Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 12, 2013

Punca kesukaan pada nombor 131 - Hal rumah yang membuka sedikit luka lama

Artikel sebelum ini, Solat Jumaat di masjid besar Shah Alam dan persiapan untuk HIKMAH VI yang dibuat 6 hari lalu telah menyebut tentang acara ke-6 HIKMAH yang mahu dibuat hari Sabtu. Kini acara telah selamat diadakan dengan jayanya (lihat artikel HIKMAH Merdeka Raya - Dari kompang ke tarian tradisional, kritikan seni dan teater Islam dan HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)), maka biar dibuat satu luahan.



Adapun sekitar sebulan lalu kami diberitahu tuan rumah tempat kami menginap mahu menaikkan kadar sewa. Kata isteri nampaknya sudah sampai masa kami mencari rumah sendiri kerana alang-alang perlu membayar lebih bulan-bulan eloklah untuk rumah yang dimiliki sendiri. Kami pun mula meninjau-ninjau kawasan berdekatan sambil melihat iklan dan meneliti maklumat di Internet. Namun  tumpuan lebih banyak diberikan untuk menjayakan acara ke-6 HIKMAH 7 Sept, selepas itu baru kami betul-betul boleh mencari rumah.

Hari Isnin kami menyemak prosedur mengeluarkan wang KWSP untuk membeli rumah, hari Selasa kami dapat menemukan rumah yang kami rasa berkenan. Namun untuk mengeluarkan wang kami harus menyelesaikan dahulu hal tertunggak berkenaan pembelian rumah yang pernah dibuat sebelum ini. Ini membuat saya mencari kembali sejumlah dokumen lama pembelian rumah yang dibuat tahun 2000, dijangka siap dalam tempoh 2-3 tahun tetapi saya melupakannya apabila menghadapai masalah di tempat kerja penghujung 2001 diikuti masalah rumahtangga. Ekoran dari ini dan beberapa hal berkaitan saya mula keluar mengembara menginap dari masjid ke masjid dan menziarahi makam demi makam lama. Pengalaman ini ada diceritakan dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007.



Pembaca yang setia mengikuti tulisan di blogspot ini tentu sedar betapa saya kadang-kala obses atau kemaruk dengan nombor 131 yang dikaitkan dengan home sweet home, rumahku syurgaku. Sebenarnya ia adalah nombor rumah yang saya beli 13 tahun lalu, rumah yang sudah dibayar deposit 5% diikuti yuran peguam hampir RM2,000 untuk pinjaman perumahan. Nombor ini boleh dilihat pada letter of acceptance atau surat penerimaan di atas. Ia muncul ketika saya diminta memilih lot.

Ketika itu tinggal beberapa buah sahaja rumah yang belum ditempah orang. Saya pun memilih nombor ini kerana ia kelihatan cantik dan simetrikal. Oh... harga RM71, 250 yang kelihatan itu cuma untuk bangunan. Ia tidak dicampur harga tanah lebih RM36,000.



Isteri lama saya sebenarnya tidak bersetuju dengan pembelian rumah yang merupakan semi-d setingkat itu. Ini kerana satu, ia mahu didirikan oleh sebuah syarikat Bumiputera yang baru menceburkan diri ke dalam bidang hartanah, belum ada track record seperti halnya syarikat perumahan ternama. Kedua, kedudukannya jauh di celah kawasan berbukit di Hulu Langat sedangkan kami suami isteri ketika itu menyewa apartment di Segambut, tidak jauh daripada tempat isteri mengajar juga rumah ibu bapanya di Kepong. Sebelum itu saya pernah mencadangkan agar kami membeli sebuah rumah semi-d 2 tingkat di Puchong yang lebih mahal tetapi terasa berbaloi kerana lebih besar ruang dan lebih luas tanah. Cuma ketika itu saya tidak cukup wang untuk membayar deposit 10% kerana baru menghabiskan sejumlah simpanan untuk berkahwin, jumlah yang sebenarnya boleh dicukupkan isteri tetapi beliau tidak mahu berkongsi atas alasan akan jadi rumit jika berlaku perceraian.

Saya meneruskan pembelian tanpa mengendahkan pandangan beliau. Adapun isteri lama saya itu kadangkala terlalu berhati-hati sehingga ke peringkat yang mengganggu perhubungan. Mungkin beliau banyak terikut gaya perkahwinan Barat sehingga pernah mencadangkan agar kami membuat perjanjian pre-nuptial agreement sebelum berkahwin. Pada orang Barat ini adalah langkah keselamatan yang wajar kalau berlaku perceraian. Pada saya pula ini ibarat masuk satu kaki sahaja ke dalam kancah perkahwinan, satu kaki lagi dibiarkan di luar sebagai persediaan untuk lari jika berlaku apa-apa perkara yang tidak menyenangkan.

Maaf jika apa yang diluahkan ini terlalu peribadi. Seperti pembaca setia penulisan saya sedia maklum inilah cara saya menghadapi dan menangani sesuatu isu atau keadaan yang melanda diri. Sebagai penulis yang banyak bergantung pada ilham dan gerak luahan harus dibuat agar dapat maju ke hadapan. 



Apapun itu adalah cerita lama, cerita 13 tahun lalu. Pada awal 2003 saya bercerai dengan isteri tersebut dan setelah beberapa lama membujang timbul harapan untuk berumahtangga lagi, kali ini dengan seorang wanita yang dikenali sejak tahun 1995. Ketika itulah saya teringat balik tentang rumah bernombor 131 ini. Maka itu pada saya nombor tersebut membayangkan harapan untuk mendapatkan kebahagian rumahtangga setelah melalui pengalaman pahit rumahtangga terdahulu. 

Sebaliknya berlaku satu rentetan peristiwa yang membawa saya untuk berkenalan dengan wanita lain lalu kami berkahwin penghujung 2008. Alhamdulillah wanita ini dapat memberikan saya rasa home sweet home yang amat didambakan sekian lama dan hasil perkahwinan ini kami mendapat 2 orang anak laki-laki. Kini kami sedang berusaha untuk membawa rumahtangga kami ke tahap seterusnya, dengan memiliki rumah sendiri yang memiliki ciri-ciri idaman kami. Antara ciri-ciri itu adalah tidak terlalu jauh dari bandar terutama dari Kuala Lumpur namun terletak di kawasan bukit/pergunungan dekat dengan sungai, kalau boleh ada air terjun dan harganya tidak terlalu mahal.

Oh, kami pernah bersama menunggang motosikal besar untuk meninjau rumah yang pernah saya beli tahun 2000 tetapi mendapati lokasi tidak dimajukan. Dokumen lama yang ditemui dan disemak awal pagi tadi menyebabkan saya dapat menyemak keadaan terbaru melalui Internet lalu mendapati projek perumahan itu memang terbengkalai. Satu laporan dari website Adun Hulu Kelang 23 Mac 2010 menyebutnya sebagai antara projek yang sedang diteliti untuk pemulihan. Laporan akhbar The Star bertarikh 7 Jun 2011 pula menyebut projek itu malah tidak dapat dikesan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang!

Di celah-celah dokumen tentang pembelian rumah, urusan dengan peguam juga badan yang membiayai pinjaman perumahan saya menemui kembali sketsa kolam dengan air terjun kecil yang dicadangkan mahu dibuat sendiri di satu sudut pagar rumah. Sketsa ini dibuat sehari dua selepas mendapat dokumen perjanjian SnP (Sales and Purchase). Teringat bagaimana dalam keadaan begitu teruja saya telah menghadiri majlis tahlil seorang saudara di Kuala Lumpur lalu menunjukkan SnP dan sketsa ini kepada ibu bapa yang datang jauh dari Muar.

Adapun rumah yang kami suami isteri  idamkan, rumah yang boleh didapatkan melalui bidaan sudah sedia memiliki kolam kecil dengan ciri hampir serupa sketsa. Ia juga memiliki ciri-ciri idaman yang sudah disebut lebih awal iaitu tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur namun terletak di kawasan bukit/pergunungan dekat dengan sungai, dekat pula dengan air terjun sedangkan harganya tidaklah terlalu mahal. Ketika berjumpa dengan ajen yang mengendalikan urusan saya dapati pejabatnya terletak sangat dekat dengan apartment tempat saya dan isteri lama pernah menginap, apartment yang saya tinggalkan pertengahan atau penghujung 2002 apabila masalah rumahtangga terasa semakin berat. Sesungguhnya dalam membuat urusan kali ini saya dibawa untuk menghadapi sedikit luka lama lalu sering terasa sebak, rasa sebak yang bertambah-tambah apabila melihat dokumen lama rumah yang terbengkalai diikuti sketsa kolam dan air terjun kecil yang membayangkan harapan.

Semoga luahan ini akan membuka jalan untuk menggapai lebih kebahagian. Dengan ini saya memohon para pembaca agar mendoakan kami dapat memiliki rumah idaman yang mahu dibida tidak lama lagi. Rumah ini harus menjadi home sweet home paling cantik menggantikan rumah lot 131 yang terbengkalai 13 tahun lalu, rumah yang sudah lama dilupakan akibat saya termangu-mangu teraba-raba mencari diri dan erti. Semoga kami suami isteri dan anak-anak dapat menduduki rumah idaman itu sebelum hujung tahun ini. Wassalam. :]