Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 10, 2019

Kenapa Merah Silu?

Artikel kali ini bermula sebagai satu status update yang mahu dikongsikan di Facebook. Masuk dua perenggan saya merasakan ia harus diluahkan panjang lebar kerana sudah lama terbuku dalam hati. Lalu lebih elok dipanjangkan sebagai artikel dalam blogspot. Kemudian boleh pautkan ke FB...


Mukasurat 2 dan 3 dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti". Perhatikan apa yang tertera, penggunaan nama Merah Silu juga sabda atau lebih tepat, wasiat yang dinyatakan Nabi Muhammad SAW seperti tertera dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai...


Mula-mula biar dicopy paste dua perenggan (belum siap perenggan kedua sebenarnya) dengan tajuk yang mahu diletakkan di FB tadi. Kemudian boleh disambung penulisan atau luahan berkenaan sehingga kalam mahu berhenti dengan sendirinya...


SEBAB SAYA MENGGUNAKAN NAMA MERAH SILU

Salam. Baru-baru ini ada orang menyatakan kenapa nama FB saya (sejak setahun dua lalu) Mohd Fahrulradzi sering muncul di wallnya? Dia pun meneliti profile saya. Setelah berapa lama baru tersedar bahawa saya lebih dikenali sebagai Merah Silu. Kata beliau baru terjawab pertanyaan kenapa posting-posting Merah Silu sudah lama tidak kelihatan di FB sedangkan dahulu beliau selalu membacanya. Rupa-rupanya saya dah tukar nama...

Jawab saya terpaksa tukar nama kerana ada gangguan. Saya disuruh oleh FB untuk menukar nama seperti dalam IC iaitu Mohd Fahrulradzi. Selepas itu saya dilarang daripada membuat apa-apa pertukaran baru atas alasan...


-----------------------


Berhenti sejenak. Sebetulnya ada rasa sebak saya menulis ini. Oleh kerana ada ruang di blogspot memungkinkan cara penulisan berselang-seli dengan gambar yang tidak boleh dibuat di FB, biar alasan yang mahu dikongsikan dalam perenggan kedua tidak siap itu dibuat dengan meletakkan snip gambar berkenaan...





OK. Inilah alasan yang diberikan FB - you can't update your name because you've previously confirmed your current name. Anda tidak boleh memperbaharui nama anda kerana pernah memuktamadkan nama anda sekarang. Bermakna saya tidak boleh lagi menukar kepada apa-apa nama selain nama sekarang (Mohd Fahrulradzi), baik Merah Silu atau apa-apa nama. Sedangkan saya sebenarnya dipaksa membuang nama Merah Silu lalu menggunakan nama seperti dalam IC atau kad pengenalan hampir penghujung tahun 2016 oleh FB atas alasan ada polisi baru - seseorang mesti menggunakan nama seperti tertera dalam dokumen rasmi jika mahu terus menggunakan FB.

Adapun hal orang baru menyedari Mohd Fahrulradzi adalah Merah Silu yang dahulu statusnya selalu kelihatan di FB timbul setelah berkongsi status  berkenaan situasi pemilihan Yang di-Pertuan Agong baru (dijangka sebelum masuk bulan Februari). Setelah menerangkan dipaksa menukar nama saya tambah ada gangguan daripada pihak tertentu yang bertujuan mahu menjatuhkan reputasi saya, supaya sebaran-sebaran pemikiran dan perkongsian daripada saya yang mudah dicapai atas nama Merah Silu tidak lagi mendapat perhatian meluas seperti dahulu. Diberitahu juga terdapat beberapa orang lain memakai nama Merah Silu di FB tanpa menghadapi masalah. Sedangkan apa yang diperkatakan mereka tidak sama dengan kebiasaan saya. Itu sahaja sudah cukup untuk  merosakkan reputasi...

Saya yakin tidak keterlaluan untuk menyatakan memang ada pihak berusaha untuk menenggelamkan nama Merah Silu dan merosakkan reputasinya. Seingat saya sudah 3 kali berlaku saya dipaksa tukar nama. Tetapi yang kali pertama dan kedua boleh tukar kembali kepada Merah Silu setelah lebih sebulan begitu memakai nama yang lebih mendekati dalam IC sambil disekat daripada membuat posting baru dalam tempoh tersebut. Kali ketiga langsung tak boleh tukar.

Ah. Tiba-tiba muncul gerak baru agar mula menamatkan kalam. Tidak perlulah saya bercerita keadaan-keadaan 'kebetulan' yang berlaku di mana tiba-tiba saya disuruh tukar nama di FB sambil dilarang membuat posting baru setelah cuba mendedahkan suatu bentuk penipuan kepada umum. Kalau tadi saya ingin bercerita panjang lebar kenapa menggunakan nama Merah Silu, bagaimana ia bermula sebagai nama syarikat untuk menerbitkan buku-buku sendiri dengan syarikat didaftarkan pada penghujung tahun 2004 ke masuk 2005 (dah lupa sebenarnya) kini saya 'disuruh' untuk melupakannya. Cukuplah ditambah, hampir penghujung tahun 2006 saya menggunakan nama Merah Silu sebagai avatar (nama/identiti samaran berserta gambar) dalam sebuah forum untuk berinteraksi (semua orang pun pakai avatar) kemudian terus melekat menjadi panggilan terhadap diri saya.

Ketika itu saya cuma mahu orang ramai tahu siapakah raja lama Melayu pengasas kerajaan berkembar Samudera dan Pasai hampir 800 tahun lalu yang memiliki nama tersebut dan apa kena mengenanya dengan peristiwa akhir zaman seperti disabdakan akan berlaku oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tak ramai pun yang tahu kecuali mereka yang pernah mengikuti pengajian sastera Tingkatan Enam pada tahun 70-80an atau mereka yang betul-betul peka sastera Melayu. Adalah lebih baik ketika itu menggunakan nama pena Radzi Sapiee kerana telah menempa sedikit nama di persada kebangsaan melalui penulisan dan kerjaya sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times 1996-2001 kalau mahu menaikkan nama sendiri. Sebaliknya saya gunakan nama Merah Silu supaya orang ramai kenal siapakah tokoh besar Melayu itu, bukan diri saya ini.

Kini, setelah lebih 12 tahun aktif menulis di Internet, setelah 12 buku diterbitkan atas nama Radzi Sapiee (separuh diterbitkan sendiri, separuh dengan syarikat-syarikat lain) dan hampir 6,000 artikel ditulis di empat buah blogspot berdasarkan pengalaman pengembaraan sebenar mencari jejak sejarah di merata ceruk rantau, ramai orang kenal siapakah raja Merah Silu. Berpuluh ribu gambar mungkin sudah melepasi seratus ribu yang diambil sendiri telah dikongsikan untuk tatapan dan kegunaan ramai. Daripada itu lebih 1,700 artikel ditulis dalam blog berbahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU

Orang yang tidak tahu latar belakang panjang penggunaan nama Merah Silu oleh saya mungkin mudah menuduh saya menggunakan nama besar seorang raja Melayu dahulukala yang hebat untuk menaikkan diri sendiri. Walhal asalnya nama digunakan untuk menaikkan kisah raja tersebut pada ketika ramai orang tak tahu.  Tiga buku terawal saya yang terbit melalui siri trilogi BERPETUALANG KE ACEH 2006-2007 bertujuan untuk mengangkat kisah itu dan segala yang berkait dengannya terutama dalam sejarah Aceh. Orang tak tahu itu sepertimana ramai tak tahu betapa banyak tulisan, kajian dan cerita-cerita pengembaraan saya telah dimanfaatkan dalam pelbagai bidang oleh ramai orang tapi mereka tak mengaku pun mendapat maklumat daripada hasil usaha saya. Cukuplah luahan. Tamat kalam


Tiada ulasan: