Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 25, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru

Ah. Nasib baik aktiviti separuh hari lagi untuk hari kedua perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010 lebih santai. Kiranya banyak sudah ditangani dan dipaparkan melalui artikel sebelum Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli. Lega. Maka biar cerita disambung dari sana ya...



Dari Jeli kami berkejar ke Tanah Merah untuk ke Kota Bahru.




Untuk ke ibunegeri Kelantan itu masih ada lagi jarak 100 km sedangkan kami meninggalkan Jeli selepas jam 3:30 petang.




Isteri saya telah berjanji akan mengambil anak-anak yang ada di rumah bapa saudara mereka di pinggiran luar Kota Bahru jam 5 petang sedangkan perjalanan belum tentu lancar. Dalam gambar jalan kelihatan lengang sedangkan sudah beberapa kali kami dilambatkan oleh trafik perlahan terutama apabila ada lori.




Itupun ada ketikanya saya tidak dapat menahan diri untuk berhenti demi mengambil gambar masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As-Salam, Jedok, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Kalau ikutkan ada 2-3 masjid lagi saya mahu berhenti dan ambil gambar. Tapi isteri saya sudah mula merungut dan marah-marah. Pantang nampak sungai nak berhenti ambil gambar, nampak masjid berhenti ambil gambar. Nampak rumah ke hapa menarik sikit nak ambil gambar. Cukuplah... dah banyak peluang katanya. Sekarang biarlah kami berkejar ke Kota Bahru dengan aman. Lagipun selain anak-anak ada kenalan menunggu sejak hari semalam.







Kami tak masuk Tanah Merah sebaliknya terus menghala ke Machang. Ya, sejak mendapat tahu kami telah meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pagi Krismas, anak-anak menunggu kami sampai. Kenalan yang dimaksudkan, Cikgu Najib juga menunggu. Sudah beberapa bulan dia ingin bertemu. Rujuk balik artikel pembukaan Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang tentang sebab-musababnya...




Seberang Sungai Kelantan, kelihatan Bukit Panau di latarbelakang. Saya pula kalau dah berjalan akan cuba melihat sebanyak tempat yang boleh. Itu yang ambil masa sedikit, bermalam di Jelawang...




Disebabkan isteri sudah marah-marah saya pun sekadar meneruskan perjalanan tanpa berhenti lagi... kalau mengambil gambar pun sambil kereta berjalan.








Sampai di pinggiran bandar Machang kami mengambil simpang ke Kota Bahru. Sepanjang jalan ke sana pun ada tempat yang saya ingin singgah. Tapi cukuplah, hehe. Mungkin lain kali. :]




Gambar ini diambil pada jam 5:08 petang. Tinggal kira-kira 3-4 km sahaja ke rumah di mana anak-anak tinggal. Isteri saya pun tersenyum...




Selepas mengambil anak-anak kami singgah ke Masjid Kampung Laut.


Inilah kali pertama anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid sampai ke sini. Dahulu ketika kali terakhir kami ke sini bulan Ramadhan tahun 2009, dia masih dalam perut, dah masuk 8 bulan. Lihat artikel Al-Rasyid's first visit to Masjid (Mosque of) Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas berehat sebentar dan bersolat baru kami menyambung 'perkejaran' ke Kota Bahru. Maklumlah Cikgu Najib masih menunggu. Lihat Rushing through Kota Bahru.



Sampai di tempat yang dijanjikan berhampiran pusat bandaraya Kota Bahru, Cikgu Najib pula yang belum sampai. Rupa-rupanya dia belum selesai meeting...






Nasib baik ada pemandangan menarik Sungai Kelantan. Taklah bosan menunggu. Lihat The Kelantan river near the royal jetty at Kota Bahru.





Malam itu kami mandi, bersolat dan berehat di pangsapuri berdekatan milik Cikgu Najib. Dia ada memiliki koleksi barangan yang menarik.


Tetapi kami bermalam di rumah lain Cikgu Najib yang terletak di Kutan, seberang Sungai Kelantan beberapa kilometer ke baratdaya bandaraya. Subhanallah. Tadi semasa berkejar ke Kota Bahru saya ada teringat nama seorang ulamak besar abad ke 19 Masihi yang dikenali sebagai Sheikh Wan Ali Kutan kerana berasal dari situ. Saya pernah sampai ke Kutan sekali 2007 atau awal 2008 gitu dan pernah bertandang ke rumah seorang anak cucunya. Tak sangka kali ini saya akan bermalam di Kutan bersama anak-anak dan isteri. Kelihatan gambar ketika berhenti membeli makanan di sebuah kedai berdekatan. Untuk makluman ini adalah artikel ke 838 di blogspot ini.




6 comments:

sya said...

Salam saudara Radzi,
Kalau x silap saya Cikgu Najib tu macam saya kenal. Dia dulu cikgu saya masa sekolah menengah di Pasir Pekan.

sya said...

Betul lah, kalau cikgu Najib yg berasal dari Kutan tu mmg cikgu saya.Umah nye kpg Kutan tu dekat ngan umah saya.
Di kampung sya ada satu surau yg di kenali dengan nama surau Tok Wan Ali,kalau x silap saya surau tu ada kaitan ngan beliu dan surau itu mmg ada ciri2 surau lama yg asal nya dari kpg Surau, kpg Kutan Sungai.

Merbawi Jr. said...

Salam... Garang juga Kak Anggun ye... "Jalan terus, jangan berhenti, nak ambil gambar je kerjanya!" hehe :)

anggun said...

Salam,

Garang ke Zam? Nak buat cam ner. Hati begitu teruja nak jumpa anak-anak yang dah lama tak jumpa. Hati seorang ibu mana tak resah bila anak2 sedang menanti kedatangan kita. Hanya yang pernah melalui situasi sebegini yang tau kadang2 kesabaran betul2 teruji.

Tengahari tadi pergi Pesta Buku, terjumpa pembaca setia blog ni sejak 2 tahun dan pembaca buku BKA di booth KarnaDya. Terima kasih En.Rosdi dan isterinya. :)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Sya, kalau tak salah ingatan isteri Cikgu Najib yang rapat hubungan persaudaraan dengan Wan Ali Kutan. Apapun isteri tu dengan Cikgu Najib sendiri bersaudara jadi memang ada kaitan. Cikgu Najib pula katanya lebih rapat dengan susur-galur Tok Pulau Manis.

Zam, susah nak cari isteri macam Kak Anggun yang faham dan tahan dengan kerenah Abang. Sesekali dia marah dan tak tahan kena terima le... orang perempuan. Kalau sebarang perempuan langsung takkan ikut Abang buat field work cam ni...

sya said...

X sangka garang juga kak Anggun tu..apapun mmg saya paham perasaan dia, kalau dah dekat nak sampai tu bila ada halangan mmg rasa dah x sabar2 lagi nak sampai.