Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 07, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar

Salam semua. Sebentar lagi saya harus ke utara lagi untuk satu kerja. Sementara sempat biar diceritakan apa yang berlaku pada hari kedua perjalanan minggu lepas. Bersambung daripada Misi Pulau Pinang dan Perak - Semalam di pulau, nasi kandar di 3 tempat.


Pagi Isnin 29 Jun 2015. Saya ke Mahkamah Majistret Butterworth.


Ingat lagi tak dahulu saya ada bercerita mengalami kemalangan jalan raya di jambatan Kota Kuala Muda? Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - Daeng Parani, kemalangan di Kuala Muda, menunaikan janji di Pulau Pinang. Sekitar 3 bulan lepas baru saya mendapat surah saman menyuruh menghadirkan diri di mahkamah tersebut pagi 29 Jun. Ini kerana saya dikatakan telah membuat kesalahan meletakkan kereta di atas jambatan sehingga menghalang lalu lintas.


Tentang salah ataupun tidak saya sebenarnya masih keliru kerana kereta itu diletakkan tepi jambatan dalam lingkungan garisan putih seperti kita biasa lihat di kampung-kampung. Biasa le orang letak kereta tepi jalan asal tak terkeluar daripada garisan bukan? Itu keadaannya semasa saya meletakkan kereta di Kuala Muda. Jambatan pun lebar, ada begitu banyak ruang. Tapi nak jadi cerita orang boleh langgar! Apapun, ketika menerima surat saman saya tidak menyedari ia boleh dikompaun. Oleh itu saya telah merancang untuk ke Pulau Pinang sambil memanfaatkan perjalanan sebaik mungkin dengan mengadakan beberapa aktiviti. Seminggu sebelum berlepas, ketika menyemak balik surat saman baru tersedar ia boleh dikompaun.



Kalau ikut kebiasaan saya kena bayar RM300. Selepas menyedari ia boleh dikompaun saya ada bertanya pada polis trafik di Kota Damansara apakah masih boleh bayar walaupun tarikh untuk kompaun sudah tamat penghujung Mei. Katanya boleh bayar tapi tak boleh mintak kurang kerana melibatkan kemalangan. Atas sebab itu saya merasakan elok terus mencuba nasib di mahkamah. Sambil itu boleh meneruskan rancangan membuat aktiviti-aktiviti yang patut dalam perjalanan juga kembali dari mahkamah.


Hampir gugur jantung rasanya apabila hakim majistret menyatakan saya boleh didenda sehingga RM2,000! Gambar ini dan di atas diambil setelah selesai hal di mahkamah.


Apapun, saya meninggalkan mahkamah dalam keadaan sangat bersyukur dan senang hati. Malah entah kenapa, tubuh badan terasa penuh nikmat.


Saya rasa mungkin ini disebabkan keadaan redha dan pasrah menerima segala keputusan apabila sanggup menunggu lama di mahkamah. Apa yang berlaku seterusnya akan diceritakan kemudian. Sekarang biar kita bercerita tentang aktiviti sambilan.


Daripada Butterworth saya menuju ke Kubang Semang.


Saya sudah lama mendengar cerita ada masjid lama menarik di sana. Maka apabila harus ke Pulau Pinang untuk kes tadi saya mengambil peluang untuk mencari masjid itu.


Ternyata ia memang cantik lalu membuat saya begitu senang hati. Hingga saya merasakan elok kalau dapat dibuat satu majlis HIKMAH di dalamnya, Cuma jadual kerja saya dan beberapa komitmen lain sangat padat sehingga 2 tahun akan datang. Dan saya pun telah mengumumkan bahawa acara ke-15 HIKMAH yang mahu diadakan di Beruas sebulan daripada sekarang adalah yang terakhir sekurang-kurangnya buat beberapa waktu. Lihat artikel Tarikh baru HIKMAH Beruas ditetapkan 8 Ogos di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Seronoknya saya melihat keadaan dalam masjid sampai melepak tidur dekat sejam selepas membaca Al-Quran. Selain itu saya juga meninjau tanah perkuburan di luar masjid dan masjid jamek berdekatan. Lihat  artikel-artikel berikut dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-







Ketika hendak meninggalkan Kubang Semang terlihat sebuah rumah tradisional yang menarik. Saya pun mencari tempat letak kereta yang selamat sedikit ke hadapan (serik dah parking tepi jalan kalau ruang setakat ngam-ngam apa lagi jalan sini memang sibuk) lalu berjalan kaki ke rumah.


Ah. Sekali lagi saya merasa seronok melihat bangunan, Lihat sendiri dalam artikel Sebuah rumah traditional di (A traditional house at) Kubang Semang.


Ke hadapan lagi sedikit terlihat pula sebuah makam lama yang menarik. Ketika mencari tempat letak kereta terlihat papan tanda ke sebuah masjid yang nampaknya ada signifikan juga. Lihat :-






Sejurus selepas mengambil kereta untuk meneruskan perjalanan ternampak lagi sebuah rumah menarik. Lihat Sebuah rumah traditional di (A traditional house at) Tanah Liat, Bukit Mertajam. Tak sangka banyak juga benda boleh dilihat di Kubang Semang dan sekitarnya...


Setelah beberapa lama baru teringat saya pernah mengambil jalan ini sekali.


Ketika itu saya dan keluarga hendak menuju ke Bukit Mertajam setelah keluar daripada Georgetown. Tersilap menghala ke utara... apabila hendak membetulkan perjalanan lalu memotong melalui laluan kampung tu yang boleh lalu sebelah sini. Cuma ketika itu kami sampai waktu malam lalu tidak berapa sedar apa yang ada di kiri dan kanan. Malah kami tumpang menginap di masjid yang kelihatan ini. Lihat artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - Batu bersurat Cerok Tok Kun dan panggilan Kuala Kangsar yang dibuat awal tahun lepas.


Dalam perjalanan setahun setengah lalu itu kami menginap di masjid kerana selepas itu mahu mencari batu bersurat dekat Bukit Bertajam. Batu itu terletak dalam kawasan gereja yang kelihatan.


Daripada situ kami mengambil jalan memotong ke selatan lalu masuk ke jalan utama lama KL-Butterworth.


Berdekatan Parit Buntar di negeri Perak timbul rasa untuk mengambil jalan ke Tanjung Piandang.


Terlihat satu lagi masjid menarik, saya pun singgah Masjid jamek (Main mosque of) Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Perak.


Namun Tanjung Piandang yang merupakan sebuah pekan tidak beberapa menarik perhatian saya. Sebaliknya saya lebih tertarik dengan satu kawasan tepian Selat Melaka sebelum itu juga dua buah kuala sungai selepasnya. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-


The waters at Sungai Baru, Tanjung Piandang


A quick look at Kuala Gula bird sanctuary



Selepas itu perjalanan membawa saya menghala ke Gunung Semanggol.


Daripada sana lalu Kamunting untuk ke Taiping.


Masuk ke kawasan taman tasik yang terletak di kaki Bukit Larut.


Dah banyak kali sampai kali ini baru tersedar ada air terjun lalu layan mandi.


Selepas itu baru berbuka puasa kuey teow Dolly yang terkenal di Taiping itu.


Solat di masjid lama Melayu Taiping yang sudah lama juga tidak disinggahi.


Lewat malam baru sampai ke tempat tujuan utama dalam perjalanan hari kedua ini iaitu daerah Kuala Kangsar. Bermalam di surau yang ada ceritanya sendiri. Nanti diterangkan apa istimewanya. Pembaca setia blogspot ini mungkin sudah tahu...

Berbalik pada hal mahkamah majistret di Butterworth. Mungkin ada yang tertanya kenapa boleh gembira sedangkan hakim menyatakan saya boleh didenda sehingga RM2000? Apa yang berlaku adalah mahkamah mula bersidang sekitar jam 8.45 pagi gitu. Kurang setengah jam sampai giliran saya lalu dibacakan pertuduhan diikuti pertanyaan apakah saya mengaku bersalah? Saya menjawab keliru dengan status kesalahan kerana kereta diletakkan dalam lingkungan garisan putih di atas jambatan kawasan kampung yang cukup luas dan kurang lalu lintas. Bukankah kebiasaan orang meletakkan kereta dalam lingkungan garisan putih di kampung-kampung?

Hakim pun bertanya jika saya ingin dibicarakan lalu memberikan satu tarikh. Dah... jadi banyak cerita pula nanti kena ulang-alik ke Pulau Pinang. Bukannya dekat daripada tempat saya di Rawang, Selangor, belanja dan masa pun banyak perlu dihabiskan. Saya pun meminta agar kes diselesaikan hari itu juga. Hakim menyuruh saya duduk. Seorang polis kemudian menasihati saya agar mengaku sahaja salah kemudian buat rayuan. Kalau tak nak panjang cerita le katanya.

Dengan itu saya harus mengikuti kes-kes lain sehingga selesai termasuk kes dadah dan peras ugut. Jam 11.30 gitu baru saya dipanggil sedangkan semua kes trafik sudah selesai seawal jam 9,30. Saya pun mengikut nasihat polis agar mengaku bersalah kemudian membuat rayuan. Sambil itu saya menyatakan telah mengikut undang-undang sebaik mungkin, tidak lari daripada tanggungjawab, sanggup menunggu lama dan telah membelanjakan banyak wang untuk sampai.

Selepas itulah hakim memberitahu saya boleh didenda sehingga RM2,000 untuk kesalahan ini. Baru sahaja saya nak sebut aduh, dia memotong lalu menambah telah membuat keputusan untuk mendenda saya RM50 sahaja. Alhamdulillah syukur sangat-sangat saya kepada Ilahi. Dengan itu denda terus dibayar di kaunter mahkakamh. Selesailah misi Pulau Pinang iaitu untuk menyelesaikan kes ini sebaik mungkin dan berbaloi, Sampai giliran misi Perak...