Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 14, 2021

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2015 hingga 2016

Set ketiga lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira. Ada 18 perjalanan dapat dikumpulkan dalam tempoh waktu 2015 hingga 2016 iaitu dalam tempoh masa 3 tahun.  Menyambung senarai daripada artikel Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira - 2012 hingga 2014


42. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015


Lakaran mudah 802 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.


43. HIKMAH Seri Menanti Mac 2015


Lakaran mudah 315 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 320 km. Lihat Sekitar HIKMAH Seri Menanti.



44. Misi HIKMAH Chenor Mei 2015


Lakaran mudah 812 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 850 km. Lihat Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.



45. WB River Fest Mei 2015  


Lakaran mudah 313 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 350 km. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015.



46. Pulau Pinang dan Perak pertengahan 2015


Lakaran mudah 886 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.



47. Festival Pasir Salak Sept 2015


Lakaran mudah 317 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 330 km. Lihat Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut.



48. 'Hutang' Raub Okt 2015


Lakaran mudah 260 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 270 km. Lihat Melangsaikan 'hutang' Raub demi kelangsungan buku.



49. Panggilan pulau Nov 2015


Lakaran mudah 473 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 500 km. Lihat Menyahut panggilan pulau.



50. Sekitar Banting Dis 2015


Lakaran mudah 261 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 270 km. Lihat Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars.



51. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor Disember 2015


Lakaran mudah 512 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 530 km (campur feri pergi balik ke Pulau Pangkor)


Lakaran mudah 40.4 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 45 km (campur naik bot di Teluk Nipah)

Jarak keseluruhan = 575 km (530 km + 45 km). Lihat Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor.



52. Pulau Besar Mei 2016


Lakaran mudah 476 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 500 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.


53. Bentong-Lanchang Mei 2016

Lakaran mudah 308 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 320 km. Lihat Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang.


54. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016


Lakaran mudah 321 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.


55. Busana tradisonal raya Julai 2016

Lakaran mudah 547 km. Lihat sini. Jarak sebenar menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.


56. Chohong Sept 2016


Lakaran mudah 496 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.



57. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016


Lakaran mudah 914 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.



58. PD Disember 2016


Lakaran mudah 300 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.


59. Muar Dis 2016

Lakaran mudah 518 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 550 km. Lihat Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan.


Lapan belas perjalanan ini membentuk jumlah jarak 9,395 km (820 + 320 + 850 + 350 + 1,000 + 330 + 270 + 500 + 270 + 575 + 500 +  320 + 330 + 600 + 500 + 1,000 + 310 + 550) . Julat jarak perjalanan adalah 320 km hingga 1,000 km.


Tiada ulasan: