Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, October 18, 2010

Lawatan tak dijangka ke Brunei - Sebab musabab perjalanan, institusi Melayu Islam Beraja

Assalamualaikum semua. Akhirnya setelah lebih 2 bulan baru siri tentang perjalanan yang dibuat ke Brunei sebelum bulan Ramadhan dapat dimulakan... setelah dapat diluahkan setakat boleh apa yang berlaku pada perjalanan ke Aceh penghujung Januari (lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh), satu proses penceritaan yang menyebabkan timbul siri lain yang mungkin juga berkaitan (lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula... ). Ini diikuti penceritaan tentang apa yang berlaku bulan raya atau Syawal, penceritaan yang baru sahaja tamat Jumaat lalu (lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya). Sekarang tanpa membuang masa kita mulakan cerita Brunei dengan menghuraikan sebab musabab bagaimana ia boleh berlaku, tanpa disangka, tanpa dijangka...



Percaya atau tidak perjalanan ke Brunei itu ada kena-mengena dengan batu nesan yang ditempah untuk almarhum ayahanda kepada isteri. Dalam artikel Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung yang dibuat 4 bulan lalu ada diceritakan bahawa 2-3 bulan kebelakangan itu saya dan isteri sibuk mencari nesan yang dipahat dari batu sungai demi memenuhi wasiat ayahanda. Namun sudah dicari ke merata tempat tapi tak terjumpa tukang yang mampu membuatnya... yang ada rata-rata setakat membuat batu nesan cetak dari simen, atau batu sungai bulat yang dilekatkan tarikh dan nama.

Tak disangka, setelah lama baru terjumpa seorang tukang mahir di sebuah bukit kecil di Kuala Selangor... itupun semasa mencari makam seorang bangsawan Bugis yang dikatakan memimpin masyarakat tempatan sebelum keSultanan Selangor berdiri pertengahan abad ke 18 Masihi. Namun faktor kewangan menyebabkan masuk pertengahan Julai baru kami dapat menempah sebelum mengambil batu nesan pagi pertengahan bulan Julai. Tengahari itu saya mendapat panggil telefon dari seorang kenalan di Brunei yang sudah lebih 2 tahun tidak menghubungi. Selain bertanyakan khabar beliau mencadangkan agar kami pergi menyusur sejarah di Brunei.


Memang sebulan dua itu ada terdetik di hati untuk pergi tetapi keadaan kewangan tidak mengizinkan. Kenalan dari Brunei itupun diberitahu tentang ini lalu keesokannya menelefon lagi. Kali ini beliau menawarkan untuk mahu membawa saya, isteri dan anak pergi ke negaranya dengan segala kos ditanggung beres, kalau boleh sebelum masuk bulan Ramadhan 11 Ogos 2010. Kebetulan hujung minggu selepas itu kami harus berada di kampung isteri di Tanjung Sepat untuk majlis tahlil dan memacak batu nesan. Oleh kerana kampung isteri sudah cukup dekat dengan lapangan terbang, elok juga perjalanan ke Brunei dibuat sebaik sahaja selesai.

Hmm... memikirkan tawaran untuk ke Brunei diterima selepas mengambil batu nesan di Kuala Selangor, di satu tempat yang ditemui secara tidak sengaja ketika mencari makam bangsawan Bugis terasa seperti ada faktor Bugis yang kuat dalam hal ini (hmm... masih kuat lagi kemaruk Bugis saya ni. Lihat Episod kemaruk Bugis - pembukaan terbaru dari Kuala Selangor). Apalagi ayahanda yang dikatakan Jawa 100 peratus ini sebenarnya berasal dari Kuala Selangor yang cukup terkenal dengan populasi majoriti berketurunan Bugis. Perjalanan ke Brunei pula dibuat sebaik sahaja batu nesan selesai dipacakkan pagi Ahad 1 Ogos. Tentu ada sesuatu yang tersirat tentang ini semua...

