Ini adalah datuk saudara yang saya panggil Tok Su Sehat. Kini berumur 85 tahun, beliau adalah yang termuda antara generasi berpangkat datuk saya yang masih ada...
Adapun selepas puas berjalan-jalan di Kota Tinggi, kami bermalam di rumah tempat beliau menetap di Bandar Tenggara kerana satu, memang saya ingin berjumpa Tok Su Sehat untuk bertanyakan tentang sejarah diri dan keluarga sebelahnya. Kedua, kerana rumahnya terletak dalam perjalanan untuk ke daerah seterusnya iaitu Kluang.
Bandar Tenggara ini masih terletak di dalam daerah Kota Tinggi. Di situ terdapat simpang untuk masuk ke Empangan Linggiu di mana dipercayai terdapat tapak sebuah kerajaan lama Melayu yang telah wujud 1,000 tahun lalu. Kerajaan yang dikenali sebagai Gelanggayu atau Klangkiu ini ada disebut dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Ingat tak suatu masa dahulu kecoh dalam suratkhabar menyebut seorang penyelidik bebas telah bertemu tapak kota lama Gelanggi? Itulah tempat yang dimaksudkan. Sila lihat artikel
Linggiu, the site of an ancient Malay kingdom now taken over by Singapore? yang telah dibuat di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih awal tadi.
Kemudian baru kami bergegas ke Kluang. Lihat artikel Gunung (Mount) Lambak and the road to Kluang...
Selain mahu melawat bandar yang pernah menjadi tempat saya membesar (saya pernah belajar di Sekolah Menangah Sains Johor 1982-1986, sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka), saya juga ingin membawa isteri untuk menikmati kopi stesyen keretapi Kluang yang sangat terkenal...
Rupa-rupanya
cafetaria atau kantinnya tutup setiap hari Khamis...
Nasib baik di tengah bandar Kluang terdapat sebuah restoran istimewa yang menawarkan kopi malah segala menu makanan yang sama. Lihat artikel
Kluang railway coffee .
Oh. Semasa meletakkan kereta di hadapan restoran inilah saya sedar betapa jauh kami telah membawa Al-Rasyid berjalan sejak meninggalkan rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang seminggu sebelumnya. Meter kereta sudah di
reset kepada kosong semasa meninggalkan rumah sedangkan sebelum sampai ke Singapura lagi ia telah mencecah angka 999 kemudian masuk kosong kembali. Di hadapan restoran kopi Kluang pula ia masuk 633. Ini bermakna setakat itu kami sudah berjalan sejauh 1,633 km!
Selesai minum kami berjalan-jalan di bandar pula...
Antara jalan yang diambil adalah jalan melepasi Masjid Jamek Kluang di mana dahulu saya sering lalu berjalan kaki ke bandar... daripada masjid selepas solat Jumaat untuk
outing atau tempoh keluar yang dibenarkan 2 minggu sekali, daripada sekolah waktu malam ketika saya sering cabut panjat pagar untuk menghilangkan kebosanan duduk terkurung di asrama...
Saya turut membawa anak dan isteri melihat sekolah lama. Oleh kerana sebuah cerita bertajuk
Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... telah dibuat di
blogspot ini 2 tahun lalu, biarlah gambar-gambar terbaru lawatan dibuat di dalam
blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula. Lihat artikel
My old alma mater, Sekolah Menengah Sains Johor (Johor Science Secondary School) . Cukup buat masa ini...