
Kita sambung cerita Brunei. Dari artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Masjid Omar Ali Saifuddin, makam Sultan Syarif Ali dan Syarif Adam....
Dari makam Sultan Syarif Ali sudah cukup dekat dengan Muzium Brunei...
Kedudukan dekat ini boleh kelihatan pada peta ringkas di perkarangan.
Di muzium kami terus menuju ke bahagian yang memaparkan sejarah Brunei lalu kelihatan barang-barang berunsur Arab dan Timur Tengah.
Ini tidak menghairankan kerana sebagai keturunan Syarif Ali, Sultan-sultan Brunei sejak abad ke 15 Masihi adalah berdarah Arab.
Oleh kerana ada lagi destinasi mahu dituju selepas ini, saya cuba mencerna segala maklumat yang perlu secepat mungkin.
Cara paling senang adalah mengambil sejumlah gambar yang boleh ditelaah kemudian, kebanyakkannya mengandungi maklumat tentang sekitar 30 orang Sultan yang pernah memerintah Brunei. Gambar-gambar itu telah dijadikan artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat :-
Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 1
Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 2 Pemandangan Sungai Brunei dari dalam muzium...

Perjalanan seterusnya dibuat menghilir sungai sebelum menghala ke barat.
Al-Rasyid kelihatan cukup gembira apabila dapat bersiar-siar. Kami berehat sebentar di rumah Hajah Sopiah sebelum menyambung perjalanan.
Jalan yang diambil kemudian boleh membawa ke sebuah lagi masjid utama di Brunei.
Ia adalah Masjid Hassanil Bolkiah yang diberi nama sempena Sultan sekarang...
Buat masa ini kami tidak singgah tapi terus menghala ke barat-daya. Jalan yang sama melepasi Istana Nurul Iman, tempat tinggal utama keluarga diraja.
Tidak lama kemudian kelihatan simpang masuk ke destinasi. Percaya atau tidak, arah-tuju ke sini didapati oleh saya dan isteri melalui Internet sebelum sampai ke Brunei.
Hajah Sopiah dan keluarga pun tidak tahu tentang kewujudannya. Cuma ada orang berpesan ziarahlah ke makam seorang pemerintah Brunei yang bernama Sultan Kamaluddin sedangkan mereka sekeluarga tidak pernah menziarahi mana-mana makam diraja sebelum kami sampai.




Tomb of the pious king at Luba
The beauty of Luba
1 ulasan:
saudara... keturunan nya ada di sabah khususnya di kawasan daerah putatan iaitu salah satu anakanda sultan husin kamaluddin marhum di luba, iaitu pengiran anak utong marhum tanjung dumpil
Catat Ulasan