Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, August 05, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka...

Alhamdulillah, akhirnya setelah berbulan bercadang mahu melepaskan siri cerita lama ini di blogspot, baru sekarang dapat saya memulakan langkah... Jadi biar digunakan gambar-gambar lama yang nampak begitu buruk ya. Sila! :]

Ini adalah gambar di Singapura, saya tak ingat bahagian mana, diambil menggunakan video kamera milik seorang kawan perempuan orang sana, kita panggil SS saja ya! Saya datang sehelai sepinggang sahaja, tiada pakaian lebih, yang ada cuma sehelai tuala selain barang-barang yang biasa saya bawa dalam beg sandang yang sentiasa dibawa ke hulu, ke hilir. Memang saya tak sangka akan berjalan jauh ketika itu. Tapi seperti biasa, apabila timbul gerak, jadilah sesuatu tanpa perlu apa-apa rancangan, mahupun bayangan apalagi apa bentuk persediaan...


Adapun cerita ini berlaku dalam musim Hari Raya Aidilfitri pada penghujung 2006. Mukadimahnya adalah penyertaan aktif saya dalam dunia Internet sekitar Julai di satu forum yang sering membincangkan perkara-perkara pelik termasuk ilmu persilatan batin juga hal perubatan dan penglibatan makhluk ghaib. Di situlah saya membuka satu thread perbincangan bertajuk "Berpetualang ke Aceh", asalnya sebagai wadah untuk mempromosi siri buku tulisan saya.

Ketika itu buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) baru sahaja memasuki pasaran, baru hendak diperkenalkan. Thread itu menjadi tempat saya meletakkan sedutan isi buku untuk menarik perhatian umum lalu terus jadi wadah perbincangan bermacam perkara melibatkan sejarah lama Melayu. Sila klik Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... dan dari situ lihat sendiri isinya kalau boleh dari mula...


Perbincangan di situ telah mengenalkan saya dengan SS, seorang gadis Singapura. Entah kenapa, bermula daripada satu sesi permainan pantun secara spontan, saya terasa tertarik dengannya... Semasa itu saya dapat merasakan dia seolah-olah membawa aura seorang kekasih lama saya yang bernama Mas, satu watak yang juga sering disebut-sebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" hampir seiring dengan watak gadis kesayangan seterusnya iaitu Nur...


Kalau tak salah ingatan, saya mula aktif berforum di Internet pertengahan 2006 sedangkan saya mula membuat blogspot penghujung tahun itu. Tetapi saya mula berbaik dengan SS sekitar September ke Oktober begitu... Dari forum, kami mula rajin berhubung melalui g-mail... Kemudian-kemudian baru dia ada menghubungi saya melalui telefon sedangkan ketika itu saya juga sentiasa berhubung dengan Nur. Selalu juga terjadi pertelagahan masa di mana kedua-dua pihak memerlukan perhatian saya lalu timbul rasa cemburu. Ah... Bukan saya sengaja cari dan minta ia jadi begini...


Hari Raya Aidilfitri yang bermula awal November 2006 menyaksikan saya lebih banyak terperap di rumah ibu-bapa di kampung... Nak berjalan sangat, saya tidak memiliki kenderaan kecuali motosikal besar yang ketika itu masih rosak, tidak berjalan sejak penghujung 2002 atau awal 2003 begitu. tersadai jauh di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Lagipun saya tak berapa ada mood nak berjumpa saudara-mara... Susah juga nak bercerita... Orang lain semua boleh berbangga dengan pencapaian terbaru mereka dalam kehidupan, ada kereta besar baru, rumah baru dan sebagainya... Saya pula setakat seorang duda yang masih teraba-raba, baru sahaja menerbitkan sebuah buku yang hasilnya belum nampak apa...

Saya sendiri tak kisah apa tetapi hakikat dunia ini, orang suka mengukur pencapaian hidup melalui apa yang kita ada. Bila kita tak kisah, mereka pula terasa pelik malah memandang rendah dan hina pun ada! Manakan tidak, semua orang katanya mahukan kekayaan, tiba-tiba ada orang menolak kesenangan lagi suka berpakaian buruk macam saya... Mana logik ya tak? Selalunya yang tak nak tu cuma orang yang tak dapat peluang sahaja. Nak cover line, tak nak mengaku yang dia tu lemah, maka banyak orang sebegini pun cipta alasan kononnya tak mahu kaya seolah hatinya mulia tak hairankan harta tapi sebenarnya tak dapat projek, itu sahaja!

