Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 15, 2021

Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60 (pembetulan)

Menyambung proses pembetulan daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 21 hingga 40 (pembetulan). Disebabkan satu perjalanan harus dikeluarkan daripada senarai tersebut maka perjalanan nombor 41 daripada Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60 harus dinaikkan ke sana. Semua perjalanan dalam Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60 pula harus dianjak tempat 41 jadi 40, 42 jadi 41 dan seterusnya lalu timbul kekosongan untuk nombor 60. Ini harus diisi kembali dengan perjalanan yang dahulu diletak paling corot dalam senarai lama Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa 23 April. Dengan itu kira-kira jumlah jarak harus dibetulkan juga...


41. Naik basikal separuh Semenanjung 1989



Lakaran mudah hampir 1,220 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.



42. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003


Lakaran mudah kurang 1,163 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus  sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003.



43. Misi HIKMAH Beruas Ogos 2015


Lakaran mudah 612 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 630 km.


Lakaran mudah 518 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 540 km.

Jarak keseluruhan = 1,170 km (630 km + 540 km). Lihat Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015.



44. Aceh 2009 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 195 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 250 km. 


Ke luar Banda Aceh - Lakaran mudah 871 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 900 km.

Jarak keseluruhan = 250 km + 900 km = 1,150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....



45. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu 2018 


Lakaran mudah dekat 1,030 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....



46. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011


Lakaran mudah 1,012 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.



47. Medan-Aceh November 2011 


Lihat sini


Di Pulau Samosir. Lihat sini

Lakaran mudah 1031 km + 130 km = 1061 km. Jarak sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".



48. Umrah ziarah 2005 


Lakaran mudah hampir 1,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....



49. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003


Lakaran mudah 900 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.



50. Sewa kereta di England 1994 


Lakaran mudah hampir 1,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.



51. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura penghujung 2010


Lakaran mudah perjalanan dari Kuala Lumpur dan kembali 908 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 910 km. 


Lakaran mudah dalam Singapura 175 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 190 km 

Jumlah = 910 km + 190 km = 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....



 52. Umrah ziarah 2013 


Lakaran mudah 1,035 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....



53. Kuala Muar ke Kuala Pahang 2020 


Lakaran mudah 956 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".



54. Hol Tok Pulau Manis 2019 


Lakaran mudah hampir 1,050 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.



55. Ke Utara menutup kalender 2014 


Lakaran mudah lebih 1,000 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar hampir 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.



56. Trip anak beranak ke Desaru Disember 2014 


Lakaran mudah hampir 1,040 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.



57. Linggi hampir penghujung 2009


Lakaran mudah 1,033 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.



58. Aceh Januari 2010 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 171 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 200 km. 



Keluar Banda Aceh - Lakaran mudah 767 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 800 km. 

Jarak keseluruhan = 250 km + 800 km = 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.



59. Perjalanan ke selatan penghujung 2020


Lakaran mudah 890 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.



63. Hol Gunung Jerai 2017 


Lakaran mudah 1,010 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017


Dua puluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 22,190   km (1,030 +1,040 + 1,050 + 1,050 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,150 + 1,170 + 1,250 + 1,250) . Julat jarak perjalanan adalah 1,030 km hingga 1,250 km.

Tiada ulasan: