Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Januari 19, 2011

Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai

OK. Saya dilanda 'sakit' malas menulis yang kronik lagi. Lagipun saya sekarang sangat sibuk dengan kerja tertentu, kerja penulisan juga yang menyebabkan saya kurang rehat dan agak tension apalagi saya sebenarnya sedang malas menulis. Tetapi janji mesti ditunaikan. Kata-kata mesti dikotakan. Siri "Mencari jejak Merong" yang sudah 6 hari senyap setelah dibuka Khamis lalu 13/1/11 pula harus diteruskan. Lagipun tarikh hari ini bersamaan 19/1/11, ada faktor 191, satu lagi nombor yang bermakna buat saya (lihat 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?)). Maka biar disambung cerita. Dari Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka......



Sambil meninggalkan Sungai Petani menuju lebih jauh ke utara pemandangan Gunung Jerai semakin gah.




Ketika itu sudah tengahari 'buta'. Sampai di satu tempat jam menunjukkan nombor 12:34.




Kalau tak salah ingatan kami baru sampai ke Gurun.




Kelihatan di sini pula kami menghampiri sempadan daerah Yan.




Sampai di satu bahagian ada tarikan 'besi berani' 'menyimpangkan' jalan.




Kalau ikut rancangan saya mahu menerukan perjalanan ke utara hingga ke Alor Setar seterusnya masuk Thailand hingga ke Hatyai sebelum turun melalui Perlis lalu kembali ke selatan. Dalam perjalanan ke selatan itulah saya merancang mahu menaiki Gunung Jerai, sebelum menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah di satu bahagian berdekatan kaki gunung, makam yang menjadi sebab siri ini dipanggil "Mencari jejak Merong" . Sebaliknya timbul rasa yang kuat untuk menaiki gunung lebih awal. Lihat artikel The trip up Gunung (mount) Jerai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Sampai di puncak meter menunjukkan kami sudah berjalan 433 km sejak meninggalkan rumah sebelum sahur. Oh, biar diingatkan perjalanan ini dibuat pertengahan bulan Ramadhan.




Kami pun keluar untuk mengambil udara segar. Kawasan ini terletak di dalam satu-satunya kompleks rumah peranginan yang ada. Biar diberitahu di sinilah sering disebut letaknya puncak Gunung Jerai kerana dibuka kepada umum. Walhal ia adalah puncak kedua tertinggi. Puncak tertinggi yang kelihatan dalam gambar dijaga oleh askar dan ditutup kepada orang awam. Tidak semua orang mahu atau larat naik kecuali mereka yang sudah biasa dengan jalannya yang sempit.




Lagipun pemandangan di sini lebih mengujakan kerana ruangnya lebih terbuka dan luas. Tidak seperti di puncak sana yang cuma boleh dinaiki awam setakat di lereng sebelum puncak, itupun kalau sanggup melepasi jalan sempit, di sini banyak kemudahan dan sering dinaiki orang.


Al-Rasyid yang berumur 10 bulan pula masih tidur panjang.




Bila diangkat masuk ke dalam surau atas gunung baru dia terjaga. Lihat artikel Surau batu di puncak Gunung Jerai (The concrete small praying hall at the peak of Mount Jerai) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART . Di situlah saya akhirnya dapat tidur sedikit setelah lama bersengkang-mata menyiapkan artikel sebelum keluar berjalan. Rujuk balik penjelasan di Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka....




Oh. Biar diberitahu gambar tadi memiliki filename P8270219.JPG. Kenalah dengan keadaan kerana saya menulis artikel ini pada komputer nombor 19 di sebuah Cyber Cafe pada 19 haribulan.



Tadi saya ada urusan yang menyebabkan harus berada di Kuala Lumpur 40 km dari rumah hingga ke petang. Kalau tidak saya cuma membuat kerja termasuk artikel dari rumah. Maka digunakan Cyber Cafe untuk mempersembahkan artikel kedua siri baru ini. Lihat pemandangan dari surau yang sangat menarik di The superb views from on top of Gunung Jerai.







Seterusnya kami pergi ke telaga atau perigi Tok Sheikh. Lihat The well of Tok Sheikh.




Satu lagi tempat yang saya ingin bawa isteri dan anak terletak berhampiran puncak tertinggi.





Beginilah kedudukan dari puncak yang terletak di sebelah menara telekomunikasi yang dikawal tentera. Kereta diletakkan di jalan kecil masuk ke tempat yang dimaksudkan.





Al-Rasyid sedia untuk ke sana.





Ala... dia bukan kena berjalan pun. Tenggek kat badan Abah dia pun boleh sampai ke sana-sini.






Perjalanan pun dibuat ke tempat tersebut. Nampak dah apa tempatnya? OKlah. Lihat Bringing the family to the place designated as Padang (field of) Tok Sheikh. Di sini kelihatan anak dan isteri berada di atas apa yang dipanggil Batu Sajadah.