Itu kes orang yang tak da peluang, bersepah dalam dunia ni cuba cari contact sana-sini tapi telah ditakdirkan tak dapat juga peluang... Mana pula nak letak orang macam saya yang kalau diikutkan latar-belakang ternyata bukan calang-calang? Saya bukan buat-buat atau cipta cerita seperti yang sesetengah orang biasa buat dalam Internet untuk mencipta satu identiti diri yang lebih 'berketrampilan'. Saya ada sijil-sijil sebagai bukti dan kenalan sejak sekolah rendah tahu saya bagaimana orangnya...

Cuma keadaan saya kemudian mungkin jauh berbeza daripada yang dikenali zaman sekolah, kolej dan universiti. Nama aje graduan Matematik daripada London, bekas wartawan akhbar The New Straits Times yang kenal ramai orang berada di tempat-tempat tinggi tetapi lihatlah saya... Keadaan saya beberapa tahun kebelakangan lebih teruk agaknya daripada orang tak berpelajaran yang datang daripada keluarga miskin sedangkan ahli keluarga saya rata-rata boleh tahan berada! Lalu jawaban paling senang hendak menerangkan keadaan saya yang melanggar 'tatasusila kebiasaan'... Dia ni dah tak berapa betul, begitu le pandangan orang termasuk saudara-mara sendiri. Bukan saya tak tahu!


Disebabkan rumah ibu-bapa saya adalah salah satu rumah tumpuan saudara-mara datang bertandang, nak tak nak terpaksa juga beramah-mesra dan "ditemu-ramah" orang. Seperti biasa, saya selamba aje menjawab segala persoalan orang seperti yang ditanya. Soalnya, bolehkah mereka menerima jawaban saya? Seperti biasa, mana ada orang menolak kekayaan atau peluang untuk meraih kekayaan ya tak? Jadi dia ni apa kena? Kenapa pelik sangat macam ni? Tentu sebab kepala dah tak berapa betul ya tak? Agaknya sebab dah lama menduda kot!

Hmm... Pelik jugak. Dulu girlfriend bersepah sana-sini lawa-lawa belaka, la ni dah jadi pelik semacam. Dulu jaga muka jaga badan ramai perempuan minat, sekarang dah macam orang baru keluar daripada gua! Pelik-pelik pun saya tetap melayan saudara-mara yang bertandang selagi boleh. Di celah-celah itu harus pula mengikut ibu-bapa dan keluarga bertandang ke rumah saudara-mara. Tapi banyak di sekitar kampung saja le... Sepupu dua pupu begitu... Dari seluruh Malaysia tapi bila hari raya masing-masing balik ke rumah pusat keluarga masing-masing, dapatlah bertemu semua mana yang ada. Selain dari itu, saya banyak memerap di rumah... Nak cerita banyak-banyak pun tak kena... Orang tengah cerita pasal buat kerja apa, gaji berapa, kereta baru apa pakai. Saya mana ada semua itu!


Setelah lama banyak memerap di rumah, timbul rasa bosan. Lagipun saya sudah terbiasa aktif berforum, rindu juga hendak mengetahui perkembangan terkini sedangkan di rumah ibu bapa saya tiada Internet. Pada satu hujung minggu, sudah lupa Sabtu atau Ahad, kalau tak salah ingatan pada hari raya ke lima, saya pun berjalan kaki keluar kampung lalu menaiki bas ke pusat bandar Muar. Terus cari Internet, terus masuk ke dalam forum...

Kebetulan SS juga on-line... Dia bergurau mengajak saya ke Johor Baru sekitar 180km di selatan Muar begitu. Saya menyahut 'cabaran' kononnya mahu pergi ke sana... Dalam pada itu, timbul juga rasa ingin melihat bagaimana rupa sebenar SS... Dalam forum dan Internet kelihatan begitu menarik sehingga berjaya menarik minat ramai laki-laki ingin mengenalinya. Tetapi dalam 2-3 bulan itu, dengan sayalah dia paling rapat. Kiranya ramai juga lelaki jealous!

Tup, tup... Tengok-tengok, terus jadi betul saya ke sana. Dengan sehelai sepinggang kecuali ada beg sandang yang dibawa ke mana-mana, ada komputer laptop lama Twinhead saya (lihat artikel Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... ), ada tuala dan sedikit barang, saya terus mengambil bas ke Johor Baru.


Sampai di bas stesyen Johor Bahru, saya terpaksa menunggu buat satu masa sebelum SS muncul. Terus terang saya cakap, saya terperanjat... Ini kerana penampilan SS berbanding apa yang saya bayangkan terasa tidak sama langsung. Saya membayangkan seorang gadis genit dengan muka manja tetapi SS ternyata lebih besar orangnya... Bukanlah teruk sangat ke apa, tetapi senang cerita, not my type... Bukan jenis gadis-gadis yang biasa keluar dengan saya. Kalau sebelum itu saya membayangkan dia ada ciri-ciri Mas gadis kesayangan saya dahulu, rasanya bila terjumpa langsung tiada ciri-ciri itu.

Tidak dapat dinafikan SS ada tarikan tersendiri. Sebagai seorang wanita yang berjaya dalam karier, dia juga agak berduit dan ada ketrampilan tersendiri... Cuma dia bukan jenis gadis yang saya sukai. Dan saya rasa saya perlu sebut ini... Saya ialah jenis orang yang spontan bercerita tanpa perlu merujuk ke sana-sini untuk menambah isi cerita. Begitu juga cara saya mengarang cerita di blogspot, rata-rata on-line, bukan tulis di mana-mana dahulu kemudian copy and paste letak di sini. Baru saya sedar, mungkin SS termasuk golongan orang yang pandai membuat rujukan di Internet untuk menjawab segala persoalan, pandai juga menceduk isi di mana-mana tempat yang patut tetapi tidak boleh menjawabnya secara spontan seperti saya biasa lalukan...

Apapun kami telah bertemu muka... Saya sudah bergerak ke Johor Bahru 180km ke selatan Muar pada hari raya ke lima (atau ke enam? Yang pasti minggu pertama), mesti ada sebabnya... Dan hati saya tetap berkata ia ada kena-mengena dengan Mas walaupun SS tiada langsung ciri-ciri Mas kecuali ini... Mungkin dia ada sedikit keberanian dan kepandaian menghadapi dunia seperti yang Mas miliki?

OK... Malam itu setelah berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru dan makan minum terutama di Danga Bay, SS telah meninggalkan saya di sebuah masjid berdekatan di mana saya bermalam... Bukan di dalam masjid kerana ia terkunci tetapi di atas sebuah meja di belakang... Jadilah!

Pagi keesokannya SS menelefon bertanyakan khabar, terus mengajak saya sarapan pagi sama. Cadangan asalnya, selepas itu saya akan mengambil bas kembali ke Muar. Tetapi selesai sarapan, timbul rasa untuk mengajak saya ke Singapura... Kebetulan saya ada membawa paspot antarabangsa dalam beg sandang! Apalagi, terus ke Singapura melalui laluan kedua di Gelang Patah...

Dahulu semasa membesar di Muar sejak tahun 70an, boleh kata setiap tahun saya dan keluarga mesti akan ke Singapura. Ketika itu, duit Malaysia dengan duit Singapura tidak banyak beza nilainya... Malaysia pula banyak ketinggalan dari segi material, belum ada shopping complex canggih dan sebagainya sedangkan di Singapura sudah ada segala-galanya... Jadi memang berbaloi pergi ke Singapura sekurang-kurangnya setahun sekali... Lagipun kami juga ada saudara-mara di sana juga di Singapura sendiri. Jadi selalulah juga pergi. Siap ada paspot warna biru semata-mata untuk pergi ke sana!

Tetapi sejak dewasa ini saya kurang gemar tentang Singapura... Setelah menjadi lebih peka akan sejarah bangsa Melayu dan keadaan dunia sekarang, setelah melihat betapa Singapura telah dijadikan pengkalan untuk kuasa-kuasa Barat yang disokong Yahudi Zionis mencorakkan keadaan sosial serantau. Seingat saya, kali terakhir saya ke Singapura sebelum itu adalah sekitar tahun 1985.

Siapa sangka lebih 20 tahun kemudian saya akan ke sana tanpa dirancang, dengan sehelai sepinggang lagi? Siapa sangka saya berbuat begini kerana seorang gadis Singapura yang saya rasa seperti ada ciri-ciri Mas, buah hati lama... Tetapi apabila terjumpa, ternyata dia sangat lain orangnya. Apapun, siapa sangka apabila sampai ke sana, memang perjalanan itu ada kena-mengena dengan Mas... Malah gambar terakhir di atas (dengan muka serabai posing di satu lereng bukit) ini diambil berdekatan satu tempat yang ada kena-mengena dengan Mas. Tempat apakah itu? Nanti kita sambung ceritanya ya.

Hmm... Lega, dapat juga membuka cerita tentang Singapura ini setelah berbulan memikirkannya. Dahulu lebih setahun lalu, ada saya paparkan sedikit cerita bergambar dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di forum kegemaran saya itu, ketika ia sudah mencapai sekitar 120 mukasurat. Entah kenapa, tiba-tiba berlaku satu masalah teknikal yang tidak pernah berlaku sebelum itu lalu 11 mukasurat thread itu termasuk segala cerita bergambar tentang perjalanan ke Singapura itu lesap begitu sahaja! Kini biar diluahkan di sini pula ya, setelah thread itu dah masuk 324 mukasurat. Sekian, selamat malam! :]

9 comments:

syahir said...

salam abang m.s, pedulikan apa orang lain kata, ambil peduli sikit2 ajer sebab yang penting ialah ambil peduli apa yang Allah nak. orang yang berakal adalah orang yang meninggalkan kemuliaan, meninggalkan takbur, gemar beribadat, gemar melakukan kebaikan, benci kejahatan, amat kasih pada org alim / org beradab yang baik dan mulia, membalas jasa org lain ke atas dirinya, segera membayar hutang, meninggalkan kemarahan, murah tangan kerana sedekah, manis mulut ketika bercakap, dan manis muka bila berhadapan dengan orang lain serta amat sayang kepada kaum kerabat, enggan makan makanan haram, mahu terkena dan tidak mahu mengena, amat benci orang yang suka membesar diri dan bersikap ego.

sekurang2nya peringkat akal manusia yang disukai tuhan ialah meninggalkan kemuliaan dunia.

"HAKIKAT TASAWUF IALAH MENINGGALKAN DAKWAAN"

awanbadai said...

Sahabat Gua (Mnasir)

.....
.....

Kerana pegangan engkau hadapi
dugaan ini Ya Sahibul Kahfi.

Kita ditakdirkan lari
jauh dari kezaliman
terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu2
Lagu marhaen sederhana
disini tiada duka
terima saja dengan Redha
perananmu dalam dunia.

-Layan Bro ... hehe

Anonymous said...

sian kalo itu SS baca le MS..ko ni dahsyat...

tarabas said...

tengok gambar maser muder kurang hensem, tapi gambar sekarang makin hensem.

Radzi Sapiee said...

Hehe, terimakasih kerana sudi bertandang dan membaca semua. Saya seperti biasa cuma mengikut gerak yang muncul. Selalunya sesuatu penceritaan yang keluar tak dirancang tu apabila dilihat semula akan berkait dengan keadaan peribadi saya pada satu-satu masa... Untuk renungan sendiri demi memperbaiki diri yang dhaif ini.
Sesungguhnya terlalu banyak kelemahan saya yang harus diperbaiki... Kadang-kala cuba sungguh-sungguh diperbaiki tetapi kelemahan itu datang menganggu kembali. Mungkin kerana sifat ego masih kuat sebenarnya. Apabila dapat berbuat baik, ada timbul rasa diri tu bagus kononnya lalu Allah timbulkan kelemahan dalam diri lalu terbuat juga perkara dosa. Kemudian baru rasa betapa lemahnya diri... Betullah hakikat perkataan La Hawlawa Quwataila billah hil Aliyil Azim yang ditafsirkan sesetengah ahli Tasawuf begini, tiada daya MEMBUAT KEBAIKAN mahupun upaya MENGELAKKAN KEJAHATAN kecuali dari Allah juga.
Dalam hakikat tiada daya dan upaya itulah saya mengeluarkan cerita mengikut gerak rasa sehingga adakalanya cerita yang keluar pada sesuatu masa itu sangat berkait dengan keadaan semasa dunia! Sekian... :]

abror said...

Kalau hendak dikutip akan kata-kata org agaknya satu benda apa pun kerja tak jalan...

Tuan MS masih dikira beruntung sebab punya "kebebasan" yang org lain tidak punyai....

Harapan saya agar Tuan MS terus-menrus berkarya...saya sudah membaca kesemua buku Tuan Ms dan berharap agar terbit pula BKA4 dan seterusnya..

Perjalanan hidup Tuan MS dalam cerita tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada diri saya secara peribadi.
Terima Kasih... teruskan usaha Tuan semoga Allah merahmati Perjalana hidup kita didunia dan akhirat.wsalam.

PerpatihTulus said...

assalamualaikum, laptop baru yang aku beli dah sampai. alhamdulillah ni tengah test power lah ni.. jap lagi nak balik office.

laptop biasa je.

tapi nampak cam best.. laptop lama nampaknya bersara jugaklah.. heheheh.

wassalam.

Radzi Sapiee said...

Hmm... "Kebebasan" yang dimaksudkan itu besar harga yang perlu dibayar. Contohnya semasa "tak bebas" dahulu iaitu bekerja dengan orang, kita ada gaji tetap yang elok, ada faedah bermacam-macam termasuk medical care, kiranya dari segi ekonomi memang hidup terjamin. Orang pun pandang elok begitu juga keluarga sebab ada "jaminan" hidup. Tetapi "jaminan" itu juga memerlukan kita menurut kata-kata orang tertentu hingga selalu prinsip kita dipaksa supaya digadaikan semuanya.
Apabila kita keluar daripada kepompong ini, memang "bebas". Tapi tahukah anda harga kebebasan itu dengan hidup tak menentu, rezeki entah ada entah tidak dengan semua orang memandang rendah kepada kita?
Memang senang menyebutnya tetapi membuatnya? Betapa ramai juga orang bercita-cita keluar daripada sistem kehidupan yang membelenggu prinsip tetapi tidak berjaya keluar... Kenapa? Akan timbul persoalan, siapa nak bagi makan anak bini, nak bayar duit rumah, duit kereta, minyak dan sebagainya...
Memanglah rezeki datang daripada Allah, semua orang tahu. Tetapi kenapa masih ramai takut kehilangan kerja dan sebagainya? Itulah realiti kehidupan, berbuat sesuatu dengan berkata-kata sesuatu sungguh jauh bezanya.
Apapun terimakasih Abror atas kata-kata sokongan itu. Sesungguhnya realiti kehidupan saya tidak seindah yang dibayangkan sesetengah orang. Apapun perjuangan tetap mesti diteruskan...
Untuk Perpatih, aku punya Norton trial subscription dah nak habis lagi 3 minggu gitu. Nampaknya nanti aku kena tumpang Wi-fi engkau sambil mintak tolong masukkan AVG kot.
Takpa... Nanti kita settle le lepas pi Perak ni... Set ek 16-18 Ogos nih.

p/s: Makcik aku 2 orang dah sound mintak aku tolong jadi driver pi Jitra, Kedah 20 Ogos ni. Ada majlis kawin sepupu aku kat sana. Aduh... Ikutkan malas le, mesti penat lepas balik Perak tapi kemungkinan besar kena gak... Kesian sepupu pompuan aku tu... Tahun lepas bapak baru meninggal pas tu dia kawin, masa tu aku tak pegi. Ni buat majlis jauh-jauh banyak sedara-mara belah mak aku tak dapat datang sebab masing2 ada hal. Kena gak hantar wakil 2-3 orang termasuk aku kot?

PerpatihTulus said...

boleh takde hal. datanglah rumah.. tengok laptop baru aku. heheh.

16-18 dah set dah.. InsyaAllah akan jadi.

ni tengah nak study buku bka 3, berkenaan dengan Perak.