Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Tuesday, April 15, 2008

Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, setelah agak lama mengagih-agihkan gambar-gambar yang sesuai untuk dijadikan bahan cerita di ketiga-tiga blogspot saya bermula Sabtu lalu demi untuk membawa kepada penceritaan perjalanan di lokasi terpilih seterusnya iaitu Kuala Terengganu, akhirnya petang ini setelah mengalami beberapa masalah termasuk gangguan uploading gambar, baru cerita seterusnya boleh dimulakan. Bersambung daripada lokasi atau bandar sebelumnya seperti yang diceritakan di posting bertajuk Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh! Mari...


Dari Dungun, saya mendapatkan bas ke Kuala Terengganu... Seperti yang telah disebut dalam cerita Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh! , pada awalnya saya bercadang mahu ke Kuala Berang daripada Dungun. Rasanya perlu melalui kawasan Felda, Jerangau. Memandangkan tidak ada pengangkutan awam melalui jalan ini daripada Dungun kecuali teksi yang tambangnya tentu mahal, saya pun membuat keputusan untuk ke Kuala Terengganu... Daripada situ, lebih senang untuk ke Kuala Berang nanti.

Di atas adalah gambar yang diambil daripada dalam bas ketika menghampiri sempadan bandaraya Terengganu. Gambar yang cuba diambil adalah gambar masjid terapung di Kuala Ibai, sebuah masjid indah yang diilhamkan arkitek terkenal Raja Bahrain... Sayangnya saya tidak berjaya mendapatkan gambar elok menggunakan kamera digital murah daripada dalam bas yang sedang laju bergerak...




Apapun, saya sampai ke stesyen bas utama bandaraya dengan selamat... Kalau tak silap, sekitar jam 10 pagi begitu...


Singgah sebentar di sebuah warung untuk minum sementara memikirkan langkah perjalanan seterusnya. Kalau ikutkan, mahu sahaja saya mencari satu tempat yang terlindung lalu baring terus tidur kerana terasa begitu penat... Di Dungun semalam saya tidur lambat, itupun tidak cukup di sebuah surau besar kerana dikejutkan orang yang mahu bersedia untuk solat Subuh...

Sebenarnya bersebelahan warung ini terletak sebuah hotel... Saya telah singgah di situ dan bertanyakan harga... Ikutkan boleh tahan murah tetapi saya rasa mahu cuba dahulu mencari yang lebih murah. Untuk malam ini, juga demi perjalanan yang dirancang seterusnya rasanya saya tidak larat lagi tidur di mana-mana masjid... Saya perlukan rehat yang cukup, tidak mahu diganggu orang mahupun nyamuk...

Selepas minum, saya pun mula berjalan-jalan menghala ke arah laut dengan niat mahu mencari hotel murah... Terlihat masjid putih ini yang dikenali sebagai Masjid Abidin...

Kalau mahu, pada waktu ini saya boleh sahaja berehat di dalam masjid kerana sudah menjadi kebiasaan di masjid ini juga di banyak masjid utama, sekitar waktu antara Subuh dan Zuhur tidak ada yang menganggu. Tetapi selain mahu berehat, saya juga mahu bertukar kepada pakaian lebih bersih dan membasuh pakaian yang kotor... Rasanya duduk di hotel lebih sesuai...


Daripada hadapan masjid, lalu di bangunan Persatuan Sejarah ini...


Terus menghala ke laut, rasanya belum kelihatan apa-apa hotel murah...

Memang kelihatan 2-3 hotel dalam perjalanan ini tetapi rasanya sederhana mahal... Pada masa itu, saya lebih menuju pada mana-mana bangunan rumah kedai lama yang dijadikan rumah tumpangan tetapi setakat berjalan kaki di Kuala Terengganu ini tidak kelihatan. Pengalaman mengembara di merata Semenanjung menunjukkan di rumah tumpangan sebegini (tolak rumah yang dijadikan tempat pelacur ya...), harga sewa bilik untuk satu malam boleh jadi semurah RM14, paling mahal pun RM25...


Alang-alang sampai ke kawasan laut, mulalah saya berjalan-jalan melihat persekitaran...


Adapun kawasan ini terletak di kuala Sungai Terengganu... Kelihatan dalam gambar adalah bahagian seberang yang dikenali sebagai Seberang Takir...




Sedikit menghulu sungai pula kelihatan Pulau Duyung... Kelihatan dalam gambar ini bangunan besar di sebalik barisan bendera yang merupakan kelab kapal layar, dibina khas untuk perlumbaan kapal layar setahun sekali Monsoon Cup yang mula diadakan di sini, kalau tak salah ingatan 2 tahun lalu...


Saya mula jalan di tepian sungai mengarah ke hulu... Kelihatan sebuah feri, kalau tak salah untuk ke kawasan pulau-pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian di perairan Terengganu. Di sini juga terdapat bot-bot kecil yang dijadikan feri untuk menyeberangi Sungai Terengganu, samada untuk ke Pulau Duyung atau ke Seberang Takir...


Ke hadapan sedikit kelihatan peta bandaraya Kuala Terengganu ini...


Kemudian nampak pula Bukit Puteri... Di kaki bukit terdapat rangkaian bangunan bazaar baru yang katanya dibina untuk menggantikan Pasar Payang yang sudah lama dikenali masyarakat tempatan...

Untuk melihat beberapa gambar terbaru di atas Bukit Puteri termasuk makam seorang ulamak dahukala bernama Syed Yassin sila klik Up on Bukit Puteri in Kuala Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Mari! :]


Selepas turun daripada Bukit Puteri, saya terus berjalan menyusuri Sungai Terengganu menghala ke hulu... Sempat singgah di Pasar Payang sebelum masuk ke kawasan Kampung Cina... Ceritanya telah dibuat di BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Walking along the Terengganu river to Kampung Cina...


Keluar sahaja daripada Kampung Cina, terus ternampak Bukit Keledang di mana terdapat makam Sultan Terengganu pertama daripada keturunan Bendahara Johor dan Melaka, Sultan Zainal Abidin yang menaiki takhta tahun 1700an Masihi. Untuk melihat gambar-gambar serta ceritanya, sila klik Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...


Kemudian saya pun kembali ke kawasan sekitar bas stesyen utama... Rasanya harus mengambil bilik di hotel tempat mula-mula sampai tadi.

Sebenarnya tadi di hadapan Bukit Keledang, saya ada ternampak sebuah hotel sederhana besar yang rasanya agak menarik kedudukannya... Saya mengharapkan agar harga biliknya mungkin murah... Ternyata sewa bilik paling rendah di situ adalah lebih daripada RM50 semalam... Bilik di hotel tempat mula-mula sampai pula sebenarnya berharga RM40 semalam (menurut kata orang yang menjaganya lah) tetapi melihatkan saya datang seorang, katanya ia boleh diturunkan kepada RM30...

Hmm... Rasanya RM30 pun bolehlah... Tadi saya masih cuba-cuba mencari jika boleh dapat hotel dengan bilik berharga RM25 ke bawah untuk satu malam. Sampai di hotel hadapan Bukit Keledang pula, saya sudah bersedia untuk membayar RM30 tetapi ternyata harganya pula lebih. Ah... Ikut sahajalah mana yang senang!


Sedikit ke sisi hadapan hotel berhampiran stesyen bas itu, terdapat kedai jahit ini... Namanya kedai jahit Wah Lee mengingatkan saya pada Hotel Wali yang ada diceritakan dalam artikel Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :] ... Mungkin nama Wali itu sebenarnya singkatan daripada nama Cina ini iaitu Wah Lee? Mungkin juga ada orang Cina yang bernama Wah Lee Ah Keem? Heh! :]


Di sisi kedai jahit menghala ke stesyen bas, terdapat pula sebuah padang dengan beberapa buah makam lama yang batu-batu nesannya masih tegak... Tetapi tidak pula dibuat apa-apa pagar untuk menandakan sempadan. Sesungguhnya di sekitar Kuala Terengganu terdapat begitu banyak makam-makam lama. Yang menarik, boleh kata semuanya dalam keadaan terjaga belaka, tidak seperti di sesetengah tempat yang saya lihat di Semenanjung Malaysia di mana makam-makam Sultan pun boleh jadi begitu buruk dan bersemak!


Ini adalah gambar hotel tempat saya menginap malam 27 membawa ke 28 Mac iaitu malam Jumaat. Ceritanya telah saya letak di blogspot ini tadi dengan tajuk Kucing "surrender" di Hotel Pok Tiong...

Adapun sebaik sahaja selesai makan tengahari lambat iaitu sekitar jam 3 petang di warung sebelah, saya pun menempah sebuah bilik, terus berbaring dan terus tertidur akibat kepenatan, sampai hampir Maghrib... Malam itu pula saya berjalan lagi tetapi nanti saya ceritakan ya... Kita pergi terus kepada apa yang berlaku pagi Jumaat...




Sebenarnya selepas Subuh saya tidur lagi kerana masih kepenatan... Hampir jam 11 baru saya terbangun... Baru teringat bahawa saya ingin pergi melawat 2 buah tanah perkuburan tertentu di Jalan Pusara, tanah-tanah perkuburan besar lagi terserlah yang dapat saya lihat daripada dalam bas semalam...
Kali pertama saya pergi ke tempat-tempat ini ialah pada tahun 2004, dibawa oleh seorang kerabat diraja tua yang amat sempoi orangnya iaitu Engku Syed Mokhsin. Kata orang, Engku Mokhsin ini seorang wali atau keramat hidup. Yang saya tahu, beliau amat dihormati masyarakat luar bandar yang mengenalinya... Saya pernah bersama dengannya dalam satu persidangan orang-orang kampung yang meminta Engku Mokhsin tolong menyelesaikan satu masalah masyarakat... Mereka semua begitu hormat dengannya, masing-masing membahasakan diri sebagai patik...
Hmm... Melalut pula saya... Berbalik pada tanah-tanah perkuburan tadi. Nak kata jauh sangat tu tak lah, paling jauh pun 2km daripada Hotel Pok Tiong itu tetapi sebaik sahaja saya selesai membuang hajat besar, mandi dan bersiap-sedia, sudah hampir jam 12 tengahari...
Bagaimana ini? Hari itu hari Jumaat, perlu bersolat Jumaat. Perlukah saya bersolat dahulu di Masjid Abidin yang lebih dekat, kemudian baru ke Jalan Pusara? Boleh juga tetapi saya mungkin kehilangan banyak masa kerana kalau boleh mahu ke Kuala Berang petang itu juga...
Jadi bagaimana? Badan saya sebenarnya masih amat penat tetapi gerak hati yang memberi isyarat perjalanan dan apa yang harus dibuat mesti diturut... Kadangkala sudah tahu ke manakah harus pergi dan apa yang harus dibuat seterusnya tetapi cuma belum mendapat isyarat bila, apakah waktunya yang tepat...
Bila memikirkan beg sandang besar yang harus dibawa sama berjalan kaki hampir 2km dalam panas terik tengahari, rasa nak mengalah pun ada... Akhirnya saya membuat keputusan... Check-out sahaja daripada hotel tetapi tinggal dahulu bes besar di sana... Bawa sahaja beg kecil yang ada disimpan di dalam beg besar, kemudian saya terus berjalan...
Dalam berjalan itu, ternampak pula papan iklan yang terpapar di atas... Terdetik juga, mungkin nanti saya harus melihat Masjid Kristal yang sering diwar-warkan sebagai simbol "cemerlang, gemilang dan terbilang" satu bentuk mazhab yang dipanggil sebagai Islam Hadhari... Macam-macam!

Tidak lama kemudian, sampailah saya ke Jalan Pusara... Terus masuk ke kawasan perkuburan besar yang rasanya sama luas dengan 5 buah padang bola ini!

Untuk pengetahuan, ia dikenali sebagai tanah perkuburan Sheikh Ibrahim... Kenapa ya dipanggil dengan nama itu sedangkan di tanah perkuburan ini terdapat makam-makam sekurang-kurangnya 2 orang Sultan Terengganu serta makam-makam beberapa orang ulamak-ulamak besar seperti Tok Sheikh Duyung. Lalu kenapa dikenali dengan nama Sheikh Ibrahim? Apakah yang begitu istimewa tentangnya?

Sila baca cerita Kawasan pemakaman (the tomb area of) Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Insyaallah ada sesuatu yang menarik untuk semua...


Di satu sudut tanah perkuburan Sheikh Ibrahim, kelihatan sebuah round-about atau bulatan jalanraya utama Kuala Terengganu dengan replika gergasi Batu Bersurat Terengganu ini... Teringat posting Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam... yang dibuat 3 minggu lalu dengan menggunakan gambar tempat ini juga... Cuma semasa itu saya belum dapat mengalihkan kebanyakan koleksi gambar yang telah diambil masuk ke dalam pen-drive supaya dapat di upload ke blogspot, maka itu saya gunakan gambar yang ditemui di Internet...

Bila melihat kembali posting Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam..., baru saya teringat bahawa ada pihak yang tidak senang dengan beberapa kata-kata serta cara saya menafsirkan apa yang berlaku di Terengganu melalui penulisan itu. Mungkin pihak ini terasa pedas, saya tidak pasti... Tetapi apabila melihat balik komen yang dibuat di bawah artikel itu kemudian beberapa komen panas yang timbul beberapa hari lalu di artikel-artikel yang lain, kelihatan bahawa ia dibuat oleh pihak yang sama.

Tak mengapalah, biar sahaja segala silap faham yang lepas dibiarkan berlalu... Percayalah, walaupun ada ketikanya saya menyatakan apa yang saya lihat dalam perjalanan dengan nada marah, ia bukan dibuat secara semborono tetapi ada makna untuk sesiapa sahaja yang sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri lalu melihat situasi sebenar hari ini...

Rasanya bab yang berlaku di Terengganu, daripada hal kemelut pemilihan Menteri Besar sampai ke soal perbelanjaan royalti hasil petroleum negeri yang dijadikan wang ehsan lalu dilihat dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat projek-projek mewah yang tidak menguntungkan rakyat, bukan saya sahaja sedar dan merasa marah... Ramai lagi orang yang marah dan dapat melihat apa yang berlaku... Dan bagi mereka yang lebih ke hadapan pandangannya kerana melihat segala sesuatu dalam konteks global yang melibatkan perkembangan mutakhir dunia akhir zaman, tidak dapat tidak mereka akan melihat bayangan cemar tangan-tangan pihak Yahudi Zionis dan para proksi mereka dalam apa yang berlaku di Terengganu juga.

Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak dapat menerima tafsiran saya terhadap keadaan yang dilihat, anda boleh sahaja meninggalkan blogspot ini... Tidak perlu berkerut-kerut muka menahan marah lalu cuba mencari salah-silap saya agar kelihatan diri saya ini begitu buruk pada semua... Sememangnya saya ini insan yang lemah tetapi membuat sesuatu secara semberono atau untuk berbangga diri, seharusnya ada membaca dahulu ketiga-ketiga siri buku "Berpetualang ke Aceh" atau bersemuka secara fizikal dengan saya untuk mengetahui peribadi sebenar saya... Atau anda tolak tepi dahulu kemarahan yang tercetus dan cuba mencari hikmah di sebalik apa yang tersurat dan tersirat... Anggap saya Radzi Sapiee @ Merah Silu ini tidak wujud. Sebaliknya cuba lihat af'al Allah disalurkan melalui kata-kata di sini. Cubalah dahulu... Insyaallah ia lebih berfaedah daripada membuat telahan buruk sangka tentang tahap keimanan saya...

Apapun, bulatan di atas pernah dikenali sebagai bulatan penyu kerana semasa zaman Wan Mokhtar menjadi MB Terengganu, di tengah bulatan itu terdapat sebuah patung replika penyu gergasi melambangkan penyu sebagai satu keistimewaan dan daya tarikan pelancung ke Terengganu. Apabila PAS berjaya merampas pemerintahan Terengganu dalam pilihanraya umum 1999, patung penyu itupun dihancurkan. Apabila Barisan Nasional kembali memerintah tahun 2004, berdiri pula replika gergasi Batu Bersurat Terengganu ini sebagai tanda kepada bukti akan Terengganu sebagai salah sebuah negeri yang paling awal menerima Islam jika tidak pun paling awal di rantau ini!

Terus terang saya cakap, saya tidak setuju dengan konsep Islam Hadhari... Saya bukan orang PAS atau berpihak pada mana-mana kumpulan atau parti politik...Cuma saya tidak suka agama Islam yang syumul itu dilabel-label dengan perkataan tambahan yang kononnya lebih progresif, seolah-olah Islam yang dibawa Rasulullah SAW itu tidak bertamadhun dan ketinggalan zaman, tidak mampu menghadapi cabaran dunia moden sekarang... Lebih-lebih lagi kerana saya tahu, nama Islam Hadhari itu asalnya adalah satu slogan atau modal kempen untuk BN kembali menawan Terengganu, modal kempen untuk melawan model kerajaan Islam PAS. Maka ia dibuat bukan dengan niat jujur untuk membela Islam tetapi untuk menang perlawanan populariti demi meraih undi rakyat! Itulah sebenarnya asal-usul perkataan Islam Hadhari...

Tidak mengapa, apabila sampai masanya, Insyaallah akan saya huraikan lebih panjang-lebar tentang ini dan apa yang saya lihat sebagai bekas-bekas tangan cemar Yahudi Zionis di Terengganu... Harap janganlah ada pihak yang melenting nanti ya... Percayalah, kata-kata yang saya buat ini ada keizinan dan barakah daripada para wali...

Kalau tak boleh percaya pun, tolak ke tepi sahaja... Jangan terasa atau mula marah-marah. Kalau tetap tak boleh terima lalu keinginan dalam hati untuk melihat salah-silap saya, sebaiknya jangan jenguk lagi blogspot ini kerana akhir kalamnya senang sahaja... Ini adalah diari pengalaman hidup saya. Sukahatilah apa yang saya mahu cerita, terpulang kepada anda untuk menerimanya... Kalau tak suka, saya tak pernah memaksa...

Apabila dah tersebut pasal bab wali ini, baru saya teringat, sebenarnya saya meletakkan gambar ini sebagai kesinambungan cerita untuk tempat yang dilawati seterusnya iaitu selepas meninggalkan tanah perkuburan Sheikh Ibrahim... Saya malas hendak mengulang-tayang kembali mana-mana gambarnya di sini, maka jika mahu tahu apa ceritanya, sila lihat sendiri artikel Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu... yang dibuat di sini semalam...


Gambar ini diambil selepas selesai solat Jumaat di Masjid Abidin. Alhamdulillah, walaupun saya berlegar-legar lama di sekitar tanah perkuburan Sheikh Ibrahim dan makam Tok Pelam, sehingga hampir jam 1.30 tengahari, sempat juga saya berjalan kaki hampir 2 km kembali ke pusat bandaraya untuk bersolat di masjid putih itu.

Kalau diikutkan, saya boleh sahaja bersolat di sebuah masjid besar (lupa namanya) yang terletak di sisi tanah perkuburan yang mengandungi makam Tok Pelam... Malah saya masih berlegar-legar di sekitar makam ketika imam membaca khutbah! Dan sebaik sahaja meninggalkan makam sekitar 200 meter menghala ke Masjid Abidin, kedengaran pula bilal membaca qamat menandakan imam akan memulakan solat di masjid sebelah makam ini...

Ketika itu saya jadi serba-salah... Perlukah saya berpatah balik untuk ke masjid itu sedangkan sejak hari Khamis lagi saya menyimpan niat untuk bersolat Jumaat di Masjid Abidin? Akhirnya saya terus berjalan ke pusat bandaraya dan menyerahkan apa yang akan berlaku kepada Takdir...

Sebenarnya kalau tidak sempat pun bersolat Jumaat, tidak jadi kesalahan buat saya kerana ia bukan kewajiban bagi mereka yang sedang bermusafir jauh... Tetapi memang saya menyimpan niat untuk bersolat Jumaat di Masjid Abidin... Lebih-lebih lagi kerana saya tidak pasti jika pernah bersolat Jumaat di sana dan kali terakhir saya sampai ke Terengganu adalah hujung tahun 2006...

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah saya sampai ke Masjid Abidin ketika imam dan makmum masih dalam raka'at pertama walaupun saya berjalan kaki sepanjang jalan, tidak dapat menumpang mana-mana kenderaan orang. Maka sempatlah saya bersolat Jumaat di sana, tercapailah apa yang diniatkan sejak hari sebelumnya...



Selepas bersolat Jumaat, saya pergi ke sisi kiri masjid iaitu menghala ke Barat. Di satu kawasan, terdapat kawasan pemakaman diraja Terengganu, masih lagi di perkarangan Masjid Abidin.

Adapun saya pernah ke Kuala Terengganu sekurang-kurangnya 10 kali. Kali pertama adalah sekitar tahun 1988 dengan menaiki basikal lumba mengikuti satu rombongan menjelajah basikal mengelilingi separuh Semenanjung Malaysia selama hampir 2 minggu, kali kedua ketika mengembara seorang diri menaiki motosikal besar tahun 1997 mengelilingi Semenanjung dalam tempoh satu setengah bulan... Selepas setahun bertugas sebagai wartawan meja berita di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times, baru confirm lalu dibenarkan bercuti...

Rasanya kali ketiga pula adalah semasa menjadi wartawan sukan, dalam tahun 2000 untuk meliputi sebuah acara lumba basikal peringkat serantau... Tetapi pada tahun 2003, rasanya kali ke empat, baru saya pergi ke Terengganu untuk menziarahi makam-makam lama, bermula dengan makam Tok Pulau Manis yang merupakan satu talian awal saya untuk menyambung salasilah dan wasilah keturunan juga pengajian peribadi Tasawuf sehingga ke Aceh.

Sejak itu, saya telah beberapa kali pergi ke Kuala Terengganu dan setiap kali pergi, saya mesti pergi menziarahi tempat-tempat ini... Makam Tok ku Paloh di Kampung Paloh, sekitar 5km di luar bandaraya KT dan makam Tok Pulau Manis di Kampung Pulau Manis, 15 km lebih jauh. Di celah-celah itu, saya juga selalu naik ke Bukit Keledang untuk menziarahi makam Sultan Terengganu pertama dari keturunan sekarang iaitu Sultan Zainal Abidin I... Kali ini, dalam lawatan ke KT 27-28 Mac, barulah tergerak untuk menziarahi makam diraja yang terletak di perkarangan Masjid Abidin!

Sebenarnya pada malam Jumaat itu adalah kali pertama saya tergerak untuk masuk ke makam diraja itu... Tetapi selepas bersolat Jumaat, baru saya dapat datang lagi untuk mengambil gambar lalu dapat dijadikan cerita semalam, dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Makam diraja Terengganu di Masjid Abidin (Terengganu royal mausoleum at the Abidin mosque) ...



Selesai ziarah makam, saya pun menuju kembali ke Hotel Pok Tiong... Terlihat pula bangunan tinggi yang berdekatan ini. Timbul rasa untuk naik ke atas, mahu melihat pemandangan sekeliling Kuala Terengganu...

Untuk melihat gambar-gambar menarik yang diambil daripada atas, sila klik artikel View of Kuala Terengganu from 14 floors up... Or is it 15 or 13? Never mind, just enjoy the view... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Setelah puas melihat pemandangan dari atas, baru saya turun mengambil beg galas besar di Hotel Pok Tiong kemudian menuju ke stesyen bas... Dan petang itu pergilah saya ke Kuala Berang untuk satu pengembaraan yang lebih menarik...

Bunga-bunga pengembaraan itu boleh dibaca dalam artikel Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam... yang dibuat 3 minggu lalu daripada sana... Sebagai satu hint untuk cerita yang akan datang, biar saya paparkan kembali komen seorang pembaca yang dibuat di bawah artikel Sedikit kata-kata aluan sempena Maulud Nabi... hampir sebulan lalu. Hmm... Biar dipaparkan sekali jawaban saya kepada komen itu ya... Ini dia...

Anonymous said...

salam...abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.

Thursday, March 20, 2008 8:42:00 PM


Radzi Sapiee said...

Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat.Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka. Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]

Saturday, March 22, 2008 5:49:00 PM

Pengembaraan saya ke Kuala Berang akan melibatkan diri ini masuk jauh ke dalam markas sebuah kumpulan yang katanya mendukung perjuangan Islam akhir zaman, kumpulan yang mana orang-orang kanannya tidak menyenangi saya atas sebab-sebab tertentu... Ingat tidak di akhbar harian Metro (ataupun Kosmos? Antara dua tu le), pernah beberapa kali keluar cerita tentang Ustaz Zul yang dikatakan membawa ajaran sesat lalu merogol beberapa orang perempuan? Ini adalah markas kumpulannya... Dan biar saya berterus-terang, seorang teman wanita yang dahulu amat saya sayangi pernah dibawa lari mereka... Kononnya untuk diisi dengan sesuatu lalu menjadi Puteri Balqis (isteri Nabi Sulaiman) yang boleh mendokong misi kumpulan ini!

Cerita tentang kumpulan ini ada saya nyatakan dalam buku kedua saya iaitu "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II. Nanti saya akan cerita sedikit pula di sini apabila tiba gerak dan sampai masanya ya... Sekian! :]

3 comments:

Anonymous said...

السلام عليكم

Saudara Radzi,

Rasanya kenapa orang terjebak masuk ke dalam blog saudara adalah kerana mereka juga mempunyai cita rasa atau visi/matlamat yang sama dengan saudara. Iaitu mengenal diri. Dan rasanya buat ketika ini saudara saja yang mempelopori dengan membuat buku dan blog sendiri secara terperinci.

Masuknya mereka berulang kali adalah kerana pengiktirafan mereka kepada usaha-usaha saudara.

Disini saudara radzi patut berterima kasih dan bersyukur kerana ada yang suka dan memberi sokongan sekurang-kurang dengan apa yang saudara sedang usahakan.

Ini satu credit untuk saudara yang saudara telah terlepas pandang.

Isunya ialah saudara tidak nampak bahawa mereka sebenarnya juga menyokong hasrat murni saudara, kalau tidak keseluruhan, ada bahagian-bahagiannya mereka setuju.

Tetapi pada masa kini saudara telah mengeluarkan kata-kata balasan seperti :

1) "Ini blog aku.. sukahati akulah nak cakap apa..."

2) "Kalau tak suka jangan masuk blog ini...senang saja..."

3) Selain kata-kata kesat yang lebih menonjolkan menegakkan benang basah dan banyak lagi peribadi yang tidak berapa elok untuk dicakapkan disini.


Dengan ayat-ayat di atas telah timbul perkara berikut didalam hati para pemberi komen:-

1) Saudara tidak boleh terima komen kerana saudara memikirkan/merasakan saudara sudah bagus, jadi tidak perlu dibetulkan apa-apa lagi (bangga diri, bongkak langsung saudara merasakan diri bukan orang sembarangan)

2) Saudara tidak sedar orang sedang membantu saudara menjadi lebih baik dari hari ini

3) Persepsi saudara sentiasa memikirkan yang buruk (buruk sangka)[kerana itulah terjadi perkara (2) di atas]


Setelah melihat komen-komen dalam blog ini, adakalanya semua bait-bait ayat saudara ditulis kembali untuk memberi garapan lebih jelas ayat mana yang nampak tidak elok bunyinya. Ini untuk kefahaman dan bukan untuk mencari salah.

Patutnya saudara bersyukur kerana ada orang ingin memberi teguran agar saudara jadi lebih baik dari hari ini dan juga ini menunjukkan keperihatin kerana mereka baca dan kunjungi blog saudara, bukan?

Untuk kefahaman, kadang-kadang kawan-kawan pun susah nak cakap perkara begini kerana nak menjaga hati atau mungkin iri hati tidak mahu saudara jadi lebih bagus.

Samada untuk menjaga hati ataupun iri hati, lama kelamaan saudara tetap di takuk itu sahaja. Padahal orang lain berubah dan semakin baik.

Dengan kata-kata kesat dan mencari balik kesalahan orang itu dalam komen mereka terhadap saudara, seperti tidak memberi salam, hanyalah defence saudara untuk membuktikan yang bukan saudara saja yang buat silap tetapi begitu juga para pemberi komen.

Gunanya kita untuk beriteraksi adalah untuk saling ingat mengingati. Semua orang telah tahu manusia itu tidak maksum. Semua orang tahu manusia sentiasa berbuat kesalahan, jadi tidak perlu menjadi terlalu defensive.

Bila seseorang memberi nasihat bukan bererti dia menunjukkan salah saudara supaya saudara merasa malu dan sebagainya.

Dan pemberi komen juga tidak bermaksud untuk memberi tahu yang beliau (pemberi komen) lebih baik dari saudara. Ini persepsi saudara saja.

Kerana orang prihatin dan menyokong andalah sebabnya mereka menegur untuk kebaikan.

Setiap dalam diri seseorang itu ada sifat-sifat tabligh.

Sekian.

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan terimakasih saudara. Kan lebih elok memberi komen sebegini, dengan bahasa yang lebih teratur dan terkawal? Apa-apapun biar dimulakan dengan salam kerana salam itu adalah ucapan meminta kesejahteraan ke atas orang yang diberi salam. Ikhlas tak ikhlas biar Tuhan menentukan... Kita cuma mampu menzahirkannya sebagai tanda keprihatinan kita.
Saya terima sepenuhnya komen saudara. Terimakasih kerana sudi memberikan pandangan.
Adapun mengenai kata-kata saya yang jadi agak kasar dalam beberapa menjak kebelakangan ini, mungkin saudara telah terlepas pandang akan apa yang berlaku di chatbox dalam tempoh lebih sebulan kebelakangan... Bagaimana cara individu tertentu berinteraksi telah mengganggu keharmonian orang lain.
Tak apalah, saya tidak akan panjangkan lagi... Tetapi biar saya bagitahu lebih awal, apabila menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan aktiviti Yahudi Zionis untuk menentukan hala tuju pemerintahan dunia, kemungkinan besar saya akan menggunakan kata-kata kasar. Harap tidak ada yang terasa secara individu kerana kata-kata kasar itu cuma ditujukan kepada mereka yang telah terang-terang musuh Islam dan sebenarnya anti keamanan tetapi cukup licik bermain wayang sehingga kita tidak sedar akan kehadiran mereka di kalangan kita. Sekian! :]

tarabas said...

as'kum merah silu,

Sekadar ingin berkongsi....
Zionis memainkan peranan penting dalam kejatuhan dollar yang akan memaksa US menyerang Iran samada mahu atau tidak mahu sebagai satu-satunya usaha untuk menyelamatkan dollar itu sendiri. Adakah Zionis ini juga yang memainkan peranan dalam krisis makanan sedunia ini...kerana di dalam akhbar 2-3 hari lepas PBB menyalahkan pelabur(kapitalis?) dan kelemahan matawang dollar sebagai antara faktor krisis makanan sedunia? Macam mana caranya mereka mainkan pernan ini? Kerana statement oleh PBB tu hanya keluar satu baris sahaja dan tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.....bila cari di news-2 lain masih belum berjumpa explanation tersebut. k, selamat.