Sekarang bolehlah diumumkan satu perkara. Esok Isnin 1 April saya dan isteri akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Adapun saya ini jarang sekali mengumumkan akan membuat suatu perjalanan kerana perangai saya lebih suka bercerita apabila segalanya sudah selesai dengan selamat. Cuma dalam kes tertentu dan untuk tujuan tertentu sahaja saya akan memberitahu rancangan misalnya supaya pembaca dapat berjumpa di tempat sekian-sekian. Rancangan untuk menunaikan umrah pula baru hari ini diumumkan kerana adatnya mahu ke Tanah Suci itu biarlah diiringi doa dan keredhaan orang. Sedangkan persiapan sudah dibuat sejak hampir 3 bulan lalu...
Dengan ini kami suami isteri memohon ampun dan maaf atas apa-apa kesilapan tutur kata dan perbuatan, apa-apa sahaja yang menyinggung perasaan kalian. Halalkan juga makan minum kami atau/dan jika ada apa-apa yang terambil samada disengajakan atau tidak. Biar diberitahu ini adalah kali kedua saya mahu menunaikan umrah, kali pertama buat isteri. Untuk bacaan sementara saya tidak menulis apa-apa di blogspot buat satu tempoh biar disajikan kembali sejumlah tulisan berkaitan yang pernah dibuat bertahun dahulu kemudian diletakkan di sidebar kanan blogspot ini.
Semasa pertama kali pergi umrah 8 tahun lalu saya tidak peduli mahu mengambil gambar. Ketika itu saya tidak terasa ada apa-apa kenangan perlu ditunjukkan. Sesungguhnya sebelum rajin mengambil gambar dan menulis di blogspots penghujung 2006 saya telah melakukan begitu banyak pengembaraan dan melalui pelbagai pengalaman yang tidak pernah dirakam dalam apa-apa bentuk kecuali penulisan yang dibuat lama kemudian. Maka untuk umrah baru ini saya akan cuba mengambil sebanyak mungkin gambar terutama tempat-tempat yang ada diceritakan pada artikel-artikel di bawah. Sekian. wassalam.
Melompat jauh ke zaman dewasa, ketika sudah memasuki umur 35 tahun 2005. Ketika itu saya sudah lebih 3 tahun meninggalkan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dan sering keluar mengembara ke sana sini demi mencari jawaban kepada berbagai persoalan yang melanda fikiran. Dalam keadaan inilah saya terjumpa seorang yang wanita yang tiba-tiba beriya-iya mahu menjadi isteri saya. Dicampur kehadiran seorang lain yang pernah menjadi teman wanita lama berlaku pelbagai perkara yang peliknya kemudian membawa saya pergi menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan menziarahi kota Madinah. Lebih pelik lagi di sana saya bertemu seorang lagi wanita yang turut mahu menjadi isteri saya!
Cerita An-Nur - Satu pertemuan yang tak dijangka
Cerita An-Nur - Pertemuan tak dijangka., tapi dengan Nur pula....
Cerita An-Nur - Apa masalah si Nur?
Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...
Cerita An-Nur - Ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...
Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat
Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku
Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...
Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?
Cerita An-Nur - Pertemuan dengan keluarga Nur...
Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?
Bahagian tentang umrah...
Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok
Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan...
Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh
Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?
Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara
Umrah 2005 - Lain-lain tempat di sekitar Mekah
Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira...
p/s: Saya fikir mahu publish artikel ini jam 1.31 malam untuk mendapatkan nombor cantik. Tengok-tengok saya terlewat 1 minit. Tak mengapalah. Kira jam 1.31 + 1 (sedapkan hati), hehe... :]