Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 27, 2016

Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat

Merujuk pada artikel Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam yang dibuat 2 minggu lalu. Sudah disebut dalam artikel bahawa rakaman tersebut adalah untuk episod ke-8 dalam program Akademi Silat Pendekar Muda yang ditayangkan di Tv Alhijrah pada setiap hari Rabu malam Khamis sejak hampir 2 bulan lalu. Sejak ia bermula saya dan isteri tidak pernah ketinggalan menontonnya di kaca televisyen. Cuma 2 minggu lepas baru kami mula hadir ke rakaman yang dibuat Selasa malam Rabu untuk mengambil berkat daripada bulan mulia Rejab yang masuk beberapa hari sebelum itu.

Seminggu lepas kami juga datang ke rakaman untuk episod ke-9. Tetapi saya tidak menceritakannya di blogspot kerana terasa tidak perlu. Malam semalam saya dan keluarga pergi lagi ke rakaman, kali ini untuk episod ke-10. Yang ini harus diceritakan disebabkan beberapa perkara menarik yang muncul berserta dengannya...


Adapun sebaik sahaja masuk bulan Rejab saya sudah memasang niat untuk menghadiri rakaman program ini sebanyak 3 kali. Menurut jadual, selepas itu akan ada satu lagi sesi rakaman iaitu pada 3 Mei. Masih lagi dalam bulan Rejab tetapi saya tidak mahu menghadirinya. Ini kerana saya menurut gerak gila-gila nombor mahu mendapatkan 'faktor 31'. Selepas 3 kali hadir dalam bulan Rejab, biar ada break sat. Lepas tu bolehlah hadir episod terakhir yang akan dibuat secara siaran langsung pada 1 Jun, insyaallah. 


Malam semalam adalah yang kali ke-3 saya hadir bersama keluarga. Selain mahu melengkapkan kehadiran ke-3 pada bulan Rejab saya juga telah membawa sejumlah ahli tim produksi dokumentari "Daulah Melayu" bersama. Sekadar mengingatkan, saya adalah hos dan penyelidik bagi projek dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang bertujuan untuk mengangkat tinggi martabat orang Melayu pada mata dunia. Saya dimaklumkan tim produksi Akademi Silat teruja apabila mendapat tahu kami akan datang lalu memberikan kami kawasan tempat duduk elok di hadapan pentas VVIP.


Adapun kedatangan saya, isteri dan anak-anak ke sesi-sesi rakaman sebelum ini adalah atas kapasiti persendirian. Tidak ingin kami menarik perhatian kecuali mahu menunjukkan sokongan terhadap program realiti persilatan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia malah (setakat kami tahu) di mana-mana ini. Namun ada yang memberitahu kepada pihak Akademi Silat bahawa saya adalah presiden kepada NGO budaya Melayu yang bernama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) lalu harus diraikan. Apabila mendapat tahu saya juga buat pertama kali akan membawa tim Daulah Melayu ke sesi rakaman, mereka menjadi lebih teruja lalu ada yang ditugaskan untuk melayan kami sebaik mungkin.


Pada saya dan isteri bukan layanan VIP yang didambakan, cuma kepastian akan mendapat tempat duduk bersama apabila datang sebagai satu kumpulan walaupun sampai pada masa yang berlainan. Dengan itu satu kawasan pun diperuntukkan atas nama HIKMAH. Cuma ia terpisah daripada kawasan yang diperuntukkan untuk Daulah Melayu. Saya datang atas dua kapasiti iaitu sebagai presiden HIKMAH juga hos dan penyelidik untuk Daulah Melayu. Bila tempat duduk dah terpisah terpaksalah memilih satu antara dua. Saya memilih untuk duduk bersama tim Daulah kerana tidak ada seorang pun daripada mereka pernah menghadiri rakaman sebelum ini. Sedangkan antara mereka yang duduk di kawasan HIKMAH, ada beberapa pernah menghadiri. Lagipun isteri saya ada duduk bersama mereka.


Rupa-rupanya kawasan duduk HIKMAH dipilih agar dapat dekat dengan kawasan grup NGO lain yang sama-sama berjuang untuk memartabatkan kebudayaan Melayu, Di sebelah kami adalah kawasan yang diperuntukkan untuk Keris Warisan, satu badan yang dipimpin oleh seorang saudara saya yang sama-sama datang daripada keturunan Laksaman Raja Mahkota Perak.


Seterusnya terdapat kawasan-kawasan tempat duduk yang diperuntukkan bagi kumpulan-kumpulan lain, antaranya para pelajar UKM kalau tak salah ingatan. Cuma kami dan kawan-kawan agak terserlah kerana datang berbusana penuh tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris.


Pandangan daripada kawasan Daulah. Ia menghadap ke sisi pentas. Saya dapati pemandangan sedikit terganggu akibat menghadap ke satu set spotlight


Sebetulnya minggu lepas pun saya duduk di kawasan ini. Cuma ketika itu saya tidak merasa terganggu kerana tidak tergerak untuk mengambil banyak gambar. Bila ada keperluan untuk mengambil gambar baru kehadiran spotlight dengan cahaya menghadap terus ke muka terasa mengganggu. Ini kerana ia memberi kesan pada 'ketajaman' gambar...


Kalau mengambil gambar ke sisi daripada tempat duduk itu tiada masalah. Kelihatan di layar juri jemputan kali ini, pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam sedang memberikan komen selepas satu persembahan.


Nampak bukan bagaimana kehadiran spotlight boleh mengganggu kualiti gambar di atas pentas? Apapun, kali ini para peserta Akademi Silat (tinggal 5 orang dah berbanding 10 ketika program bermula) memakai baju moden biasa, bukan baju silat mahupun baju Melayu atau busana tradisional. Mungkin untuk menarik perhatian Yusof yang telah menghasilkan beberapa filem aksi lasak berlatarbelakangkan zaman moden?  Mungkin kerana susah nak mintak beliau membuat filem menonjolkan kehebatan silat dalam suasana lama berlandaskan busana tradisional Melayu dan sebagainya? Maaf. Ini bacaan saya tentang keadaan...


Adapun pada setiap minggu peserta diminta memberikan persembahan menurut tema semasa, misalnya bermain 2-3 jenis senjata melawan pasangan yang dipilih antara peserta. Setakat dapat saya lihat baru kini peserta dan lawan harus berpakaian moden, memakai t-shirt, kemeja, jeans dan sebagainya. Malah begitu juga pemakaian ketika persembahan silat daripada kumpulan luar dibuat sementara menunggu keputusan juri selepas semua persembahan peserta selesai. Saya dimaklumkan bahawa sebelum ini satu kumpulan persilatan yang agak terkenal dengan identiti unik pakaian tradisional mereka telah dijadualkan untuk mengisi slot tersebut bagi episod ke-10. Tetapi baru beberapa hari lalu dimaklumkan persembahan mereka harus ditunda ke satu tarikh lain...



Apapun, kali ini setiap peserta disuruh membuat persembahan silat menentang dua orang lawan setiap seorang. Lawan dipilih dalam kalangan pesilat daripada luar program juga para peserta terdahulu yang sudah tersingkar melalui episod-episod lepas. Untuk itu mereka diminta membuat sketsa cerita untuk menunjukkan punca pergaduhan. Sketsa dipaparkan pada skrin atau layar sebelum pergaduhan yang menjadi asas persembahan untuk penilaian juri dibawa ke atas pentas...








Selesai itu semua peserta harus memakai pakaian seragam silat yang dikhaskan untuk program. Persembahan bersama (tidak dinilai) pun dibuat sebelum diumumkan siapakah pemenang iaitu peserta yang membuat persembahan/sketsa pergaduhan terbaik untuk episod. Selepas itu baru diumumkan mereka yang mendapat markah terendah lalu boleh disingkirkan. Cuma kali ini tiada penyingkiran.



Selesai program tergerak pula hendak mengambil gambar kawasan yang diperuntukkan untuk kumpulan. Baru tersedar mereka meletakkan HIKMAH sebagai Busana Hikmah. Nampaknya siapa yang meletakkan ini tidak jelas apakah hala tuju pergerakan. Tak mengapalah. Yang penting dapat tempat.