Saya tak tahu di bahagian mana Kuala Selangor ayahanda berasal. Tetapi saya diberitahu di Bukit Belimbing ada perkampungan yang dibuka oleh orang Jawa Banyumas dan memang ayahanda disebut sebagai orang Jawa Banyumas (teringat bagaimana gerak hati untuk melihat Bukit Belimbing awal tahun akhirnya membuka banyak perkara tentang kaitan diraja Aceh dan Bugis. Lihat Apa ada di Bukit Belimbing? juga artikel-artikel seterusnya yang disenaraikan dalam Pembongkaran yang bakal menggegarkan dua keSultanan? ). Adapun baik ayahanda mahupun almarhum ibunda isteri diketahui berdarah Jawa sepenuhnya dan itulah yang sering disebut mereka sekeluarga. Mereka cukup berbangga dengan darah itu dan petah bertutur dalam bahasa Jawa.

Apabila berjumpa saudara-mara sebelah mereka saya sering ditanya apakah saya ini Melayu atau Jawa. Pada mereka ada perbezaan yang nyata sedangkan pada saya Melayu sudah cukup untuk meliputi kesemuanya. Namun isteri saya pernah diberitahu beberapa pihak bahawa dia turut memiliki darah Bugis. Tetapi dia tidak tahu bagaimana boleh ada kerana setakat yang keluarganya tahu mereka cuma berdarah Jawa sedangkan darah Bugis yang katanya wujud dalam dirinya cuma dapat dikesan melalui jalan ghaib setakat ini.

Apapun saya percaya isteri saya memang memiliki darah Bugis. Saya percaya itulah yang menyebabkan keserasian antara kami sehingga dia boleh bersama berjalan jauh meredah hutan belukar, hujan dan panas mengikuti pencarian sejarah dan salasilah ke merata tempat. Mungkin kesnya sama seperti ibu saya dan adik-beradik ibu juga sepupu-sepupu mereka dari Muar dan bahagian lain Johor? Mereka sering memperkenalkan diri sebagai orang Jawa walhal yang Jawa itu sebelah ibu mereka. Bapa-bapa mereka pula memang orang Bugis. Bukankah keturunan induk kita dikira dari sebelah bapa, bukannya ibu?

Sejak kebelakangan ini, setelah beberapa lama saya menyebut tentang kajian salasilah baru ibu dan adik-beradiknya mengaku sebagai orang Bugis. Bayangkan, jika mereka terlupa akan hakikat bapa mereka berdarah Bugis lalu terus berbangga dengan darah Jawa hingga ke anak cucu, bukankah keturunan di bawah nanti akan menyangkakan diri mereka seratus peratus Jawa? Cukup bab luahan mengenai Jawa dan Bugis...


Hmm. Ada drama lain sebelum kami dapat sampai ke Brunei. Adapun kami nyaris-nyaris ketinggalan kapalterbang kerana saya tersilap membaca jadual. Pada tiket tertera bahawa pesawat akan berlepas jam 13:10 (ada faktor 131. Untuk mengetahui apa istimewanya nombor ini lihat Lahirnya anakku Muhammad Al-Aminul Rasyid dan 131...). Namun entah kenapa yang masuk dalam kepala hotak saya ketika itu adalah pesawat akan berlepas jam 1:31!



Adapun 13:10 adalah bersamaan jam 1:10 tengahari. Disebabkan menyangkakan ia 1:31 maka saya berlepas lambat kerana menjangkakan check-in akan terus dibuka sehingga jam 1 (iaitu setengah jam sebelum pesawat berlepas menurut perkiraan yang salah). Ketika mengambil seorang anak saudara di Bukit Changgang (kerana dia akan mengambil dan menjaga kereta sementara kami di Brunei) baru saya tersedar sedangkan ketika itu sudah hampir jam 1. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, pesawat berlepas sedikit lewat dan kami pun dapat sampai.

Satu perkara menarik yang dilihat apabila sampai adalah bagaimana tulisan Jawi didaulatkan di Brunei. Oh... melihat pada tanda yang menyebut baggage baru saya teringat lagi satu kisah. Sekitar seminggu, mungkin kurang sebelum menerima tawaran ke Brunei saya ada membeli beg besar pakaian yang rupanya seperti kotak, ada roda dan tempat tarik. Saya tak tahu apakah panggilan atau nama untuk beg jenis ini. Sebelum itu saya cuma memakai beg-beg sandang...

Saya teringat teguran isteri ketika membeli beg itu di sebuah pusat membeli-belah. "Hai... beli beg besar macam nak berjalan pergi luar negeri!". Walhal saya membeli kerana ada tawaran harga yang menarik. Siapa sangka beberapa hari selepas itu kami akan pergi ke luar negara lagi?

Oh. Kami berjumpa kenalan dari Brunei yang menaja kami di luar lapangan terbang. Kami memanggilnya sebagai Hajah Sopiah. Perhatikan tulisan Jawi pada kedai makan Delifrance.


Melihat tulisan pada teksi (hmm... kenapa tak tulis Jawi sekali ya?) teringat kata Hajah Sopiah yang dia duduk di Muara. Adapun berpandukan peta dan program Google Earth saya setakat tahu Muara adalah sebuah bandar di kuala Sungai Brunei. Rupa-rupanya ia juga nama sebuah daerah dengan sempadan mengampiri ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan.


Lapangan terbang. Oh. Lupa nak beritahu. Anda boleh melihat gambar perjalanan kapalterbang hingga turun di artikel The flight to Brunei, baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.

Satu yang nyata tentang Brunei adalah bagaimana institusi berajanya turut didaulatkan. Lagi satu, di sini raja dibahasakan sebagai "Tuan Patik", bukan "Tuanku" seperti biasa kita dengar di Malaysia.


Kalau tak salah ingatan, kelihatan dalam gambar adalah masjid pertama yang kami lihat di Brunei. Masjid ini terletak tidak jauh dari tempat kami bermalam...



Selepas meninggalkan beg, sempat juga mandi menyegarkan badan, kami pergi ke pusat konvesyen antarabangsa untuk melihat satu pameran.







Pameran ini berkonsepkan peradaban Melayu Islam. Turut ditonjolkan adalah konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi kebanggan rakyat Brunei di mana institusi raja betul-betul menjadi payung yang menjaga kebajikan dan sangat dihormati masyarakat.


Kami diberi peluang untuk melihat beberapa barangan pameran dengan lebih dekat. Pameran turut disertai badan dan universiti dari Malaysia. Lihat artikel The Malay Islamic civilisation exhibition at Brunei's international convention centre. Sesungguhnya pada institusi diraja Brunei ada contoh baik yang boleh diikuti raja-raja yang ada di Malaysia. Ada juga contoh supaya bangsa bukan Melayu tidak terlalu berlebih-lebih sehingga sanggup menuntut pelbagai perkara yang boleh menggugat kedudukan Melayu dan menghiris perasaan kami semua.


Ini adalah pemandangan dari tingkap tempat penginapan kami, bahagian atas sebuah rumah kedai milik Hajah Sopiah dan keluarga.



Adapun ketika itu baru lepas hujan. Kelihatan di belakang ada 2 buah pelangi. Perhatikan betul-betul gambar dengan sebuah rumah bungalow besar mengindahkan lagi pemandangan... cuma satu yang boleh kelihatan dengan nyata, namun ada satu lagi boleh dilihat dengan teliti. Apakah ini tanda bahawa perjalanan kami diberkati Tuhan? Akan datang... antara lain, lawatan ke masjid yang memiliki kubah dari emas dan makam Syarif Ali, keturunan Nabi Muhammad SAW dari nasab Saidina Hassan yang menjadi Sultan Brunei...


No comments: