Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 19, 2009

Buku-buku bergambar berdasarkan isi blogspots?

Buku-buku kecil yang pernah dibuat 2 tahun lalu, setiap satu berdasarkan satu artikel sahaja dari blogspot ini...

Assalamualaikum semua. Hari ini 19 November 2009 (ada 191, 19/11/2009, satu lagi nombor yang ada makna buat saya) bersamaan 1 Zulhijjah adalah tarikh yang sangat sesuai bagi saya menanam azam untuk menjayakan satu projek baru. Adapun 2-3 hari lepas saya telah mula mengumpulkan segala isi dalam blogspots saya untuk dimasukkan ke dalam file Word agar saya memiliki salinan sendiri. Maklumlah, setiap kali tergerak, saya menulis terus ke dalam blogspots. Jika sesuatu berlaku pada blogspots, tak ke naya?

Bayangkan, sejak mula membuka blogspots penghujung tahun 2006, saya telah menulis lebih 1300 artikel sendiri, berdasarkan pengalaman sebenar hidup yang dilalui, menggunakan hampir seratus peratus gambar-gambar yang juga diambil sendiri! Blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru sahaja cukup 300 artikel semalam, blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH masuk 408 lebih awal tadi sedangkan blogspot ini sudah mencapai jumlah 596 artikel tidak termasuk ini.

Artikel yang ditulis pula rata-rata boleh tahan panjang. Paling kurang pun ia memaparkan sejumlah gambar yang boleh memanjangkan cerita. Apabila dimasukkan ke dalam Word, tahukah apa yang terjadi? Isi SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) menjadi 1,559 mukasurat A4 cerita, BERPETUALANG KE ACEH menjadi 2,264 mukasurat sedangkan isi blogspot ini sendiri menjadi 3,520 mukasurat !

Dari segi kiraan perkataan pula, artikel-artikel di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) memiliki jumlah 146,427 perkataan, BERPETUALANG KE ACEH 327,050 dan blogspot ini 701,628! Maka lebih 1,300 artikel yang telah ditulis di blogspots setakat ini membentuk jumlah keseluruhan 7343 mukasurat A4 cerita bergambar dengan 1,175,105 perkataan. Ya, lebih sejuta perkataan tanpa perlu lagi mengira ruang mahupun kesan yang mampu dibuat gambar-gambar. Bandingkan dengan buku "Ahlul dan Raja-raja Melayu" yang pernah saya terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dahulu. Ia memiliki 142,218 perkataan yang dapat mengisi 497 halaman buku sebesar kertas A4. Sedangkan jumlah perkataan dalam blogspots saya kini bersamaan lebih 8 kali isi buku itu...

Tidak dinafikan bukan semua isi dalam blospots saya layak dijadikan buku. Ada bahan yang berulang-ulang, ada juga bahan yang dipinjam dari sumber-sumber lain selain sebahagian isi penulisan yang mungkin kurang memberangsangkan. Tetapi secara rata ia tetap dibuat berdasarkan pengalaman sendiri, satu faktor kuat yang boleh mengenepikan seribu macam cerita yang dibuat semata-mata berdasarkan khayalan dan angan-angan semata.

Katakanlah... katakanlah jika hasil nukilan saya itu 90 peratus 'taik'... masih lagi ada 10 peratus bersamaan 734 mukasurat A4 yang layak dijadikan isi buku bermutu bukan? Apapun, ini adalah ilham dan gerak kerja yang tercetus setelah menyedari fakta-fakta ini. Buat masa ini saya agak sibuk dengan proses penulisan 2 buah buku, satu bakal diterbitkan sendiri satu lagi buku mewah terbitan pihak lain. Selain itu saya harus melayan kerenah anak yang baru lahir. Seterusnya saya diharap agar dapat menulis sebuah buku berbentuk biografi untuk seorang tokoh tertentu.

InsyaAllah selepas atau di celah-celah itu saya akan cuba membuat buku-buku baru berdasarkan isi blogspots ini. Dengan mengolah-balik, menambah-baik dan mengubah yang patut (ya lah takkan dalam buku kertas pun nak ada hyperlink?), rasanya sudah cukup untuk membentuk sekurang-kurangnya buku-buku kecil yang boleh dijadikan bersiri... misalnya koleksi perjalanan di Aceh, masjid-masjid dan makam di negeri Perak, diikuti di Terengganu dan sebagainya. Sekian, selamat malam!

Nota kaki (dibuat selepas tamat perjalanan yang memakan jarak lebih 1,800 km, Ahad 29/12/2009): Nak masuk Hari Raya Aidil Adha baru saya tersedar 19/11/2009 adalah bersamaan 2 Zulhijjah. Harap maklum...

Rabu, November 18, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Sampai masa untuk pulang...

Akhirnya sampailah kita ke 'penutup' cerita. Apa yang dimaksudkan dengan 'penutup' di sini? Di bawah nanti akan diterangkan. Bersambung dari artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Misteri Bukit Kluang dan sambutan merdeka di Kuala Besut


Pagi Isnin 31 Ogos bersamaan 11 Ramadhan, sampailah masa untuk anak-anak kembali ke Kota Bahru, Kelantan...


Esoknya Selasa mereka perlu kembali bersekolah sedangkan isteri saya perlu masuk kerja di Kuala Lumpur. Lain le saya, hidup macam cowboy... bila-bila masa sahaja boleh berjalan. Yihaaa... heh! :]



Kami berjalan-jalan sebentar untuk melihat suasana siang Kuala Besut. Maklumlah anak-anak baru kali pertama sampai ke sini...


Kemudian baru kami ke Tok Bali yang terletak di dalam negeri Kelantan. Lihat artikel From Kuala Besut on to Tok Bali... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.



Di sini kami menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum berpisah...




Anak-anak mula kelihatan resah, terpaksalah ibunya memujuk...





Tapi biasalah budak-budak. Bila dibenarkan bermain pasir dan laut terus lupa dunia sekejap...



Kemudian kami singgah di Pasir Puteh untuk membelikan mereka barang-barang sekolah...




Ini adalah gambar ketika menyeberangi Sungai Kelantan menghampiri bandar Pasir Mas...





Ketika ini anak-anak sudah dipulangkan kembali ke rumah bapa saudara mereka. Kelihatan isteri saya termenung sayu menitik air mata kerana terpaksa berpisah. Tadi, anak yang kecil si Haziq meraung-raung tidak mahu melepaskan ibunya. Nasib baik Erin lebih matang lalu turut menenangkan keadaan.

Wahai anak-anak. Bukan ini keadaan yang kami pinta. Namun takdir menentukan segalanya. Tentu ada hikmah yang lebih besar nanti. Kepada sesiapa yang yang terbaca ini lalu berniat jahat, kononnya mahu menegur samada dengan sopan mahupun kasar tetapi sebenarnya ada hati mahu mencaci dan memburukkan kami di hadapan orang ramai, lupakan sahajalah niat anda. Komen anda akan terus didelete tanpa apa-apa pertimbangan lagi mahupun sedikit jawaban dari saya. Harap maklum.

OK. Kenapa saya menyebut ini sebagai 'penutup' cerita? Sebab ia memang menutup satu fasa bercerita walhal ada fasa baru penceritaan berkenaan perjalanan pulang... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan melalui Jeli seterusnya Dabong yang membawa ke jalan pergunungan di lereng Banjaran Titiwangsa hingga ke Gua Musang. Kemudian timbul pula rasa spontan untuk ke Cameron Highlands... dah berjalan sampai ke Chenderiang malah ke Lata Kinjang. Tetapi biar cerita disambung selepas raya haji ya. Sekian, selamat malam! :]











Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Misteri Bukit Kluang dan sambutan merdeka di Kuala Besut



Dari Taman Tamadun di Pulau Wan Man, kami keluar lalu singgah ke Masjid Losong...


Entah kenapa, saya suka melihat mimbar lama yang terdapat di dalam, mimbar yang saya rasa macam ada kaitan dengan makam lama di Chabang Tiga. Lihat balik artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menziarahi makam-malam lama seorang diri dalam kegelapan malam.


Seterusnya kami singgah membeli keropok lekor terkenal Losong di satu jalan tidak jauh dari masjid. Lagipun jalan yang sama boleh membawa terus ke jambatan keluar dari Kuala Terengganu...


Perjalanan ke utara menghala ke Kelantan pun dimulakan... dengan mengambil jalan menyusuri pantai Laut Cina Selatan, bukan jalan pendalaman seperti yang dibuat ketika menghala ke Kuala Terengganu pagi Jumaat.



Hampir 2 jam kemudian, saya tergerak untuk mengambil jalan ke Bukit Kluang...



Oh, kami meninggalkan KT tadi sekitar jam 5. Maka kami sampai ke Bukit Kluang yang sudah tidak begitu jauh dari Kuala Besut ini hampir waktu Maghrib. Untuk pengetahuan Kuala Besut terletak sekitar 100 km ke utara KT. Bukit Kluang terletak di satu jalan berdekatan tetapi ke arah lain...



Kami berbuka puasa di hujung selatan Bukit Kluang. Apa istimewanya tempat ini? Sila lihat dahulu artikel The mysterious-looking Bukit Kluang in Kuala Besut, Terengganu yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.





Selepas itu baru kami pergi ke hujung utara Bukit Kluang. Berbanding hujung selatan yang dilawati tadi ia sebenarnya lebih 'meriah', tidaklah begitu sunyi.




Ini disebabkan di sini terdapat pantai yang menjadi tarikan untuk orang-ramai siap dengan infrastruktur sokongan, tidak seperti pantai di hujung selatan yang lebih kosong...





Ada pula taman untuk beriadah...






Namun kami sampai selepas masuk waktu Maghrib. Maka tempat ini memang sunyi... tersangatlah sunyi. Terlihat pula pondok ini di tebing tepian bukit. Terus timbul rasa untuk ke sana...







Ketika menghampiri tangga ini saya mula mengalami deja vu...








Ah. Rasanya sepanjang perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan, baru kali ini saya terasa deja vu. Panjang pula itu... suasana yang dirasai dengan keadaan malam selepas matahari tenggelam yang kelam, jalan yang diambil dengan laluan pelantar kayu di tebing tepian pantai semuanya pernah dilihat dalam satu bayangan ataupun mimpi lama dahulu. Walhal ini adalah kali pertama saya ke sini.

Walaupun Januari lalu saya juga pernah ke bukit ini bersama isteri, ketika itu sudah melepasi jam 8 malam, sudah begitu gelap tidak nampak apa-apa. Dan kami cuma pergi ke hujung selatan, langsung tidak pernah sampai ke sekitar ini...






Saya terus menghala ke pondok atas tebing yang menghadap ke Laut Cina Selatan dengan pemandangan pulau di latar-belakang...





Deja vu tadi masih tak putus lagi...





Allah! Gua-gua tepian pantai yang wujud sepanjang menyusuri pelantar juga ternyata membentuk komponen deja vu. Kalau tidak memikirkan anak dan isteri setia menunggu di pondok rehat dekat jalan masuk pantai 500 meter dari sini, mahu sahaja saya menjelajah seisi gua.. Lagipun mereka belum betul-betul makan, berbuka di hujung selatan Bukit Kluang tadi pun setakat dengan air dan kurma...





Saya harus memikirkan kemaslahatan anak, juga isteri yang sedang sarat mengandung 8 bulan. Dalam perjalanan untuk terus ke Kuala Besut baru kami singgah di sebuah restoran untuk betul-betul makan, kemudian mendapatkan sebuah bilik penginapan...





Selesai mandi dan berehat sedikit kami keluar berjalan-jalan untuk melihat suasana malam Kuala Besut...










Singgah sebentar di masjid utamanya, Masjid Jamhuriah. Sila lihat artikel lama Masjid (mosque of) al-Jamhuriah, Kuala Besut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...



Saya telah menjamakkan solat Maghrib dan Isyaq di bilik penginapan tadi, begitu juga anak dan isteri. Di masjid ini baru saya berpeluang untuk menunaikan solat Tarawikh walaupun bersendirian. Kemudian dapat menyambung proses mengkhatamkan Al-Quran, kalau tak salah ingatan sehingga melepasi juzuk ke 10...



Kami berjalan-jalan pula di dataran Kuala Besut yang terletak di tepian pantai betul-betul bersebelahan kuala Sungai Besut. Tengok suasananya begitu meriah... rupa-rupanya ada sambutan masuk Hari Merdeka! Sila lihat artikel Merdeka Day celebration in Kuala Besut! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Ada sekali klip video acara dan persembahan bunga api...

p/s: Ini adalah artikel ke 595 di blogspot ini...

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - 'Latihan Ultraman' di Taman Tamadun Islam!

Alhamdulillah, setelah selesai bersolat dan makan dapatlah saya menyambung cerita dari artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menyelesaikan 'bil tertunggak' bagi sekitar Kuala Terengganu... . Ketika ini hujan sedang amat lebat di luar sana. Untuk makluman, artikel ini didedikasikan atau dikhaskan memang untuk budak-budak. Orang tua dibenarkan melihat tapi ingat... jangan tiru aksi-aksi yang ada... takut patah tulang belakang atau terkeluar kepala lutut tak pun tulang tongking, heh! :]




Dari muzium negeri kami terus masuk ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man...

Maka bermulalah sesi 'latihan ultraman'... mula-mula bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan bangunan di planet bumi yang terlalu kecil untuk saiz badan kaum Ultraman...

Masjid Negara, Kuala Lumpur menjadi saksi jika ada kemahuan tentu ada jalan...


Dengan langkah-langkah tertentu Ultraman pun mampu memboloskan diri ke dalam ruang masjid tanpa mendatangkan apa-apa kebinasaan!



Latihan Ultraman seterusnya diadakan di Masjid Minar Kudus, Indonesia. Di sini pelatih merangkap Ultraman generasi akan datang diajar cara menangani raksasa yang keluar dari tanah...




Untuk menangani raksasa yang jauh lebih besar pula, pelatih dibenarkan menyorok di dalam Masjid Omar Ali Saifuddin di Brunei sementara mengumpul tenaga dalaman...





Tetapi adakalanya Ultraman pun diserang penyakit joget-joget Hindustan...






Maka bangunan Taj Mahal menjadi gelanggang...







Ultraman yang kepenatan yang sedang berehat di tangga Masjid Badshah, Pakistan...








Namun tempat ini selalu diserang raksasa Benggali jual carpet, memaksa Ultraman untuk lari ke dalam...




Tapi kalau tak da serangan langsung pun tak boleh. Ultraman pun boleh jadi jemu lalu duduk termangu di pintu Masjid Lutfallah, Iran...






Untuk mengembalikan keseimbangan fikiran, penghulu Ultraman dari galaksi M20 apa-apa entah telah memancarkan mereka ke tempat ini pula. Tahukah di mana?







Tak lain tak bukan di Masjidil Haram untuk menghadap kiblat iaitu bangunan Ka'bah di Mekah!








Sekarang baru Ultraman boleh membuat latih-tubi turun-naik bukit Kota Aleppo, Syria...







Seterusnya untuk mengajar Ultraman berkasih-sayang, tak kiralah bersama adik-beradik mahupun ibu bapa dan sahabat handai, mereka dibawa ke Madinah...






Dengan berkat syafa'at mu, Rasulullah Salallahu alaihi wassalam!






Ultraman seterusnya dibawa menyusuri sejarah keagungan kerajaan keKhalifahan Uthmaniah dengan singgah di Masjid Suleyman, Turki...







Memandangkan segala raksasa yang ada telah berjaya dihimpunkan di Jepun, bolehlah Ultraman mengorak langkah lebih jauh untuk ke Masjid Qairawan, Tunisia.






Dari Tunisia, pelatih melihat pula kesan kegemilangan Islam Eropah melalui peninggalan Istana Alhambra di Sepanyol yang masih kukuh.










Hmm. Serombong mana pulak ni? Mungkin Menara Kalyan di Uzbekistan sesuai dijadikan tempat membakar roti untuk para Ultraman...





Penjelajahan pelatih @ anak-anak Ultraman membawa pula ke Masjid Agadez, Nigeria...










Baru ke Kul Sharif di Russia...





Dan anak-anak Ultraman tidak dapat lagi menyorokkan rasa kebosanan terpaksa berkejar ke sana ke mari sedangkan raksasa yang dinanti-nanti semuanya telah lari. Lagipun ni Ultraman Islam, dah masuk 9 hari puasa penuh... penat woo...



Untuk mengembalikan keceriaan, mereka pun dibenarkan bermain-main di taman kanak-kanak... tak kiralah jika ia taman kanak-kanak Ultraman ataupun bukan. Yang penting muat dalam permainan. Sekarang baru kita bersedia untuk meninggalkan Kuala Terengganu. Bersambung lagi... zuuussss!!! :]