Kawasan yang diperuntukkan untuk Daulah Melayu. Kehadiran kami ada diumumkan oleh hos ketika rakaman. Sekarang biar dikongsikan beberapa keping gambar yang diambil oleh kawan-kawan dan kenalan lalu dikongsikan melalui Facebook.


Gambar di perkarangan Stadium Panasonic iaitu tempat rakaman program bersama rakan-rakan silat juga aktivis kebudayaan Melayu. OK tak pakaian saya, sampin, seluar dan tanjak berwarna merah, baju kekuningan coklat?


Gambar di dalam stadium iaitu di bawah pentas persembahan. Sukacita dimaklumkan baju, sampin dan seluar dijahit sendiri oleh isteri tersayang...





Isteri bergambar bersama kawan-kawan. Suatu perkara lagi yang menarik tentang rakaman kali ini adalah disebabkan kami duduk di kawasan yang berlainan, saya bersama Daulah Melayu, isteri bersama HIKMAH saya dapat admire isteri sendiri daripada jauh... :]


Bergambar bersama isteri. Dia tegur... dah mula le tu, Tersengih-sengih buat muka katun.


Ini pula adalah gambar ketika rakaman masih berjalan dan saya sedang duduk bersama tim produksi Daulah Melayu, Sebelah saya berbaju Melayu merah adalah seorang imam masjid yang merupakan suami kepada seorang kawan lama saya semasa zaman belajar A-Levels di Malaysia kemudian universiti (tapi lain tempat) di United Kingdom.


Tengok gambar nampak tak senonoh le pulak. Kain sampin kelihatan senteng, kaki duduk terkangkang. Nak buat camana? Saya dah tak pandai control macho dah. Maklumlah, pernah bertahun berusaha menghilangkan mimik muka tertentu daripada zaman jahiliah sukakan perhatian ramai terutama daripada orang perempuan  untuk berubah arah menjadi seorang lelaki Melayu dan Islam yang lebih bertanggungjawab. 

Namun isteri mengingatkan, Abang tu hos Daulah Melayu. Bawa imej daulah selain bawa juga imej kepimpinan melalui HIKMAH, Kena le bagi senonoh sikit. Kena bagi nampak sifat-sifat yang patut. Ya lah, Ya lah, Saya cuba adjust sedikit demi sedikit. Adjust jadi lelaki yang lebih berwibawa dan berketrampilan tanpa terpalit lagi dengan unsur-unsur kesombongan dan kebanggaan yang pernah melanda diri lantaran dianugerahkan Allah SWT dengan berbagai kelebihan semulajadi. Dah memang dalam darah daging keturunan saya pun ada bawa daulah. Cuma saya ni aje yang perlu banyak lagi berubah sebelum dapat betul-betul memikul apa yang sudah lama tersirat dalam diri ini, insyaallah. Doakan saya ya... :]


Isnin, April 25, 2016

Majlis hol almarhum Raja Haji di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Salam. Sedikit cerita daripada aktiviti semalam.


Petang Ahad 24 April 2016 saya bergegas ke Masjid Raja Haji Fisabilillah di Cyberjaya.


Ada satu acara diadakan buat julungkali di masjid yang dinamakan sempena pejuang besar Melayu-Bugis yang namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan mereka yang celik sejarah.



Ia adalah majlis hol almarhum Raja Haji.


Ketika saya sampai sesi perarakan baru sahaja selesai lalu hadirin berehat sebentar sebelum acara dibawa ke dalam masjid...




Bermulalah sesi membaca yassin dan tahlil.










Selepas solat Maghrib hadirin bergegas ke dewan sebelah.


Melihat sebentar pameran dan jualan buku Khazanah Fathaniyah di sisi dewan.


Masuk ke dewan, sesi tausiyah mengenangkan perjuangan Raja Haji sambil dikaitkan dengan perjuangan dakwah Islam Rasulullah SAW sedang berjalan...