Salam pagi Jumaat, Hari ini sudah tepat 100 hari rakyat negeri Perak berkabung kerana kemangkatan Sultan Azlan Shah 28 Mei lalu. Esok tamatlah tempoh perintah berkabung lalu apa-apa yang patut untuk mengesahkan kenaikan anakandanya Sultan Nazrin Shah harus dibuat. Sambil itu sampai masa untuk menamatkan siri kecil "Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa". Kebetulan penceritaan memasuki bab melibatkan kerajaan Perak. Bersambung dari
Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Sejenak di Kota Bahru sebelum berlepas ke Perak.
Pagi Selasa 5 Ogos bersamaan 9 Syawal, Kelihatan kereta kami membelakangi rumah penginapan yang dipanggil Gerik Hotel.
Tidak, kami tidak bermalam di sana sebaliknya di hotel lain berhadapannya. Apapun, kedua-kedua nama hotel harus memberikan petunjuk di mana kami berada.
Ya, kami berada di Grik, Perak. Walaupun ikut rancangan asal kami harus sudah berada di bandar diraja Kuala Kangsar ketika itu kami harus akur bermalam di Grik kerana kami sekeluarga sudah cukup penat. Sampai di Grik pun dah dekat Isyak (ke selepas tu? saya dah lupa sebenarnya). Yang saya ingat selesai makan malam dah lebih jam 9 sedangkan nak ke KK masih sekitar 100 km perjalanan. Jadi biar sahaja bermalam.
Lagipun sudah lama saya tidak melihat keadaan Grik waktu siang. Rasanya kali terakhir lebih 10 tahun lalu. Selepas itu saya selalu sampai hampir waktu malam atau selepasnya, itupun setakat lalu dalam perjalanan dari Kelantan ke Perak atau sebaliknya. Maka hari itu saya pun bersiar-siar mengambil gambar sebelum
check-out dan makan. Lihat artikel
Around the town of Grik di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya juga sudah lama tidak melihat dengan terang pemandangan persekitaran dalam perjalanan dari Grik ke Kuala Kangsar.
Secara rata laluan ini menyusur aliran Sungai Perak dari hulu ke hilir. Dahulunya jalan berbelok-belok boleh tahan teruk, sekarang rata-rata cantik dan lurus. Pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang menghias latar belakang. Bahagian jalan lama yang kebanyakannya berbelok-belok masih wujud di beberapa tempat. Sebahagian dinaik taraf bersambung dengan bahagian baru lurus yang siap sepenuhnya sekitar 10 tahun lalu.
Cuma keseluruhan jalan yang lebih baik mengelak kampung-kampung juga pekan. Walaupun ini mempercepatkan perjalanan, tapi adakalanya elok masuk jalan lama untuk mengimbau persekitaran yang ada semacam nostalgia zaman lalu. Maka itu sampai ke Lenggong yang terletak separuh perjalanan Grik ke Kangsar kami pun mengambil jalan lama.
Ini diteruskan ke satu bahagian Tasik Raban, juga dikenali sebagai Tasik Chenderoh.
Saya juga mengambil peluang ini untuk melihat Tasik Raban dari sebuah jambatan yang membentuk laluan lurus Grik ke Kangsar. Kali terakhir dapat menikmati pemandangan sekitar adalah pada 2006 kalau tak salah. Lihat
The bridge across Tasik Raban.
.
Setelah beberapa lama sampailah ke bandar diraja yang sering disebut orang tempatan sebagai Kuale...
Pergi ke Kota Lama Kanan untuk menikmati hidangan laksa kegemaran. Tengok-tengok tukang masaknya masih bercuti raya. Lepas minum air cincau campuran apa tu, saya dah lupa tapi memang special di kedai itu kami pun ke Masjid Kota Lama Kanan. Kebetulan perlu gunakan tandas kerana lampin anak perlu digantikan. Sempatlah masuk ke dalam menziarahi tempat sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah dikatakan ghaib ketika bersolat Jumaat 500 tahun lalu.
Sebiji batu nesan yang menandakan tempat sultan ghaib menjadikan ia satu macam makam. Kiranya inilah makam pertama sempat saya ziarahi sepanjang perjalanan kecil yang telah membawa kami melalui Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke Perak. Itupun saya masuk seorang sekejap sahaja sementara ahli keluarga lain berehat di luar.
Memang dalam perjalanan kami tidak menziarahi makam kerana menghormati pendirian ibu yang tidak berapa selesa dengan perbuatan itu. Kami juga tidak banyak singgah ke masjid kerana tidak mahu membuat beliau tertunggu-tunggu. Ini berbeza dengan keadaan ketika membawa ibu bapa berjalan di Aceh 6 bulan lalu (rujuk
Berjayanya misi HIKMAH Aceh). Perjalanan kali ini lebih pada menggembirakan ibu bapa melihat tempat-tempat yang mereka sendiri sudah lama tak lihat (bapa pun dahulu boleh tahan kuat berjalan membawa ibu dan saya berserta adik-adik ke merata). Selepas Masjid Kota Lama Kanan saya membawa mereka menyusuri jalan kampung di tepian Sungai Perak.
Selepas itu baru masuk ke pekan sebelum naik ke Bukit Chandan.
Singgah di Kampung Padang Changkat, belakang Istana Iskandariah untuk berhari-raya di rumah seorang kenalan, rumah yang sepatutnya menjadi tempat kami menginap jika dapat sampai ke Kangsar tidak terlalu lewat. Rumah tersebut terletak sangat dekat dengan makam Daeng Selili, dicatakankan sebagai Dato' Maharajalela pertama Perak. Sementara orang lain sedang beraya saya mengambil kesempatan untuk berziarah sekejap.
Rumah itu juga terletak sangat dekat dengan rumah Pak Mazin, seorang tukang besi dan pembuat keris yang terkenal sekurang-kurangnya di kalangan mereka yang mengikuti bidang ini. Beliau juga dikenali sebagai tukang diraja, selalu menerima tempahan dari istana. Selain beraya di rumah beliau saya mahu membawa ibu bapa melihat bengkel. Pak Mazin yang tidak pernah lokek ilmu memberi sedikit penerangan tentang cara dan falsafah pembuatan keris sambil bapa memegang sebilah keris istimewa.
Kenal ini? Ia masih dalam pembuatan tetapi siapa yang tahu pasti kenal bentuknya yang agak unik. Beginilah rupa keris Taming Sari yang menjadi salah satu alat kebesaran Sultan Perak. Pak Mazin telah membuat lebih 20 replika keris ini yang sangat terkenal sebagai milik pahlawan Melayu terhebat dahulukala, Hang Tuah.
Namun ada yang mempersoalkan kesahihan keris tersebut. Kata mereka Taming Sari berbentuk lain, ada pula mendakwa yang sebenar ada di tangan mereka. Apabila ditanya Pak Mazin memberitahu beliau pasti yang berada di tangan sultan itu asli kerana pernah melihat manuskrip kitab lama menunjukkan lakaran sama. Yang pasti keris itu sangat berbisa dan ini diakui oleh mahaguru Silat Gayong, almarhum Meor Abdul Rahman yang demam berhari-hari selepas Sultan Perak pada zamannya menyentuh bahu beliau dengan keris itu.
Selepas itu kami pergi bersolat di Masjid Ubudiyah.
Selain ke masjid untuk bersolat saya mahu membawa ibu bapa ke makam diraja Perak di sebelah.
Kali ini ibu tidak boleh mengelak kerana yang mahu diziarahi adalah makam saudara-mara sebelah bapa. Paling utama adalah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang merupakan datuk kepada datuk bapa. Inilah kali pertama bapa melawat makam moyang kami ini yang pernah dibuang ke Pulau Seychelles, perairan Afrika bersama saudaranya Sultan Abdullah atas tuduhan terlibat membunuh residen pertama British di Perak, J.W.W. Birch 1875. Laksamana kemudian ditahan di Singapura di mana beliau meninggal dunia dan dikebumikan. Tahun 2006 baru jasad beliau dikembalikan ke Perak dalam satu majlis gilang-gemilang. Lihat artikel lama
Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan....
Menariknya pengembalian itu berlaku tidak lama selepas buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) keluar. Selama membuat buku itu saya lebih memikirkan salasilah keturunan 10 generasi ke atas yang berasal di Aceh, sebulan dua selepas buku terbit baru timbul rasa untuk menjejak salasilah yang lebih dekat. Ketika itulah timbul rasa untuk menziarahi makam Muhammad Amin lalu berkira-kira mahu mencarinya di Singapura. Tiba-tiba saya mendapat panggilan dari seorang bapa saudara memberitahu jenazah atau apa yang tinggal mahu dibawa kembali ke Perak dan semua ahli keluarga dijemput untuk menghadiri upacara.
Selepas beberapa lama juga saya mendapat tahu keris Taming Sari ada kaitan juga dengan keluarga. Menurut satu pihak, ia kali terakhir berada di dalam simpanan moyang saya sebelum dirampas British. Setelah beberapa lama baru dimohon balik oleh Sultan Perak lalu menjadi salah satu alat kebesaran istana. Biar di tulisan sebut. Untuk artikel penuh sila klik
sini...
When Melaka was captured by Portuguese conquistadores in the 16th century, Sultan Mahmud retreated to Kampar in
Sumatra, bringing all of Melaka's state regalia. He passed the weapon along with the other royal regalia to his son Muzaffar Shah who later became the ruler of
Perak. It is still kept in the palace of his descendant
Sultan Azlan Shah today as part of the state's regalia.
[6]
Before the Taming Sari became part of the Perak royalty's regalia, it is believed to have been a hereditary article of the family of the
laksamana (admiral) who for generations, through succession, ruled as the territorial chief of
Hilir Perak. It is believed that the last territorial chief who had the famed kris in his possession was Laksamana Mohd Amin Alang Duakap. In 1876, he was arrested alongside many other rich
aristocrats of his time for the alleged involvement in the murder of the first
British Resident,
James W.W. Birch. Together with Datuk Shahbandar Uda Kediti (the territorial chief of Kerian), Sultan Abdullah (the reigning Perak monarch of the time) and Menteri Paduka Ngah Ibrahim (the administrator of tin-rich
Larut), Laksamana Mohd Amin was banished to the
Seychelles.
Selepas itu kami pergi berhari-raya ke rumah saudara mara bapa di Teluk Intan, Kembali ke rumah saya di Sungai Buaya, Rawang hampir tengah malam, Tamatlah satu perjalanan yang memakan jarak 1,363 km. Sekian... :]