Bersolat di Batu Sajadah. Menurut ceritanya di sinilah Tok Sheikh, satu panggilan untuk ulamak silam bertaraf wali yang bernama Sheikh Abdullah, orang yang dikatakan mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah I Kedah sering bersolat atau mengimami solat. Tempat ini dipanggil Padang Tok Sheikh kerana menjadi lapangan terbuka tempat ulamak itu menjalankan aktiviti seperti berdakwah juga mengajar orang. Namun saya ada diberitahu bahawa Padang Tok Sheik yang sebenar berada di puncak lain yang lebih jauh menghadap ke laut.

Deskripsi yang diberi menepati mimpi yang saya dapat ketika bermalam di rumah peranginan 3 tahun lalu. Ini berlaku setelah saya berjalan kaki seorang diri malam-malam dari kaki gunung untuk ke puncak, kalau tak salah ingatan pada malam Jumaat. Lihat artikel lama On to the summit of Gunung Jerai to close a chapter....




Video klip di bahagian bawah 'padang rasmi' Tok Sheikh. Saya sebut 'padang rasmi' berdasarkan kenyataan yang diberi oleh pihak berwajib seperti kerajaan yang menyebut sebagai Padang Tok Sheikh. Sedangkan 'padang tidak rasmi' adalah seperti diberitahu oleh orang tertentu dan pernah dilihat dalam mimpi.


Saya dan Al-Rasyid sedia untuk berjalan lagi. Biar diulang-balik beberapa sudut pandangan sejarah.

Kalau mengikut kenyataan rasmi seperti dirungkai dari kitab Hikayat Merong Mahawangsa, sang Merong sendiri mungkin beragama Hindu atau sebagainya sebelum keturunannya yang ke 8 atau ke 9 diIslamkan lalu memakai nama Sultan Muzaffar Shah. Oleh kerana ada beberapa orang Sultan Kedah memakai nama Muzaffar baginda dikenali dalam sejarah sebagai Sultan Muzaffar Shah I. Menurut hikayat itu, Sultan Muzaffar Shah ini diIslamkan oleh Sheikh Abdullah. Sekali lagi biar disebut, Sheikh Abdullah inilah yang namanya diabadikan pada Padang Tok Sheikh juga Telaga atau Perigi Tok Sheikh.

Kalau mengikut satu sumber lain pula Merong Mahawangsa itu sendiri adalah Sultan Muzaffar Shah dan baginda sudah lama Islam. Menurut versi ini Sultan Muzaffar Shah I datang ke Kedah sekitar tahun 770an Masihi sedangkan menurut versi rasmi Sultan Muzaffar Shah I memerintah 400 tahun kemudian. Kalau begitu siapakah Sheikh Abdullah yang dikatakan mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah I? Kelihatan wataknya tidak relevan jika Merong Mahawangsa itu sendiri adalah Sultan Muzaffar Shah I dan sudah lama Islam. Atau mungkin kenyataan ini benar tetapi kemudian muncul anak cucu baginda memakai nama Sultan Muzaffar Shah setelah diIslamkan oleh Sheikh Abdullah? Mungkin yang dimaksudkan adalah pembaharuan kembali syahadah demi mendapat wasilah baru yang lebih berkat?

Pada penghujung artikel Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka... ada disebut begini...

Dalam tempoh kurang 9 jam meninggalkan rumah saya telah menziarahi beberapa buah tempat yang memang ingin dilawati tapi tak pasti harus mengikut laluan mana dan bagaimana, dapat juga menikmati segala pemandangan segar yang ada. Rupa-rupanya Allah juga akan memberi petunjuk agar satu lagi hajat besar yang belum disebut setakat ini dapat dicapai.

Biar petunjuk yang dimaksudkan diceritakan pada artikel selepas ini. Oh, sebelum menutup cerita saya menyarankan agar mereka yang berkenaan bersedia untuk menghadapi sesuatu.

Saya difahamkan puak Thai akan menyerang kita secara besar-besaran esok. Mereka mempunyai ilmu yang hebat-hebat sehingga sanggup mencucuk-cucuk badan tanpa rasa sakit dah boleh mengangkat banyak barangan yang berat. Tak percaya. Pergilah ke Batu Caves. Kepada yang berkenaan selamat menyambut perayaan Thaipusam. Mungkin perkataan 'pusam' ada makna tertentu dalam bahasa Siam? Mungkin ia asalnya perayaan yang disambut orang Thai yang 'pusam'? Heh! :]


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih...pasal sambung cerita anda..

Tanpa Nama berkata...

Merong yg hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman adalah Islam tauhid, yg juga percaya kepada Allah mengikut syariat Nabi sebelum nya.

Sultan Muzaffar 1 pula memeluk agama Islam syariat Nabi Muhammad, iaitu umat Nabi Muhammad. Ajaran dan pelaksanaan Islam syariat Nabi Muhammad lebih menyeluruh dari segenap aspek, sekaligus dengan adanya Al-Quran yg lebih menyeluruh, segala kitab2 dan syariat terdahulu terbatal kerana telah terkandung dalam Al-Quran.