziarahi makam-makam di Perak yang dipercayai ada kaitan dengan keluarga. Sebelum itu saya telah bermalam di sebuah masjid di Teluk Intan selepas menziarahi makam 'keramat' yang disebut sebagai moyang yang pertama sekali datang ke Perak dari 'seberang'. Ini berlaku penghujung tahun 2001 setelah mendapat mimpi datang rombongan istana bertemu ayah untuk meminta saya menggalas suatu amanah. 


Tiada ulasan: